TERKINI :

Friday, November 22, 2013

Padam segera cerita dongeng Umno, BN


Hadi awang  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - [VIDEO] Kepimpinan Pas perlu berusaha gigih memadamkan mitos dogeng di kalangan orang Melayu luar bandar bahawa Umno, BN sahaja boleh memerintah negara ini, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pas ujar Abdul Hadi memerlukan strategi khusus bagi memastikan masyarakat Melayu luar bandar tidak terkeliru antara parti politik dan kerajaan.

"Perkara ini terjadi (salah anggap mengenai kerajaan dan parti politik) berpunca daripada sikap kebergantungan kepada pemerintah, pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, dan maklumat tidak sampai.

"Oleh itu, Pas perlu satu kerangka yang khusus bagi memastikan mitos Umno dan BN sahaja boleh perintah negara dapat dipadamkan dan mengigatkan orang Melayu bahawa 'istilah tersebut' hanya merupakan satu proganda Umno BN sahaja," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 di Stadium Melawati, hari ini.

Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar

Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati
OLEH MD IZWAN
November 22, 2013

Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.

Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.

"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.

Hadi: Umno jadikan kalimah Allah, hudud senjata politik

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
November 22, 2013
Latest Update: November 22, 2013 02:47 pm

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (kanan) bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama perwakilan di Muktamar PAS ke-59. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (kanan) bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama perwakilan di Muktamar PAS ke-59. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan isu berkaitan agama Islam sebagai senjata politik untuk meraih sokongan mereka yang semakin berkurangan.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara berkaitan serangan terhadap umat Islam itu bukan perkara baru kerana ia berlarutan sejak ribuan tahun dahulu.

"Umat Islam yang ada dalam negara kita ini dikejutkan dengan rentetan serangan isu berkaitan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, di samping suasana yang tidak harmoni cuba dicetuskan oleh kalangan yang ingin mengambil kesempatan daripadanya," katanya ketika berucap di Muktamar Tahunan ke-59 PAS di Shah Alam, hari ini.

[PANAS] Mufti Kedah tolak Fathul Bari mai kuliah di Kedah


Ejen CIA: Dang Wangi Menjadi Medan Mendesak Siasatan Ke Atas Pejabat Peguam Negara (AG)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan terdapat dua agen perisik CIA dalam pejabat Peguam Negara adalah sangat serius dan pihak polis wajar bertindak segera. Pengakuan tersebut merujuk kepada akuan bersumpah Mat Zain (bekas ketua siasatan jenayah PDRM).

Namun setelah 13 laporan polis dibuat oleh SAMM bersama aktivis sekutu di seluruh negara sejak Sabtu lalu, masih tiada tanda-tanda kertas siasatan dibuka terhadap pejabat Peguam Negara dan juga terhadap Gani Patail. Ini amat menggusarkan menyedari kesan daripada pengintipan ini memudharatkan tanahair.

Paling ketara, beberapa keputusan penting yang melibatkan pihak Peguam Negara dilihat menyebabkan negara kerugian besar, malah Pulau Batu Putih juga tidak sepatutnya terlepas dari kedaulatan tanahair. Peguam Negara Gani Patail telah mengetuai misi mempertahan Pulau Batu Putih di mahkamah antarabangsa tetapi berakhir dengan kegagalan.

Sepanjang 4 tahun cuma 5 Ahli Politik terlibat Jenayah Rasuah.. ini puncanya..!!

SPRM Hanya Dakwa 5 Ahli Politik Jenayah Rasuah Dalam Tempoh 4 Tahun


Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa hanya lima ahli politik yang terlibat jenayah rasuah dalam tempoh empat tahun bukti agensi itu takut untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli politik, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Statistik itu diperolehi Rafizi dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan semalam bahawa sembilan orang ahli politik ditangkap dan lima orang telah didakwa di mahkamah.

Kata Rafizi, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan jumlah siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan jumlah kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan SPRM tidak serius memerangi rasuah di kalangan ahli politik.

“Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara.

Mana ada wartawan boleh guna jet biayaan kerajaan seperti Rosmah?

Kadir: Mana ada wartawan boleh guna jet biayaan kerajaan seperti Rosmah?
Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. -gambar fail 
 
KUALA LUMPUR: Peranan wartawan adalah untuk menulis berita dan bukannya menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

Ini adalah reaksi Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan ‘telah mencabar wartawan agar menjadi agen penggalak pelaburan.’

“Saya rasa wartawan dan media massa sudah pun memainkan peranan itu.

“Bukanlah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?

“Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?

“Tumpang sekali sekala tu adalah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau Menteri ajak,” kata Kadir di dalam blognya.

PAS: Jangan guna 'makhluk asing' atur pendidikan kita

Abdul Rahim Sabri

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.

Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.

"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.

"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.

Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar



SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.

Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.

Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:

Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.

Siapa lebih lawak - Antara PAK YUS JAMBU dengan SHAHIDAN KASSIM..??

Siapa lebih lawak? 
- Shahbudin Husin

https://fbexternal-a.akamaihd.net/safe_image.php?d=AQAksTQ1cInLdvG4&url=https%3A%2F%2Ffbcdn-vthumb-a.akamaihd.net%2Fhvthumb-ak-ash3%2Fp261x260%2F1096688_544298848992790_544297738992901_15131_1901_b.jpg&jq=100 
http://img.astroawani.com/2013-07/81372740553_295x200.jpg

Dalam program Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Jambu adalah adalah antara peserta yang sering mencuit hati penonton. Lawaknya bersahaja dan santai. Kumpulan ini dianggotai oleh Tauke dan Yus (pemuda berasal dari Perlis). Berikut adalah salah satu dialog dalam persembahan mereka.

Tauke: Apa kata kalau kita cuti bersama?

Yus: Pergi ke mana?

Tauke: Indonesia.

Yus: Hisss, Indonesia tak bestlah...

Tauke: Habis tu, kita nak pergi ke mana?

Yus: Surabaya.

Tauke: Surabaya tu kat mana?

Yus: Surabaya tu kat Indonesialah!!

Kah kah kah kah...lawak, lawak...

PAS perlu berhenti “menangis seperti bayi” jika mahu perintah Malaysia

ANALISIS BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
November 22, 2013

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. 

PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.

Perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.

Khabar dari MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA bersama Mat Sabu


MAS rugi sebab mereka mempunya pihak PENGURUSAN yang ceroi

PENGURUSAN MAS: TOLONG TINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN
- Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

http://jawatankosong2013.com/wp-content/uploads/2013/02/logo-malaysia-airlines-MAS.jpg 

Malam ini saya akan Brussels melalui Paris menaiki pesawat MAS. Saya tetap menaiki pesawat MAS, bukannya kerana MAS menawarkan perkhidmatan terbaik, tetapi kerana kebanggaan saya kepada syarikat penerbangan milik negara kita.

Menaiki pesawat MAS ini bukan murah macam AirAsia, apatah lagi jika kita menaiki Kelas Perniagaan atau Kelas Pertama. Saya baru pulang dari Istanbul menaiki pesawat MAS, saya tanya air mangga tidak ada, saya tanya air jambu sudah habis. Semasa saya mula-mula menaiki pesawat akhir pada tahun 1970-an dahulu, semua jenis air ini ada. Tapi sekarang ini kerana penjimatan perbelanjaan adalah lebih penting dari peningkatan perniagaan, maka banyak perkara perlu dalam penyediaan perkhidmatan yang baik sudah tidak ada.

Tapi adakah MAS untung dengan dasar penjimatan ini? MAS tidak juga untung, tapi tahun ini rugi lagi. Apabila ditanya mengapa rugi, maka jawapannya standard sahaja: disebabkan oleh kenaikan harga minyak, nilai ringgit yang lemah, perbelanjaan pengurusan yang meningkat, persaingan yang semakin sengit, caj lapangan terbang luar negara dan caj ‘overflying’ yang tinggi dan kos pengiklanan.

[Dedah] Isu BANGLA 40,000 yang di war-warkan media UMNO, ini yang dikatakan sebenarnya..!!






Isu BANGLA 40,000 yang di war-warkan media UMNO.... sebenarnya apa yang dikatakan oleh DSAI ialah yang nie.. beliau bukan kata jumlah 40k bangla.. tetapi pengundi luar yang diangkut masuk dalam semenanjung malaysia yang mana ada dokumen perjalanan yang disertakan...

Isu yang utama ialah KAD PENGENALAN di berikan kepada warga asing... dan isu itu sekarang ini terdedah dengan beberapa kejadian spt Kes Security tembak pegawai bank... ini topic yang diutarakan... bukan isu puak bangla mai 40k untuk buang undi....

Wang tajaan guna bayar K-Pop

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

AHMAD SHABERY melambai tangan kepada wartawan selepas selesai memberi keterangan isu kos penganjuran Hari Belia Negara 2012 kepada PAC di bangunan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima tajaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM2.3 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hanya RM1.6 juta daripada keseluruhan wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan persembahan artis Korea Selatan itu iaitu RM900,000 untuk bayaran artis dan RM700,000 untuk kos pengangkutan, penginapan, makanan dan cukai kerajaan.

"Pendahuluan wang bayaran tersebut diambil daripada peruntukan kerajaan berikutan artis dari Korea Selatan tersebut perlu ditempah lebih awal sebelum hari sambutan HBN," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia

Turki beri penghormatan tinggi

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my



RAKYAT Turki memberi penghormatan tinggi semasa upacara pengebumian
Allahyarham Ahmad Ammar di Istanbul baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.

Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).

AGM Seniman terbatal, tidak sah

Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

WAN ROHIMI (dua dari kiri) menunjukkan laporan kenyataan mahkamah berhubung isu Seniman kepada Abu Bakar (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Seniman pada 26 Mei tahun lalu adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu secara tidak langsung menggugurkan nama pelakon Zed Zaidi selaku Presiden Seniman berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop mendapati, lima artis veteran yang menyaman Seniman dan tujuh yang lain berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan berhubung dakwaan AGM itu sebagai tidak sah kerana minit mesyuarat telah dipalsukan dan ahli baharu yang meragukan.

Kjaan negeri Kedah sponser kursus kahwin secara percuma kepada golongan muda yang nak kahwin

Setuju kursus kahwin percuma
Wartawan Sinar Harian

POKOK SENA - Pengumuman insentif kursus perkahwinan percuma kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga oleh kerajaan negeri mendapat sambutan orang ramai.

Ramai berpendapat pengumuman Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dalam Bajet Kedah 2014 itu menunjukkan kerajaan negeri peka dengan masalah bakal pengantin hari ini terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Bagi Siti Norsyazana Zainal, 22, dari Batu 17, Jalan Naka, dia mengucapkan terima kasih kerana memberi kursus perkahwinan percuma kepada golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga.

Dia yang akan bertunang menganggap pengumuman itu sebagai hadiah kepada bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Kursus perkahwinan pada masa sekarang ialah RM80, tetapi bagi yang berpendapatan rendah ia sangat bermakna dan bernilai.

Geng penyamun sekitar Sg Petani di gempur dalam Ops Cantas Khas

Polis tumpaskan Geng Khalid, empat ditangkap

SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan Geng Khalid, yang dipercayai aktif dalam beberapa kes samun stesen minyak sekitar daerah Kuala Muda, dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan menerusi Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun, ditangkap di kawasan Flat Paya Nahu dekat sini, ditahan reman lima hari sehingga 24 November ini.

Beliau berkata, suspek pertama ditahan pada 10.30 malam 16 November lepas yang membawa kepada penangkapan tiga lagi pada 19 November.

"Siasatan awal mendapati penahanan anggota kumpulan ini dapat membantu menyelesaikan 25 kes samun, termasuklah 15 kes samun stesen minyak sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Suhaizan Ketua Pemuda Pas Pusat


Suhaizan Kaiat 
Khalil, Suhaizan dan Khairul terpilih pimpinan tertinggi Pemuda Pas Pusat. 
- Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

PETALING JAYA - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pemuda Pas sesi 2013-2015 menyaksikan Suhaizan Kaiat menewaskan dua calon Ketua Pemuda Pas lain dengan 320 undi.

Sementara jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas milik Khalil Abdul Hadi dengan 355 undi.

Jawatan Naib Ketua Pemuda Pas dimenangi Mohd Khairi Nizam Khairuddin dengan 411 undi.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zulkarnain Lukman pada jam 9.45 malam ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...