TERKINI :

Tuesday, November 12, 2013

[Video] Tan Sri Ust Azizan Abdul Razak - penjelasan berkenaan Maqasid Syariah



GLC sepatutnya tolong orang Melayu, bukannya Utusan Melayu

Ahmad Maslan patut minta GLC tolong orang Melayu, bukannya Utusan Melayu 
– Shahbudin Husin

http://4.bp.blogspot.com/-qkIEWLyF1mI/UbyfXdnHc_I/AAAAAAAAAE8/rFST15LGofc/s1600/Pembiayaan+Peribadi+-+Senarai+Syarikat+Berkaitan+Kerajaan+(GLC)+Terbaru.jpg

Dalam usaha membantu syarikat Utusan Melayu yang semakin kerugian kerana semakin kurang orang membaca akhbar terbitannya Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan membuat keputusan menulis surat kepada semua syarikat berkaitan kerajaan atau GLC agar menyalurkan lebih banyak iklan di dalam akhbar tersebut.

Menurut Ahmad Maslan, daripada 35 GLC utama di negara ini, mereka membelanjakan hanya sekitar 3.7% saja daripada keseluruhan peruntukan iklan untuk Utusan Malaysia.

"Ini adalah perbelanjaan yang terlalu amat sedikit," luahnya dengan kecewa.

Selain Utusan Malaysia, GLC terbabit juga turut diminta menyalurkan lebih banyak iklan untuk akhbar Berita Harian.

Kedua-dua akhbar, Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah milik Umno dan bantuan dalam bentuk iklan itu, menurut Ahmad Maslan lagi, adalah supaya peranan akhbar terbabit untuk kepentingan negara terus dapat dilakukan dengan jayanya.

Tindakan Ahmad Maslan ini segera mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak. Bukan saja pembangkang yang mengecam tindakan itu, bahkan sekutu Umno dalam BN iaitu MCA turut melahirkan rasa kurang senangnya dengan perkara itu.

Patutlah Najib Membisu 2,3 Hari Ni.. Ini Sebabnya


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing,” soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.

Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk ahli parlimen PR diberi kepada Ketua Bahagian Umno

DAP kecam peruntukan Pakatan disalur kepada Ketua Bahagian Umno
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

DAP hari ini mengecam peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno kerana menurutnya perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menderhaka kepada 51% rakyat apabila mereka telah mengundi untuk perubahan dan menolak Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Amat menjengkelkan apabila 51% rakyat sudah terang-terangan menolak Umno-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada Umno yang mempunyai sejarah 56 tahun pecah amanah kepada rakyat.

"Beranikah Najib menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak yang mengamalkan budaya rasuah? Di manakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaa, jika ideologi politik kalut masih dipegang sebagai asas hidup BN terutama sekali oleh Umno Baru yang masih mengamalkan politik lama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Mokhtar ambil alih Bernas untuk keuntungan sendiri

Anwar dakwa Syed Mokhtar ambil alih Bernas untuk keuntungan sendiri
OLEH MD IZWAN


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengambilalihan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya menguntungkan taikun Melayu tersebut.

Ketua Pembangkang itu berkata, penguasaan Syed Mokhtar dalam Bernas terpesong dengan niat asalnya untuk membela nasib petani dan memastikan keperluan beras negara dipenuhi.

“Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi.

"Tetapi untuk memastikan petani, pengedar Bumiputera dan pekerja Bernas mendapat manfaat daripada milikan ekuiti penswastaan tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berbeza pada 1995 iaitu sebanyak 45 peratus pegangan Bernas menjadi milik petani dan staf Bernas, syarikat padi tersebut kini hanya dikuasai oleh seorang individu sahaja iaitu Syed Mokhtar.

FAM tidak boleh dikritik?

Hambali Akram,

Rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak negara tentu maklum tentang prestasi sukan nombor satu itu di peringkat antarabangsa. Hambar dan lesu. Tiada lagi kelibat pasukan negara dalam temasya olimpik, Piala Asia, jauh sekali Piala Dunia. Di Peringkat Asia Tenggara pun kita masih terkial-kial.

Kali terakhir Malaysia layak bermain di pentas antarabangsa ialah pada tahun 1980 iaitu layak ke sukan Olimpik. Selepas itu prestasi Malaysia tidak banyak meningkat malah terus berada ditakuk lama berbanding beberapa negara seangkatan yang telah jauh meninggalkan kita.

Pelantikan Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin - memberi sedikit harapan agar sukan bolasepak kembali ke landasan yang sepatutnya. Apatah lagi beliau sebelum ini dikenali antara pengamal politik yang mempunyai idea dan kesungguhan dalam sukan bolasepak.

Memali & Pengganas: The Star biadap, tarik balik laporan

KUALA LUMPUR: Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya.

Malah menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, laporan akhbar terbabit telah menggambarkan tahap mentaliti pemilik akhbar yang semakin memualkan.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya Dewan Pemuda Kedah, menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali ini.

"Kita tidak teragak-agak akan membuat membuat laporan Polis dan dalam masa tiga hari sekiranya tiada tindakan daripada The Star.

Zulhazmi: Persaingan bukan masalah besar


Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM – Calon Ketua Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff tidak memandang persaingan dua calon lain sebagai masalah besar bagi pemilihan jawatan tersebut hujung bulan ini.

Menurutnya, pemilihan yang dijalankan dilakukan secara terbuka dan persoalan kalah atau menang itu bukanlah menjadi perkara pokok.

“Sama ada menang atau kalah, kita masih lagi berada dalam parti yang sama dan itu lebih penting.

“Jika tidak terpilih tanggungjawab kami tetap sama untuk memperjuangkan dasar-dasar Pas bersama PR dalam mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri daripada Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pemilihan Pas: Suhaizan sedia debat


Suhaizan Kaiat 
 
KUALA LUMPUR - Calon Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyatakan kesediaannya untuk berdebat bagi menyuburkan amalan politik baru dalam parti itu sempena pemilihan Pas hujung bulan ini.

Kata beliau, amalan berdebat bukan medan untuk memburukkan pihak lawan, sebaliknya ia dilihat sebagai pentas untuk dinilai berdasarkan hala tuju dan kemampuan seseorang pemimpin.

“Saya setuju, dan bagi saya ia satu yang baik, sebab politik baharu khususnya anak muda generasi Y mahu melihat apa yang hendak dibawa oleh pemimpin mereka, politik baru yang kita mesti raikan.

“Negara luar juga sudah mempraktikkannya dan mereka memperkenalkan peluang ini supaya rakyat dapat maklumat. Saya mengalu-alukan usaha yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sehubungan itu katanya, beliau sudah menerima undangan debat yang dianjurkan sempena tempoh berkempen.

“Sebab itu saya menerima jemputan yang dibuat oleh salah satu Pemuda Kawasan di Kedah dan di Negeri Sembilan.

Kelaku jenis UMNO nie memang sesuai la pie masuk UMNO semula..!!

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti
NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.

Benarkah ada pimpinan pemuda terlibat dengan team cyber trooper kepala anjing. ..?


Pegawai Jaip dibunuh kejam, Malaysia masih aman?

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan rasa sedih dan kesal dengan kejadian tembak bunuh ke atas Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli Abdul Malek yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Kejadian dahsyat ini yang berlaku di kediaman Allahyarham, disaksikan pula oleh ahli keluarga almarhum merupakan satu lagi bukti bahawa insiden jenayah berat khususnya yang melibatkan senjata api semakin tidak terkawal dan telah menjadi lebih menggerunkan.

Dengan rentetan kes jenayah tembak dan culik sejak kebelakangan ini, maka apakah Malaysia kita ini masih aman?

Pemuda PAS tegas mengutuk insiden bunuh ini sebagai satu tindakan keji tidak berperikemanusiaan dan mendesak agar YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan tertinggi PDRM tidak berdiam diri dan memberi respons segera terhadap kejadian ini.

Kedamaian dan keamanan awam telah terancam. Hakikatnya, tidak ada mana-mana individu atau keluarga yang kini boleh terlepas dari jangkauan perilaku jenayah.

Apa sahaja statistik dan indeks jenayah yang diangkat pemerintah untuk melukis gambaran-gambaran indah mengenai kesentosaan suasana cumalah angka kosong yang jauh dari realiti.

Cukuplah dengan sandiwara ini! Rakyat telah jemu dan kini rakyat sedang hidup dalam kebimbangan.

Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di dalam perkara ini di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak.

Kesimpulan pemerintah dan PDRM mengenai situasi jenayah di dalam negara sudah menjadi bahan politik semata-mata dan tidak boleh dipercayai lagi. Maka suatu penilaian jujur diperlukan yang hanya boleh dicapai menerusi campur tangan Majlis Raja-Raja.

Selagi mana situasi jenayah ini tidak diperjelaskan secara jujur, maka selama itulah kita akan terus terperangkap di dalam polemik debat tidak berkesudahan dan penyelesaian yang jitu tidak dapat dicapai.

Nasrudin Hassan Ketua
Pemuda PAS Malaysia

TNB untung tahun 2013 RM4.61 bilion tapi tahun 2014 dak kalut nak naik tarif elektrik lagi.. Untung la meniaga dengan rakyat..!!

Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia?

 
Tarif Elektrik Naik
Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI).
Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik.
Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah ….
Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.

Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?

Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
  1. Bagi memenuhi fiskal dan kewangan semasa negara
  2. Bagi memastikan orang awam memahami bahawa tenaga elektrik mesti digunakan secara berhemah, betul dan tidak dibazirkan
  3. Disebabkan penyusunan semula subsidi kerajaan yang seterusnya,
  4. Kenaikan harga gas dan arang batu global.
  5. Petaling Jaya: Semakan semula tarif elektrik akan dibuat selepas Kementerian Kewangan menyelesaikan kajian berhubung tahap kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.
  6. Caj tarif elektrik yang baru mahu disasarkan kepada kelompok sasaran sahaja

Dr Zakir Naik, tokoh Maal Hijrah adalah Hujah Terhadap Kita?



Analisis Isu "Presiden Yayasan Penyelidikan Islam Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik diumumkan sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah 2013 sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Saya hanya dapat katakan... "dah memang tepatlah tu!"

Saya percaya kita semua setuju, khususnya mereka yang mengikuti perkembangannya melalui siri ceramah tentang perbandingan agama yang dihadiri berpuluh ribu orang (Islam dan bukan Islam) dalam satu-satu sesi, disaksikan juga berjuta orang melalui saluran TV (peace channel). Seterusnya apabila kita menyaksikan sesi2 soal jawab khusus dari golongan belum Islam, kejayaan sekolah antarabangsanya dan organisasi dakwahnya,maka kita akan bersetuju dengan anugerah tokoh maal hijrah ini kepada nya.

Jasa Beliau.


Dalam puluhan tahun dia berdakwah dan berdialog dengan bukan Islam dari kalangan orang biasa sehingga tokoh mubaligh kristian, beliau telah menjadi musabab kepada sekian ramai orang bukan Islam mendapat hidayah Allah.

Seperkara lagi ialah betapa segala salah faham tentang Islam telah berjaya diperbetulkan secara meluas dari kalangan bukan Islam di seluruh dunia khusus dikalangan masyarakat barat.

Dulu 'Suara Pakatan Rakyat', sekarang 'Negara Pakatan Rakyat' pulak?.. sudah-sudahlah sebar fitnah tu...


Sebelum PRU13 yang lalu, telah muncul sebuah Blog ataupun Portal yang menggunakan nama 'Suara Pakatan Rakyat' yang dipercayai dibangunkan oleh macai-macai UMNO untuk mengelirukan dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Berbagai-bagai artikel telah disiarkannya yang mana kebanyakkannya menurut admin Blog atau Portal tersebut mewakili suara pemimpin Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah satu artikel yang mengecam penggunaan Jet Pejuang terhadap pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh Sabah.

Mengapa negara perlu 30 polis cawangan khas di London, baik ambik letak mereka di taman atau kampung dlm negara

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
November 12, 2013

http://asiancorrespondent.com/jeffooi-images/Nurul-Izzah.jpgApakah perlunya kerajaan Malaysia menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England?

Ini adalah persoalan yang diutarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) ketika berucap di satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, ini kerana kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

“Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia,” katanya.

Katanya, beliau mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat.

Nurul Izzah berkata, kontijen London itu merupakan satu lagi contoh pentadbiran Barisan Nasional gagal menggunakan sumber manusia pasukan keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.

Logik BANGANG Shahidan tu memang sesuai tahap mentaliti pengundi Umno?

Mungkin jawapan standard BANGANG macam yang Shahidan bagi tu yang sebahagian besar rakyat Malaysia nak dengar sesuai dengan tahap mentaliti logik depa kut. Walaupun bukan majoriti tapi sebahagian besar tu la yang mengundi Umno BN membentuk kerajaan.
Malaysiakini melaporkan:
Walaupun penggunaan elektrik di kompleks Seri Perdana menelan belanja RM2.2 juta setahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggapnya antara yang terendah dalam dunia.

Ini menurutnya jika dibandingkan dengan kediaman rasmi ketua kerajaan-kerajaan lain. - Mkini.  
Kalau baca setakat 2 perenggan tu nampak ok lagi tapi bila Malaysiakini tambah lagi:
Tanpa memberikan perincian lanjut, Shahidan (kanan) berkata kerajaan Malaysia mengamalkan "sistem jimat dan cermat" dalam perbelanjaan untuk kompleks tersebut.

"Berdasarkan pemerhatian saya, ia adalah antara yang terendah di dunia kerana sistem jimat dan cermat yang kita amalkan," kata Shahidan sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat tengahari tadi. - Ibid.
Memang sah alasan BANGANG.

Macamana dia senang-senang boleh kata "antara yang terendah dalam dunia" bagi la bukti senarai belanja penggunaan elektrik untuk kompleks negara-negara lain tengok Seri Perdana duduk tempat no berapa.

Laporan Audit Hanya Sekadar Peringatan Tahunan

Oleh SHAD SALEEM FARUQI

LAPORAN Ketua Audit Negara 2012 boleh dianggap sebagai sesuatu yang berhemat, terpuji dan berani. Ia mengandungi sejumlah butiran yang mengejutkan tentang pemborosan, kecuaian kewangan, korupsi dan pengabaian tugas.

Memang ahli-ahli politik dan birokrat di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat, juga terlibat dalam salah laku dan pecah amanah. Bezanya, jika tertangkap mereka akan dihukum.

Sedangkan kita di sini cenderung bersikap memaafkan. Panel dan jawatankuasa selalu dibentuk untuk menyiasat perkara-perkara buruk yang dilaporkan oleh Ketua Audit. Namun, jarang ada langkah diambil untuk menghukum pesalah dan memperbaiki kesilapan.

Bukan kerana undang-undang yang ada tidak memadai. Sistem perundangan mengandungi institusi, undang-undang dan prosedur untuk memastikan pengurusan kewangan yang cermat dan menghukum tindakan korup dan pembaziran.

Tolak politik dimonopoli jutawan

Oleh LIM HONG SIANG

ISU sogokan dalam bentuk peruntukan, projek, sampul putih, hamper dan sebagainya ketika pilihan raya, sudah lama menghantui parti pembangkang.

Ia sejenis rasuah yang membuatkan pengundi tidak kesampaian untuk menolaknya. Pemimpin pembangkang menyedari bahawa mustahil partinya menyaingi pihak musuh untuk menyogok lebih wang mahupun sumber kepada pengundi

Namun pembangkang keberatan untuk menegur pengundi sungguhpun perbuatan menerima rasuah juga sejenis dosa. Ini kerana pembangkang khuatir bahawa teguran sedemikian bakal mengundang ketidakselesaan pengundi, lantas mereka memangkah Barisan Nasional (BN) untuk melepaskan perasaan mereka.

Justeru, seringkali kita dengar saranan dalam nada berjenaka, “Dia bagi gula kita bancuh ajelah.” Padahal seorang pemimpin Muslim pernah merungut kepada saya, menerima rasuah pilihan raya adalah perbuatan yang menyanggah ajaran Islam. Beliau tertanya, “Bagaimana kami boleh mendakwa diri kami sebagai Muslim yang beriman, pada masa yang sama kami bersahaja dengan amalan rasuah dalam pilihan raya?” Ingatan saya tercungkil apabila calon PAS, Mohd Azam Samat turut menyentuh isu ini pada saat-saat akhir pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau.

Siapa sebenarnya facebooker 'Ulama Pemimpin Kami' yang gelar Mat Sabu sebagai 'bapa anjing' tu?

Aku langsung tak percaya mamat buat akaun facebook yang buat akaun 'UlamaPemimpin Kami' atau 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami' ni sorang ahli PAS, lagi aku tak percaya kalau dia penyokong ulama' PAS, langsung tak sesuai, macam syurga dengan neraka.
Sumber: LensaHp
Semalam kecoh di alam maya bila ada satu akaun facebook dengan 'UlamaPemimpin Kami' yang update status menggelar Timbalan Presiden PAS sebagai "bapa anjing'.
 
Sebelum tu dia ada update status bubuh gambar calon-calon Ketua Pemuda PAS dan pada nama Zul Hazmi diletakkan gambar anjing.

Bila aku check balik facebook tu entry yang kata Mat Sabu anjing tu dah takdak, dia dah padam kut. Tapi aku sikit heran, status yang ada gambaq anjing pada nama Zul Hazmi tu dia tak padam pulak. 

 
Dan lebih menarik lagi, akaun facebook tu dah ubah nama jadi 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. Mungkin dia ingat jadi macam pokka bersalin warna kulit orang tak kenal padahal alamat akaun facebook tetap sama https://www.facebook.com/ismadiazrinaismail.

Aku sebenarnya langsung tak percaya mamat yang buat akaun facebook fake yang baru diujudkan pada 10 September 2013 ni sorang ahli PAS, lagi aku tak percaya kalau dia penyokong ulama' PAS, langsung tak sesuai, macam syurga dengan neraka.

TPP beri ruang syarikat asing saman kerajaan

 
http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/11/nurul-izzah-putrajaya.jpg PETALING JAYA - Kerajaan Malaysia bakal berdepan dengan ancaman mahkamah baru yang diwujudkan bersama perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sekiranya perundangan negara tidak dapat memuaskan hati kepentingan pelabur asing apabila perjanjian itu dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa menerusi "Investor To State Dispute Settlement (ISDS)", akan membenarkan mana-mana syarikat mengheret kerajaan Malaysia bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi jika dasar kerajaan itu merugikan kepentingan syarikat asing termasuk pelaksanaan gaji minimum.

"Itu undang-undang rimba, hakim (mahkamah antarabangsa) kadang-kala dibayar oleh pelabur, asalkan ada duit, hakim akan berperanan seperti peguam bela.

"Ada kes di mana syarikat asing saman kerajaan Afrika kerana dasarnya peruntukan 30 peratus sektor perlombongan arang batu kepada orang berkulit hitam dan ia tidak adil malah harus dibuka kepada semua," katanya ketika berucap dalam Ceramah Penerangan Bajet 2014 dan TPPA di Dewan Gasing Indah, di sini, malam tadi.

Jamil Khir tersepit soalan isu kalimah Allah


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat tersepit ketika mahu menjawab soalan berhubung perbezaan kebenaran penggunaan kalimah Allah antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Persoalan itu muncul ketika beliau menjawab perbahasan Bajet 2014 di peringkat kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu mencelah adalah Tian Chua (PKR-Batu) yang mendakwa beliau selaku bukan Islam keliru dengan versi berbeza-beza penjelasan kerajaan terhadap isu penggunaan kalimah Allah.

Versi pertama katanya oleh Menteri Dalam Negeri yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah itu, hanya terpakai kepada penerbitan dalam The Herald.

Versi kedua pula katanya, kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Sendiri yang berkata larangan tersebut hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak kepada Sabah dan Sarawak.

Suhaizan: Kempen kotor Pas didalangi pihak luar


Suhaizan  
Suhaizan

SHAH ALAM – Bahang pemilihan Pas yang dicemari dengan kempen memburuk-burukkan calon khusus bagi jawatan Ketua Pemuda Pas semalam di laman sosial Facebook dipercayai didalangi oleh pihak luar yang sengaja menimbulkan provokasi untuk memecahbelahkan perpaduan perwakilan Pas menjelang 22 November ini.

Calonnya Suhaizan Kaiat menegaskan Zulhazmi Shariff dan Kamaruzaman Mohamad merupakan sahabat rapatnya turut bertanding bagi merebut jawatan yang sama, namun mereka masih berhubung seperti biasa dan agak mustahil serangan melalui Facebook itu dilakukan oleh mereka bertiga atau orang dalam parti.

"Saya lihat perkara ini bukan dilakukan dalam parti, dibuat oleh pihak di luar parti yang melihat satu cara untuk memecahbelahkan parti,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Mana YB Baling? sila bawa masalah lubang besar tengah jalan nie kepada pihak berkenaan..!!

Lubang besar tengah jalan

Lubang besar tengah jalan  
Penduduk melihat keadaan jalan yang berlubang dan semakin mendap.

BALING - Penduduk yang menggunakan jalan di Kampung Becah Tok Bulan, Dalam Wang bimbang apabila laluan berkenaan semakin mendap dan kini dalam keadaan bahaya sejak dua minggu lalu.

Jalan utama untuk kira-kira 100 penduduk di kawasan itu mula membentuk lubang besar sedalam tiga meter dan sepanjang hampir empat meter dan hanya boleh dilalui oleh motosikal.

Penduduk, Ismail Yaakup, 56, berkata, kenderaan penduduk terutama kereta terpaksa diletakan di persimpangan jalan kira-kira 100 meter dari kawasan penduduk disebabkan masalah jalan terbabit.

Menurutnya, hanya motosikal sahaja yang boleh menggunakan jalan ini dengan hanya ruang yang kecil sahaja berbanding sebelumnya.

“Macam mana nak guna kereta kalau keadaan begini, jadi penduduk terpaksa meletakkan kenderaan di luar. Kemudian, jalan kaki ataupun hubungi keluarga untuk jemput di persimpangan jalan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Saman tetap saman, tugas tetap tugas, tapi kita ada budibicara pakat bincang elok-elok...

Pengunjung, peniaga bengang kenderaan kena saman

Pengunjung, peniaga bengang kenderaan kena saman  
Anggota trafik yang mahu meneruskan rutin tugas mereka dihalang kumpulan pengadu.

SUNGAI PETANI - Tidak sampai sejam mendengar keluhan pengunjung dan peniaga Pasar Awam Sungai Petani mengenai kekurangan tempat letak kereta sehingga menyebabkan sering disaman, secara kebetulan, seorang anggota trafik muncul bagi meneruskan tugas rutinnya itu.

Bagaimanapun, tindakannya dihalang pengunjung pasar dan peniaga yang sama sekali tidak bersetuju dengan peraturan berkenaan.

Mangsa, FarisAbd Aziz, 40, berkata, kekurangan tempat letak kenderaan di sekitar kawasan pasar menyebabkan pengunjung sering menjadikan Jalan Pasar sebagai lokasi meletak kenderaan.

Dia yang menjual ayam di pasar sama berkata, pekerja turut berhadapan masalah sama apabila tiada tempat sesuai untuk meninggalkan kenderaan setelah tempat letak kereta disediakan penuh.

Salah laku Gani didedah kerana kerajaan tidak bertindak

SD salah laku Gani didedah kerana kerajaan tidak bertindak, kata bekas polis
OLEH LIONEL MORAIS, PENGARANG URUSAN

http://dinmerican.files.wordpress.com/2012/07/gani-patail.jpg?w=545Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan tuduhan salah laku Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) selepas kerajaan gagal untuk bertindak terhadap akuan bersumpah (SD) bekas polis kanan itu yang mengandungi sejumlah aduan terhadap Peguam Negara.

Pendedahan awal Mat Zain baru-baru ini mengenai perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung salah laku Abul Gani hanya dua muka surat daripada 31 muka surat akuan bersumpahnya.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu berjanji akan melakukan lebih banyak pendedahan tidak lama lagi dan tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan SD di mahkamah.

“SD saya dibuat mengikut Akta Akuan Bersumpah 1960 dan ia boleh digunakan dalam mana-mana prosiding kehakiman, sama ada sivil atau jenayah. Dalam urusan itu, SD akan dikira sebagai dokumen awam.

“Kerajaan sudah menerima SD saya lebih sebulan lalu,tetapi mereka tidak bertindak terhadapnya. Mereka memilih untuk terus senyap,” katanya kepada The Malaysian Insider.

[AWAS] Blog NEGARA PAKATAN RAKYAT didapati blog menyamar pro PR.....

Nampaknya blog menyamar sudah muncul semula... dahulu ingat tak lagi dengan blog SUARAPAKATANRAKYAT.COM yang mana menjadi rujukan media dan cybertrooper UMNO BN untuk memburukkan nama PAKATAN RAKYAT... kini blog itu sudah tidak disambung lagi domainnya... dan sudah mati di alam maya ini.

Hari ini muncul satu blog baru dengan nama NEGARAPAKATANRAKYAT.BLOGSPOT.COM yang mana modus operandinya boleh dikatakan sama dengan blog SUARA PAKATAN RAKYAT dahulu... cuma namanya sahaja sedikit berbeza iaitu dari SUARA di tukar kepada NEGARA..

Jadi jika macai tu tetap dikatakan macai... idea dan akal mereka bukan boleh berfikiran diluar kotak dengan sekilas akal pendek mereka itu orang dah dapat kesan adakah macai ataupun tidak...

disah oleh RAFIZI RAMLI





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...