Kedah pandang ke Jepun 
 Mukhriz (kanan) berbincang dengan Suzuki dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam, baru-baru ini.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan menerokai kepakaran dan teknologi tinggi dari Wilayah Mie, Jepun, dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi di negeri ini selain meneroka potensi pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sebagai pengeluar padi terbesar di Jepun, kerjasama dan perkongsian bersama Wilayah Mie sangat relevan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berminat untuk belajar daripada pengalaman Wilayah terbabit dalam menarik minat pelabur dari wilayah-wilayah lain di negara itu.

“Kita berharap untuk membawa teknologi yang mereka ada dengan menarik pelabur dari Wilayah Mie ke Kedah.