TERKINI :

Wednesday, December 4, 2013

Banjir: Antara musibah dan rahmat

Saya melihat foto-foto yang dikirimkan oleh biras yang tinggal di Kuantan. Kawasan rumahnya dilanda banjir agak teruk kali ini. Kuantan antara kawasan yang teruk terjejas. Malah banjir kali ini kelihantannya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi masih lebih baik berbanding banjir besar tahun 1926 dan 1971.

Saya tidak sempat banjir besar 1926 tetapi masih ingat banjir besar 1971. Dalam kedua-dua banjir besar ini, Kuala Lumpur tenggelam – mengikut cerita orang dan catatan akhbar.

Namun saya berdoa agar banjir kali ini tidaklah seteruk 1926 dan 1971. Tetapi itu semua kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menjangka.

Banjir biasanya berlaku apabila hujan turun tidak berhenti-henti sama ada lebat mahu pun renyai untuk tempoh yang lama. Hujan turun ketentuan Allah, tiada siapa yang berani menafikannya hatta orang bukan Islam sekalipun.

@MyKinabatangan aka #BungMokhtar mempertahankan tingkah-laku beliau di Parlimen siang tadi



Banjir di #Kuantan : Semakin ramai mengeluh di @Twitterjaya


Ok banjir kat kemaman terug gile. Sampai paras dada. Huihh

KUALA LUMPUR: "Bila banjir dekat Kuantan nak surut? Kesian mama," keluh seorang warga Twitterjaya tentang keadaan banjir yang melanda kampung halamannya.

Penduduk di sekitar bandar Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu telah mula menyatakan keresahan mereka apabila banjir di kawasan-kawasan tersebut semakin teruk.

Sehingga kini tiada lagi tanda-tanda untuk pihak kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua kawasan itu meskipun situasinya semakin buruk.

Tinjauan Astro AWANI terhadap warga-warga di laman media sosial Twitter hari ini mendapati ramai yang risau tentang keadaan yang melanda tempat mereka sekarang.

Apabila hujah "HUDUD" dari Ust Kazim disanggah oleh Ust Sharil Long



Keadaan banjir di Pahang semakin buruk, hampir 20 ribu dipindahkan


Kuantan mencatat jumlah banjir paling ramai. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.

Keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan kini hampir 20,000 mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sehingga pukul 5 petang, sebanyak 19,750 mangsa banjir ditempatkan di 73 pusat pemindahan di lima daerah terbabit.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu sebanyak 12,007 yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bandar Kuantan yang dilaporkan lumpuh berikutan bekalan elektrik dan air terputus sebelum ini, kini menerima bekalan secara beransur-ansur.

Di Rompin, sebanyak 3,982 mangsa banjir ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

"Di Pekan sebanyak 2,750 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan, di Maran 1,005 orang di tujuh pusat pemindahan dan selebihnya di Jerantut yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan," kata jurucakap itu.

Umno Kedah tak puas hati dengan Najib sebab Mukhriz tak dilantuk MT

Ahli Umno Kedah kecewa Mukhriz tak dilantik MT

Beberapa ahli akar umbi Umno Kedah melahirkan rasa kecewa kerana Menteri Besar mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dilantik menganggotai Majlis Tertinggi.

Kushahrom Ku Ahmad dari Langkawi berkata ia nampak seperti pimpinan pusat tidak menghargai usaha dan sumbangan Umno negeri itu yang berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

"Kami telah berusaha sepenuhnya untuk mengambil kembali negeri ini dari Pakatan Rakyat... tapi akhirnya kami tak mendapat sebarang pulangan," kata beliau ketika ditemui di Perhimpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mukhriz, anak bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak tersenarai dalam sembilan ahli MT lantikan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu beliau tewas tipis dalam persaingan enam penjuru untuk tiga tempat naib presiden Umno.

Seorang lagi ahli Wanita dari Langkawi Ku Arfah Ku Bin (kiri) turut bersetuju yang Umno Kedah diketepikan pusat.

"Walaupun kami menerima bahawa Mukhriz kalah dalam pemilihan parti, tapi apa yang susah sangat nak lantik dia jadi MT?," kata beliau.

Bagaimanapun ada juga delegasi Kedah yang menerima jelas keputusan Najib itu.

Seorang perwakilan Pemuda dari Kedah yang enggan dikenali berkata Mukriz dan kepimpinan parti sepatutnya fokus dalam memajukan negeri dan negara ini bersama.

"Sekarang ini, kita patut fokus untuk membuat Kedah lebih baik tanpa tekanan sebagai ahli MT. Kepimpinan semua patut tunjuk teladan berdamai dan kita semua bekerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang," kata beliau ketika ditemui.

Ahli akar umbi dari Alor Star Azlan Baharuddin bagaimanapun membayangkan Mukhriz masih mempunyai peluang setelah pendakwah popular Mohammad Kazim Elias menolak dilantik menganggotai MT hari ini.

"Peluang mungkin tipis, tapi ya, Mukhriz mungkin terpilih kerana ini," katanya.

Seorang lagi ahli akar umbi parti itu dari Jitra yang hanya mahu dikenali sebagai 'Din' berkata Mukhriz sepatutnya mengambil peluang untuk menjadikan Kedah, negeri model bagi Barisan Nasional.

"Walaupun (tidak dipilih) tidak adil tapi beliau boleh menunjukkan kemampuan beliau di negeri kami. Dengan cara ini, pembangkang takkan mampu memenangi Kedah lagi," tambahnya.

Sampai Masanya, Kita Belajar Dari Mereka Tentang Negara Bangsa

Indonesia... Mungkin ramai antara kita yang memandang rendah terhadap negara Indonesia, kita anggap mereka jauh ketinggalan, kita anggap negara tersebut kurang berjaya berbanding kita?

Ya benar, ramai warga indon yang mencari sumber kekayaan dari bumi Malaysia. Itu salah satu indikasi yang mencerminkan negara kita lebih ke depan. Namun, dari sudut kenegaraan, dari sudut patriotik, dari sudut penyatuan bangsa, kita jauh ketinggalan...

Lihat bagaimana respon Indonesia dalam setiap isu melibatkan kedaulatan negara mereka. Lihat sahaja isu terbaru pengintipan oleh negara Australia, tindakan yang diambil bukan hanya dari peringkat rakyat, malah di peringkat pemimpin dan pemerintah Indonesia. 

Habis gegak gempita satu Jakarta. Kedutaan dikepong oleh rakyat tatkala pemerintah Indonesia tidak segan mengarahkan diplomat terus dihalau. Malah usul memutuskan hubungan dua hala tanpa mengira untung rugi atas tindakkan tersebut, adalah satu keberanian dan terpuji. Ini suatu yang sangat positif yang tidak kita miliki.

Lihat juga bagaimana rakyatnya sayang terhadap negara. Belum pun hilang pulau, baru hilang lagu 'Terang Bulan' yang dicopet, sudah cukup membuatkan setiap rakyat Indonesia marah dan membuak-buak dendamnya.

Perlu diingat, mereka hanya sebuah republik, mereka tiada raja dan sultan. kita di Malaysia, ada agong, ada raja, ada sultan dan kaum kerabatnya... tapi di manakah sifat kenegaraan warga Malaysia? 

Kita, Malaysia, ada bahan bersejarah berupa sebuah penjara lama, dirobohkan kerana nilai hartanah yang melambung. Nilai tersebut mampu saja menutup sejarah sebuah penjara, hanya penjara sahaja, tempat orang jahat, untuk apa diingati? Mereka lupa, kota ini sedikit aman dengan adanya penjara.

Kita, Malaysia, ada struktur bersejarah yang berklasifikasi purba, tidak dipeduli dan cuba dilupuskan. Candi Lembah Bujang 11 yang diroboh baru-baru ini mempunyai nilai sejarah purba yang tidak ternilai. Tetapi di mata pemerintah, itu adalah bahan bukti yang harus didiamkan - kerana kita malu dulu kita hindu? Lebih baik malu menjadi manusia jika tidak kenal asal usul. 

Ada menteri besar pun, otaknya begitu kerdil. Sudah roboh candi binaan ribuan tahun, ingin dibangunkan pula yang baru. Apa yang dibina pada kemudian hari itu, hanyalah replika. Jelas kebijaksanaan itu tidak boleh diwarisi turun temurun.

Kita kalah dengan Indonesia dalam sudut yang penting ini. Kita wajar irihati bagaimana mereka bersatu dalam isu yang melibatkan kedaulatan negara mereka. Mungkin sampai masanya, kita belajar dari Indonesia, bagaimana caranya untuk menjadi sebuah negara bangsa.

Konklusinya, kita hanya mempunyai gerombolan pemimpin yang peduli tembolok sendiri dan kaum kerabat kroninya sahaja. Lebih malang, gerombolan ini bukan sahaja tidak patriotik dan tiada nilai kenegaraan, malah mana-mana bahagian dalam negara ini jika boleh dijual, maka akan dijual sehabisnya... Pulau, batu, berputih mata lah kita... 

Sultan dan raja? tak perlu cerita lah...

Edy Noor Reduan 
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sistem pendidikan M'sia di tangga 2 tercorot

Sistem pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.

"Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah.

"Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas, kedudukan tengah) dalam kenyataannya.

Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

Ubah sukatan pelajaran

Dalam penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi membaca, dan 420 mata bagi sains.

Purata mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496 (membaca) dan 501 (sains).

Menurut Rafizi, beliau menerima penjelasan rasmi Kementerian Pendidikan yang menggariskan sebab kecorotan itu.

Alasan diberikan adalah sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

"Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek," katanya.

Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.

Bandar Kuantan lumpuh, keadaan banjir semakin buruk di Pahang

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri itu.

Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus

bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air

sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.

Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut

terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua

meter.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri,

sehingga pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat

pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan). - Bernama

Teringat guni baja cap dacing jika kaedah ini nak dilaksanakan...

Kerajaan tidak berhasrat tampal pelekat barang subsidi - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat menampal pelekat tanda barang subsidi pada setiap barang yang diberikan subsidi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana harga barang sentiasa turun naik mengikut keadaan pasaran semasa.

"Cadangan menampal stiker sebagai tanda peringatan itu bagus. Tetapi harga barang sentiasa turun naik contohnya harga gula, bahan api dan gas memasak.

"Maka nilai pemberian subsidi barang akan sentiasa berubah-ubah,"

katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini. - Bernama

Sekoq lagi menteri 'bangang; berkata-kata bab tarif letrik

Harga barang dijangka tidak naik
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.212121.1382010268!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangkakan kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan memberi kesan kepada harga barangan keperluan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ada sebab pengguna perlu bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik itu.

"Ramai yang buat kesimpulan sendiri apabila kenaikan tarif elektrik diumumkan harga barang-barang- pun kena naik.


Ustaz Kazim tolak lantikan MT Umno

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/12/kazim.jpg
Penceramah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi, lapor Utusan Malaysia.

Umno masih lagi berjanji dan akan terus berjanji


Oleh ASPAN ALIAS

Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang diakui oleh Muhyiddin sendiri.

UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah wal jemaah di dalam perlembagaan negara.

Muhyiddin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.

Semua yang disebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini. [read more]

Plaza Low Yat - Tokey kedai repair handphone penipu, bangla lagi tuu..!!!

PENIAGA BANGLADESH DI PLAZA LOW YAT TERPERANGKAP MENIPU PELANGGAN

Kira-kira jam 7 malam semalam, saya bersama kru Penyingkap Fakta, Shahrul Ashraf Salehuddin berada di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk mencari beberapa barangan keperluan komputer.

Kami menaiki tangga bergerak ke tingkat satu.

"Tengok itu, lelaki Melayu sedang bertengkar dengan lelaki Bangladesh," bisik saya kepada Shahrul.

Shahrul sempat menoleh, melihat mereka bertengkar di tengah laluan orang ramai. Beberapa saat kemudian 2 lelaki itu berjalan pantas memintas kami berdua. Sejurus kemudian, lelaki Melayu itu berhenti dan kemudian berbisik kepada saya.

"Lelaki Bangladesh itu menipu saya, tolong," ujarnya ringkas.

Lalu saya pantas mengekori mereka ke satu daripada kedai di bahagian hujung. Saya kemudiaan difahamkan, lelaki Bangladesh itu penyewa 4 lot kedai di tingkat 1, kompleks perniagaan terkemuka terbabit.

Jika Runtuh mesti Terengganu, Jika Terengganu mesti Runtuh..!!

Bumbung runtuh lagi di Terengganu, kali ketiga tahun ini, kata ahli Parlimen
OLEH DIYANA IBRAHIM

Kamarul Bahrin (kiri) mendakwa bumbung runtuh lagi di Terengganu. Gambar fail.Kamarul Bahrin (kiri) mendakwa bumbung runtuh lagi di Terengganu. Gambar fail.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin (gambar) berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.

Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.

Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.

Katanya, bangunan berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.

Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.

Laporan Audit - Majlis Perbandaran Langkawi BP elak proses tender

K'jaan Kedah bawah PAS elak proses tender

Kerajaan negeri Kedah bawah pimpinan PAS didapati mengelak proses tender dengan memecahkan projek kepada beberapa bahagian kecil, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 jilid ketiga yang dibentangkan di Parlimen, semalam.

Laporan berkenaan memfokuskan pada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) yang didapati sebanyak tiga projek bernilai lebih RM500, 000 tidak dianugerahkan mengikut proses tender.

Perbendaharaan menetapkan bahawa kesemua kontrak bernilai melebihi RM500,000 mesti dianugerahkan melalui tender terbuka, manakala kontrak bernilai antara RM50,000 dan RM500,000 boleh dilakukan melalui sebut harga.

Peraturan itu juga menetapkan bahawa projek yang bernilai bawah RM50,000 boleh dilakukan secara rundingan terus.

Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut, MPLBP menganugerahkan satu projek untuk menaiktaraf tapak pelupusan sisa pepejal bernilai RM749,350 di Kampung Belanga Pecah melalui sebutharga.

Candi 11 yang dimusnah boleh dibina semula - Mukhriz

Candi 11 yang dimusnah boleh dibina semula

Lembah Bujang  
Lembah Bujang
 
ALOR SETAR - Candi 11 di Sungai Batu dalam Lembah Bujang, Merbok yang dimusnahkan adalah struktur batu yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal candi yang dibina antara kurun ke-8 hingga 11 Masehi.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri kesal dengan pemusnahan itu kerana ia dianggap tapak warisan negara yang patut dipelihara.

"Tapak-tapak candi di Lembah Bujang adalah tapak warisan yang tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini bagi mengulas protes banyak pihak terhadap pemusnahan candi 11 oleh sebuah syarikat pemaju.

Hentikan monopoli pengendali siaran TV berbayar

Khairool Anuar Al-Megat


Telah sekian lama rakyat Malaysia terpaksa akur dengan tindakan sebuah syarikat siaran berbayar Astro yang saban hari menguji kesabaran.

Rakyat tidak mempunyai pilihan lain, sekiranya tidak melanggan siaran berbayar.

Penggunaan antena pada masa kini tidak sesuai kerana kelengkapan televisyen hari ini tidak menyokong isyarat analog, malah siaran turut diganggu oleh kekuatan isyarat Astro.

Siaran berbayar akhirnya menjadi satu keperluan.

Kenaikan tarif bil Astro baru-baru ini disifatkan sangat melampau dan pihak Astro tidak layak menaikkan bil tersebut di atas banyak faktor.

Dalam masa yang sama, rejim pemerintah langsung tidak mempedulikan rintihan rakyat yang terpaksa mengharungi apa jua 'songel' syarikat monopoli Astro.

Amannya Sg Petani, sampai meter air pun orang curi

Meter air kerap hilang

Meter air kerap hilang  
Kecurian sebanyak 18 set meter air di kawasan perniagaan Bakar Kapor itu bukan sahaja merugikan, malah menyebabkan pembaziran air sebelum meter baru diganti. Gambar kecil: Tiffany Tee menunjukkan alat khas yang dipasang di kedainya bagi mengelakkan meter air dicuri.

SUNGAI PETANI - Beberapa peniaga di premis perniagaan baru Bakar Kapor, Pekan Baru mengeluh berhubung kes kecurian meter air yang kerap dilaporkan sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, terdapat 18 set meter air hilang sekali gus dipercayai dicuri sementara bekalan air melimpah keluar dari paip yang ditinggalkan begitu sahaja.

Pembekal bahan bakeri, Tiffany Tee berkata, sejak kedainya dibuka kira-kira tiga bulan lalu, kes kecurian meter sudah dua kali berlaku di kedainya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...