TERKINI :

Sunday, November 17, 2013

Nah Ambik Hangpa.. Dok mintak BN turunkan harga kereta, akhirnya depa hapus teruih kereta..!!

Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta.
UMNO BN: Harga kekal, tapi kita hapuskan kereta! 

Samseng Kampung Dan Kaki Gedebe Di Kelantan Kini Dalam Ketakutan


Angka kematian akibat bunuh-tembak di Kelantan makin bertambah. Mengikut kenyataan polis, selain ada kaitan dengan masalah hutang dan dadah, sebahagian besar kes tembak di Kelantan ada hubungan dengan dendam dan perbalahan masa lalu.

Penulis sempat berbual dengan beberapa rakyat Kelantan. Menurut mereka, sebahagian besar yang mati ditembak memang diketahui ada kaitan dengan samseng kampung dan kaki gedebe.

Samseng kampung dan kaki gedebe adalah merujuk kepada kaki pukul dan kaki tetak yang hanya berani berbalah sesama bangsa dan agama.

Kata mereka, penembak tidak membunuh “orang baik”.

Sesetengah mangsa bunuh-tembak, menurut penduduk, sudah tidak lagi terbabit dengan aktiviti samseng, kaki pukul, kaki tetak dan kaki gedebe. Malah, sesetengahnnya sudah menjadi ‘kaki masjid’.

[VIDEO] WACANA CALON PEMUDA PAS : MEMIMPIN KEBANGKITAN


Pakatan Rakyat ambil langkah bijak tangani isu agama

Pakatan Rakyat ambil langkah bijak tangani isu agama, kata penganalisis
OLEH JENNIFER GOMEZ

Pemimpin Pakatan Rakyat, (dari kiri) Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat, (dari kiri) Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail.

Dengan pelbagai isu kontroversi membabitkan agama yang berlaku di negara kini, penganalisis politik menyifatkan pendekatan Pakatan Rakyat (PR) memberi reaksi tanpa mengambil langkah proaktif merupakan langkah bijak.

Daripada memberikan reaksi berhubung kontroversi agama, PR dilihat lebih kerap mendiamkan diri dan tindakan itu membantu mereka untuk tidak termasuk dalam perangkap Barisan Nasional (BN).

PR baru-baru ini kelihatan lantang memberi kenyataan berhubung isu kontroversi seperti kalimah Allah, penyembelihan lembu di sekolah, dan perobohan kuil 101 tahun kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di kawasan segi tiga emas untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Pak Samad pinggirkan diri

Pak Samad pinggirkan diri, elak malukan tetamu kehormat

Datuk A. Samad Said berkata beliau sering dijemput ke majlis anjuran jabatan kerajaan selepas aktif dalam badan bukan kerajaan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 November, 2013.Datuk A. Samad Said berkata beliau sering dijemput ke majlis anjuran jabatan kerajaan selepas aktif dalam badan bukan kerajaan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 November, 2013.Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mengambil pendekatan memencilkan diri dari menghadiri majlis rasmi kerajaan meskipun terdapat undangan oleh sebilangan jabatan kerajaan yang menjemput beliau ke majlis anjuran mereka.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, sejak kebelakangan ini terdapat jabatan kerajaan menghantarkan undangan menjemput beliau ke majlis rasmi, yang menurutnya, tidak pernah berlaku beberapa tahun sebelumnya setelah beliau bergiat aktif sebagai aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO).

"Sejak beberapa bulan ini, ada semacam perubahan sikap dalam pihak tertentu seperti saya dijemput menghadiri beberapa jemputan majlis rasmi yang tidak pernah berlaku dalam tahun-tahun sebelumnya.

"Saya fikir hal ini berlaku disebabkan penglibatan saya dalam NGO selain saya tidak menyahut jemputan majlis seperti meraikan sasterawan negara yang saya tidak hadiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

KPN sahkan anggota polis cuai

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Polis semalam mengesahkan terdapat unsur kecuaian di pihak anggotanya berhubung kes kematian seorang lelaki yang merampas dan melarikan sepucuk pistol bersama sebuah kenderaan pasukan itu di Maran, Pahang, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terperinci berhubung kejadian itu sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya anggota yang terlibat didapati bersalah.

"Saya tidak akan melindungi mana-mana anggota dan apa jua kesalahan yang mereka lakukan.

"SOP (prosedur operasi standard) telah disediakan bagaimana meninggalkan kenderaan dan sebagainya. Jadi, jelas ada kecuaian daripada pihak anggota saya dalam kes ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pencegahan Jenayah 2013 di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang melarikan kereta peronda jenis Proton Inspira dan sepucuk pistol maut akibat cedera di kepala selepas kenderaan yang dipandu dikepung polis.

Pakai tak naik kereta la rakyat Malaysia selepas nie.. dah la harga kereta no 2 paling tinggi didunia

'Nama Pemuda PAS Pusat macam nama orang lama'

Soal penjenamaan semula Pemuda PAS menjadi tumpuan utama bagi dua calon yang merebut jawatan tertinggi sayap parti Islam itu – ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan juga peguam Zulhazmi Shariff.

Dua tokoh Pemuda PAS ini mengambil kesempatan untuk menerangkan rancangan itu dengan panjang lebar dalam pidato mereka dalam program 'Wacana Pemuda: Memimpin Kebangkitan' di Ampangan, Negeri Sembilan semalam – yang tidak dihadiri Kamaruzaman.

pas announce candidates for johor ge13 130413 suhaizan kaiatDalam pidatonya, Suhaizan antara lainnya menggariskan bahawa penjenamaan semula PAS itu perlu melibatkan nama sayap itu sendiri yang menurutnya perlu lebih lebih berpengaruh di kalangan anak muda.

"Dalam PAS ini ada satu dewan yang dipanggil Dewan Pemuda PAS Pusat. Jadi ada orang tanya kalau ada Dewan Pemuda PAS Pusat, maka adalah 'Dewan Pemuda PAS Bawah Pusat'. Ini yang pening.

"Saya rasa nama Dewan Pemuda PAS Pusat perlu dikomersialkan. Kalau Pemuda Umno ada Pemuda Umno Malaysia.

"Dalam Muktamar Pemuda nanti usulkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat ditukar kepada Pemuda PAS Malaysia supaya lebih dekat dengan anak muda, sebab 'market' kita anak muda.

"Sekarang nama itu (Pemuda PAS Pusat) macam nama orang lama," kata Suhaizan yang turut  berhasrat agar Pemuda PAS lebih ke hadapan untuk menjuarai isu-isu melibatkan rakyat dan juga lebih lantang menegur pemimpin parti.

"Saya juga akan mendepani isu-isu rakyat kerana saya mahu pemuda PAS bukan menjadi pemimpin PAS sahaja tetapi menjadi pemimpin Malaysia.

"Saya juga mahu Pemuda PAS dilihat sebagai insklusif dan bukan eksklusif. Saya mahu membawa masuk lebih ramai 'bintang' dalam Pemuda PAS agar dilihat terbuka.

"Ini ialah kerana bila Pemuda PAS dilihat seperti ekskusif, maka anak muda takut mendampingi Pemuda PAS," katanya.

Suhaizan yang berhasrat untuk menyatukan golongan dalam Pemuda PAS berkata, pemimpin sayap parti berbakat perlu diletakkan dalam kedudukan yang sesuai dengan kepakaran masing-masing demi menguatkan sayap tersebut.

NONEUsaha untuk mengetengahkan Pemuda PAS sebagai penggerak isu itu turut menjadi tumpuan aktivis dan peguam, Zulhazmi yang berkata anggota sayap itu tidak seharusnya hanya duduk untuk menunggu untuk dikunjungi orang rakyat bermasalah.

"Saya mahu meletakkan Pemuda PAS sebagai pengerak isu. Kita kena cari masalah rakyat. Kita tak boleh duduk dan harap orang datang cari kita," kata Zulhazmi yang aktif mewakili mangsa kes saman ekor dan juga dalam isu pembangunan Kampung Baru.

Dalam pidatonya, Zulhazmi berkata beliau berhasrat untuk menyusun tenaga anggota Pemuda PAS mengikut kepakaran masing-masing dan juga membentuk kerjasama dengan sayap parti lain serta pemimpin komponen lain dalam Pakatan Rakyat.

"Saya juga akan menubuhkan sekretariat di peringkat Pemuda PAS Pusat mengikut portfolio setiap kementerian. Motifnya ialah untuk melatih dan menyiapkan pemimpin Pemuda PAS yang berkaliber. Seandainya kita berjaya bentuk kerajaan pusat, kita ada calon dari dewan Pemuda PAS untuk menjadi menteri.

"Saya juga akan mengerakkan agar Pemuda PAS turut bekerjasama dengan Pemuda PKR dan DAP. Selain itu saya berhasrat mencungkil lebih ramai tokoh pemimpin pemuda sebagai pelapis parti," ujar Zulhazmi.

Seorang lagi calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS ialah Kamaruzaman Mohamad.

[Terkini] Petronas dengan syarikat Carigali Hess akan mendaratkan gas milik Kelantan ke Kerteh & Pekan

Petronas: NGO R sokong pendedahan MTEM   

KOTA BHARU: NGO  R Kelantan (Royalti) menyokong pendedahan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkenaan dasar petronas yang tidak membela ekonomi Bumiputra.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, R  sudah lama memperjuangkan hak ekonomi orang Melayu yang dinafikan Petronas.

Menurutnya lagi, Kelantan adalah satu-satunya negeri contoh yang populasinya lebih 95 peratus orang Melayu tetapi dinafikan hak mendapat bayaran royalti.

"Petronas melanggar perjanjian petroleum dengan Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1975," jelas Nazri lagi.

Menurutnya, Petronas tidak membayar Royalti 5 peratus,  sebanyak dua kali setahun kepada Kerajaan Kelantan.

Akibat penafian itu tunggakan kini mencecah RM12 bilion.

"Terbaru Petronas dengan syarikat Carigali Hess akan melabur RM16 bilion bagi mendaratkan gas di North Malay Basin dalam perairan Kelantan ke Kerteh , Terengganu dan Pekan, Pahang.

Akibatnya, ujar Nazri lagi, hasil 1.7 trilion kaki padu gas dari bumi Kelantan didaratkan ke negari lain.

"Kami menuntut agar gas di daratkan ke bumi Kelantan majoritinya Melayu," ujarnya.

Sehubungan itu, R meminta Petronas mendaratkan Gas Kelantan ke Bachok, bukan Pahang atau Terengganu atau Thailand sebelum berpatah semula ke Gurun, Kedah.

Pada masa yang sama, R mendesak daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yang ingin didaratkan ke Tanjung Agas, Pekan, Pahang.

Katanya lagi, pelaburan RM16 Billion Petronas dan Carigali Hess untuk membina infrastruktur baru di Terengganu dan Pahang bagi menyokong industry pengeluaran gas milik Kelantan yang sepatutnya didaratkan dan diproses di Kelantan.

"Polisi Petronas yang menindas Melayu Kelantan ini diburukan lagi dengan kehadiran syarikat minyak milik keluarga Mahathir, Petron. Mereka merampas kerja-kerja petronas sebelum ini," ujarnya lagi.

PAS harap Karpal berjiwa besar, akui jika silap

Harakahdaily,     17 Nov 2013

KUALA LUMPUR: PAS mengulangi desakan agar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bersikap jujur berdepan isu seruan pendaftaran PAS dibatalkan ekoran pendedahan terbaru rakaman kenyataan beliau itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal selaku ahli politik senior seharusnya berjiwa besar dan berani mengakui kesilapannya jika dia benar mengakatan perkara itu.

"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.

Beliau mengulas penafian kedua karpal, yang terbaru terhadap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar A-Hiss yang mendedahkan rakaman kenyataan yang telah dibuat Karpal itu.

Raja Ahmad Iskandar mendakwa dalam rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu itu, secara jelas ada menyeru supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Sinag dan DAP.

"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya lagi.

Sebelum ini, ketika isu ini mula timbul, Kit Siang menjadi pemimpin DAP pertama menafikan apa yang didakwa telah diperkatakan Karpal itu.

Kemudian, Karpal sendiri tampil sendiri menafikan perkara itu selepas didesak banyak pihak.

Bagaimanapun, pendedahan terbaru bukti rakaman kenyataan Karpal oleh Raja Iskandar itu menuntut penjelasan kedua daripada ahli politik senior DAP itu.

Perwakilan PAS perlu pilih pemimpin yang boleh lonjakkan parti


Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR: Muktamar PAS ke 59 pada 22 hingga 24 November menjadi perhatian banyak pihak kerana pemilihan dan juga apakah akan ada usul supaya kerjasama dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.

Ini kerana, sebelum ini resolusi Multaqa Ulama yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah pada September lalu mencadangkan agar Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula.

Ucaptama yang dibacakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan agar parti itu perlu menilai kebaikan dan keburukan hubungan PAS dengan PKR.

Saranan tersebut dilihat atau dibaca sebagai isyarat bahawa golongan ulama dalam PAS mahu supaya menerusi pemilihan parti yang dijadualkan pada 22 November depan, perwakilan akan memberi tempat kepada mereka untuk menduduki jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan ketiga-tiga jawatan Naib Presiden.

MP Kinabatangan Minta Nyawa Dengan Anwar?

Tidak tahan dan tertekan dengan serangan demi serangan bertali arus tanpa henti dari rakyat mengenai gelagat beliau seperti penghuni zoo yang terjerit terlolong sambil mengoyakkan kertas cadangan usul yang dibawa oleh YB Fuziah Salleh Wakil Rakyat dari Kuantan.
Mengenai pemotongan elaun yang diberikan kepada beberapa bekas Menteri dilihat sebagai membazir dan menyalah gunakan kuasa, maka Ahli Parlimen berkenaan dari Kinabatangan Bung Mokhtar telah melutut merayu minta jasa baik dan pengaruh DSAI agar jangan beterusan menyerang beliau.

Menangis menteri BN bila baca tweet Rafizi ni

Isu agen perisik CIA : Laporan polis oleh SAMM seluruh negara bermula & ini contoh Laporan

 

Seperti yang dijanjikan dalam kenyataan SAMM bertarikh 15 November, berikut adalah laporan polis oleh SAMM seluruh negara mendesak siasatan ke atas pejabat Peguam Negara (AG) yang dikaitkan dengan agen perisik CIA, berdasarkan pengakuan Tun Mahathir dalam satu akuan bersumpah: 

#AGagenCIA 
Laporan polis jam 11 pagi
SAMM P.Pinang di Balai Bayan Baru SAMM Kuching di Balai Padang Sentral Kuching
Laporan polis jam 3 petang
SAMM Pahang di IPD Kuantan,  SAMM Kedah di IPD Kuala Muda,  SAMM N.Sembilan di IPD Seremban 2
SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu

Golongan yang menunggang motosikal dengan membahayakan diri sendiri semakin banyak

Bawa anak dalam raga

Bawa anak dalam raga
Bawa anak dalam ragaBawa anak dalam raga 
Menunggang motosikal tanpa topi keledar membahayakan diri sendiri.

SUNGAI KOB - Penduduk di Taman Mutiara meminta pihak berkuasa untuk membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan itu berikutan ramai dalam kalangan penunggang motosikal di situ tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pekerja swasta, Mohd Rizal Hanafi berkata, setiap hari golongan remaja berusia antara sembilan hingga 17 tahun akan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apa yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang membawa anak kecil dalam raga hadapan motosikal, turut tidak memakai topi keledar.

ALOR SETAR - Kereta terkena perangkap berikutan keadaan jalan yang rosak

Kereta terkena perangkap
Kereta terkena perangkap  
Beberapa penduduk menunjukkan jalan menjadi perangkap.

ALOR SETAR - Kira-kira 1,000 pengguna didakwa terpaksa berdepan kesulitan setiap hari berikutan keadaan jalan berhampiran stesen minyak di Tandop, di sini, mengalami kerosakan hingga menjadi perangkap kepada kenderaan mereka.

Difahamkan, keadaan bahagian jalan tertentu yang mendap dan rosak mengakibatkan kenderaan khususnya kereta tersekat, manakala perjalanan mereka terganggu, hingga memaksa kebanyakan penduduk tempatan membantu mereka keluar.

Penduduk, Dahlan Hamid, 60, berkata, keadaan sedemikian sering berlaku, malah dia dan beberapa penduduk tempatan terpaksa membantu sebuah kereta jenis Perodua Viva yang terperangkap dalam lopak pada petang semalam (kelmarin).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...