TERKINI :

Friday, November 15, 2013

JAKIM kira sokong yang Internate jee, nu yang kat dalam TV dok dedah sana dedah sini apa cerita..??

JAKIM Buat Onar Lagi?

Dulu Umno tak dapat jangkakan dengan ledakan maklumat melalui internet ini. Setelah pengaruh dan kuasa Umno semakin berkurangan perlulah melakukan sekatan internet bagi menyekat suara rakyat. Itu sifar mudahnya.. jadi Umno gunalah segala jentera kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka.

Umno.. rakyat makin pandai, jangan cuba memperbodohkan kami.  JAKIM.. hang bekerja untuk agama atau Umno ni?
Jakim sokong sekatan internet, elak kehancuran masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan penapisan dan kawalan kandungan internet supaya media baru itu tidak memporak-perandakan masyarakat dan negara.

Jakim berkata, dalam konteks cabaran anti-Islam melalui teknologi maklumat yang hebat, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menjawab dan menangkis serangan propaganda tipu muslihat musuh Islam serta gerakan menggugat kedudukan umat Islam khususnya.

Apa guna adanya Timbalan Presiden yang hanya mampu membuat apa yang mampu dibuat Presiden..!!

Pemilihan: 'PAS perlu kekalkan status quo'
 
PAS perlu mengekalkan pemimpin sedia ada sebagai tanda protes terhadap budaya fitnah dan adu domba yang cuba dibawa sebuah golongan dalam parti Islam itu, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Khalid Samad berkata, usaha "golongan muda" itu walaupun bersandarkan slogan "perubahan dan menyelamat", ia sebaliknya merosakkan PAS dari dalam.

"Tolak melalui ‘kekal', cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau.

"Kekal budaya politik bersih dan sihat dan kekal saf pimpinan yang sedia ada," katanya yang juga anggota Parlimen Shah Alam.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid juga menolak pandangan bahawa jawatan timbalan presiden mestilah seorang ulama kerana ia hanya pandangan bukan ketetapan.

Tiga calon Ketua Pemuda PAS dengan misi & visi mereka..!!

Pemilihan PAS: Corak kepimpinan yang lebih segar dan terbuka diperlukan dalam DPPP 

Post Pic
KUALA LUMPUR: Calon-calon Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat  (DPPP) bersepakat dan bersetuju bahawa corak kepimpinan semasa sayap itu perlu ditambahbaik selain bersifat terbuka dalam mendepani cabaran masa depan.
Persaingan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Suhaizan Kaiat, Zulhazmi Shariff dan Kamaruzaman Mohamad.
Apabila ditanya tentang corak  kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat, ketiga-tiga tokoh muda ini memberikan jawapan hampir serupa namun diperkuatkan alasan masing-masing.

Rasanya Malaysia baik Tiru Amerika cara beri kerakyatan

Johari Mukhsan,

http://www.nationalflaggen.de/media/flags/flagge-vereinigte-staaten-von-amerika-usa.gif 

Dahulu heboh tentang pemberian kad pengenalan secara mudah kepada warga asing di Sabah. Setelah masa berlalu isu itu senyap tanpa ada suatu tindakan yang jelas dari kerajaan.

Kemudian kita berhadapan kebanjiran pekerja dari Sabah dan Sarawak dalam pelbagai sektor di Semenanjung. Dan kini, kita berhadapan pula dengan jenayah bersenjata api termasuk kes bunuh.

Yang terbaru ialah kejadian yang menimpa Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek. Allahyarham bukanlah mangsa yang pertama yang terbunuh melalui kejadian ini. Pada tahun ini sahaja beberapa kes berprofil tinggi pembunuhan bersenjata api telah berlaku iaitu Timbalan Ketua pengarah Kastam, Datuk Shaharudin Ibrahim dan Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Kadang-kadang saya terfikir adakah ini kesan daripada pemberian kad pengenalan secara mudah yang pernah berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Mungkin saya silap, namun jika diambil contoh yang membabitkan pembunuhan pegawai bank tempoh hari, di dapati pengawal keselamatannya dikatakan berasal dari Sabah dan mempunyai kad pengenalan.

Yang aneh dan lucu dalam kempen Sungai Limau

Subky Latif,

Apakah yang TPM Muhyidin kata dan maksud bajet berhubung gula dalam kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, tanggapan umum mengenainya ialah gula yang murah dan mudah mendapatnya boleh menyebabkan ramai rakyat hilang kedua kaki.

Maka orang terasa ia menyentuh kejadian yang menimpa Almarhum Tan Sri Azizan Razak yang selepas tamat perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Kedah hilang kedua kaki gara-gara penyakit kencing manisnya. Komplikasi itu membawa maut kepadanya dan PRK itu diadakan kerana mautnya.

Sama ada ia dimaksudkan atau tidak dimaksudkan, apabila dalam situasi berkabung di Sungai Limau, disentuh tentang gula, kencing manis, risiko hilang kaki, maka akan ingat Adun lima penggal Sungai Limau itu.

Kita tak boleh marah keluarganya tersinggung dan tidak boleh salahkan orang terasa ia menyindir orang tertentu apabila hal itu disebut.

Hidup Melayu !!! Belanja RM270j, hasilnya keputusan BI merosot

Zairil Khir Johari
     
ULASAN Semalam, Bernama menyiarkan satu artikel yang bersemangat penuh puji-pujian berkenaan keputusan UPSR paling cemerlang dalam beberapa tahun terakhir ini.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud:

"Prestasi keseluruhan calon-calon dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun."

Ini ekoran murid mencapai peningkatan dalam Gred Purata Nasional (GPN) daripada 2.31 pada 2012 kepada 2.27 pada tahun ini (kedua-dua GPN dan Gred Purata Mata Pelajaran atau GPMP beroperasi pada skala menurun, di mana nilai indeks yang lebih rendah menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi).

Di samping itu, keputusan tahun ini juga menyaksikan 9.15 peratus pelajar mendapat kesemua A, meningkat daripada 8.94 peratus pada tahun lepas.

Namun demikian, semakan lanjut keputusan menunjukkan walaupun prestasi keseluruhan telah bertambah baik, terdapat penurunan yang ketara dalam keputusan kertas Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan, dengan Gred Purata Mata Pelajaran untuk kertas tersebut merosot 0.06 mata.

Sehubungan dengan itu, bilangan calon yang mendapat A untuk Bahasa Inggeris menurun sebanyak 0.2 peratus, manakala jumlah mereka yang mendapat gred B dan C turun sebanyak 2.9 peratus.

Malah, hanya 74.4 peratus daripada calon-calon sekolah kebangsaan berjaya mencapai sekurang-kurangnya C tahun ini, berbanding dengan 77.3 peratus pada tahun lepas.

Menurut laporan berita, Abdul Ghafar meremehkan penurunan dalam subjek Bahasa Inggeris dengan mengatakan bahawa "GPMP untuk Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan hanya menurun sebanyak 0.06 berbanding tahun lepas dan ini bukanlah isu besar."

Saya sangat tidak bersetuju dengan ketua pengarah pendidikan.

Penurunan pencapaian Bahasa Inggeris bukan sahaja isu besar, tetapi juga mengejutkan memandangkan kerajaan telah banyak melabur dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Sebagai sebahagian daripada program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), RM270 juta telah dibelanjakan untuk pengambilan 360 mentor bahasa Inggeris antarabangsa melalui tiga firma perunding, iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group.

Program mentor yang menelan belanja RM270 juta telah berlangsung dari 2010 hingga 2013, dan sepatutnya melatih 7,500 guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di serata negara.

Dengan kos yang demikian tinggi, sudah tentu kita akan menjangkakan pelajar sekolah rendah kita akan menunjukkan setidak-tidaknya sedikit peningkatan dalam keputusan Bahasa Inggeris tahun ini.

Justeru, keputusan UPSR terkini adalah satu tamparan besar kepada usaha-usaha kementerian.

Ironinya, prestasi keseluruhan dalam kertas Bahasa Inggeris sekolah-sekolah jenis kebangsaan pula menyaksikan peningkatan 0.12 mata, dengan bilangan pelajar mencapai A meningkat sebanyak 4.2 peratus dan mereka yang mendapat B dan C meningkat sebanyak 2.1 peratus.

Dalam erti kata lain, sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang tidak mendapat manfaat daripada program mentor antarabangsa bahasa Inggeris berjaya meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut.

Manakala keputusan sekolah kebangsaan merosot walaupun kerajaan membelanjakan RM270 juta dalam tempoh tiga tahun dalam usaha khusus untuk meningkatkan tahap kemahiran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah kebangsaan.

ZAIRIL KHIR JOHARI ahli Parlimen Bukit Bendera dan penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP.

Pemilihan Pemuda Umno Rompin pula dikatakan tidak sah

Muhyiddin Salleh

ROMPIN – Pemilihan bagi jawatan kuasa Pemuda Umno Rompin bakal diadakan semula 16 November ini kerana terdapat masalah teknikal dalam pengendalian pemilihan tempoh hari.

Pemilihan semula itu diarahkan Pengerusi Pemilihan Umno Pusat, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali selepas persidangan jawatankuasa mendapati wujud kes dalam bantahan yang dibuat perwakilan.

Setiausaha Umno Bahagian Rompin, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, keputusan pemilihan tempoh hari bagi jawatan kuasa Pemuda Umno Rompin secara automatik terbatal.

“Pemilihan semula sayap Umno ini dilakukan kerana terdapat isu teknikal iaitu masalah dalam proses pengendalian pemilihan ketika itu.

“Selain itu, terdapat juga bantahan dibuat perwakilan yang bertanding dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat mendapati wujud kes dalam bantahan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.

Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

"Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin.

Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.

Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.

 

Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.

"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.

Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.

Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.

Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.

Ada lagikah WAWASAN 2020..???

Tun M kecewa Wawasan 2020 tidak lagi diguna

Tun M kecewa Wawasan 2020 tidak lagi diguna  
Aminuddin (kiri) menyampaikan cenderamata berupa potret kepada Mahathir. - Foto Sinar Harian

 ALOR SETAR - “Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.

Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.

Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

FAM, SULTAN & KJ..... "SITI NURHALIZA please Shut Up boleh tak..".

 
Bola itu bulat. Kelantangan Khairy Jamaludin di dalam kenyataannya berhubung dengan isu pembangunan bolasepak negara yang melibatkan badan bolasepak FAM dilihat oleh Siti Nurhaliza sebagai kenyataan yang biadab dengan yang lebih tua.

Lupakan Siti Nurhaliza penghibur yang semakin tua itu. KJ selaku Menteri Sukan dikira berani menegur dengan tegas FAM badan sukan yang dikira selama ini cukup kebal dan pantang diusik.

Entah mana datangnya Siti Nurhaliza pula campur tangan. Mungkin sebagai orang Pahang yang mendapat datukship Pahang terpanggil membalas jasa mempertahankan Sultannya yang juga Presiden FAM.

Bukti Jelas Pengundi Sg Limau ambil apa yang BN bagi, namun undi masih belum tentu untuk mereka..!!

Undi Cina tidak beri kesan di Sungai Limau, kata Umcedel

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mendapati undi kaum Cina semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya ekoran majoriti pengundi di kawasan itu terdiri daripada kaum Melayu.

Penyelidik di Umcedel Dr Amer Saifude berkata, laporan media yang mendakwa undi kaum Cina berpihak kepada parti politik tertentu tidak tepat kerana pengundi Cina berpegang kepada prinsip tertentu.

"Pengundi Cina berpendapat pPRK tidak membawa impak dan perubahan besar kerana mereka lebih mempercayai impak pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Berdasarkan statistik, jika kaum Cina mengundi sesuatu parti sekalipun ia tidak memberi kesan signifikan kerana bilangan orang Melayu yang begitu besar," katanya dalam analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini.

Restoran “Nasi Ganja” di Ipoh diarah tutup dua minggu



http://2.bp.blogspot.com/-sWR0H-7WMDs/TWjYhcWe12I/AAAAAAAAAH8/grGexzpxNxA/s1600/Vangey.jpg
Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...