TERKINI :

Wednesday, November 27, 2013

Lajim: Hanya lapan pemimpin PKR Sabah keluar parti

KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.

Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.

"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.

Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.

Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.

Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. - Bernama

Akhirnya isteri Papagomo yang buat beliau dapat waran tangkap

Waran tangkap terhadap blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

Semakin hilangnya tazkirah dan doa'nya' di Muktamar

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 

Muktamar Tahunan PAS ke-59 telah berakhir. Pemilihan telah selesai. Sekalung tahniah kepada semua petugas parti sesi lalu. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Kepenatan bersama menggerakkan jamaah ini, adalah nikmat perjuangan. Semua petugas bergerak sebagai sebuah jamaah.

Inilah ukhuwah dan nikmat perjuangan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayatinya.

Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa daripada Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian.

Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini

Kebiasaannya beliau akan menasihati semua kita sama ada pimpinan di pentas, perwakilan atau pemerhati.

Isu Peguam Negara: Berdiam diri bukan lagi jawapan

 - Shahbudin Husin

November 27, 2013

Pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar dalam transaksi di Hong Kong dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh, bukan isu yang boleh dipandang ringan. Tuduhan ini jelas membawa maksud bahawa Gani menerima rasuah dan kemudian membuat pembelaan yang lemah supaya pulau yang begitu strategik itu jatuh ke tangan Singapura.

Lebih-lebih lagi, Mat Zain membuat dakwaan ini bukan di tepi jalan atau melalui surat layang yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai tuduhan tanpa bukti dan melulu, tetapi melalui akuan bersumpah yang jelas kewibawaannya. Beliau tentunya tidak akan membuat dakwaan sedemikian dalam akuan bersumpah jika tidak mempunyai bukti mengenainya.

Sebagaimana dakwaan melalui ucapan atau kenyataan dalam sidang akhbar pun terdedah kepada tindakan saman, membuat dakwaan dalam akuan bersumpah pastinya lebih mengundang risiko undang-undang yang lebih besar kiranya dakwaan yang dibuat itu palsu dan tidak berasas.

Oleh itu, sikap berdiam diri Gani Patail dalam hal ini bukan tindakan yang boleh diterima. Setelah sekian banyak tuduhan dan dakwaan dikaitkan terhadap dirinya, dakwaan beliau menerima rasuah sehingga mendorong kehilangan Pulau Batu Puteh ini adalah tuduhan yang serius dan memerlukan jawapan. Setidak-tidaknya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Zain.

Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik


http://3.bp.blogspot.com/-0GUo8W9oKTI/T7RUbVRDroI/AAAAAAAAEno/k_b_NVoRaVo/s400/n3zahida.jpgBekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.

Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibunegara.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.

Khasiat 'SERAI' yang disembunyikan oleh ISRAEL

dari blog : InfoPanaz

Dr Hamid Arshat
SERAI - memang banyak khasiat dan sering digunakan dalam masakan harian. Satu kajian di israel menunjukkan serai mengandungi 'citral' yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan kanser.
Minum lapan gelas air serai setiap hari selama seminggu sebelum menjalani chemotherapy atau radiation. 
Citral menyebabkan sel2 kanser bunuh diri (suicide). Masukkan kedalam satu jug air panas 3 batang serai yg telah dicincang. Minum 8 gelas sehari selama seminggu sebelum chemo atau radiation. 
 

Harapan & Suara Anak Muda - Antara Rafizi, Chegubard & Pemuda PAS

HARAPAN & SUARA ANAK MUDA
– Ahmad Syukri Ab Razab

http://farm5.static.flickr.com/4148/4949491859_5ddb1ae8d8_m.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-2YfPk8WmC24/Tc1jmLYfJPI/AAAAAAAADrM/a9JxrBvZ4GQ/s320/suhaizan.jpg

Mengenal potensi Pemuda

Bercakap soal potensi Pemuda PAS, saya kira semua orang sangat mengenali kekuatan yang dimiliki sayap terpenting PAS ini. Dengan susunan rekrutmen yang kemas, program-program tarbiah yang teratur, serta kerja buat akar umbi yang efisyen, menjadikan Pemuda PAS sentiasa memiliki generasi pelapis kepimpinan yang berkualiti.Saya kira sudah banyak nama-nama anak muda dalam PAS yang mempamerkan potensi yang boleh dibanggakan. Pemuda PAS sudah miliki penganalisis politik muda seperti saudara Hasbie Muda, barisan peguam muda melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), tokoh ekonomi muda seperti saudara Syahir Sulaiman, dua tokoh Pemuda yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka di Parlimen.

Namun, polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu-isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Saya kira, polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, atau Pemuda daripada parti lain.

Cabang PKR Sabah keluar parti sebab boring dengan pimpinan negeri dan pusat.

Faktor Pemimpin 11 Cabang PKR Keluar Parti Tersebar?

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin daripada 11 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Saman Ekor : ianya bukan saman tetapi hanya Notis Meminta Maklumat Pemandu

http://1.bp.blogspot.com/_R97EFFMhsng/TQQ0MlRSq_I/AAAAAAAAAKM/k8BBeggMsmM/s1600/SAMAN-EKOR.jpg
SAMAN EKOR : FAKTA & ISU

a) Apa itu Saman Ekor

JPJ : Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

KDN : Saman ekor ialah saman yang dikeluarkan oleh mahkamah berikutan daripada satu notis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui borang polis yang dikenali sebagai borang POL 170A. Saman ini dikeluarkan berikutan atas kegagalan mematuhi notis POL 170A yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. – Hansard Dewan Rakyat D.R. 29112010

Laman Web Galeri PDRM : Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan polis seperti perangkap laju menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat

Surat Rakyat Kepada PM - Antara Layanan TUN & NAJIB..!!!


http://1.bp.blogspot.com/-uIOI69BXy88/UWO-MiLjYXI/AAAAAAAACW8/nfw8qhooDWQ/s400/download.jpgSudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 

Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 

Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.

Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 

GST atau tidak, negara berdepan risiko bankrap

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.

“Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Gurun - 2 kejadian seludup warga asing ditumpas

Enam disumbat dalam but kereta

Enam disumbat dalam but kereta  
Seorang warga asing mendakwa mengalami kecederaan kaki memerlukan 
bantuan untuk keluar dari but kereta.

SUNGAI PETANI - Seramai 18 warga asing ditahan termasuk enam yang disumbat dalam but kereta ditemui oleh pasukan Peronda Lebuhraya Unit 4 Alor Setar-Sungai Petani, Bukit Aman (Zon Utara) dalam dua kejadian berasingan, awal pagi semalam.

Kejadian pertama disedari apabila kenderaan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan melalui Lebuhraya Utara Selatan dekat Kilometer 73.5 arah utara ke selatan pada kira-kira jam 1.50 pagi semalam.

Pasukan peronda terdiri daripada empat anggota yang mengekori kenderaan tersebut mengarahkan pemandunya berhenti namun suspek memecut laju sehingga melanggar palang susur keluar Plaza Tol Gurun.

Bahasa rojak tiada kesudahan


Bahasa rojak tiada kesudahan  
Perkataan perabut jelas kelihatan di papan tanda iklan sebuah kedai.

KUALA KEDAH - Isu pencemaran bahasa seakan-akan tidak berkesudahan walaupun dilihat semakin berkurangan namun masih berlaku.

Tinjauan Sinar Harian menemui beberapa papan tanda iklan kedai di Kuala Kedah dan Alor Setar yang memiliki kesalahan tata bahasa.

Antara kesalahan dikenal pasti adalah perkataan perabut dan kelinik yang masih digunakan.

Sementara itu, orang awam yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 26, berkata, kesalahan bahasa masih berlaku namun dilihat semakin berkurangan masa kini.

“Walaupun tidak ketara, namun ia sedikit sebanyak memalukan kita. Ditambah lagi, sekiranya berkaitan bahasa Melayu dicampurkan dengan bahasa Inggeris hingga menunjukkan bahasa tunggang terbalik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...