TERKINI :

Saturday, November 16, 2013

MP Baling cedera doakan beliau sihat..!!

Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah
FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Benarkah lagu KALAU AKU KAYA merupa sindiran tajam pada Bajet 2014..?

 Benarkah lagu KALAU AKU KAYA merupa sindiran tajam pada Bajet 2014... nak tau benar atau tidak anda dengar sendiri walaupun penyanyi & penulis lirik menafikannya


'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014

JIKA di Indonesia kita tidak melihat kebanjiran penyanyi rap atau ‘rapper’ di sana, namun di Malaysia pula sebaliknya.

'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014 Memandangkan irama ‘hip-hop’ kini kembali menjadi pilihan utama pendengar, kebanyakan kumpulan rapper di Malaysia seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, Ahli Fiqir, Sleeq berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu yang dapat memberi mesej kepada masyarakat. 
Begitu juga dengan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ nyanyian Awi Rafael,  yang kini semakin popular di corong radio. Sarat dengan sindiran dan mesej, lagu ciptaan Altimet itu nyata berjaya memberi kelainan kepada peminat muzik di negara ini. 

Petronas menjawab isu dikatakan mereka pinggir usahawan tempatan

Bukan pinggir tapi utamakan kualiti
Petronas

SYARAT diletakkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) yang mewajibkan semua pembekal makanan di stesen minyak milik Petronas menjadi pembekal berdaftar adalah untuk menjaga kualiti produk yang dijual di kedai Mesra stesen itu.

Menurut PDB, sebagai syarikat awam tersenarai dan entiti korporat bertanggungjawab, PDB mempunyai kewajipan kepada orang awam untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai standard dan kualiti paling tinggi.

“PDB sentiasa berusaha menyokong usahawan tempatan dengan memberikan mereka peluang perniagaan untuk bekerjasama dengan PDB melalui pelbagai platform.

“Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi pembekal sah (bagi menjual produk makanan di stesen Petronas) melalui Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kami,” menurut PDB dalam satu kenyataan, semalam.

Cukup-cukuplah Tun, tak usahlah sebut-sebut lagi PPSMI

Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh dan sarat dengan ‘contradictions’ dalam hidupnya. Beliau berubah pandangan kepada sesuatu hal mengikut waktu dan senarionya. Sekarang tidak berhenti lagi beliau meminta PPSMI di laksanakan kembali untuk menambah kemahiran murid dan pelajar dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya medium yang terbaik bagi beliau ialah dengan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Kalau tidak Dr Mahathir siapa yang bertanggungjawab melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid dan pelajar sekolah selama ini. Bukankah segala-galanya berubah semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran sejurus beliau di terima kembali ke dalam UMNO pada tahun 1974 dahulu?

Dulunya setiap kawasan dan daerah ada sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris dan saya bersekolah dalam salah sebuah sekolah itu. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran beliau mengutamakan politik dan kononnya dengan menukar semua sekolah untuk menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya, maka sejak itu bahasa Inggeris sudah tidak lagi menjadi bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran sekolah sehinggalah keperingkat universiti.

Hudud di Kelantan masih perlu kelulusan Putrajaya

Hudud di Kelantan masih perlu kelulusan Putrajaya, kata penganalisis
Oleh Md Izwan

Kerajaan negeri PAS Kelantan masih perlu mendapatkan kelulusan Putrajaya untuk laksana Hudud. Gambar fail.Kerajaan negeri PAS Kelantan masih perlu mendapatkan kelulusan Putrajaya untuk laksana Hudud. Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya sekiranya kerajaan negeri PAS masih berhasrat untuk meneruskannya.

Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan pusat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jika kerajaan PAS Kelantan tetap dengan pendirian tersebut mereka perlu melakukannya dengan meminta Parlimen menggubal undang-undang sedemikian bagi membolehkan hukum Hudud dilaksanakan.

"Jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum Hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (Parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c)," katanya.

Panas!!! Dato' Wan Saleh bekas Pengerusi PKR KEDAH umum keluar parti


Pas mahu jumpa Fahul Bari secara semuka, mohon Sinar Harian jadi hos...!


Pas cadang jumpa secara terbuka


OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: November 16, 2013

ALOR SETAR - Perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya, perlu diadakan secara terbuka agar tidak terus dipolemikkan.

Adun Kubang Rotan dari Pas, Mohd Nasir Mustafa berkata, cadangan program itu mendapat persetujuan semua Adun PR melalui mesyuarat menjelang sidang Dun yang diadakan di pejabat DAP Kedah, di sini, semalam.

Beliau berkata, sesi pertemuan perlu secara terbuka agar masyarakat lebih memahami kenapa Adun Pas menolak Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang diluluskan tidak lama dahulu.

“Kami sambut baik persetujuan Fathul Bari untuk bersemuka dengan Adun Pas bagi menyelesaikan kemelut dan salah faham yang berlaku.

“Pada saya, Fathul Bari mungkin tidak ada maklumat yang tepat berkaitan undang-undang itu yang diluluskan pada sidang Dun beberapa bulan lalu. Kalau dibekalkan bahan dan maklumat berkaitan, mungkin beliau akan lebih faham,” katanya, semalam.

Baling - MP dok Filipina sana tolong mangsa taufan, rakyat kawasan sendiri dok merempat..!!

Sanggup hutang bina pondok

Sanggup hutang bina pondok
Kediaman Sazila dan keluarganya yang semakin mereput.

BALING - Lima beranak di Kampung Charuk Bunting teringin untuk memiliki rumah yang selesa berikutan keadaan kediaman mereka yang semakin uzur.

Azman Abdullah, 29, tinggal bersama pasangannya, Sazila Afiza Md Saad, 29, bersama tiga anak mereka Azman Noraina Syafarina, 6, Noraina Syafina, 3, dan Mohd Amar Irfan yang berusia sebulan.

Sazila berkata, suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu menanggung kos baik pulih kediaman itu yang semakin mereput.

Menurutnya, dia dan keluarga terpaksa hidup dalam kesejukan berikutan keadaan kediaman yang bocor dan tiris terutama pada waktu hujan.

"Pendapatan suami tidak seberapa, tambahan pula tiga anak masih kecil.

"Setiap kali hujan, memang terpaksa tadah besen ataupun bekas. Kalau tidak rumah akan dipenuhi air," katanya.

Katanya, disebabkan tidak tahan dengan kehidupan itu suaminya terpaksa berhutang membina ruang kecil sebagai pengganti kediamannya.

"Memang terpaksa buat, sebab keadaan kediaman yang teruk, tambahan pula ada anak kecil, walaupun tidaklah begitu selesa, sekurang-kurangnya dapat elak dari tempias hujan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mansor Yaakob berkata, pihaknya menyokong penuh permohonan bantuan rumah yang dipohon keluarga terbabit.

Menurutnya, pada mulanya nama mereka sudah tersenarai dalam penerima bantuan rumah, bagaimanapun, disebabkan masalah tertentu mereka gagal menerima bantuan itu.

"Disebabkan itu, saya berharap permohonan mereka ini dipertimbangkan semula, kerana mereka sememangnya layak untuk menerima bantuan ini," katanya.

Sampai Bilakah Mahathir Mahu Berhenti Merungut?

oleh Shahbudin.blogspot.com

http://img.astroawani.com/2013-02/41361112908_295x200.jpg
Seperti yang dijangka, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara lagi meluahkan sesuatu yang terbuku dihatinya. Setelah beberapa tegurannya mengenai UMNO dan kerajaan tidak berapa didengar sebelum ini, tindakannya terus bersuara seperti ingin memancing perhatian, bukan saja daripada pemimpin UMNO tetapi juga rakyat jelata.

Terbaru, beliau merayu supaya kerajaan mengembalikan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI dengan alasan ia mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa ilmu itu dan semalam di satu program di Muzium Padi di Kedah, Mahathir melahirkan rasa sedihnya mengenai Wawasan 2020 yang diasaskannya tidak lagi menjadi perhatian pemimpin selepasnya.

Menurut Mahathir, selepas beliau meletak jawatan, Wawasan 2020 tidak banyak lagi disebut, sebaliknya telah digantikan dengan Islam Hadhari dan dalam kepimpinan sekarang digantikan pula dengan transformasi dan NKRA.

"Saya dah tak tahu apa jadi selepas zaman saya," rungutnya lagi.

Sebelum ini, selepas saja anaknya Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO, Mahathir telah melahirkan kekecewaannya dengan mendaka kekalahan anaknya adakah disebabkan tidak menjadi calon pilihan Najib, kemudian beliau juga menyatakan politik wang masih berlaku dalam UMNO dan turut menyifatkan kepimpinan Najib semakin lemah serta tidak mendapat sokongan rakyat kerana sering tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pihak pembangkang. [read more]

Disebalik isu Menolak & Mengoyak Usul antara BN & PR dalam parlimen



Agen Perisikan di Pejabat AG..Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara dilancarkan

Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini telah mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Pejabat Peguam Negara (AG) dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal-siasat. Ia ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua agen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (Bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan, pihak polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan.

K elantan sedia RM1j laksanakan hudud

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
Tarikh: November 16, 2013

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu maklum balas beberapa pihak, termasuk pakar perlembagaan, sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

"Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita 'free gear' tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.

Dok kalut kereta usia lebih 12 tahun tak selamat la pulak

Miros: Kereta lebih 12 tahun tidak selamat

miros

MELAKA - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.

Sebuah keluarga terpaksa ‘berendam’ dalam air najis sejak seminggu lalu

Bimbang nasib sebuah keluarga

Bimbang nasib sebuah keluarga  
Walaupun dipenuhi air najis, keluarga ini tetap mendiami rumah mereka.

ALOR SETAR - Sebuah keluarga didakwa mengalami masalah mental terpaksa ‘berendam’ dalam air najis sejak seminggu lalu berikutan sistem pembetungan najis mereka di Flat Simpang Kuala, di sini, rosak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simpang Kuala, Zakri Hassan, dia bersimpati terhadap keluarga berkenaan yang terpaksa berdepan masalah air najis bertakung.

“Kami difahamkan salah seorang anak lelaki yang memiliki gangguan mental terbabit telah merosakkan sistem pembetungan najis kediaman mereka, namun masalah ini tetap perlu ditangani.

“Sekiranya, mereka normal seperti penduduk lain, sudah pasti mereka berpindah daripada kediaman ini. Namun, mereka tidak seperti insan biasa lain, disebabkan itulah keluarga ini duduk tanpa berbuat apa-apa,” katanya.

Ustaz Haslin Bollywood - Menjawab fitnah yang dilemparkan kepada beliau






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...