TERKINI :

Thursday, November 28, 2013

Obama Ke Asia Pasifik April 2014 Untuk Meterai TPPA?


Media Asia-Nikkei dan beberapa media di Jepun dan Filipina telah memetik kenyataan Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Susan Rice yang menyatakan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat akan membuat lawatan rasmi ke Asia Pasifik pada bulan April 2014. Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa pentadbiran Obama terus kekal fokus kepada hubungan dengan rantau Asia-Pasifik setelah kunjungan beliau sebelum ini gagal kerana masalah dalaman Amerika Syarikat.

Solidariti Anak Muda Malaysia melihat kenyataan Susan Rice ini mempunyai hubungan dengan siri rundingan Perjanjian Perkongsian Asia Pasifik (TPPA) yang sepatutnya dimeterai pada penghujung tahun ini sebelum Amerika Syarikat memulakan satu lagi perjanjian serupa dengan Kesatuan Eropah awal tahun 2014 nanti. SAMM melihat keghairahan Obama untuk hadir ke rantau Asia Pasifik secepat mungkin adalah untuk memastikan setiap negara peserta akan menandatangani Perjanjian TPPA setelah gagal dilakukan pada bulan Oktober lepas.

Muktamar PAS dan harga sepinggan nasi

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu.

Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun.

Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan -- sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti.

Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini.

Gaji Adun : Aduhai Selangor.. awat hang pa BEBAL sangat nie..

Edaran segera

http://4.bp.blogspot.com/-_Nu_zCFeeNw/UpZfSHVzguI/AAAAAAAAHsc/Cc-G7u5qhQU/s320/1459293_718739618153478_56026650_n.jpg
Kenaikan melampau. 

Begitulah yang dapat ditafsirkan rentetan daripada keputusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Ironinya, ketika Parlimen Malaysia bercadang menaikkan gaji Ahli Parlimen, pihak Pakatan Rakyat membantah sehingga Rang Undang Undang itu ditarik sebelum sempat dibahaskan.

Dengan rakyat dihimpit dengan masalah gaji tak naik, tapi kos sara hidup yang makin melampau, seperti harga gula dan minyak yang naik, kenaikan gaji semua wakil rakyat di Negeri Selangor ini ternyata tidak kena pada masanya.

Tetiba Kak Mah kata kat Najib.. “you can go if you wish to,….I stay!!”

“You may go…I stay!!” – Aspan Alias
November 28, 2013

http://2.bp.blogspot.com/-wPp0PWdB8Sk/Tm7Y4VuzWOI/AAAAAAAAFz8/5kjA3i5SxJE/s1600/Kak+Mah.JPG
tak sangku paut dengan kak mah satu lagi..!!!
Masalah yang disebut khalayak sekarang ini lebih besar daripada isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihan raya lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihan raya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN diberikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk daripada keadaan sebelum pilihan raya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah baru RM29,000

Gaji MB Selangor lebih rendah dari Sarawak 
- Abdul Khalid
Harakahdaily

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib rasmi Novel yang di haramkan oleh JAKIM

Novel dilancar PM diharamkan Jakim

Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.

Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin, lapor MyMetro.

NONEPenolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu.
"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.

"Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," beliau dipetik sebagai berkata.

Juga dilancarkan di Seri Perdana
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.

Pemimpin Umno tiada harga di mata Najib

– Shahbudin Husin

November 27, 2013

Apabila bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin Umno segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.

Namun, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.

Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-

  • Pengerusi - Samsudin Osman
  • Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

TNB untung BERSIH RM4.6bil tahun 2013 tapi mai 2014 umum nak naik tarif elektrik.. tak ke gila kaa..!!!



Antara Zahid & Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”

Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” tidak pernah berbohong 
oleh - Shahbudin Husin
November 28, 2013

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/11/26/ahmad%20zahid%20hamidi%20spying.ashx?w=620&h=413&crop=1& 

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana akuan bersumpahnya bukan laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya kepada umum.

Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa ia merupakan konspirasi untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan kerajaan itu sedangkan akuan bersumpah Mat Zain itu mempunyai merit untuk dilakukan siasatan.

Kenyataan Zahid ini juga bertentangan sama sekali dengan kenyaaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini yang menyatakan kes yang melibatkan Gani bukanlah bidang kuasa polis untuk menyiasatnya tetapi di bawah SPRM. Khalid tidak menyebut tentang perlunya laporan polis.

Anwar tegur MB Selangor bahawa kenaikan gaji Adun agak tinggi...!!

Anwar: Kenaikan gaji ADUN Selangor agak tinggi


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

NONEMenurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.

MB Kelantan selesai bertemu PM pagi tadi...!!!

YB Dato Dr Fadzli :

Assalamu Alaikum.


Ramai orang bertanya berkenaan dengan perjumpaan PM dengan MB Kelantan pagi ini. Saya ada bersama dalam perjumpaan tersebut mengiringi YAB Us Dato' MB, Dato SUK Kelantan dan YB Dato' Hj Hanifa. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perlu dijelaskan bahawa perjumpaan tadi adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ia bukan antara UMNO dan PAS. Sebagaimana dijelaskan oleh Dato' MB, bahawa ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan Ketua kerajaan di peringkat pusat. Maka agenda rakyat diutamakan.

Antaranya bagaimana kerjasama perlu dibuat untuk faedah rakyat dalam keperluan asas spt rumah, lebuhraya, air, lapangan terbang, ECER, naik taraf KIAS kepada kolej universiti, dan yang utamanya juga adalah perlaksanaan Shariah Islamiyyah di Kelantan. Semua ini tidak dapat dilakukan tanpa kedua pihak mengambil tanggung jawab secara bersama dengan ikhlas. Ianya adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan.

Fokusnya adalah untuk mencari kaedah bagaimana rakyat Kelantan juga dapat menikmati hak mereka walaupun diperintah oleh kerajaan yang berbeza dengan persekutuan kerana ianya diperuntuk dan dibenarkan oleh oleh Perlembagaan. PM sendiripun menyebut bahawa supaya dapat mengurangkan halangan yang tidak perlu bagi kerjasama negeri dan pusat.

2014 - Pesta menaikkan harga oleh Kerajaan BN, nie Rumah pulak nak naik 5% tahun depan..!!

 
SYUKUR ALHAMDULILLAH... NAIK LAGI AKHIRNYA..

UMNO nak bermuzakarah dengan PAS... pakai kirim salam laa jawabnya... !!


KUALA LUMPUR: Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang.

Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Hutang negara sekarang hampir di paras siling... tu pun 'macai' kata OK...!!

http://1.bp.blogspot.com/-1rkdsLFH7Bw/T9LPCoHhEBI/AAAAAAAACRI/LImv3QjPtes/s1600/debt.jpg2013? | 2014?

KOTA BHARU: Jika dijumlahkan hutang kerajaan sebanyak RM529.6 bilion dengan jaminan kerajaan berjumlah RM147.3 bilion, ia akan membentuk sebanyak RM676.9 bilion.

Jumlah itu menyumbang kepada 68.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan paras hutang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) iaitu 55 peratus.

Jaminan kerajaan bermaksud hutang yang perlu dilangsaikan kerajaan sekiranya badan berkanun atau syarikat milik kerajaan gagal melunaskannya.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi sekarang hutang negara berada hanya kurang 1.4 peratus lagi daripada paras siling di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959).

Syukur Alhamdulillah.. Selepas Selangor & Kedah menaikan elaun wakil rakyat, kini TOL pun akan naik..!!!

Muzakarah: Pas dakwa Umno tak serius

KOTA BHARU - Umno didakwa tidak serius dalam usaha mengadakan muzakarah sejak dahulu lagi dan pernah menarik diri pada saat-saat akhir ketika perkara itu akan berlangsung.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, muzakarah perlu diadakan dan Pas tidak pernah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga ke hari ini.

"Kita (Pas) perlu mengikut kepimpinan dan tidak pernah menutup pintu mengenai hal agama.

"Muzakarah ini perlu dilakukan untuk memberi kefahaman dan perlu penambahbaikan serta yakin ia perkara yang betul," katanya yang juga Adun Bukit Panau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, muzakarah antara umat Islam adalah baik, namun setiap perkara yang baik mempunyai penghalangnya.

"Antaranya ia dikaitkan dengan penggabungan Umno-Pas, proses dan matlamat asal muzakarah digerhanakan.

"Jika Pas suatu hari memerintah negara, bermuzakarah dengan Umno sebagai pembangkang adalah pilihan, bahkan satu kewajipan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dipetik dalam laman sosial Facebooknya.

Katanya, kewajipan pemerintah ialah menyatukan umat dan beliau mengingatkan Umno supaya sedar dengan menyoal siapakah yang memecahkan perpaduan umat dan memisahkan mereka daripada tali ALLAH SWT.

Akta Gangguan Seksual perlu disegera

Kerajaan digesa segera memperkenal Akta Gangguan Seksual agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakatdan Integrasi Nasional negeri Perak Datuk Rusnah Kassim berkata ketika ini, kesalahan atau perbuatan gangguan seksual tidak boleh diambil tindakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual sedia ada.

"Sekarang kita hanya ada dalam bentuk Kod sahaja dan ia tidak memperuntukkan tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Jika berlaku perbuatan gangguan seksual, kita terpaksa mengambil tindakan di bawah undang-undang lain seperti jenayah dan Akta Pekerja 1955," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun tidak mempunyai perincian dan statistik kejadian gangguan seksual, sudah tiba masanya negara memiliki Akta Gangguan Seksual dan ia bukan hanya untuk membela kaum wanita kerana perkara itu juga boleh berlaku kepada lelaki.

"Sudah tiba masanya Majlis Pembangunan Wanita memperjuangkan perkara ini. Keperluannya ada untuk mewujudkan akta ini," katanya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...