TERKINI :

Tuesday, December 3, 2013

Janganlah panggil Ust Kazim 'macai'... kesian kat dia..!!

Eishhhh..!! hangpa nie jangan la panggil dia macai...
Biarkanlah dia dengan pilihan dia.. 
kita doakan saja semoga dia berjaya

Fathul Bari - Tetap Kena Taat Pemerintah Walaupun Tarif Elektrik Naik







AWAS !!! Area Selangor - Ada keluarga duduk tepi jalan sambil menahan kereta...


Community Alert :-

Do not stop to help this suspicious couple. I just received a serious scary call fr my caring neighbour to post an alert. This couple with kids has been doing this, standing by the road side and trying to stop other motorist for some help. 

They has been spotted by the roadside around mostly Bandar Utama area, Sunway Damansara area, Puay Chai school area, Tropicana area, Palm Spring Condo area and nearby surrounding area the past few days. To date we do not know their motives. 

Aduhai.. nelayan pun kerajaan 'kencing' nie..!!

Insentif tidak dibayar: Kerajaan hutang RM100 juta kepada nelayan
OLEH DIYANA IBRAHIM
December 03, 2013

Ahli Parlimen Taiping dari DAP (gambar), Nga Kor Ming hari ini mendakwa kerajaan berhutang lebih RM100 juta sejak Julai lalu kepada nelayan berikutan kegagalan melaksanakan janji untuk memberi insentif.

Katanya, mengikut perjanjian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberikan bayaran insentif kepada nelayan sebanyak RM 0.10 bagi sekilo ikan kerana ia diperuntukkan dalam Bajet 2013.

Bagaimanapun, katanya, kementerian gagal menjelaskan bayaran subsidi tersebut biarpun Jabatan Perikanan memperoleh peruntukan sebanyak RM240.5 juta di bawah program khusus dan dasar baru insentif hasil tangkapan ikan.

"Kita menerima aduan daripada nelayan di kawasan Hutan Melintang, Pantai remis, Sungai Besar dan Kuala Setang yang masih belum membayar insentif sejak Julai dan ia berlarutan selama lima bulan.

Jangan cabar kesabaran rakyat wahai PM & menteri-menteri pengampu semua..

Jangan cabar kesabaran rakyat
- Edwin Michael

Sejak pilihan raya umum yang ke-13 lepas, landskap politik Malaysia hanya dipenuhi dengan kesialan. Tiada satu pun berita gembira buat rakyat. Hampir setiap minggu, setiap bulan ada sahaja kenaikan harga barangan atau perkhidmatan yang turut mendapat restu regim pemerintah.

Apa yang paling meloyakan dengan kesialan ini ialah apabila membaca kenyataan sewel segelintir menteri ini. Bagaimana kenaikan harga ini tidak akan membebankan rakyat sedangkan gaji tidak pernah naik?

Mohon menteri bijak pandai ini bersama Perdana Menteri 1Malaysia jelaskan secara bersemuka dengan rakyat bagaimana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini tidak akan membebankan rakyat. Berani?

Dr Maza: Tarif elektrik naik kurangkan sakit apa?

OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: December 3, 2013

SHAH ALAM - Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

"TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.

"...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.

"Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?" katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.

Bila Gabenor Bank Negara bercakap bab kenaikan tarif elektrik

Kenaikan tarif elektrik beri kesan kepada inflasi

OLEH: Tarikh: December 3, 2013

KUALA LUMPUR - Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.

Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan.

"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini.

Zeti berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai pengumuman semakan tarif elektrik oleh kerajaan semalam.

"Kami melihat kepada trend dan penilaian kami ialah pelarasan ini akan memberi kesan sementara kepada inflasi," katanya. - Bernama

Isu Kazim - Macam nie punya S/U Pas aka Tok Pa buat kerja pun boleh dilantik lagi...

Isu pecat Ustaz Kazim: Akibat Setiausaha Agung buat kerja politik sorok-sorok...

Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 5 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni.

Harakahdaily melaporkan:
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan penceramah bebas Mohammad Kazim Elias yang dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dipecat dari PAS pada Ogos lalu.

Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.

Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu. - Hrkh.
Inilah kesannya negatifnya kalau buat kerja politik sorok-sorok. Kerja politik ni kerja wajib bukan kerja sunat.

Macam solat wajib 5 waktu kita tak disuruh untuk sorok pasai tu disunatkan supaya berjamaah dia masjid dan berjamaah di masjid tu langsung tak sesuai kalau kata nak menunjuk-nunjuk. Kalau kerja sunat macam sembahyang sunat memang patut sorok tak bagitau kat orang nanti takut jadi riak pasai tu disunatkan buat kat rumah.

Kerja politik ni kerja wajib, memang tak kena kalau buat sorok-sorok, kita bukan nak menunjuk-nunjuk tapi memang kena tunjuk.

Aku cukup tak faham pasai apa keputusan pecat ahli macam ni nak disorok. Patutnya Cikgu PA buat sidang media masa biar semua orang tau dan tentulah tuan punya badan yang dihantar surat tunjuk sebab tu tau.

Sekarang ni terbukti kerja politik sorok-sorok macam tu bawa kesan yang negatif. Tak negatif apanya kalau ketua Pemuda PAS Perak pun taktau.

Sinarharian melaporkan:
Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas. - Sinarharian.
Lagi bertambah-tambah mengarut bila Pesuruhjaya PAS Perak pun taktau.

Sinarharian juga ada melaporkan:
Isu pemecatan Mohammad Kazim Elias daripada Pas sudah berada dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Bagaimanapun beliau berkata, belum ada sebarang tindakan lanjut dibuat termasuk penyerahan surat berkenaan kepada pendakwah berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung isu pemecatan itu yang dilakukan atas faktor pelanggaran peraturan parti, awal tahun ini.

"Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi. - Sinarharian.
Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 5 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni. Aku langsung tak boleh terima orang macam Ostad Kazim ni dipecat tapi Pesuruhjaya dan Ketua Pemuda PAS negeri pun taktau.

Kalau pun mungkin tak timbul isu macam isu Ust Kazim ni tapi bila buat sidang media sekurang-kurangnya ahli dan penyokong setempat tau pasai pemecatan tu dan ahli yang dah dipecat tu tak lagi senang-senang buat onar guna nama PAS.

Harakahdaily juga melaporkan:
Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha. - Ibid.
Aku yakin bukan takat PAS Perak ja taktau tapi PAS Selangor dan PAS Penang pun mungkin taktau ahli depa pun ada di pecat sama. Tapi yang jelasnya depa-depa yang dipecat tu aku yakin memang taktau yang depa dah dipecat pasainya Ostad Hafiz Nordin baru-baru ni pun masa komen isu PAS Penang ugut nak keluar dari Pakatan Rakyat masih lagi menagku sebagai ahli PAS.

Elektrik naik ketentuan Allah


Hambali Akram

Elektrik naik ketentuan Allah. Mudah dan ringkas alasan itu. Saya menjangkakan alasan ini bakal digunakan oleh Umno-BN untuk meredakan kemarahan rakyat. Apatah lagi kemarahan rakyat khususnya ahli dan penyokong serta mereka yang buta politik biasanya tidak terlalu lama.

Sebaik sahaja menerima BR1M atau "gula-gula" yang seumpamanya, marah itu akan reda dan terus sejuk apabila menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Begitulah rakyat Malaysia khususnya Melayu.

Kadangkala saya tergelak sendirian memikirkan alasan yang diberikan oleh menteri apabila berlaku sebarang kenaikan cukai atau sebagainya.

Saya tidak pasti adakah mereka menjawab menggunakan akal atau membaca skrip seperti burung kakak tua. Alasan mengatakan kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan rakyat terlalu biasa didengar. Begitu juga alasan yang mengatakan bahawa kerajaan menyediakan rebat kepada golongan sasar yang layak.

Betul, golongan miskin khususnya diluar bandar akan mendapat rebat secara individu. Namun, adakah menteri itu terfikir bahawa banyak lagi sektor lain yang terkesan akibat kenaikan tarif ini? Setiap sektor yang terbabit sudah pasti akan menaikkan harga barangan mereka dan akhirnya semua rakyat tidak kira miskin atau kaya akan terkena tempiasnya.

Cuma, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta kita sama-sama berfikir adakah kenaikan gaji Adun di Selangor dan Sarawak juga ketentuan Allah? Jika itu ketentuan Allah, tak usahlan Umno bising-bising dan mengkritik.

Salima AF Kini Bergelar Isteri kedua salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Pusat

SALIMA HABIBI SAH ISTERI KEDUA USTAZ SYED ABD KADIR





alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal
Salima AF Kini Bergelar Isteri

BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa' Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.


Padang Terap - Peneroka haram semakin rakus

Mohd Rifaat Abd Hamid

Peneroka haram semakin rakus
Pokok-pokok di Hutan Simpanan Kekal Bukit Perangin kini sudah ditebang oleh peneroka haram

PADANG TERAP- Hutan Simpan Kekal Perangin dekat Perik, sudah mula diterokai pihak tidak bertanggungjawab.

Aktiviti pencerobohan dikatakan giat dilakukan di kawasan tengah hutan itu, bagi memudahkan mereka meneroka dan gagal dihidu oleh pihak berkuasa.

Kini difahamkan, ada dalam kalangan peneroka haram sudah mula menanam pokok getah dan pisang sebagai penanda sempadan kawasan yang mereka terokai sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk yang mahu dikenali dengan nama Adli berkata, kerja penebangan dikatakan giat dilakukan dan sukar dikawal oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, banyak pokok yang dikawal oleh pihak berkuasa selama ini sudah mula ditebang dan paling menyedihkan ada pokok yang besar ditebang bagi membuka kawasan pertanian baru di situ.

"Hasil tinjauan mendapati,  pokok yang besar itu  tidak dibawa keluar untuk dijual tetapi mereka akan membakarnya pada waktu petang.

"Inilah yang membimbangkan kami penduduk di sini kerana risau kebakaran di hutan itu akan merebak," katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Adlan berkata, kerja penerokaan itu bermula sejak tahun lalu.

Sudah ada dalam kalangan peneroka haram itu mula membina khemah sementara bagi melindungi mereka terutamanya ketika hari hujan.

Berikutan bimbang dengan kerakusan peneroka menebang pokok yang sudah berusia berpuluh tahun itu, dia pernah membuat aduan kepada Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Kedah tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan diambil.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera supaya hutan seluas 10,920 hektar ini dapat diselamatkan," katanya.

Jangan Pandang Enteng Kesan Kemasukan Kazim Elias ke UMNO

Jangan pandang rendah kesan Ustaz Kazim menjadi alat UMNO.

Majoriti pengundi Melayu yang menyokong UMNO alah dari golongan wanita.

Ust Kazim ni siap ada rancadangan TV sendiri di Astro Awani

Saya membaca Ustaz Kazim ini bakal digunakan untuk memastikan pengundi2 wanita Melayu tidak berganjak dari UMNO.

Lebih2 lagi dalam keadaan harga2 barangan rumah naik melambung selepas ini.

Kaum wanita Melayu adalah yang paling dangkal kefahaman politik mereka. Mereka mudah ditipu dan dipermainkan oleh media UMNO dan juga tokoh2 seperti ustaz kazim elias ini.

Selain dari usaha untuk diskredit Ustaz Kazim, berlu kita cari tokoh lain yang boleh menggantikan tempat Ustaz Kazim di hati pengundi2 Melayu wanita.

Barulah kita akan selamat

TULANG BESI

Pemaju: Projek di Lembah Bujang lulus bawah BN

Pemaju untuk projek perumahan di kawasan tapak tinggalan candi purba di Lembah Bujang dilaporkan mengakui merobohkan candi tersebut.

bujang valley 011213Jurucakap syarikat pemaju di kawasan tapak tinggal candi Lembah Bujang berkata projek tersebut diluluskan oleh Majlis Daerah Sungai Petani dan Exco antara 1994 dan 1995.

Pemaju berkenaan, Bandar Saujana Sdn Bhd, dalam laporan The Star menjelaskan, pelan bagi projek pembangunan bercampur dikemukakan oleh pemaju terdahulu dan diluluskan pada tahun berkenaan.

Jurucakap syarikat tersebut, Saw Guan Keat berkata tanah tersebut dibeli dari satu lagi pemaju pada Februari tahun ini dan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan tersebut dimulakan pada September.

bujang valley 011213Saw juga mengakui bahawa mereka telah memusnahkan tinggalan candi itu.

Sementara itu, bekas exco hal ehwal kesenian dan warisan Kedah Datuk Dr Hamdan Khalid berkata kerajaan pimpinan PAS hanya menyokong kelulusan pengambilalihan tanah di kawasan tapak bersejarah tersebut.

"Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah di bawah (pimpinan) arwah Tan Sri ustaz (Azizan Abdul Razak) sebagai MB sangat-sangat menyokong apa saja projek kerajaan pusat di ketika itu.

bujang valley 011213"Sokongan, kelulusan pengambilan dan pembelian tanah oleh kerajaan pusat telah dibuat.

"Itu sahaja yang mampu dibantu (oleh kerajaan negeri). Yang lain-lain adalah di bawah kerajaan pusat (Jabatan Warisan Negara)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

lembah bujang ancient port 030209Bekas ADUN Tanjung Dawai itu berkata demikian apabila ditanya mengenai penglibatan kerajaan PAS Kedah dalam meluluskan projek pembangunan kontroversi di kawasan tinggalan candi purba itu.

Tambahnya, projek pembangunan berkenaan berada bawah pemantauan Jabatan Warisan Negara dan bukannya bawah pemantauan kerajaan negeri.

"Projek semua di bawah Jabatan Warisan Negara. Negeri tidak terlibat (dalam pemantauan projek)," katanya lagi.

Bekas Exco: K'jaan PAS sokong projek di Lembah Bujang


Bekas Exco hal ehwal kesenian dan warisan Kedah Datuk Dr Hamdan Khalid berkata kerajaan pimpinan PAS menyokong kelulusan pengambilalihan tanah di kawasan tapak bersejarah Lembah Bujang.

Namun, tindakan kerajaan PAS, yang mentadbir Kedah selama satu penggal selepas pilihan raya 2008, hanya untuk menyokong projek bawah kerajaan persekutuan di tapak candi purba itu, jelasnya.

“Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah di bawah (pimpinan) arwah Tan Sri ustaz (Azizan Abdul Razak) sebagai MB sangat-sangat menyokong apa saja projek kerajaan pusat di ketika itu.

“Sokongan, kelulusan pengambilan dan pembelian tanah oleh kerajaan pusat telah dibuat.

"Itu sahaja yang mampu dibantu (oleh kerajaan negeri). Yang lain-lain adalah di bawah kerajaan pusat (Jabatan Warisan Negara),” katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Ditanya lanjut sama ada beliau bermaksud bahawa projek itu diluluskan oleh kerajaan negeri bawah pimpinan PAS, Hamdan seterusnya meminta agar isu itu dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah.

Isu Candi : Pemaju tak tahu itu candi, projek nie diluluskan 1994/95

Pemaju: Kami tak tahu itu Candi Lembah Bujang

Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.

Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.

"Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa," katanya dipetik daripada akhbar The Star.

Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.

"Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu," katanya.

Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.

"Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya," katanya.

Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.

Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah. – 3 Disember, 2013.

PAS Pilih calon 'kitar semula' untuk jaga hati

SHAH ALAM - Mengekalkan dua tokoh "kitar semula" Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar adalah untuk "menjaga hati".

Penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kedua-dua calon itu dikekalkan kerana untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjuang dan setia dalam parti.

Menurutnya juga, walaupun kriteria pengalaman diambil kira namun sumbangan mereka di dalam parti juga perlu dihargai melalui terjemahan pelantikan tersebut.

"Pelantikan dua pemimpin Pas 'recycle' itu bertujuan memberi penghargaan kepada mereka.

"Kalau nak kaitkan dengan tranformasi, dalam Pas ia tidak timbul tetapi lebih kepada ada unsur 'jaga hati'.

"Ini kerana mereka ini banyak berjasa dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam politik," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Terbaru, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam telah memutuskan pelantikan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz dan mengekalkan Mustafa sebagai Setiausaha Agung.

Dalam pada itu, Azmi juga berpendapat Mustafa dan Mahfuz penting untuk memberi keseimbangan dalam hubungan politik Pas dalam PR.

Katanya, pengekalan kedua pemimpin tersebut juga mampu menangkis dakwaan bahawa Pas mempunyai kumpulan tertentu yang sentiasa bertentangan seperti antara golongan ulama dan profesional.

"Saya lihat Pas mengekalkan pemimpin 'recycle' ini kerana untuk mengukuhkan Pas, sama ada dalam Pas sendiri ataupun dengan rakan PR yang lain.

"Dua pemimpin ini boleh menjadi 'check and balance' kepada Pas termasuk dalam hubungan politik dengan PKR dan DAP," katanya.

Adakah Najib akan jual Malaysia 7hb Disember ini...?


Malaysia digadai 7 Disember ini?


OLEH: FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
Tarikh: December 3, 2013

PADA 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia.

Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini.

“Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar.

MB arah kerja perobohan candi dihentikan


Kerajaan negeri Kedah mengeluarkan arahan kepada pemaju untuk menghentikan segera operasi perobohan beberapa tapak tinggalan candi Sungai Batu di Lembah Bujang.

Laporan Bernama yang memetik kenyataan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menyebut, pemaju berkenaan diarahkan untuk menghentikan segera aktiviti berkenaan.

Katanya, arahan itu dikeluarkan atas permintaan exco Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain hari ini.

Dalam laporan itu, Mukhriz berkata beliau akan melihat laporan penuh dan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui duduk perkara sebenar.

"Saya akan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana nampaknya ada dua versi mengenai kejadioan di Sungai Batu dan saya ingin mendapat gambaran sebenar," katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Aktiviti perobohan tinggalan purba tersebut dikritik banyak pihak dan turut disifatkan sebagai "kebudayaan tak bertamadun".

Antaranya MP Padang Serai N Surendran yang berkata, seluruh negara terkejut dengan pemusnahan stuktur candi yang dibina pada abad kelapan di tapak arkeologi itu.

"Perobohan, yang dilakukan pemaju swasta, tindakan kebudayaan tak bertamadun, setanding dengan perobohan Buddga Bumiyan oleh Taliban," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...