TERKINI :

Wednesday, November 13, 2013

LIVE : Wacana Calon Ketua Pemuda PAS dari Alor Setar Kedah

Kejadian Samun di Sg Petani 13.11.2013




berbaliklah kepada kata-kata menteri di Malaysia..

Depa kata minyak orang kaya RON 97 turun 10sen tengah malam nie..!!

 

SYOK LA NO ORANG BN YANG KAYA & MISKIN
bukan apa minyak orang kaya yang tak ada subsidi harga
dia RM2.75 saja dijual mulai esok...

Selepas di tekan 23 tahun dan terakhir di Sg Limau, akhirnya harga padi ada sinarnya pada Januari 2014 nanti..!!

Berita gembira untuk para penanam padi !!!


Setelah sekian lama dibahaskan oleh ramai Ahli Parlimen dan banyak pihak,maka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengumumkan di Parlimen dua perkara yang sangat positif :

1) Harga padi yang baru dan LEBIH BAIK akan diumumkan oleh Menteri pada bulan Januari ini.Tidak ada lagi perbezaan harga padi seperti sekarang (Kelantan paling rendah, Kedah di tengah,Selangor paling tinggi).

2)Menteri bersetuju bahawa subsidi padi kena dikaji semula (kali terakhir dinaikkan ialah 23 tahun dahulu).Maka kadar subsidi baru telah dimasukkan kedalam makmal untuk ditelitikan kesesuaiannya.Hasilnya akan diketahui tidak lama lagi.

Alhamdulillah! Perkembangan yang sangat baik.Moga dengan meningkatnya pendapatan petani maka kualiti hidup petani di zaman yang serba mencabar,serba mahal ini akan lebih baik.

Moga terus berusaha memperbaiki kualiti diri petani dan keluarga,menambahkan ilmu pengetahuan dan (jangan lupa) meningkatkan kualiti padi yang dihasilkan.

Selamat berjaya dunia dan akhirat.

MP Kuala Kedah

Sebelum nie UTUSAN, hari ini NST pulak kena mohon maaf dan kena bayar RM120,000 sebab fitnah BERSIH 2.0

Laporan 'gugat kestabilan': NST akan mohon maaf
Hari ini dianggap sebagai kejayaan untuk kewartawanan yang bertanggungjawab apabila harian arus perdana News Straits Times (NST) terpaksa tunduk kepada tuntutan empat NGO untuk meminta maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Permohonan maaf itu sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 2.0, kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre, untuk menggugurkan pertuduhan mereka.

NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, untuk laporan lebih setahun lalu yang mendakwa badan-badan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan BN.

Ahli Parlimen Pakatan tolak cadangan pegawai agama dibekal senjata api

Oleh EILEEN NG
November 13, 2013

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menolak cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melengkapkan pegawai penguatkuasa dengan senjata api, menegaskan ia bukan langkah terbaik untuk menangani jenayah dan menjaga keselamatan.

Ahli Parlimen pembangkang menegaskan kadar jenayah yang semakin meningkat berpunca daripada ketidakberkesanan serta kegagalan polisi dan langkah membekalkan senjata api akan memburukkan lagi keadaan.

"Penelitian mendalam perlu dilakukan untuk membekalkan senjata api kepada agensi kerajaan. Bila ia akan berakhir? Pegawai daripada Jabatan Kastam telah ditembak sebulan lalu, adakah ini bermakna semua orang perlu dibekalkan dengan senjata api?" soal ahli Parlimen Pandan merangkap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sambil mengaitkan insiden April lalu di mana Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya.

"Selepas ini kita mungkin ada kes pegawai LHDN pula ditembak kerana mengutip cukai. Adakah senjata api juga akan dibekalkan?" kata beliau merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri .

Azraai Khor jadi jurulatih T-Team... mana penyokong Kedah yang meroyan nak dia tu lupakan aja lah..!!

Azraai ikat kontrak 2 tahun dengan T-Team

Mohd Azraai Khor Abdullah 
 Mohd Azraai Khor Abdullah

KUALA TERENGGANU - Bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan T-Team bagi menghadapi kempen Liga Super musim depan.

Azraai Khor, 61, telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSNT).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung di hadapan Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pejabat persatuan itu di sini hari ini.

"Selepas ini, kita beri tumpuan kepada senarai pemain yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan beberapa pemain masih ada baki kontrak bersama pasukan masing-masing," katanya.

Idea bangang TUN M semakin di bantah oleh bijak pandai negara

Lebih mudah kuasai ilmu diajar dalam bahasa ibunda

UPM

KUALA LUMPUR - Kajian menunjukkan bahawa sesuatu ilmu itu lebih mudah dihadam jika diajarkan dalam bahasa ibunda, kata Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Beliau berkata gedung khazanah bahasa Melayu sebenarnya cukup kaya dan mampu menjadi medium penyebaran maklumat dan ilmu.

"Potensi bahasa Melayu untuk menjadi bahasa dunia khususnya dalam sektor ekonomi adalah tidak mustahil.

"Bahasa Melayu hanya berhadapan dengan krisis keyakinan dalam kalangan para penggunanya dek keterbatasan kosa kata untuk mengungkap perkembangan tamadun dunia yang berasaskan sains dan teknologi," katanya ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VIII di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Aduhai buat malu 'kaum' ja Nik Amar nie... nak debat pun takut..!!

Debat Timbalan Presiden: Ust Nik Amar takat nak jadi pemimpin untuk perwakilan saja?

Yang aku tak fahamnya, pasai apa Ust Nik Amar pun takut jugak nak berdebat. Apa salahnya kalau berdebat dalam suasana 'adik-beradik' sama macam dia kata "pertandingan pada Muktamar Pas ke-59 lebih kepada persaingan adik-beradik."

Sinarharian melaporkan:
“Cukuplah dengan apa yang dijelaskan sebelum ini mengenai matlamat mahu dicapai jika saya terpilih,” kata calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah,semalam.

Mohd Amar berkata, cara sedia ada yang digunakan kini untuk menyampaikan mesej kepada umum berhubung visi pencalonan baginya sudah memadai.

“Insya-ALLAH saya sendiri sudah sampaikan sebab saya menawarkan diri untuk bertanding pada muktamar nanti dan selebihnya semua itu boleh dinilai sendiri oleh perwakilan,” katanya. - Sinarharian.    
Sebelum ni aku dah ulas pasai debat untuk calon Ketua Pemuda PAS, kali ni pulak pasao calon Timbalan Presiden.

Dari satu segi aku setuju dengan pendapat Ust Nik Amar ni, memang kalau untuk perwakilan debat ni tak dak pun takpa pasai memang sepatutnya pun perwakilan dah cukup kenal semua calon-calon yang bertanding.

Kawat Cam : hangpa kenai dak perompak 2 orang nie..???


 http://3.bp.blogspot.com/-_m6MP5OavOc/UoM42q0CD1I/AAAAAAAATSA/iL9fu0paYAs/s1600/2013-11-13_161523.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-5dAz8RWKqRs/UoM42vkwM8I/AAAAAAAATR8/F2vc5HOh3o0/s1600/2013-11-13_161440.jpg
Rakaman Video Kedai Telefon Bimbit Dirompak di Klang Tersebar
Oleh A.RUBAN dan NATASHA JOIBI

PETALING JAYA: Rakaman video memaparkan babak sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Puteri Klang dirompak telah muat naik di YouTube untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa perompak berkenaan masih bebas.

Rakaman video berdurasi 1.40 minit yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan memaparkan babak seorang lelaki mengacukan sebilah parang kepada pembantu kedai sebelum menggeledah kedai berkenaan.

Perompak berkenaan turut memecahkan kabinet pameran sebelum melarikan diri dengan barangan yang dicuri dalam insiden yang berlaku pada pukul 7.20 malam Selasa.

Rakaman video berkenaan dimuat naik oleh adik kepada pemilik kedai telefon bimbit tersebut, Suresh Kalyenannan, 25, di laman Facebook, 'Malaysian Crime Awareness Campaign' pada pukul 2 pagi Rabu.

Kerajaan BN kaji cadangan gila, nak haramkan motorsikal kapcai orang miskin dari guna highway...

BN menang.. minyak naik.. kos hidup naik.. barang naik... jadi rakyat terpaksa naik motor... kini bila rakyat naik motor nak guna highway Kerajaan BN dok buat kajian nak haramkan pulak tak bagi guna highway.. org pikiaq nak selesai masalah bukan tambah masalah....

habih highway nie guna untuk orang kaya je lah... rakyat yang pangkah BN nie tak layak ke nak guna highway dah...


Apabila harga BERAS ditentukan oleh seorang individu bukannya Kerajaan Malaysia

Risiko industri beras di tangan seorang individu
Mohd Azmi Abdul Hamid

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) mengingatkan kerajaan agar jangan benarkan pihak berkepentingan keuntungan semata-mata untuk memperjudikan sekuriti makanan utama negara.

Penswastaan LPN kepada BERNAS sejak 1994 telah meletakkan bekalan, import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham.

Kini BERNAS dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi negara iaitu petani, pengilang dan pengedar bumiputera.

Malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan di tangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan.

Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

Dalam era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan baru dan canggih muncul bagaikan cendawan. Salah satu daripada peralatan tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon bimbit.

Tidak dinafikan bahawa tuntutan keperluan hidup di zaman yang serba canggih dan moden ini menjadikan penggunaan telefon bimbit seakan-akan satu kemestian kerana kewujudannya banyak membantu mempermudahkan tugas dan pekerjaan. Di samping itu, ia juga mampu mempermudahkan perhubungan sesama kaum keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sebagainya. Selain aplikasi-aplikasi perhubungan, terdapat juga berbagai jenis dan bentuk aplikasi yang lain seperti aplikasi-aplikasi peringatan waktu sembahyang, penunjuk arah qiblat, maklumat, berita, permainan game dan sebagainya yang boleh diakses dengan beberapa petikan jari sahaja.

RM7.2b dibayar kepada syarikat perunding swasta

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM7.2 bilion dalam masa lima tahun iaitu dari 2009 hingga Oktober 2013, semata-mata membayar kepada syarikat perunding swasta.

Perkara itu dimaklumkan oleh kerajaan dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR- Kelana Jaya) dan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menjelaskan sebanyak RM1,246,817,156.72 dibelanja untuk tujuan itu pada tahun 2009, RM1,632,008,502.20 (2010), RM1,797,658,442.40 (2011), RM1,824,659,329.87 (2012) dan RM721,890,218.56 (Okt 2013).

"Jumalah ini jika diurai, ia menjadi RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Ini merupakan penggunaan hasil kerajaan yang sebahagiannya dijana dari cukai rakyat yang cukup tidak bertanggungjawab," kata kedua-dua ahli parlimen itu dalam satu kenyataan bersama.

Kepada 9 Adun PAS Kedah... ayuh tetapkan tarikh dan masa untuk bersemuka dengan Fathul Bari

Fathul Bari sedia bersemuka 9 Adun Pas

ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

Sudah sampai masanya TUN M tutup mulut bab PPSMI.. !!!


"Kementerian Pelajaran mendapati PPSMI tidak praktikal dalam pendidikan kerana kerajaan tidak boleh mengutamakan kira-kira 2,000 pelajar yang cemerlang dalam bahasa Inggeris tetapi meminggirkan 28 juta pelajar yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

Bahana Penjawam Awam berpakain menjolok mata ketika bertugas



Pakaian penjawat awam mencolok mata? itulah yang menjadi isu dalam keluaran akhbar hari ini dalam ruangan Forum Bharian daripada kiriman pembaca bernama Shab Yaa berasal daripada Seremban.


Beliau mendakwa pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari jumaat. Beliau turut menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula pemakaian yang dikenakan ramai penjawat awam ketika ini.

Apa kata penjawat awam dan masyarakat umum? adakah dakwaan ini berasas? Sudah tentu penjawat awam yang membaca artikel ini ada jawapannya!

Jatuhkan Kerajaan maka jatuhlah langau dan lalat yang berkeliaran

Kawasan mesti dibersihkan untuk menjauhi lalat berkeliaran 
– Aspan Alias

Isu yang dihadapi Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai Tinggi Polis Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadikan akuan bersumpahnya dokumen awam.

Ini kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani Patail. Putrajaya menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim lebih sebulan yang lalu tetapi tidak nampak sebarang tindakan diambil ke atas akuan bersumpah itu hingga ke hari ini.

Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang dibayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 daripada 31 muka surat akuan bersumpah itu.

Jika ini berlaku, kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia dikatakan hanya sebahagian kecil daripada banyak lagi isu yang selama ini dilindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa dan telah menyalahgunakannya.

Mahu tidak mahu, pembongkaran secara terbuka ini satu pengajaran kepada semua pesalah-laku seperti yang dituduh tidak akan dapat dilindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan terbongkar juga akhirnya kerana masakan ‘bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru’ sahaja. Langkah terbaik bagi siapa yang telah melakukan atau melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan hentikan segala salah laku yang dilakukan.

Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan


Oleh Hasbullah Awang Chik

Datuk Dr Awang Sariyan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Menara DBP hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2013.


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan (gambar), berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI.

"Kementerian Pelajaran mendapati PPSMI tidak praktikal dalam pendidikan kerana kerajaan tidak boleh mengutamakan kira-kira 2,000 pelajar yang cemerlang dalam bahasa Inggeris tetapi meminggirkan 28 juta pelajar yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

objektif rumah PR1MA telah dilanggar oleh kerajaan sendiri

Dan objektif rumah PR1MA pun dilanggar
R Thevarajan

Agak mengelirukan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan ditawarkan juga kepada mereka yang sudah memiliki rumah.

Mengikut laman web Perbadanan PR1MA Malaysia, PR1MA ditubuhkan untuk menyediakan perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.

Juga menurut kerajaan, pendapatan sederhana yang dimaksudkan adalah pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.

Tetapi melalui kenyataan menteri ini, jelas objektif utama pelaksanaan PR1MA tidak diikuti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...