TERKINI :

Saturday, November 23, 2013

Muktamar PAS cadang demonstrasi besar-besaran bantah GST, TPPA

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
November 23, 2013

Mohamad Sabu cadang demonstrasi besar-besaran untuk membantah pelaksanaan GST, TPPA dan pembaziran kerajaan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 November, 2013.Mohamad Sabu cadang demonstrasi besar-besaran untuk membantah pelaksanaan GST, TPPA dan pembaziran kerajaan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 November, 2013.

PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS ketika sidang Muktamar Tahunan ke-59 membangkitkan usul demonstrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga membantah gejala rasuah oleh Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu mengemukakan usul berkenaan semasa sesi perbahasan usul ekonomi di Stadium Melawati, Shah Alam di hadapan 1,129 perwakilannya.

"Maka muktamar ini mencadangkan agar satu Himpunan Rakyat besar-besaran oleh parti politik, NGO, dan semua pihak untuk membongkarkan segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA," kata Mohamad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

Di harap puak-puak yang dok maki hamun dan tuduh MAT SABU macam-macam tu bawa bertaubatlah..!!!

ULASAN GB



Selain dari faktor populariti, Mohamad Sabu menang kerana kempen keterlaluan golongan yang mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Setiap yang keterlaluan dan melampau batas akan tewas.

Tidakkah kita lihat di dalam PRK Sungai Limau yang lalu bagaimana kempen melampau batas UMNO BN dengan "patung kaki" menyebabkan mereka kalah tertonggeng sekalipun segala jeentera, segala kekuatan kerajaan pusat dikerah untuk membantu calon mereka?

Begitulah di dalam pemilihan PAS. Kempen keterlaluan yang dilakukan oleh sekumpulan yang beriya-iya untuk menang akhirnya memakan diri. Buktinya:

Perang terbuka antara Mufti Kedah dengan Dr Maza

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

PERANG TERBUKA DR MAZA DENGAN MUFTI KEDAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya tidak mahu laga-lagakan kamu berdua yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari saya. Adu domba akan buatkan saya masuk neraka.

2) Video pendek yang memaparkan kuliyah Mifti Kedah, yang menyentuh isu Wahabi, Dr Maza dan Fathul Bari secara jelas dan jawapan balas Dr Maza panas menjadi viral di dunia facebook.

3) Jika seseorang yang biasa mendengar kuliyah Mufti Kedah, pasti seseorang itu akan faham gaya bahasa dan penyampaian Mufti itu, yang pada saya tidak menghala kepada Dr Maza secara langsung mengenai "Allah duduk macam kera". Ia ditujukan kepada Wahabi. Nama Dr Maza dan Fathul Bari hanya dikait dengan Wahabi, dan Wahabi itu dihurai oleh Mufti Kedah. Salah satu contoh, "Allah duduk di Arasy", Wahabi terjemah duduk itu adalah duduk. Mufti bagi contoh kalau duduk mcm makhluk, sama macam kera duduk. Takkan Allah duduk macam tu. Ahlussunnah mentakwil duduk itu sebagai menguasai Arasy. Mufti tidak sebut Dr Maza sebut kata "Allah duduk macam kera". Dr Maza gagal memahami konteks sebenar perkara yang dihuraikan Mufti, mungkin kerana terasa dan berdesing dengan kenyataan Mufti tersebut.

4) Bagi sesiapa yang memperlekeh keilmuan Mufti Kedah, tersalah besar. Beliau tidak sebangang yang disangka oleh penggemar-penggemar Dr Maza. Malah Dr Maza pernah 'dibelasah' oleh Prof Dr Aziz Hanafi , yakni rakan seperjuangan Mufti Kedah dalam satu forum yang dihadiri kedua-duanya.

5) Bagi pengkritik Dr Maza yang mengatakan Dr Maza adalah Wahabi, saya mohon kurangkan kebencian anda terhadap beliau. Jika Dr Maza semasa dia memegang jawatan Mufti Perlis dahulu, ya, saya pun akan kritik beliau. Cara beliau mengherdik ulamak lain, memadang rendah ilmuan lain dalam kuliyahnya, memang tidak boleh diterima. Ini bukan bab berbeda pendapat. Apa hal nya nak berbeda pendapat dengan Imam Syafie sehingga membidaahkan amalan Imam Syafie? 

6) Tetapi hari ini dia tidak menampakkan sangat kewahabian beliau, setelah tidak lagi menjadi mufti dan setelah rapat dengan peimpin Pakatan Rakyat. Walaupun masih ada sifat kewahabian dalam kuliyah beliau, percayalah dia bukan Dr Maza yang dahulu. Idea-idea Dr Maza boleh digunapakai dalam isu politik, pencerahan yang beliau utarakan ada juga yang bernas, walaupun ramai yg mengkritik beliau hanya sekadar beretorik, tanpa berjuang di medan, tak mengapalah. Beliau mahu jadi pengimbal, tidak salah. Dulu dia tak kasi tegor pemimpin secara terbuka. Sekarang sudah berubah. 

7) Sesungguhnya saya tidak menyokong Wahabi. Tetapi menghemtam Dr Maza seolah-olah seperti Dr Maza tiada harapan lagi untuk 'kembali ke pangkal jalan' adalah keterlaluan. 

8 ) Fahamilah cara Rasulullah berdakwah. Baginda nampak setiap orang ada potensi untuk mengembangkan dakwah Islam kepada manusia, hatta Abu Jahal sekalipun. Sejahil-jahil manusia, jika para daei tahu menggunakan potensinya untuk kembangkan dakwah, maka Insya Allah dakwah akan berkembang baik. Apatah lagi orang yang berilmu seperti Dr Maza. Tugas para daei dan strategis perjuangan Islam untuk menggunakan potensi yang beliau ada.

9) Dialog dan muzakarah antara ilmuan-ilmuan ini mestilah disegerakan bagi mengelakkan masyarakat pening dan bingung.

Sekian.

1) Saya tidak mahu laga-lagakan kamu berdua yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari saya. Adu domba akan buatkan saya masuk neraka.

2) Video pendek yang memaparkan kuliyah Mifti Kedah, yang menyentuh isu Wahabi, Dr Maza dan Fathul Bari secara jelas dan jawapan balas Dr Maza panas menjadi viral di dunia facebook.

3) Jika seseorang yang biasa mendengar kuliyah Mufti Kedah, pasti seseorang itu akan faham gaya bahasa dan penyampaian Mufti itu, yang pada saya tidak menghala kepada Dr Maza secara langsung mengenai "Allah duduk macam kera". Ia ditujukan kepada Wahabi. Nama Dr Maza dan Fathul Bari hanya dikait dengan Wahabi, dan Wahabi itu dihurai oleh Mufti Kedah. Salah satu contoh, "Allah duduk di Arasy", Wahabi terjemah duduk itu adalah duduk. Mufti bagi contoh kalau duduk mcm makhluk, sama macam kera duduk. Takkan Allah duduk macam tu. Ahlussunnah mentakwil duduk itu sebagai menguasai Arasy. Mufti tidak sebut Dr Maza sebut kata "Allah duduk macam kera". Dr Maza gagal memahami konteks sebenar perkara yang dihuraikan Mufti, mungkin kerana terasa dan berdesing dengan kenyataan Mufti tersebut.

Keputusan Naib Presiden PAS kira semula, umum esok

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
November 23, 2013

Undian bagi jawatan Naib Presiden PAS akan dikira semula dan keputusan akan diumumkan esok. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 November, 2013.Undian bagi jawatan Naib Presiden PAS akan dikira semula dan keputusan akan diumumkan esok. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 November, 2013.

Keputusan bagi jawatan tiga Naib Presiden PAS hanya akan diumumkan esok selepas selesai kiraan semula undi malam ini.

Proses pengumuman berkenaan sepatutnya dijalankan hari ini, sekali dengan jawatan Timbalan Presiden dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, namun persaingan sengit antara kelima-lima calon memaksa ia diumumkan selewat-lewatnya jam 9.30 pagi esok.

"Pertarungan sangat sengit... sebentar tadi wakil calon telah bersetuju untuk pengiraan semula dilakukan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Asmuni Awi.

"Namun kita beri jaminan keputusan pengiraan esok tidak akan lewat jam 9.30 pagi," katanya ketika sidang media sejurus keputusan Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diumumkan jam 7 malam tadi.

Mat Sabu kekal sebagai timbalan presiden PAS



Abdul Rahim Sabri



dikemaskini Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.

Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.

PRU13: 'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah

Abdul Rahim Sabri3:15PM Nov 23 2013 

Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang."Biarlah didedah jawatankuasa postmortem dibuat dengan kadar segera," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.

Mengakui perit dan dukacita dengan kejatuhan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu pada pilihan raya lalu, Nasir Zakaria bagaimanapun mengakui masalah "faktor dalaman" menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di negeri itu.Beliau yang juga bekas ahli parlimen Padang Terap, bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik "masalah dalaman" umpama "barah" yang berlaku di negeri itu.

"Masalah yang dihadapi oleh anak, tidak mampu diselesaikan atau ditanggung oleh anak, maka ia dileraikan oleh mak bapa. Ayah kena ambil tindakan dengan pantas, adil dengan masalah yang berlaku."Kita tidak mahu masalah umpama barah (merebak). Mungkin (selepas ini) menyerang parlimen, negeri (lain) yang kita kuasai," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu yang dibentuk diaktifkan segara sekaligus memantau dan memberi nasihat profesional kepada negeri yang ditadbir oleh PAS.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Majlis Syura Ulama telah menubuhkan unit audit untuk memeriksa termasuk pentadbiran kerajaan negeri."Saya nak bertanya sudah wujud unit itu, siapa yang mengetuainya, di mana pejabatnya," katanya.Jawatankuasa postmortem diketuai naib presiden PAS Salahudin Ayub.

Konsert di Muktamar PAS.. apa pandangan anda..??



Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone

SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.

Kita hentam SPR tetapi SPR kita sendiri buat hal semoga tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Siapa sebenarnya Pengerusi Pakatan Rakyat?
Salmiyah Harun

SHAH ALAM: Perwakilan Johor, Firdaus Masood mengingatkan agar insiden yang berlaku dalam proses pemilihan PAS Pusat semalam tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS beliau berkata, walaupun insiden semalam telah mencalarkan imej PAS Pusat bagaimanapun para perwakilan menerima permohonan maaf daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat yang diketuai Asmuni Awi.

"Perwakilan menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilih tadi, tetapi berharap insiden ini tidak seharusnya berlaku.

"Rakyat lihat bagaimana hendak ambil alih Putrajaya tetapi SPR kita sendiri yang dipersoalkan, kita hentam SPR tetapi SPR kita sendiri buat hal," katanya di hadapan kira-kira 1,200 perwakilan yang hadir di Stadium Malawati, di sini.

Laksana hukuman sebat

Mohd Rawi Abd Hamid

ALOR SETAR - Sidang Dun Kedah kelmarin meluluskan tiga rang undang-undang berkaitan syariah iaitu Rang Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah dan Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata ia dibentang semula untuk membuat beberapa penambahbaikan kepada undang-undang syariah sedia ada agar selari dan sama seperti hukuman yang dikuatkuasakan di negeri lain.

Belau menganggapnya sebagai satu kejayaan kerana kelulusan itu amat penting dan sudah lama dinanti-nantikan peguam syarie kerana Kedah adalah negeri terakhir membuat penambahbaikan kepada undang-undang itu.

“Sebenarnya ia melibatkan beberapa pindaan kepada undang-undang syariah yang lama. Misalnya berkaitan hukuman sebat, kaedah pelaksanaan hukuman sebat dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menteri dakwa K-Pop bawa pulangan RM140 juta

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Belia dan Sukan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
               
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas.
               
Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
               
"Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung," katanya pada persidangan akhbar selepas berjumpa dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di pejabat jawatankuasa itu di Parlimen pada Khamis.

Sultan Johor titah cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.

Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - 23 November, 2013.

Kalau dah toman, pakaikan mahkota pun ia tetap toman.

oleh Aspan Alias

Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadangkala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.

Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai ‘social climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.

Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.

Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone

SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.

Menteri BN kalut terpaksa pertahan si 'RATU SHOPPING' ROSMAH - Rafizi

Menteri BN kalut terpaksa pertahan si 'RATU SHOPPING' ROSMAH - RafiziKUALA LUMPUR - Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah dinobatkan sebagai Ratu Beli-belah oleh Ketua Pembangkang yang sudah meluat, hairan dan jijik pada pendedahan yang telah dilakukan di Parlimen berikutan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Qatar.

"Pengesahan oleh YB Azalina (Ahli Parlimen Pengerang) bahawa Rosmah pergi atas kapasiti peribadinya dengan menggunakan jet peribadi yang dibayar menggunakan dana kerajaan adalah satu penghinaan besar terhadap rakyat di saat kita diminta untuk menempuh kesukaran yang disebabkan oleh penarikan balik subsidi-subsidi kerajaan," Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah dia pergi atas dasar peribadi, kami diberitahu bahawa dia telah diiringi oleh pegawai-pegawai dan para pembantunya. Siapa yang menaggung semua perbelanjaan mereka? Tidak syak lagi tentunya pembayar cukai. Sikap borosnya dan suka menggunakan duit rakyat menampakkan bahawa dia langsung tiada akauntabiliti seolah-olah dia adalah seorang ratu, saya akan mahkotakan dia sebagai.. Ratu Beli Belah "

Bantuan bencana : Jepun yang kafir memikirkan bab batasan Islam kita yang Islam pula duk tinggalkannya..

Zulhafidz Yahaya


Jepun ni tatau la..mmg kagum sejak terbaca kisah kontraktor2 besi yang kumpul2 besi lepas tsunami tu, siap pulangkan balik duit2 lebih dari kos+untung kerja yg mereka lakukan ..pulangkan pada gomen, agar gomen buleh gunakan untuk keperluan rakyat yg lain pulak..

kagum kagum kagum, sebab tu ustaz hasrizal kata, nak dakwah kat jepun tu ttg islam, nak dakwah apa yg logik2 fizikal terzahir di mata?

nak dakwah surah al-asr? tentang masa? heh...mati kutu nak beritahu tentang penggunaan masa kita sendiri...ketepatan masa, janji masa, etc2

nak dakwah tentang kebersihan?

akhirnya, back to basic, macam dari kisah Nabi Yusuf a.s dan nabi2 lain pun, dakwah utama, ajak kepada tauhid kepada Allah swt..sbb apabila manusia kenal Allah swt, rasuah dia tak buat, sebab tahu dan kenal Allah swt sentiasa Maha Melihat dan Mendengar, dan kejahatan2 lain semua rasa malu nak buat...apatah lagi nak curi dana rakyat..

Pas nafi hanya jadi "penumpang"

muktamar pas
SHAH ALAM - Menafikan Pas hanya "penumpang" dalam perikatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, Pas, PKR dan DAP sama taraf.

Bahkan kata Abdul Hadi, kejayaan PR pada PRU yang lalu juga adalah hasil agenda bersama dan tidak boleh diadili dengan jumlah kerusi yang dimenangi.

"Kita hanya satu taraf (tidak berbeza) dalam komponen PR, kita mencapai satu kejayaan apabila menjadi satu agenda kepada rakyat secara menyeluruh dalam PRU lalu.

"Kita yakin dan percaya sekiranya agenda kita turun kepada rakyat, bukan sahaja kita dapat undi popular, bahkan ia sudah cukup menjadi asas penting untuk kita fahami rakyat, itu sebenarnya, bukan (mementingkan) kerusi yang dimenangi pada PRU lalu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, hari ini.

Ulamak PAS perlu setaraf ulama antarabangsa


Dr Maszlee Malik  
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - Ulama Pas perlu mempunyai kualiti setaraf ulama antarabangsa sehingga boleh membincangkan pelbagai isu bukan hanya ilmu agama malah ekonomi dan isu-isu semasa.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, ulama Pas harus  memainkan peranan hingga ke peringkat tertinggi hingga melangkaui peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, buat masa ini, Dewan Ulama Pas dilihat sama seperti Dewan Pemuda dan Muslimat.

"Kita tahu dalam Pas, Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi. Tetapi, bagi ulama-ulama dalam Pas, sudah tiba masa mereka bergerak selangkah lagi untuk meletakkan diri mereka pada satu tahap disegani.

"Kerana itu, ulama perlu mantap dalam erti kata sebenar dan tidak akan lagi di perlekeh setiap kali berbicara. Jika tidak, pelbagai persepsi akan terus timbul dengan peranan ulama," katanya.

Balu Azizan restui anak sertai politik


Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah  
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah

ALOR SETAR - Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah merestui jika anak-anaknya yang berhasrat menceburi politik sepenuh masa selepas ketiadaan suaminya.

Isteri bekas menteri besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berkata, empat anak lelakinya menunjukkan minat dalam politik iaitu anak kedua, Yahya Sharaf, Zakaria (ketiga), Ahmad Rafi’iy (kelima) dan Ahmad Faiq (ketujuh).

“Bagaimanapun buat masa ini, mereka ada komitmen lain dan mempunyai pekerjaan. Jika yang mahu berpolitik secara aktif pada masa depan,  saya tak halang,” katanya.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa penglibatan anak-anak Allahyarham adalah untuk meneruskan legasi Azizan dalam Pas Kedah.

"Pembabitan mereka dalam politik sebelum atau selepas ini bukan untuk teruskan legasi Azizan dalam parti sebaliknya untuk bersama-sama berjuang demi kebaikan Pas sejagat,” katanya.

Dr Mohd Asri - Menjawab Fitnah Mufti Kedah

DrMAZA.com
MENJAWAB FITNAH MUFTI KEDAH

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. 

Tiada siapa yang dapat menerima perkara yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...