60 keluarga terseksa!  
Kolam Air Masyarakat Kampung Paya Terap yang terletak di Bukit Perangin menjadi sumber air utama bagi penduduk di Kampung Paya Terap tetapi terjejas kerana aktiviti penerokaan tanah haram.

POKOK SENA-PADANG TERAP - Kira-kira 60 keluarga di Kampung Paya Terap, dekat sini, kecewa dengan pihak tidak bertanggungjawab menebang pokok di Hutan Simpan Kekal Perangin hingga menyebabkan bekalan air mereka sering terganggu.

Sebelum ini, penduduk di situ dikatakan bergantung dengan bekalan air dari Kolam Air Masyarakat yang dibina sejak 1982 dengan kerjasama penduduk dan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap.

Penduduk terpaksa bergantung kepada bekalan air itu kerana tekanan air paip rendah untuk membekalkan air kepada penduduk.