TERKINI :

Monday, November 18, 2013

Adakah Peneroka Felda akan jadi lebai malang, Selamat tinggal KPF

Irfan ES,

http://graphics8.nytimes.com/images/2012/06/11/business/dealbook/dbpix-companies-felda-palm-oil/dbpix-companies-felda-palm-oil-tmagArticle.jpg

Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan – ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda, berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan.

Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.

Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!

Jangan Laksanakan Had Jangka Hayat Kereta Selagi Cukai Eksais Kereta Tidak Dihapuskan


Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.

Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

KFATV LIVE | Pra Musim 2014 | Pulau Pinang vs Kedah


Nah Ambik.. Ingatkan Rakyat nak senang tapi Adun Kedah yang kenyang.. Elaun YB naik RM1300 lagi..!!


Elaun Adun Kedah naik RM1,300

ALOR SETAR: Elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah akan dinaikkan sebanyak RM1,300 sebulan mulai bulan depan, menjadikan elaun keseluruhan Adun di negeri ini sebanyak RM6,961.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kenaikan elaun itu dibuat setelah meneliti dan mempertimbangkan cadangan yang dibangkitkan Adun pada sidang Dun sebelum ini.

"Saya berharap dengan kenaikan elaun ini, Adun di Kedah akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanah dengan lebih baik," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Adakah Jamil Khir dan jemaah menteri menjadi kafir dan murtad..??????


keratan MalaysiaKini apa yang dikatakan oleh Datuk Noh Gadut....

Hallo Rosmah.. 'YB boleh, isteri YB tak boleh'....

Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.

Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Doakan TUN sembuh segera....beliau dimasukkan ke IJN t.hari tadi....

Mahathir terima rawatan di IJN

2:18PM Nov 18 2013

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi, lapor Bernama.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Agensi berita nasional melaporkan, doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.

Mahathir, kali terakhir dimasukkan ke hospital di Melbourne, Australia pada Oktober 2010 akibat jangkitan kuman.

Beliau menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Aduhai Hasan Ali !! Tok sah berangan la... Hang baru pertimbang, kami dah tak mau terima hang..!!


Hassan Ali kata klu calon2 pilihan dia menang dia akan pertimbang masuk Pas semula.... Hahaha... Aku nak bgtau Hassan Ali.... Tok sah berangan la... Hang baru pertimbang, kami pemuda dah buat keputusan x mau terima hang klu hang hantar borang.... Klu Pas pertimbangkan juga... Kami pemuda akan pertimbangkan utk bantah!!!

Tobat nasuha dulu la nak masuk Pas blk... Apa hang x kata kat Pas?? Apa hang x perburuk Pas??? Boleh maaf tp kami x lupa... Org beriman tak kan dipatuk satu lubang 2 kali..... Mau tau la... [ZulHazmi4KP - https://www.facebook.com/Zulhazmi4KP]

Umno hanya lempar senyum ketika lemah



PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS  diingatkan jangan mudah tergoda dengan pujukan Umno untuk bekerjasama kononnya bagi memastikan hak orang Melayu dan agama Islam terus terbela.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan Umno hanya melemparkan senyuman ketika parti itu berada dalam keadaan lemah tetapi apabila kembali kuat, ia tidak lagi peduli kepada pihak yang menghulurkan tangan untuk membantu survival politiknya.

Katanya,  jika BN sanggup menghabiskan wang sebanyak RM46 bilion untuk membina imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib  Razak adalah tidak mustahil bagi parti itu memperuntukkan dua atau tiga bilion ringgit untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

"Segala propaganda yang dilakukan BN selama ini  adalah untuk melihat perpecahan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat.  Jika berlaku perpecahan maka itulah yang ditunggu BN," katanya ketika merasmikan Ijtimak  PAS Selangor, di Dewan Sivik, dekat sini, semalam.

Nak kahwin tapi wali enggan nikahkan...


Nak kahwin tapi wali enggan nikahkan...  
Gambar hiasan

Soalan
Kakak saudara saya ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sendiri. Bagaimanapun wali enggan menikahkan anaknya. Apa tindakan yang boleh dilakukan?

Jawapan

Pernikahan sah adalah dengan mematuhi dan memenuhi semua syarat dan rukun pernikahan iaitu; pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua saksi lelaki dan juga ijab Kabul (akad nikah tersebut).

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 11, suatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak, untuk menjadikannya sah. Setiap pasangan Muslim di negara ini yang ingin berkahwin perlu mengetahui prosedur perkahwinan menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri tempat menetap masing-masing.

MCA dah mula jilat ludah mereka semula..!!

Malas nak komen tapi hangpa baca sendiri la apa pendirian depa sebelum nie
nama kata BN tuuu... lama mana tak mau Jawatan.... ayaq liouq meleleh aihhh
dok nampak elaun exco & menteri nuuu...!!
 

Mana RM147 Bilion duit rakyat Malaysia.. Jawab Macai Jawab..??

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/10/wanita-umno-lembu-kamalia.jpg

Awas !! Jangan lawan umno, sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan negara Malaysia

Mentality monkey's

Jangan lawan umno. Sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan sekolah sekolah.

Sebulan ahli umno perlu bayar RM1000 seorang kepada parti untuk bayar gaji cikgu sekolah. Bina sekolah dari tadika lagi.

Duit SEKOLAH PERMATA ROSMAH tu sebenarnya dari duit ahli umno sebenarnya. Sebab itu tak perlu AUDIT.

Sekian. . Harap maklum. Sebarkan kepada jiran2..maklang..pak lang.. pak ngah.. kucin ...

Kah kah kah..

PKR sambut baik bahas hudud di Parlimen


Fuziah Salleh
SHAH ALAM -  Kesediaan kerajaan untuk menerima usul perbahasan mengenai hudud di Dewan Rakyat disambut baik oleh PKR.

Naib presidennya, Fuziah Salleh berkata, langkah itu perlu kerana hudud hanya boleh dilaksanakan selepas pindaan Perlembagaan dibuat.

“Jadi, untuk pinda, kita perlukan undian majoriti. Enakmen hudud di Kelantan tak boleh dilaksana selagi Perlembagaan itu tidak dipinda.

“Jadi, jika Shahidan cakap begitu, kita terima baik...kita bahaslah,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyebut akan menerima usul perbahasan mengenai hudud jika ada ahli Parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Asri - Hudud tidak semudah dirancang


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KOTA BHARU - Pelaksanaan hudud di Kelantan tidak semudah dirancang memandangkan ada negara yang gagal untuk melaksanakannya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan syarat yang kondusif sebelum dilaksanakan.

“Saya tidak menentang hudud, tentu sekali tidak, malah saya bersetuju dengan hudud dan kita perlu melaksanakan hudud jika cukup syarat.

“Banyak perkara yang perlu dibincangkan melibatkan semua pihak dan apabila syarat kondusif kita buat, dalam jalan nak pergi ke hudud banyak perkara yang perlu diselesaikan,” katanya pada forum 'Sembang Politik' di sini, semalam.

Antara punca aku kata Kelajaan Malaysia BODOH..

http://4.bp.blogspot.com/_OaV16-5emvc/TTeNVRZsnWI/AAAAAAAAAA4/351a-2FPaAU/s1600/1malaysia-bodoh.jpg

Kenapa harus difikirkan hendak hapuskan kereta, menghalang motor masuk highway sedangkan kemudahan dan penambahbaikan tidak dilakukan contohnya

1-Harga Kereta

Semua sudah tahu bahawa harga kereta dlm negara kita no 2 paling tinggi didunia dan ketinggian itu adalah dari charge cukai 100% dikenakan dari harga kilang.

Disini cuba bayangkan berapa rakyat malaysia terpaksa mencari duit hendak membeli sebuah kereta dengan kadar kemampuan membayar RM200 ~ RM400 sebulan...itupun tempoh 9 thn loan.. cuba fikirkan macamana rakyat nak bertenang dengan hutang bila habis sahaja 9thn cuma dapat pakai lagi 3tahun kereta tersebut dah kena dilupuskan dah...maka berhutanglah semula rakyat ini... ini kaedah hendak bantu rakyat atau beban rakyat...

langkah pertama turunkan dahulu harga kereta dgn mengurangkan cukai yg dikenakan bukannya buat kereta baru lepas tu jual murah dgn itu buang ini buang....

Awat la orang Kedah dah jadi semakin kurang ajaq dengan mak bapak nie..??

Ibu kena ugut bunuh, simbah air panas

Ibu kena ugut bunuh, simbah air panas  
Lakonan semula tindakan anak yang cuba membunuh ibunya sendiri.

KULIM - Berang tidak diberi wang, seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul dan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kelmarin.

Mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 58 tahun dan pesara kerajaan pada mulanya hanya mendiamkan diri walaupun terus diancam anak lelakinya.

Bagaimanapun beberapa hari lalu, suspek mengugut untuk membunuh mangsa dan bimbang nyawanya terancam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob.

Simpati dengan nasib yang menimpa, mangsa dihantar ke Pejabat Rakan Cop di Labu Besar oleh penduduk kampung bagi tujuan perlindungan.

Ketua Rakan Cop Labu Besar, Ahmad Nordin Ismail berkata, mangsa tiba di Pejabat Rakan Cop kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...