TERKINI :

Monday, December 2, 2013

Sila bongkar siapa yang jual Lembah Bujang.. PAS atau BN

Siapa jual Lembah Bujang, PAS atau BN?

Seorang pemimpin MIC hari ini menyatakan perasaan terkejutnya dengan langkah kerajaan menjual tanah tempat berdirinya candi bersejarah di Lembah Bujang dan mahukannya ditebus kembali.

"Bolehkah kerajaan negeri mendedahkan bila ia dijual?

"Adakah ia dilakukan oleh kerajaan PAS sebelum ini atau kerajaan BN? Walau siapa pun yang melakukan, perkara ini tidak boleh dimaafkan," kata anggota jawatankuasa pusat MIC S Murugesan.

Katanya, ini kerana, Lembah Bujang merupakan tapak bersejarah yang lebih tua daripada kerajaan Melayu Melaka.

"Apa yang mereka fikir ketika menjual tanah itu kepada pemaju?" soalnya.

Beliau juga berkata tidak yakin dengan jaminan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa tanah itu didak akan dibangunkan dalam tempoh segera.

"Lembah Bujang milik seluruh rakyat Malaysia dan sebahagian daripada sejarah dan warisan kita," katanya.

Sykt Umrah penipu didedahkan.. sila berhati-hati semua...


MUSTAFA ALI akan jadi x-faktor PAS di tolak rakyat.

Oleh TS Buloh Betong

TAHNIAH diatas saff kepimpinan JK PAS yang baru dilantik oleh perwakilan dan pimpinan PAS.

So far semuanya dilihat sudah cantik dan bergaya untuk memacu PAS bersama PR menghadapi serangan BN.

Namun kini selepas semalam dan Datuk Mustafa Ali diumum sebagai SU Pas maka lubang untuk terus PAS membuka peluang musuh mempermain dan mempengaruhi minda untuk sokongan kepada PAS & PR dengan isu 'spenda putih' beliau.

Walaupun isu itu fitnah namun peluang musuh untuk memainkan lagu itu tetap mereka perdendangkan.

Sudah habiskah barisan kepimpinan PAS dengan terus mengekalkan Mustafa Ali yang terpalit akan isu tersebut. Jika barisan AJK oklah lagi... tapi sebagai SU... yang merupakan antara terpenting dalam barisan kepimpinan.

Jadi fikir-fikirkanlah akan serangan yg akan dihadapi oleh orang bawah dengan hal ini....

Senarai J/K Lantikan PAS Pusat selepas mesyuarat semalam

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:

1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:

1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Mukhriz akan arahkan Tutup maahad yang degil

JITRA - Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik dengan menutup operasi maahad tahfiz yang masih berdegil mempergunakan khidmat kanak-kanak untuk mengutip derma.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya enggan berdepan dengan tindakan, semua maahad tahfiz di Kedah yang dikenal pasti terlibat diminta segera menghentikan perbuatan itu.

"Tindakan tegas ini bukan kerana kita mahu menzalimi pusat tahfiz, tetapi fikirkan kebajikan kanak-kanak yang dizalimi itu," katanya selepas majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, melibatkan 27 kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Menurutnya, pihaknya masih menerima laporan berhubung kejadian itu berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Mukhriz berkata, terdapat juga sebahagian pusat terbabit menghantar pelajar ke seluruh negeri termasuk luar Kedah, bagi tujuan itu dan ini amat mengecewakan.

"Ibu bapa hantar anak mereka untuk timba ilmu, supaya menjadi tahfiz sebaliknya disalah guna untuk kutip derma," katanya.

Menurutnya, pihaknya kesal perkara itu masih berleluasa kerana bimbangkan keselamatan pelajar yang berisiko terdedah pada bahaya.

"Kebelakangan ini kita dengar macam-macam cerita penculikan babitkan kanak-kanak, pihak sekolah harus lebih peka," katanya.

Mukhriz berkata, hasil siasatan yang dijalankan, kutipan dana terbabit tidak disalur untuk kegunaan pengurusan mahupun pengajian sekolah, sebaliknya untuk tujuan lain.

"Mereka bukan sahaja tidak daftar, tetapi tidak mohon kebenaran untuk aktiviti kutipan derma. Malah, sudah beberapa kali diberi amaran namun masih berdegil," katanya.

Mengulas nasib pelajar sekiranya operasi maahad terlibat dihentikan, kerajaan negeri akan memindahkan pelajar ke tempat lain yang bersesuaian kerana terdapat banyak pusat tahfiz di Kedah yang berdaftar.

Nik Aziz: Pendakwah bebas mudah 'dimakan serigala'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menegaskan seorang pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas kerana baginya seseorang (pendakwah) itu semestinya mempunyai pendirian masing-masing.

Jelas Nik Aziz, Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Oleh itu seseorang pendakwah itu tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik.

"Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil.

"…dalam kiasan ini kita boleh membaca jika dia(pendakwah) itu benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

"Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.katanya memetik laman Facebook miliknya.

Sehubungan dengan itu, kata Nik Aziz dalam arus politik kini, seseorang itu semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...