TERKINI :

Tuesday, November 19, 2013

Agus - Pusat dan Negeri perlu ada 5 kaedah untuk laksanakan hudud

LAGI TENTANG PELAKSANAAN HUKUM HUDUD
Mohammad Agus Yusoff 

Bila saya menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan pusat, maka terdapat beberapa pandangan balas dari rakan-rakan fb. Ada yang tanpa memahami lebih lanjut menuduh saya menolak dan menentang hudud. Nauzubillah.

Saya tidak menolak dan menentang hudud. Saya katakan, hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan parlimen, yakni tanpa kerjasama dari kerajaan pusat. Itu yang saya tulis.

Betul, agama adalah bidang kuasa negeri, tetapi Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) menyatakan “apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut” adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Akta 355 adalah akta yang digubal di parlimen, maka negeri tidak boleh melebih kuasa ini kerana sebarang percanggahan dengan undang-undang pusat, dengan sendirinya kuasa negeri terbatal setakat yang bercanggah itu (Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan).

Pengajaran untuk PR diatas keceluparan mulut KARPAL SINGH

Angkatan Muda Keadilan Selangor

KENYATAAN HAPUS PARTI BERTERAS AGAMA OLEH  KARPAL SINGH: PENGAJARAN BERMAKNA UNTUK PAKATAN RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) melihat reaksi kepimpinan Dewan Pemuda Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai satu tindakan normal dan selari dengan tatacara mempertahankan sesuatu institusi daripada dikecam sewenang-wenangnya di media dan khalayak umum, sambil percaya ia satu pengajaran bermakna buat Pakatan Rakyat.

Tindakan Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan, Ahli Parlimen, peguam serta aktivis masyarakat yang berpengalaman dianggap tidak cocok, dan membuka ruang untuk media alat Barisan Nasional memutar-belitkan isu ini dan menjadi bola tanggung bagi memporak-perandakan hubungan PAS -DAP khasnya.

Karpal Singh harus menyedari impak negatif yang lebih berat ditanggung oleh jentera bawahan terutamanya, yang terpaksa pula menjalankan 'kerja lebih masa' untuk menenangkan gelora di peringkat akar umbi serta penerangan khusus bagi menerangkan isu yang berlaku.

Kecenderungan rakyat untuk menerima bulat-bulat segala informasi dari media propaganda ini mestilah disedari oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang ulasan dan kenyataan. Sebarang kenyataan, biarpun di dalam kepakaran individu sebagai pengamal undang- undang dan ahli politik berpengalaman mestilah dirujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Bagaimanapun, AMK Selangor berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak, dan dilanjutkan dengan pematuhan garis panduan dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lisan mahupun bertulis. Usahlah menambah kesulitan jentera untuk menjalankan sebarang penerangan lanjutan, dikala kekangan media nasional yang cukup mendesak.

Justeru, AMK Selangor berharap keharmonian dan kerjasama erat Pakatan Rakyat tidak terganggu dengan isu semasa. Biarpun kita menyedari musuh sentiasa memasang jerangkap samar dan berniat jahat, ini bukanlah alasan untuk leka dan terjerat dalam mainan politik sebegini.

Sentiasalah memupuk kerjasama bukan sahaja melalui agenda politik, tetapi keberhasilan itu harus wujud melalui muafakat dan saling menghormati dasar serta perlembagaan parti gabungan agar tidak wujud sebarang syak dan keraguan dalam menerajui perubahan reformasi.

PEMANGKIN REFORMASI 

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Pohon Exco Sukan, Agama & MB tengok sat surau kat Stadium Darulaman tuu...!!

yang warna hijau tu..??

Sapa terra hangpa try teka gambaq apa kami tunjuk kat hangpa nie... Untuk makluman hangpa dari zaman BN ke PR/PAS mai balik ke BN dia dok besaq tuu ja nak menampung kapasity umat islam yang berjumlah berpuluh ribu orang setiap ada game.... Kami pon tak tau nak ngadu kat sapa dah bab nie....

Jamban yg sebelah kiri tu pun lagi besaq size dia dari yg sebelah kanan tuuu....
Masalah nie kami dah utarakan pada tahun 2011 lagi... tapi apa tindakan pun tak tau nak habaq... yang pasti surau nie dok lagu tu jaaa...besaq kelemboi....

ISLAM DI MALAYSIA SETELAH 56 TAHUN MERDEKA

ISLAM DI MALAYSIA SETELAH 56 TAHUN MERDEKA

Adakah mereka sempurna ? Adakah mereka bawa Islam sebenar ?

Sedih pilu terguris tengok video ni.

Apakah salah kerajaan Kelantan sampai dihina, dikeji, dikutuk sebegini rupa ? Ulama difitnah sedasyat dasyatnya. Rakyat di perkotak katikkan seperti kita ni tiada perasaan. Allahuakhbar.

Kutuk lah ulama kalau anda rasa anda lebih sempurna dari mereka. Tapi anda perlu ingat, yang dipersendakan tu adalah hukum Allah. Nauzubillah. Harap sangat Allah sempat buka pintu hati mereka mereka ni untuk bertaubat.

Ini lah jadinya kalau hukum hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin2 neagara itu sendiri , media2 dalam negara itu sendiri dan sekutu mereka yang bukan Islam mahu Islam agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya sebagai ganas, TIDAK ADIL dan tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini.

Mengapa di Malaysia Hudud diberi gambaran bahwa ianya suatu sistem undang2 yang tidak adil? (memberi imej negara Islam itu adalah negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam dll)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...