TERKINI :

Thursday, November 21, 2013

YB Shahidan, siapa labur siapa lebur?

– A Kadir Jasin
November 21, 2013

Kalau laporan media atas talian (online) tepat, maka bolehlah saya membuat kesimpulan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, telah mencabar wartawan agar menjadi ejen penggalak pelaburan.

Saya rasa, wartawan dan media massa sudah pun memainkan peranan itu. Bukanlah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?

Itulah peranan wartawan – menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?

Tumpang sekali sekala tu ada lah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau menteri ajak.

Mat Sabu tidak hadir perasmian Muktamar PAS ke-59

Oleh Irwan Muhammad Zain

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, tidak dapat menghadiri majlis perasmian Tahunan PAS ke-59 yang dijadualkan pagi esok kerana perlu ke mahkamah untuk berdepan kes saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Ahmad Wan Omar terhadap beliau.

"Peguam saya Hanipa Maidin cuba minta supaya kes ini ditangguhkan kerana esok perasmian namun peguam Ahmad Wan tetap mahu beliau hadir ke mahkamah," katanya kepada Astro AWANI.

Mohamad berdepan saman fitnah yang difailkan Wan Ahmad pada 5 Mac lepas atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Jan lepas.

Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas akibat penyiaran artikel yang didakwanya mengandungi kata-kata fitnah itu.

Selain berdepan kes di mahkamah, Mohamad juga menghadapi cabaran untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS yang dijadualkan berlangsung esok.

Mohamad ditentang Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Isu jet Rosmah: Muhyiddin sedang diperangkap?

- Shahbudin Husin
November 21, 2013

Dalam perkembangan yang semakin membingungkan orang ramai berhubung isu penggunaan jet eksekutif yang membawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan ke Qatar baru-baru ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa lawatan ke Qatar itu adalah atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi yang melibatkan kerajaan.

Pendedahan ini, jika benar, secara automatik menolak hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang mengatakan lawatan Rosmah ke Qatar itu adalah atas jemputan kerajaan negara Arab itu dan membawa banyak faedah kepada negara.

Sehubungan itu, Shahidan meminta rakyat berterima kasih atas susah payah dan sumbangan isteri Perdana Menteri itu.

Kalaulah benar juga, lawatan Rosmah ke Qatar itu atas jemputan peribadi, persoalan paling besar ialah mengapakah beliau memohon untuk menggunakan jet eksekutif dan tidak mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Dalam masa yang sama, Azalina yang merupakan bekas Menteri Pelancongan dan dilantik sebagai Pengerusi CCM Berhad baru-baru ini, dipercayai atas pengorbanannya menarik diri daripada bertanding menentang Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno turut mendedahkan pemergian Rosmah dengan menggunakan jet eksekutif itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Berita Gembira Untuk Ahli UMNO, Tarif Elektrik Nak Naik Nie..!!

Tarif elektrik dijangka naik selepas Putrajaya struktur semula sektor tenaga

OLEH V VASUDEVAN, PENGARANG BERITA
November 21, 2013

Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar.

Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan.

MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif.

Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh.

Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh).

Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%.

Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan.

"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam.

Perwakilan: Pemuda PAS mesti 'cool', jangan 'poyo'

NONEPemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

Perwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.

"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda.

"Cool ini maknanya tidak 'poyo'. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda," kata beliau ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi 'magnet' anak muda.

Naik Cukai Pintu di KL : Apasal nak OSA pulak...patut buat pendengaran terbuka untuk kefahaman rakyat.

Ahli Parlimen KL dipaksa tandatangan akuan OSA berhubung kenaikan cukai pintu
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Tengku Adnan (kanan) ketika menghadiri pertemuan berhubung kenaikan cukai pintu hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013.Tengku Adnan (kanan) ketika menghadiri pertemuan berhubung kenaikan cukai pintu hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan pertemuan tertutup bersama 11 ahli Parlimen dari Kuala Lumpur hari ini bagi memberi penjelasan berhubung cadangan kenaikan cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahli parlimen yang hadir itu diminta menandatangani perakuan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Bagaimanapun, difahamkan kesemua anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) enggan menandatangani perakuan tersebut.

DBKL telah menghantar notis kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur memaklumkan cadangan kenaikan kadar cukai pintu di antara 100% dan 1,000%.

Bagaimanapun, notis itu menyatakan jika penduduk mempunyai bantahan, mereka mesti mendaftarkan bantahan itu kepada DBKL sebelum 17 Disember.

Tengku Adnan sebelum ini mempertahankan kenaikan itu dengan mendakwa cukai tersebut tidak dinaikkan sejak 21 tahun lalu. - 21 November, 2013.

Majlis fesyen sebahagian dari program Rosmah guna jet

Aidila Razak

 

Kunjungan kontroversi Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar menggunakan jet dibiaya kerajaan mencetus heboh, namun laporan berita dan gambar di laman webnya menunjukkan rombongan isteri perdana menteri itu mengharungi empat hari yang sibuk.

Rosmah yang diiringi isteri para menteri, MP Pengerang Azalina Othman dan penasihat khas perdana menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengisi “lawatan kerja” ke Doha, Qatar dan juga Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 10 hingga 14 November dengan pertemuan demi pertemuan.

Ia termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Abdullah Bin Nasser Khalifa Al Thani pada 13 November untuk mengirm jemputan Datuk Seri Najib Razak untuk melawat Malaysia pada tahun depan.

Antara yang menyertai rombongan Rosmah ialah isteri kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, , isteri kepada Mentgeri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan isteri kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Lawak Politik : Cara nak atasi Masalah dari cara menteri & rakyat memikirkannya

dari blog : RelaxSat

http://2.bp.blogspot.com/_XxpzUNuAXXQ/S1fJn2gx2OI/AAAAAAAAAu8/TxFt1N122TA/s320/umno62.jpg

Cara-cara mengelak kemalangan jalan raya adalah dengan menghapuskan kereta berumur 12 tahun.

Cara-cara mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah dengan menaikkan harga petrol.

Cara-cara mengurangkan kencing manis adalah dengan menaikkan harga gula.

Cara-cara mengelakkan bayi tersedak susu adalah dengan menaikkan harga susu.

Cara-cara mengurangkan darah tinggi adalah menaikkan harga garam.

Cara-cara mengurangkan anak luar nikah adalah dengan memberi kondom percuma.

Cara-cara mengurangkan aids adalah dengan memberi jarum suntikan percuma.

Cara-cara nak elakkan harga ayam naik, jangan makan ayam.

Adakah PAS P.Pinang Gila Jawatan atau Konspirasi mahu singkir YB Ust Saleh Man

KONSPIRASI SINGKIR SALLEH MAN, DITIKAM BELAKANG ...
Zul Mohamed


Ibarat 'pukul anak sindir menantu.' Cuba menyalahkan kerajaan negeri, tetapi sasaran sebenarnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang disandang YB Dato' Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

Timbalannya Muhammad Fauzi Yusof, adalah antara nama yang disebut-sebut akan menggantikan Salleh. Kenyataan media ugutan oleh Fauzi adalah sebahagian 'konspirasi' pihak tertentu memburukkan imej pentadbiran Salleh. Fauzi adalah Yang Dipertua PAS Balik Pulau telah dilantik oleh Salleh sebagai Timbalannya.

Dengan memberikan gambaran betapa lemahnya PAS di Pulau Pinang, kononnya 'dianaktirikan' kerajaan negeri, dijadikan boneka DAP dan PKR, imej Salleh berjaya dirosakkan sementara imej Fauzi diharap diangkat sebagai hero PAS Pulau Pinang. Ini bagi membuka mata Presiden PAS yang dijangka membuat pelantikan Pesuruhjaya negeri-negeri selepas Muktamar Agong parti itu yang akan berlangsung pada 22 sehingga 24 November depan.

Rumah mampu milik di Kedah 'mahal', antara RM100K ~ RM400K

MOHD IDROS MOHD ALI

Ir Amiruddin Hamzah  
Ir Amiruddin Hamzah

ALOR SETAR - Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri Kedah.

Ketua Pembangkang,  Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, harga itu adalah di luar kemampuan kebanyakan penduduk Kedah dan mereka memang tidak mampu beli.

Beliau berkata, harga rumah itu wajar dikaji semula bersesuaian dengan keadaan sosio-ekonomi  penduduk Kedah yang masih berada tahap pertengahan.

"Mungkin harga itu sesuai di bandar besar tetapi bukan di Kedah," katanya ketika bangun mencelah ketika penggulung Bajet 2014 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang), hari ini.

Kedah sasar 30,000 rumah mampu milik

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menyasarkan pembinaan 30,000 rumah mampu milik oleh pelbagai agensi kerajaan pusat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang) berkata, kewujudan rumah terbabit dijngka dapat memenuhi sebahagian daripada pemintaan penduduk yang memerlukan tempat kediaman dengan harga mampu.

Beliau berkata, penyumbang terbesar adalah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang akan membina 20,000 rumah yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit.

"Harga yang ditawarkan itu adalah munasabah dan sesuai dengan lokasi dan kemudahan yang disedaikan kelak.

"Bagi saya, harga rumah dalam lingkungan harga RM250,000 adalah wajar untuk penduduk Kedah," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2014 di sidang Dun, hari ini.  

Cermin gelap MPV, akta yang tidak munasabah di kuatkuasakan oleh JPJ

PENGGUNA MPV
Darul Aman

http://images04.olx.com.my/ui/8/54/83/1281400036_113055183_2-Toyota-Estima-Aeras-24-G-Edition-Petaling-Jaya-1281400036.jpg
SAYA memohon kerajaan menimbang isu besar yang melibatkan pengguna dan pemilik kenderaan MPV di Malaysia khususnya pemilik Wish, Estima, Honda Stream, Cardina, Alphard dan Vellfire.

Sebagai pengguna MPV import, kami adalah mangsa seksyen 61(1) APJ 1987 yang sudah tidak relevan dengan keadaan zaman.

Bagi memahami isu saya catatkan kejadian yang berlaku. Untuk makluman pembaca, pada bulan lalu kenderaan MPV saya telah diarahkan berhenti oleh penguatkuasa JPJ di sebuah kawasan di Utara.

Setelah mencari kesalahan yang tidak ditemui, mereka melihat cermin MPV saya dan mengeluarkan 'Notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987'.

Ini merupakan kejadian pertama sejak 2008 menggunakan kenderaan MPV import kerana keperluan keluarga yang ramai dan keselesaan perjalanan jauh.

Wajarkah cuti hari Jumaat?

SAKRAMANGGA
Kedah Darul Aman

http://3.bp.blogspot.com/-8frfN3HTX5c/UbFhqcKVlLI/AAAAAAAAErw/WiquQiQDIFM/s640/solat-jumaat.jpg 

SAYA terpanggil untuk mengulas ura-ura Kerajaan Negeri Johor yang akan mengembalikan cuti umum negeri itu kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014.

Sebagai anak Johor yang menetap di perantauan yang cuti umumnya jatuh pada hari Jumaat, saya ingin berkongsi sedikit pandangan untuk diperhalusi oleh pihak Istana khususnya dan Kerajaan Johor amnya agar langkah penukaran cuti ini tidak mendatangkan impak yang lebih negatif dan sebaiknya ditimbang sedalam-dalamnya sebelum keputusan muktamad dilakukan.

Bimbang-bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Pengalaman menetap di negeri Kedah yang menjadikan cuti umumnya hari Jumaat menyaksikan banyak kawasan riadah seperti air terjun, kompleks membeli belah dan zon bebas cukai Langkawi serta Pekan Danok di Thailand akan dipenuhi oleh kaum hawa yang ditemani oleh suami atau pasangan lelaki mereka.

Sebagai penghulu hari, cuti ini sering dijadikan peluang untuk melakukan aktiviti kekeluargaan yang menyebabkan solat Jumaat diabaikan.

PRU14: Pas bakal bawa anak muda ke Putrajaya


Nasrudin Hassan Tantawi  
Nasrudin Hassan Tantawi - Foto Sinar Harian oleh Azmi Aryanto

PETALING JAYA - Pemuda Pas bakal mengagaskan program anak muda ke Putrajaya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu disuarakan Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucaptama di Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Pemuda Pas turut menyasarkan peningkatan sokongan undi anak muda dalam PRU14 kelak.

"...untuk mengagaskan satu program anak muda ke Putrajaya untuk PRU14.

"Dengan sasaran ditingkatkan 15 peratuslagi ke 20 peratus undi anak muda di setiap Dun dan Parlimen dalam negara kita ini," katanya.

Marilah membantu anak ini, derita sakit barah tulang

Pilu lihat derita ditanggung anak

Pilu lihat derita ditanggung anak  
Mohd Esa dan Asiah sentiasa berada di sisi anak kesayangan mereka.

KULIM - Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.

"Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mai Nak Habaq - Tandas Malaysia kotor hangpa tau dak..??

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my

TAHAP kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan tandas masih rendah. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tinggal 41 hari lagi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan warga Malaysia sepatutnya bimbang dengan tahap kebersihan tandas di negara ini.

Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.

Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...