TERKINI :

Tuesday, November 26, 2013

Patut laa IBRAHIM ALI senyap sunyi dah sekarang, dah dapat habuan..!!

Anak Sungai Derhaka

Patutlah tak jadi bawa Teksi.. dah dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM rupanya Brahim Ali ni..


Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat

oleh  – Aspan Alias

November 26, 2013

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus-terang, daripada mengelak isu sebenar diketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhan untuk menyelesaikan masalah besar yang sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.

Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar dipikul semua ahli kabinet secara bersama (collective).

Ahli PAS hadapi ‘kejutan budaya’ sebab layan konsert di Muktamar

Nov 26, 2013
Abd Shukur Harun

Setelah menghadiri Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini saya terkesan bahawa sesetengah ahli PAS menghadapi ‘kejutan budaya’ kesan sikap keterbukaan PAS, lebih-lebih lagi dengan slogannya ‘PAS For All’.

Sikap keterbukaan ini mengundang warga PAS menghadapi suasana baru yang sangat mencabar, malah mencemaskan bagi kalangan agamawan di dalam PAS apabila mereka merujuk kepada pendekatan syara’. Umpamanya persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar PAS, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan. Namun persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'PAS For All' (PAS untuk semua) di mana persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

Dr Muhaimin mengukuhkan hujahnya bahawa persembahan serupa ini adalah menepati sikap keterbukaan PAS, tetapi tidak melanggar perinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Cukai: Label pengkhianat, PM cuba tutup kelemahan sendiri...

Nov 26, 2013
MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melabelkan "pengkhianat" kepada rakyat yang mengelak membayar cukai membuktikan beliau gagal dalam menguruskan kewangan negara.

Jelasnya, Najib tidak perlu menggunakan istilah 'pengkhianat' jika ingin menambah wang negara, tetapi beliau perlu memperbaiki segala ketirisan serta penyelewengan yang berlaku dalam petadbirannya.

"Jelas kita lihat Najib cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan kewangan negara yang semakin teruk sehingga menyebabkan berlaku pembaziran dalam soal perbelanjaan wang negara.

"Najib sanggup melabelkan rakyat sebagai pengkhianat jika mereka tidak membayar cukai dengan harapan rakyat akan membayar cukai mereka bagi menampung kewangan, sedangkan beliau yang gagal memperbaiki ketirisan," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Agus - Antara Demokrasi di BELGIUM & MALAYSIA..!!

Mohammad Agus Yusoff

Indah sungguh bangunan parlimen Belgium. Tapi, lagi indah ialah praktik demokrasi dan kemajuannya.

Belgium mempunyai 11.2 juta orang penduduk dengan masyarakatnya terbahagi kepada tiga kaum utama: 59% Flemish (Belanda), 41% Wallons (French) dan selebihnya Jerman. Ah, nampak macam sama sahaja dengan negara kita.

Dari segi sistem politik pun sama, dwi parlimen, raja berperlembagaan dan federal parliamentary.

Apa bezanya pula dengan kita? Bezanya Belgium bukan sahaja demokrasi di atas kertas, tapi juga demokrasi pada amalannya. Belgium maju dengan pendapatan per kapita rakyatnya US37,900. Manakala Malaysia pula kurang separuh daripada itu.

Belgium mengamalkan sistem pengundian proportional dalam pilihan rayanya berbanding Malaysia sistem majoriti mudah.

Belgium juga mewajibkan rakyatnya mengundi, tetapi Malaysia tidak. Itulah sebabnya peratusan rakyat keluar mengundi paling tinggi di dunia ialah Belgium.

UMNO BN memerintah sampai nak bangrap, last kutip duit kat rakyat untuk bayarnya..!!

GST bukan ubat ajaib elak muflis, kata Pakatan Rakyat
OLEH DIYANA IBRAHIM

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah perlu bagi mengelak negara daripada muflis.

Kata mereka, GST tidak boleh dianggap ubat ajaib untuk mengelakkan negara dari muflis.

Sambil memberikan contoh Greece yang juga melaksanakan GST, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata sistem cukai baru itu tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan negara

"Negara kita sedang mengalami krisis kewangan yang teruk walaupun dinafikan. Sebagai contoh, Greece melaksanakan GST, namun apa jadi dengan negara itu, mereka tetap muflis juga," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bantahan terhadap GST adalah kerana cara pelaksanaannya.

"Kita tidak kata sistem (GST) tidak betul, namun ini merupakan masalah korupsi, pembaziran dan penyelewengan," kata Khalid.

Rafizi bertegas, tidak kira berapa banyak dana yang disalurkan kepada negara melalui GST kerajaan masih juga terdedah dengan risiko muflis.

Mufti Kedah enggan ulas cabaran sumpah laknat

Mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad enggan mengulas cabaran Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya beliau bersumpah laknat selepas didakwa memfitnah bekas mufti Perlis itu.

Ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, beliau sebaliknya menyuruh Malaysiakini mendapatkan komen pihak lain.

"Saya tiada komen. saya tak nak komen. Saya tak nak mengulas, tak nak panjang-panjang (cerita).

"Kalau nak (tanya juga), tanya-tanya orang lain," kata Sheikh Muhamad Baderudin (kiri) sebelum memutuskan talian telefon.

Dr Mohd Asri pada 23 November lalu mencabar Sheikh Muhamad Baderudin bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

Katanya, jika benar beliau mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, maka laknat Allah ke atasnya; dan jika sebaliknya, laknat akan menimpa mufti itu.

Dr Mohd Asri merujuk kepada sebuah rakaman kuliah Sheikh Muhamad Baderudin di Youtube berhubung isu Wahabi yang secara sepintas lalu menyebut namanya.

Antara dibangkitkan, menurut Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera, dalam pentakwilan ayat al-Quran.

Pulau Tergadai Kerana Rasuah dan Hasil Intipan, SPRM dan PDRM Masih Berdiam?

SAMM sejak minggu lalu telah mendesak supaya pihak polis membuka siasatan ke atas keseluruhan pejabat AG di atas dakwaan wujud dua ejen CIA. Laporan polis juga dibuat di setiap negeri di seluruh negara bagi menggambarkan betapa seriusnya dakwaan Tun Mahathir yang dimuat dalam akuan bersumpah bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Mat Zain Ibrahim.

Selesai laporan polis oleh SAMM bersama aksi desakan anak muda di hadapan IPD Dang Wangi Ahad lalu, kini satu lagi pendedahan terbongkar yang juga melibatkan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail. Mat Zain dalam akuan bersumpah yang sama mendedahkan Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau lagi, berlaku transaksi pindahan wang dalam amaun yang besar ke dalam sebuah akaun di Hong Kong, di atas terlepasnya Pulau Batu Putih kepada negara Singapura. Ini menggambarkan Pulau Batu Putih sebenarnya telah dijual. SAMM juga tidak menolak kemungkinan, hasil intipan ejen CIA yang dikatakan berpengkalan di pejabat AG turut membantu lolosnya Pulau Batu Putih.

Langkah SAMM mendesak dengan laporan polis sebelum ini adalah bertepatan. Apakah pihak polis masih lagi berdiam diri kerana kes ini berprofile tinggi? Apakah SPRM hanya menunggu arahan pihak tertentu untuk bertindak? Apa lagi yang boleh diharapkan?

Perlu diingat, setelah gagal mendapatkan Pulau Batu Putih dalam pertembungan tahun 2007, Gani Patail tetap kekal sebagai AG dan tidak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut. Malah menjadi persoalan lebih penting - Mengapa tiada rayuan dibuat kepada ICJ dalam kes Pulau Batu Putih setelah lebih enam tahun berlalu? Tiada juga sebarang perkembangan mengenainya. Ini jelas membangkit keraguan munahsabah betapa pejabat AG punyai agenda tersendiri.

Justeru itu, SAMM akan menggerakkan satu usaha penting untuk mengembalikan Pulau Batu Putih ke tanahair asalnya melalui SAMM Johor. Beberapa gerakan sedang disusun oleh SAMM Johor dan akan mula bertindak menuntut semula Pulau Batu Putih dalam masa terhampir.

SAMM sekali lagi menegaskan, Gani Patail harus disiasat dan dibicarakan segera atau dakwa Tun Mahathir atas tuduhan menipu dan mengelirukan. Inilah pengkhianat negara yang sebenar, pengkhianat negara ini tidak harus dibiarkan menduduki kerusi teratas dalam sistem perundangan negara, malah perlu dihukum mati jika bersalah.

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Nak suruh bahas isu INTIPAN 3 NEGARA pun parlimen tolak.. apa cerita..!

Speaker tolak usul kecam intipan 3 negara
Ahmad Fadli KC

Usul tergempar mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia yang dibentangkan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.

Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet negara bagi mengintip pimpinan negara.

Dakwa Shamsul, akhbar Australia Der Spiegel dan Sydney Morning Herald sendiri melaporkan terdapat risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Australia seperti didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden.

MP BN cuba kalih isu dengan mengejek Mahfuz apabila mereka tak mampu jawab isu tanah kem tentera...


Blogger BN cuba alihkan topic dengan mencipta persepsi palsu Mahfuz Omar mengamuk angkara isu kalah jawatan sebagai Naib Presiden PAS baru2 ini..

Mahfuz Omar mempersoalkan kenapa tanah yang bernilai.. kem tentera boleh tergadai kepada orang lain.. kenapa begitu mudah tanah yang menempatkan kem pertahananan negara tergadai?

Siapa yang uruskan hal tersebut sehingga perkara ini tergadai.. apa yang akan berlaku selepas tanah ini tergadai.. begitu mudah kah keselamatan negara dicerobohi oleh orang luar?

Hangpa boleh dok senyum lagi, Najib kata hangpa Pengkhianat...!

Bolehkah kita tersenyum lagi?
-Shahbudin Husin

NOVEMBER 26, 2013

Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah ialah mereka yang tidak membayar cukai tidak ada semangat patriotisme dan adalah pengkhianat negara.

Hujah Perdana Menteri ini lantas menimbulkan perdebatan banyak pihak, tetapi lebih ramai yang tidak bersetuju berbanding menyetujui cakap Najib itu.

Bahkan, ramai menyerang balas Najib dengan menyatakan bersikap boros dan membelanjakan wang pembayar cukai secara sesuka hati juga merupakan pengkhianatan kepada negara.

Undi Melayu punca kegagalan Pas


Undi Melayu punca kegagalan Pas

SHAH ALAM - Kemerosotan undi Melayu kepada Pas pada PRU13 Mei lalu menjadi faktor utama mengapa parti itu gagal dalam usaha mengganti Umno sebagai parti tunggal Melayu di negara ini.

Ketua Lajnah Penyelidikan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan hasil bedah siasat PRU13, Pas didapati mengalami kemerosotan sokongan undi kaum Melayu sebanyak dua peratus.

Menurutnya, disebabkan itu impian parti mahu menggantikan Umno sebagai parti tunggal Melayu masih belum dapat dilaksanakan.

"Kekurangan undian itu hasil penelitian di seluruh negara, melibatkan semua peringkat.

"Sementara PKR mengalami kemerosotan undi Melayu tujuh peratus. DAP pula ada penambahan undi 20 peratus daripada etnik Melayu," katanya pada ucapan penggulungan Muktamar, semalam.

Beliau berkata, sokongan umum pengundi Melayu kepada Pas berdasarkan PRU13 lalu sekitar 40 peratus.

Rock metal: Pas masih ikut prinsip


Dr Muhaimin Sulam  
Dr Muhaimin Sulam

SHAH ALAM - Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

"Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung.

Kedah Usul haramkan pokok ketum


Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

MUKHRIZ Mahathir (tengah) memotong pokok ketum sebagai gimik pelancaran perasmian program Percambahan Minda: Dadah dan Daun Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa di Dewan Kodiang, Jerlun, Kedah, semalam. Turut kelihatan Hakimi Hamidon (kiri). - BERNAMA

JERLUN 22 Nov. - Kerajaan Kedah akan berbincang dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan ahli-ahli Parlimen dari negeri ini untuk mengusulkan pengharaman penanaman daun ketum dalam usaha menyekat penyalahgunaan bahan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya memandang serius kegiatan menanam pokok ketum yang dilaporkan dilakukan secara berleluasa terutama di kawasan kampung dan pedalaman sehingga menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih air ketum di negeri itu.

"Kita akan minta kerajaan supaya memberi perhatian dengan meminda atau mengubah undang-undang sedia ada untuk mengharamkan terus penanaman pokok ketum ini," katanya berucap dalam majlis penutup Program Percambahan Minda: Dadah dan Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa anjuran AADK Daerah Kubang Pasu di Dewan Pekan Kodiang, dekat sini hari ini.

Alor Setar - Marilah kita bersama membantu BASRI..

Basri makin positif

Basri makin positif  
Basri dibawa ke dewan bedah HSB, semalam.

ALOR SETAR - “Apabila mendengar kehebatan mana-mana pengamal perubatan Islam mahupun alternatif, saya akan berusaha mendapatkan mereka semata-mata mahu melihat anak sembuh,” demikian kata Basharudin Bakar, 46.

Bapa kepada Mohd Basri Basharuddin, 19, remaja yang pernah menjalani pembedahan memasang tempurung kepala tiruan ini menyatakan usaha terbabit diambil selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak termasuklah doktor supaya berubat cara lain selain perubatan moden.

“Jadi, selain menerima pemeriksaan daripada doktor, Basri juga dirawat secara batin oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Mergong, Kedah sejak bulan lepas.

“Walaupun menggunakan dua kaedah rawatan serentak namun ia tidak mengganggu kesihatan Basri, sebaliknya keadaannya dilihat makin positif,” katanya kepada Sinar Harian di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.

Sik - Penternak kambing rayu bantuan



Mohd. Syaharudin Abu Bakar menunjukkan bangsal yang dibina untuk menempatkan kambing seperti yang dijanjikan oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Kedah yang kini terbengkalai di Mukim Sok, Sik, Kedah, semalam.

SIK 21 Nov. - Empat peserta Kursus Transformasi Usahawan Sektor Ternak (Trust) merayu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah menyalurkan bantuan ternakan kambing yang dijanjikan tiga tahun lalu.

Berikutan ketiadaan bantuan tersebut, mereka mengalami kerugian antara RM15,000 hingga RM30,000 akibat kandang haiwan tersebut yang siap dibina untuk penternakan tersebut kini reput dan rosak.

Peserta dari Kampung Surau, Mukim Sok, Mohd. Syaharudin Abu Bakar, 39, berkata, mereka dijanjikan bantuan kambing selepas mengikuti kursus pada 30 Oktober sehingga 1 November 2010, namun sehingga kini bantuan tersebut masih tiada khabar berita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...