Hidup tak aman, nyawa terancam  
Mangsa (tiga, kanan) menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang berjaya merakam perlakuan penjenayah sebelum melarikan kenderaan miliknya.

SUNGAI PETANI - “Dalam tempoh lima bulan sahaja, saya pernah diculik, dua kenderaan pacuan empat roda dicuri dan pernah disamun sehingga menyebabkan wang tunai lebih RM20,000 dilarikan penjenayah.

“Hidup saya pula tidak tenteram, nyawa rasa terancam dan lebih malang, kereta saya dicuri ketika kami sekeluarga sedang tidur dan sebuah lagi dicuri ketika diletak dalam kawasan halaman rumah ketika pagar berkunci."