TERKINI :

Monday, November 11, 2013

Setakat ini Pemuda PAS dan PKR seperti hilang staminanya...!!

Mohammad Agus Yusoff

http://www.portalkbr.com/asiacalling/english/southeastasia/__icsFiles/afieldfile/2013/10/05/Malaysia_Law_web_131005_672.jpg
SIAPA PEMIMPIN PEMUDA YANG HEBAT?

Dalam pilihan raya yang lalu, ramai yang bercakap perlunya pemimpin parti politik memahami aspirasi anak muda sebagai asas penting untuk menang dalam pilihan raya. Maka, banyaklah parti politik meletakkan calon anak muda sebagai wakil masing-masing. Setelah 6 bulan pilihan raya berlalu, bagaimana dengan prestasi ahli parlimen muda di parlimen?

Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di parlimen adalah dari DAP dan juga PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif. Dari PAS, saya melihat ahli parlimen mudanya sepi. Jika meragui kenyataan saya ini, pergilah ke parlimen, sunyi!

Contohnya, semasa perbahasan laporan audit, suara dari ahli parlimen muda PAS tidak ada yang dapat dibanggakan. Dari PKR juga sunyi kerana YB Rafizi Ramli (36 tahun) tidak ada. Mujurnya ada YB Nurul Izzah (33 tahun). Maka saya bertanya, mengapakah begitu sunyi suara ahli parlimen muda pembangkang dari PAS dan PKR di parlimen? Sukar saya mahu mencari jawapannya. Atau mungkinkah saya terlepas pandang?

Kamaruzaman mahu teruskan legasi Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Kamaruzaman Mohamad berikrar akan meneruskan legasi, warisan dan tradisi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diasaskan kepimpinan terdahulu.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Kamaruzaman yang menerima pencalonan bagi jawatan Ketua DPPM tersebut atas semangat fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumba untuk memberi sumbangan menegaskan beliau juga akan mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS.

"Saya berjanji mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS dengan gandingan mantap antara profesional muda, ulama muda dan aktivis muda, tanpa menolak perlunya agenda tajdid dan islah," tegas beliau.

Dalam masa sama, bekas Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu turut berikrar untuk meneroka ruang dan peluang baru untuk membawa Pemuda PAS mendepani cabaran semasa dan menguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif.

Kawan pembunuh pegawai bank juga ada IC palsu dan siap nama dalam SPR lagi..!!!

King jason

 

Kantoi lumat la kau...

Disebabkan nak UNDI supaya BN tak kalah maka habis pendatang asing bagi ic.

Tuhan nak tunjuk BAHAYA BN dok bagi ic ni sampai nyawa rakyat dibuat main main.

So.. pembunuh indon ni boleh lak mengundi ya? Nampak tak permainan PEMIMPIN RASUAH BN?


Ulamak Vs Profesional : Berapa kali muktamar lagi nak habis polemik ini..????

ULAMAK VS PROFESSIONAL, BERAPA KALI MUKTAMAR LAGI NAK HABIS POLEMIK INI?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Photo: ULAMAK VS PROFESSIONAL, BERAPA KALI MUKTAMAR LAGI NAK HABIS POLEMIK INI?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PAS adalah parti yang bergerak atas dasar Islam. PAS adalah gerakan Islam yang bergerak dalam negara ini. Sejak dahulu, PAS adalah parti yang terdiri daripada golongan agamawan sebagai pemimpinnya. Era TG Haji Yusof Rawa, istilah kepimpinan ulamak mengambil tempat. Sesuai dengan zaman

2) Zaman Ust Fadzil Noor, golongan professional dan cerdik pandai mula berduyun-duyun menerjah masuk PAS berikutan isu pemecatan Anwar Ibrahim. Para cendiakawan mula membuka mata bahawa PAS adalah parti yang boleh membawa pengislahan kepada negara.

3) Sejak itu pemimpin hebat seperti Ustaz Fadzil Noor mengolah kepelbagaian latar-belakang dalam PAS dengan bijak bagi mengimbangi ulamak dan professional dengan misi memprofessionalkan ulamak dan mengulamakkan professional.

4) Era TG Haji Abdul Hadi, dengan melangkah ke arena politik yang lebih luas dan mencabar, kerjasama dengan DAP dan PKR telah membawa PAS mengkaji suatu ilmu dan strategi yang lebih ke hadapan , iaitu fiqh siyasah dan tahalluf siyasi.

5) Tahalluf Siyasi (Kerjasama politik) adalah sebahagian daripada fiqh siyasah yang PAS sedang kaji dan praktik pada masa yang sama. Hasil tahalluf siyasi mestilah meletakkan Syariat Islam di hadapan.


6) Bekerjasama dalam pilihanraya adalah satu hal, yang kita sudah nampak hubungan kerjasama yang semakin baik antara ketiga-tiga parti PAS-DAP-PKR. Apabila sudah berkuasa, tahalluf siyasi mesti diteruskan juga dalam pemerintahan, yang meletakkan Islam di hadapan.

7) Tidak guna hanya bertahalluf siyasi baik dalam pilihanraya, tetapi apabila mentadbir negeri/negara, kerjasama itu terputus dek kerana ada parti yang sudah berlagak seolah-olah mahu menjadi ketua.

8) Usul mengkaji semula Tahalluf Siyasi mestilah dibuat untuk mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama menjana idea dan rekrut ke arah kerjasama dalam pentadbiran pula. Bukan mengkaji tahalluf siyasi untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

9) Memilih pemimpin PAS untuk berdepan dengan tahalluf siyasi sesama parti komponen Pakatan Rakyat adalah penting supaya Pemimpin PAS tidak dilihat lemah dalam menjana idea, lembab bertindak, inferiority complex, flip-flop dan sebagainya oleh rakan-rakan komponen - pada masa yang sama kekal tegas dengan pendirian dasar PAS. Di sini perlu kepada ulamak yang professional dan professional yg ulamak. Ustaz Fadzil Noor sudah melangkaui zamannya!

10) Maka pergelutan ulamak vs professional mesti ditamatkan segera. Nafi atau tidak, kita dihidangkan dengan persepsi demikian. Ahli bawahan menjadi keliru dengan isu ulamak vs professional. Cantas mencantas antara ulamak dan professional merugikan PAS. Berhentilah. 

11) Masalah dalam inilah yang mengganggu gerak kerja PAS. Golongan ulamak dalam PAS bukan calang-calang, tetapi kenapa dibazirkan kelebihan ini ke arah menyisihkan orang-orang tertentu yg dianggap professional? Golongan Professional dalam PAS juga bukan calang-calang. Semua mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang yg pelbagai, kenapa dibazirkan kelebihan ini untuk menyisihkan golongan yang dikatakan ulamak/pro ulamak? Apakah Ulamak yg ada tidak cukup alim untuk diprofesionalkan? Atau Professional tidak cukup genius untuk diulamakkan?

12) Tidak perlu dipanjangkan tulisan ini. Muktamar ini, tamatkan segala kemelut. Biar PAS boleh tumpu sepenuhnya kepada tahaluf siyasi yang boleh memberi impak dakwah kepada DAP dan PKR, seterusnya membuka mata UMNO/BN bahawa kita sudah bersedia untuk mentadbir Malaysia, tanpa dapat mereka sangkal.

Sekian
1) PAS adalah parti yang bergerak atas dasar Islam. PAS adalah gerakan Islam yang bergerak dalam negara ini. Sejak dahulu, PAS adalah parti yang terdiri daripada golongan agamawan sebagai pemimpinnya. Era TG Haji Yusof Rawa, istilah kepimpinan ulamak mengambil tempat. Sesuai dengan zaman

2) Zaman Ust Fadzil Noor, golongan professional dan cerdik pandai mula berduyun-duyun menerjah masuk PAS berikutan isu pemecatan Anwar Ibrahim. Para cendiakawan mula membuka mata bahawa PAS adalah parti yang boleh membawa pengislahan kepada negara.

3) Sejak itu pemimpin hebat seperti Ustaz Fadzil Noor mengolah kepelbagaian latar-belakang dalam PAS dengan bijak bagi mengimbangi ulamak dan professional dengan misi memprofessionalkan ulamak dan mengulamakkan professional.

4) Era TG Haji Abdul Hadi, dengan melangkah ke arena politik yang lebih luas dan mencabar, kerjasama dengan DAP dan PKR telah membawa PAS mengkaji suatu ilmu dan strategi yang lebih ke hadapan , iaitu fiqh siyasah dan tahalluf siyasi.

'Cilakak' Kerajaan DAP Penang sebab bagi RM1000 kepada pelajar nak masuk IPTA

Lie Gj Penang


Berita Yang Tidak Akan Keluar Utusan Dan TV3..

Seramai 2,462 pelajar ke IPTA menerima bantuan RM1,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Majlis penyerahan sumbangan bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA diadakan di beberapa daerah kemarin.

Gambar Majlis Penyerahan Di Kawasan Barat Daya...

Sebelum pilihanraya cakap besar depan rakyat macam ada bukti, bila saman sekarang kalut mintak maaf..!!

MP Sekijang mohon maaf kepada Mazlan

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap (gambar) hari ini membuat permohonan maaf di mahkamah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang dan seorang lagi defendan iaitu Ketua Penerangan MBFM Kelantan Wan Zawawi Wan Zain membuat permohonan maaf di hadapan Hakim Rusila Yup setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Mereka menarik balik kenyataan yang menuduh Mazlan Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Mereka menuduh juga Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

Selain menarik balik kenyataan tersebut, mereka juga bersetuju untuk membayar ganti jumlah dalam jumlah yang akan ditentukan kemudian.

Peguam Negara menghina Yang DiPertuan Agong - Zulhazmi

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/ganipatail540px_1.jpg
Kes Pembunuhan Altantuya. - dua (2) pegawai UTK didakwa bersama Razak Baginda. Razak Baginda dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Peguam Negara tidak merayu. Sirul & Azilah dipanggil membela diri. Disabitkan hukuman dan merayu kemudian dibebaskan. Siapa yang membunuh Altantuya???

Kes PKFZ - Tun Ling Liong Sik didakwa menipu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Jemaah Menteri. Selesai bicara Ling Liong Sik dibebaskan dan dilepaskan. Tiada rayuan oleh Peguam Negara. Siapa yang bertanggungjawab merugikan RM12 billion duit rakyat?

Kes Saman AES - Kementerian Pengangkutan laksanakan AES. meterai Perjanjian dengan dua (2) syarikat swasta yang mengaut keuntungan dari duit saman terhadap rakyat. Peguam Negara umum bekukan prosiding di Mahkamah tetapi duit masih dipungut dan dibahagikan kepada syarikat swasta.

Rakyat tanya Zahid, mana projek UiTM Bagan Datoh?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak sekali lagi mendedahkan rungutan rakyat di kawasan Parlimen Bagan Datoh mengenai pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini kerana pengumuman bagi pembinaan UiTM dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada bulan Mei 2010 lalu.

Katanya, UiTM yang dikatakan akan membuka sebuah lagi kampus cawangan yang ketiga di Perak iaitu di Bagan Datoh selepas kampus di Seri Iskandar dan Tapah telah menghampiri penghujung tahun 2013 dan masih belum ada tanda-tanda pembangunannya di sana.

“Kami difahamkan projek yang menelan belanja RM250 juta yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dan ianya dijangka siap pada tahun 2013 serta  bakal menempatkan kira-kira 5,000 pelajar kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Calon Ketua Umno Bahagian Pandan tak puas pemilihan sebab ada 'undi hantu'

Calon mahu pemilihan semula

Adiwijaya Abdullah  
Adiwijaya Abdullah

KUALA LUMPUR - Berikutan dakwaan wujudnya keraguan jumlah kertas undi, seorang calon bertanding di Umno Bahagian Pandan mendesak agar pemilihan semula dilakukan.

Calon Ketua Umno Bahagian Pandan, Datuk Adiwijaya Abdullah mendakwa, terdapat percanggahan antara jumlah perwakilan yang hadir dengan undi yang diperoleh calon bertanding, pada pemilihan peringkat bahagian yang berlangsung 19 Oktober lalu.

“Sebelum mesyuarat perwakilan berlangsung, pengerusi tetap memaklumkan jumlah perwakilan yang hadir seramai 390 orang.

Jika orang PAS pun kempen tak beretika, kira 2x5 ja dengan UMNO

Kempen tidak beretika bukan akhlak PAS
Muhammad Faizal, 11 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur tindakan sesetengah pihak yang melakukan provokasi yang dapat menimbulkan ketegangan pada pemilihan PAS.

Jelasnya, tindakan melabelkan gambar seseorang individu menggunakan anjing adalah tidak beretika dan khianat bukannya dari akhlak PAS sebenar.

Sinar Harian Online semalam melaporkan terdapat kempen berbaur hasutan bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS.

"Saya fikir itu bukan dari kita dalam PAS, ia dilihat sebagai satu provokasi yang cuba mengganggu pemilihan PAS nanti.

"Orang yang cuba khianat, saya kecam tindakan tersebut dan saya yakin ini bukan kerja orang dalam. Mana-mana individu yang saya temui turut membantah tindakan tersebut," jelasnya di lobi Parlimen pagi ini.

Beliau turut meminta agar mereka yang dicalonkan serta penyokong menggunakan etika kebebasan berkempen dengan lebih baik dan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh parti.

Dalam masa yang sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu turut mengalu-alukan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda PAS yang baginya merupakan satu konsep amalan demokrasi.

Tambah beliau, PAS sentiasa mencari pendekatan untuk menarik mereka yang masih bersimpati dengan Umno untuk kembali memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Hospital perlu stok darah

OLEH: ZAIRUL AFIZA HAMZAH Tarikh: November 11, 2013

JERANTUT - Orang ramai diminta tampil menderma darah berikutan simpanan stok di tabung darah daerah Jerantut, Temerloh, Kuantan dan Pusat Darah Negara di Kuala Lumpur semakin kritikal.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr Muhd Siv Azhar Merican Abdullah berkata, orang ramai boleh menderma darah sama ada di hospital atau dalam program derma darah anjuran badan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, jika masyarakat mampu menjalankan khidmat sosial ini pasti stok darah di setiap hospital mencukupi bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Ramai pesakit memerlukan pemindahan darah di hospital untuk meneruskan hidup.

"Masyarakat juga perlu membuang tanggapan bahawa derma darah akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan. Hakikatnya, menderma darah memberikan kesihatan kepada tubuh," katanya.

Muhd Siv Azhar berkata, orang ramai di saran mendapatkan penjelasan mengenai derma darah di hospital dan elakkan mendengar khabar angin daripada sumber tidak sahih.

Pas: Terima kasih Karpal


SHAH ALAM - Pas hari ini mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana tampil menjelaskan berhubung kenyataannya agar pendaftaran Pas dibatalkan.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah telah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah-belahkan hubungan parti-parti dalam PR.

"Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf Pas dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam Pas sebelum PRU pada 2004 serta bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket Pas pada PRU13.

"Beliau juga tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputar-belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Pada 2 November lalu, Karpal dilaporkan telah menggesa pertubuhan yang berasaskan agama dan kaum ditarik balik pendaftarannya.

Rentetan daripada kenyataan tersebut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tampieml mbidas kenyataan tersebut, termasuk Mahfuz.

Lim Kit Siang bagaimanapun membela Karpal dengan menyatakan kenyataan pemimpin itu telah diputarbelit untuk merosakkan kesepakatan dalam PR.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar belit kenyataan beliau.

"Kita mahu media yang sering memutar belit kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ini diberi pengajaran.

"Karpal seorang peguam, dan senior dalam politik negara ini tentu lebih maklum dengan permainan media ini, dan dia wajar mengambil tindakan saman terhadap media terbabit," katanya.

MCA sound UMNO jangan salahguna kuasa...

MCA: Ahmad Maslan, bukan tugas GLC sokong Utusan

11:22AM Nov 11 2013

MCA mempersoalkan arahan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya syarikat berkaitan kerajaan lebih banyak beriklan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

Menggelarkan langkah itu sebagai salah guna kuasa, Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu berkata, bukan tugas kerajaan untuk memberikan subsidi atau menyebelahi mana-mana organisasi media swasta seperti Utusan.

Katanya, jika harian berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris lain boleh bersaing menarik lebih pembaca dan sekali gus iklan, beliau tidak nampak kerana Utusan harus menikmati keistimewaan daripada dana kerajaan.

"Ini juga penghinaan kepada kecekapan dan profesionalisme mereka," kata Gan dalam kenyataan.

Ahmad kelmarin dilapor berkata, beliau sudah menulis surat kepada pemimpin tertinggi GLC berkenaan supaya membelanjakan bajet iklan mereka kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya yang dimiliki Umno iaitu di Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Ahmad, perbelanjaan 3.7 peratus daripada 35 GLC utama untuk bajet pengiklanan di Malaysia terlalu amat sedikit jika dibandingkan dengan "perjuangan Utusan, Berita Harian ini untuk negara".

Shahrizat Gugur Saman RM 100 JUTA: Semangat Keadilan Untuk Rakyat

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera

11 November 2013
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menganggap tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang menggugurkan saman bernilai RM 100 juta kepada Ketua Wanita PKR , YB Puan Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategi PKR, YB Tuan Rafizi Ramli sebagai bukti semangat keadilan untuk rakyat. 

Perkara ini jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR ini dibantu oleh daya penggerak parti, badan NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar.

Skandal NFC sebelum ini, mengakibatkan Shahrizat Jalil digantikan dari kerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta tidak mendapat peluang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 walaupun kemudian mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno.Ini menunjukkan cuma Umno masih berkompromi dengan penyelewangan kuasa dan rasuah.

AMK Selangor percaya pengguguran saman ini, sebagai satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan untuk tidak semberono mengancam untuk menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana segalanya yang dilakukan adalah untuk keadilan rakyat.

Individu dari parti, atau NGO ataupun rakyat perseorangan yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah selalunya mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan. 

AMK Selangor juga yakin, peristiwa ini memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah, dan yakin sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal dari dihadapkan ke pengadilan.

Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanahair yang masih terus cekal memperjuangkan tatakelola negara yang lebih baik. Keadilan untuk rakyat mesti terus dilaksanakan. 

REFORMASI

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Antara sofeware SMS guna identiti orang lain dengan bayaran serendah RM5 sahaja

TigerText

IZWAN ROZLIN

SHAH ALAM -  Aplikasi Tiger Text yang direka khas untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan maklumat  pengguna android atau telefon pintar jenama Apple kini dilihat mampu memberi implikasi negatif apabila ia dikesan boleh digunakan untuk tujuan penipuan.

Apa tidaknya dengan bayaran serendah RM5,  pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut  dan ianya boleh digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)  menggunakan nombor serta identiti orang lain.

Ini bermakna si penerima akan menerima SMS bukan dari nombor penghantar asalnya dan lazimnya setiap SMS yang dihantar boleh ditetapkan tempoh masanya sebelum ia hilang dari skrin telefon bimbit.

Malah penerima juga tidak boleh mengirimkan pesanan yang diterima kepada pihak ketiga. Hasil carian melalui Wikipedia, aplikasi ini dibangunkan oleh Syarikat Brad Brooks yang berpangkalan di Santa Monica, California, pada 2010.

Gani Patail patut berundur, kalau tidak Najib dan kabinet berundur

oleh Aspan Alias

Kegersangan politik politik tanahair, yang telah membawa berbagai-bagai padah yang buruk entah bilakan selesai. Kerajaan hari ini sibuk dengan berusaha untuk memperbaiki keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi mereka tidak pun memahami apa kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memperbaikinya.

Bagaimana hendak membetulkan keadaan jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak tahu masalah sebenar yang hendak mereka selesaikan itu. Selalu mereka tidak tahu pun apa yang mereka lakukan itu adalah tindakan yang salah. Pendeknya mereka melakukan tindakan salah terhadap isu yang salah dan tidak terjumpa penyelesaian hingga ke akhir.

Sekarang sudah sampai ke tahap yang amat meruncing sehinggakan pimpinan termasuk pucuk pimpinan melakukan tindakan yang salah dan tidak menepati maksud untuk membetulkan kesalahan yang mereka sendiri tidak memahami masalahnya. Negara telah terbiar begitu lama dengan masalah yang terlalu banyak di lakukan kerajaan. Setiap minggu ada sahaja isu yang keluar dan terpampang di mata rakyat.

Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail. Isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.

Antara 2 Topeng : Pengawal bunuh pekerja bank & Polis bunuh Altantuya..??

Tolong, jangan tutup muka dia



 KES AMBank
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga menembak mati sedangkan dia tidak melawan dan ada suami dan anak ?
 
Pembunuh : Aku mahu rompak duit............

Selepas 7 bulan
Hakim : Hukuman mati bakal menunggu kamu !

KES Altantuya
Hakim : Mengapa kamu kejam hingga letupkan badannya sedangkan  dia sedang hamil dan perempuan

Jeneri : Jalan sudah rosak dan berlubang 3 bulan, JKR buat apa.. nak tunggu YB mati dulu ka..??

Mendapan tanah kian serius

Mendapan tanah kian seriusMendapan tanah kian serius 
Mendapan tanah kian seriusMendapan tanah kian serius 
Keadaan jalan berlubang dipenuhi air yang bertakung.

SIK - Jalan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan Jeneri terutama di Kampung Semiar kini kian mendap.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tebing jalan itu runtuh manakala bahagian tengah jalan membentuk lubang yang dalam bagaimanapun ia tidak dapat dilihat berikutan jalan terbabit dipenuhi air yang bertakung sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya, Mohd Ridzuan Roze, 26, dari Kampung Sungai Semiar berkata, pengguna tiada pilihan lain kerana jalan terbabit merupakan jalan utama penduduk ke kawasan Jeneri dan kawasan sekitar kampung itu.

Menurutnya, risiko kemalangan tinggi terutama pengguna yang tidak biasa menggunakan jalan ini.

“Terdapat lopak besar di tengah jalan ini, bagaimanapun, tidak dapat lihat sebab dipenuhi air yang bertakung. Sekali pandang, memang nampak seperti jalan rata namun hakikatnya tidak.

“Disebabkan itu, ia amat berbahaya terutama kepada penunggang motosikal yang menggunakan jalan ini. Tambahan pada waktu malam, lagi bahaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Debat antara pimpinan : Bersediakah PAS memulakan tradisi kelilmuan sebegini?

Mohammad Agus Yusoff


Saya dijemput untuk menjadi moderator debat antara Saudara Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Sharif, dua calon Ketua Pemuda PAS pada 13 November ini di Kedah. Saya teruja untuk pergi dan memohon tarikh tersebut ditukar kerana 13 November saya tidak boleh hadir justeru terlibat dengan kuliah kelas Sarjana saya sehingga ke malam.

Saya mahu terlibat dalam forum sebegini kerana inginkan corak baru politik Malaysia, iaitu calon-calon yang menawarkan diri perlu dinilai keberanian dan keyakinan menyampaikan wawasan mereka kepada para ahli. Letih nanti apabila dilantik menjadi pemimpin, tidak cekap dalam menjawab soalan. Atau apabila berada di parlimen diam membisu tanpa banyak peranan yang efektif.

Saya melihat parti lain tidak ada debat sebegini. UMNO tidak mengambil peluang untuk melakukannya dalam pemilihannya yang lalu. Maka apabila Pemuda PAS melakukannya saya gembira. Saya selalu berharap agar forum sebegini dijadikan suatu tradisi dalam pemilihan pemimpin bagi semua parti supaya ahli mempunyai maklumat untuk mengenali kebolehan dan wibawa para pemimpin yang bakal mereka pilih.

2 mercu tanda bakal dibina di Langkawi


LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah untuk dua mercu tanda baharu di Langkawi -- Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Dalam ucapannya, Najib berkata, Malaysia akan mengambil alih sebagai pengerusi ASEAN pada 2015 dan beliau mahu Sidang Kemuncak Asean, dijangka pada April 2015, diadakan di LICC. Projek itu, dilaksanakan oleh Rajawali Group, dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Pengerusi Rajawali Group Tan Sri Peter Sondakh, berkata syarikat itu memulakan pelaburannya di Langkawi pada 2005 dengan pengambilalihan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.

Dalam ucapannya pada majlis pecah tanah itu, Sondakh berkata kedua-dua projek itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mendorong ekonomi pulau itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...