TERKINI :

Sunday, November 10, 2013

Politik dengan strategi janji pelbagai projek pembangunan sudah tak laku lagi wahai UMNO BN..!!

Kalau Mukhriz seorang memang tak cukup...
Nur Jazlan Mohamed

DUA Pilihan Raya Kecil (PRK) berlaku dalam tempoh enam bulan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada Mei lalu, dan dalam kedua-dua PRK itu menyaksikan pertembungan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini, iaitu Umno dan Pas.

Keputusan kedua-dua PRK ini, menyaksikan status quo sebelum ini, dikekalkan pengundi iaitu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut untuk Umno dan Sungai Limau bagi Pas.

Berbanding Kuala Besut, PRK Sungai Limau amat menarik kerana ia adalah kerusi yang dikosongkan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu, selepas menjadi Adun kawasan berkenaan sejak 1995.

Umno sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan di Kuala Besut dan Umno Kedah sudah pasti mahu menang di bawah pimpinan Menteri Besar yang baru, Datuk Mukhiriz Tun Mahathir.

Dengan majoriti pengundi di Sungai Limau, yang 90 peratus Melayu, Umno yang segar dengan sokongan orang Melayu yang memberikan kemenangan 88 kerusi Parlimen dalam PRU 13 meningkat 9 kerusi berbanding Pillihanraya Umum 2008, sudah pasti mengharapkan kemenangan di kubu kuat Pas.

Al Fatihah. Pelakon Ahmad Busu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang.


Al Fatihah. Pelakon Ahmad Busu yang pernah membintangi sitkom pi mai pi mai tang tu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang.

Allahyarham mutakhir ini kerap hadir program-program ilmu dan juga program-program yang dianjur oleh PAS... Moga Allah merahmati Allahyarham. ..

Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Najib perlu jawab dakwaan Mahathir mengenai Ghani Petail

SUSUPAN PETANG                                                                             
Anwar: gantung tugas Ghani.
Sehingga jam 3:45 minit petang ini Najib Razak masih belum berbuat apa-apa kenyataan berhubungan dakwaan Mahathir Mohamad yang memberi gambaran pejabat Peguam Negara telah disusupi perisik CIA. Singgungan Mahathir mengenai perkara itu tidak boleh dipandang remeh. Mahathir mungkin ada pengalaman mengenai kegiatan atau penyusupan masuk perisik luar ini ke dalam pejabat pentadbiran kerajaan.

Sebaik Mahathir menjadi PM kira-kira 21 tahun lalu beberapa orang pegawai di pejabatnmya telah ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip dari KGA (Russia).

Lantaran itu apabila Mahathir mendapat maklumat mengenai perkara itu beliau terus bersuara walaupun ia tidak menyenangkan Peguam Negara Ghani Petail dan menimbulkan masalah kepada negara di mana integriti negara boileh dipertikaikan dunia luar.

Mahahir juga dipetik ada bertanya kepada menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi mengenai hal itu dan menteri berkenaan memberi jaminan ingin menyiasat. Apakah Zahid sudah mengarahkaqn polis membuat siasatan tentang itu? Kalau sudah apakah keputusannya, atau pun jaminan Zahid itu sama juga dengan kenyataanya untuk mendedahkan ada tokoh pembangkang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari yang sampai ke hari ini bulu hidung tokoh berkenaan pun tidak kelihatan.

[Live]Ceramah Perdana - Ustaz Abdullah Khairi




sumbangan : zonkita zonkuliah


Nampaknya Najib sekali lagi kena 'checkmate' dengan Mahathir sebab itu diam isu CIA

Anwar: Najib belum jawab dakwaan skandal kait AG

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih berdiam diri dengan laporan yang mendakwa peguam negara mendapatkan khidmat ejen perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

“Dakwaan terbaur oleh Tun Dr Mahathir Moahamd bahawa Pejabat Peguam Negara menggaji dua ejen CIA adalah amat mengejutkan dan memerlukan respon segera dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan itu timbul susulan laporan yang mendedahkan jaringan perisik perisikan global oleh Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara lain di bumi Malaysia.

“Namun perdana menteri sehingga hari ini masih berdiam diri, pendedahan terbaru ini tidak lain dari satu perkara yang amat memalukan dan penuh skandal,” katanya lagi.

Ketua umum PKR itu mengulas laporan dalam laman The Malaysian Insider berhubung satu pertemuan yang didakwa berlangusng di antara Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Dr Mahathir juga dikatakan telah menekan Gani dan memanggil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk satu pertemuan.

Berita ekstrem perkauman dan berat sebelah punca GLC jauhi Utusan Malaysia

OLEH MD IZWAN
November 10, 2013

Pemimpin DAP Zairil Khir Johari menggesa Utusan Malaysia supaya menyedari hakikat rakyat Malaysia tidak lagi membaca berita yang esktrem perkauman dan berat sebelah, susulan desakan supaya syarikat bukan kerajaan (GLC) mengiklan dalam akhbar berbahasa Melayu milik Umno tersebut.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memgakui pernah menulis surat kepada pemimpin tertinggi atau pengerusi GLC supaya membelanjakan peruntukan iklan mereka kepada akhbar itu.

"Perkara ini menunjukkan pengisian ataupun kandungan dalam Utusan Malaysia itu sendiri tidak menarik.

"Orang ramai tidak suka membaca berita fitnah dan berat sebelah," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu kepada The Malaysian Insider.

Menyifatkan akhbar Utusan Malaysia sudah tidak lagi relevan kerana bermotifkan politik, Zairil bertegas corak penulisan dibawa akhbar tersebut tidak kena dengan peredaran zaman di mana rakyat mahukan berita yang lebih segar dan positif.

"Kandungan mereka terlalu bermotif politik dan ekstrem perkauman, rakyat tidak suka membaca perkara sebegini," katanya.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak Depan Rumah

KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

Wacana calon Ketua Pemuda PAS di Alor Setar

KUALA LUMPUR: Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon jawatan di peringkat PAS Pusat bagi menggalakkan kempen secara sihat, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah mencadangkan kaedah yang lebih lunak iaitu program wacana.
Ketuanya, Yusrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, program wacana itu dianjurkan bagi memupuk budaya ilmu dalam medan siasah (politik).

Wacana bertajuk “Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa Bersama Calon-Calon Ketua & Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia 2013-2015” itu ujarnya bukanlah program  debat tetapi lebih kepada percambahan idea di kalangan calon.

“Pemuda PAS Kuala Kedah telah membuat jemputan kepada calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda, dengan harapan dari kami, semua calon-calon  bersedia untuk tampil bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kelompok Dewan Pemuda.

“ Namun kami tidak berjaya menyatukan kesemua calon Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu pentas wacana kerana terdapat calon yang agak keberatan untuk hadir dengan alasan yang tersendiri.

“Calon-calon Ketua Pemuda PAS Malaysia yang telah mengesahkan untuk hadir ialah Saudara Suhaizan Kaiat dan Saudara Zulhazmi Shariff manakala Calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss,” ujar Yusrin (gambar).

Wacana anjuran bersama Pemuda PAS Kuala Kedah dan Kelab Profesional Muda Negeri Kedah itu akan berlangsung pada 13 November, jam 8.30 malam di The Leverage Business Hotel Mergong, Alor Setar  (berdekatan Tesco Mergong).

Usahawan industri minyak dan gas kecewa dasar baru Petronas


Isu Petronas: Usahawan rasa dikhianati


OLEH: FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN Tarikh: November 10, 2013

PERASAAN itu dikongsi 13 wakil industri minyak dan gas Bumiputera yang bertemu kelmarin, untuk membincangkan masa depan syarikat milik kaum itu di bawah dasar baru Petronas yang didakwa mengetepikan mereka.

“Kita ini bukan syarikat ali baba. Kita usahawan yang benar-benar melabur dan mencipta teknologi sendiri,” ujar seorang daripada mereka.

Beliau menyangkal persepsi masyarakat yang kerap menganggap syarikat Bumiputera tidak layak dan hanya menjadi orang tengah untuk mengambil keuntungan atas angin.

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan pelbagai aduan mengenai dasar Petronas yang dikatakan meminggirkan syarikat Melayu, daripada pemberian kontrak bagi kerja-kerja berat di pelantar minyak sehinggalah pembukaan stesen Petronas dan pembekalan produk makanan seperti nasi lemak, roti dan kuih-muih di kedai Mesra Petronas.

Menurut seorang pemain industri, antara faktor masalah ini adalah Petronas kurang fokus kepada pembekalan barangan tempatan, di sebalik penubuhan Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas yang bertujuan menghasil dan membangunkan usahawan pengeluar produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi bagi sektor minyak dan gas.

PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?

Harakahdaily,     10 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan.

PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?

Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula," sindirnya.

Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.

"Apakah ia disebabkan kes ini satu kes yang lemah sejak permulaan perbicaraan, atau ada kelemahan di dalam kes pendakwaan oleh JPN sendiri? Jika kes ini lemah sejak mula, mengapa perlu membuat dakwaan? Jika ini kerana kelemahan, maka yang perlu ditanya ialah apakah kelemahan tersebut," tegasnya lagi.

Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berpendapat rayuan sepatutnya telah difailkan, namun beliau mempertegaskan bahawa ia adalah hak JPN untuk menentukannya.

"Tetapi Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Perkara ini  tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja. Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," Karpal dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Dr Ling, 70, dibebaskan pada 25 Oktober lalu setelah mahkamah mendapati berliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.

Beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Tarikh tutup rayuan ialah pada Jumaat lepas, 8 November 2013.

Kes ini menarik perhatian ramai apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudi tampil memberi keterangan bagi Dr Ling.

Awas.. ini merupakan ARAK... jangan dok beli..!

Pengawal Keselamatan yang tembak kerani bank sudah berjaya di tangkap....


Sebuah lagi pusat pengajian Islam akan berkubur di bawah kerajaan BN Perlis


IPTIPs bakal tamatkan operasi akhir tahun ini


7:56PM Nov 9 2013

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang beroperasi di sini sejak 1998 bakal menamatkan operasinya akhir tahun ini.

Rektor IPTIPs Mohamad Fadhli Ilias berkata surat rasmi memaklumkan mengenai perkara itu diterima daripada Yayasan Islam Perlis (YIPs) baru-baru ini atas sebab tidak lagi dapat membiayai institut itu.

Beliau berkata berikutan langkah itu, lebih 50 pelajar di institut itu telah dipindahkan ke sebuah institusi agama di Pulau Pinang.

"Perkara itu merisaukan lebih 30 kakitangan institusi itu yang masih berharap ada ruang untuk institusi itu diberi nafas baru.

"Mereka kini sedang memikirkan masa depan apabila bakal kehilangan pekerjaan mulai 2014," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Beseri hari ini.

Raja Kamarul Bahrin: GST ibarat pukat tunda


KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama.

“Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana.

“Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Umno punca Melayu semakin liberal


Umno punca Melayu semakin liberal  
AJK Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik antara calon yang akan bertanding sebagai Naib Presiden Pas Pusat pada 22 November ini. -Foto Sinar Harian Online-Nizam Zain

KUALA LUMPUR - Calon Naib Presiden Pas, Datuk Abu Bakar Chik mendakwa Umno-BN telah menyebabkan orang Melayu kini semakin liberal hingga menyebabkan pembangunan sosioekonomi golongan itu kian terpinggir.

"Masyarakat sedar bahawa sesetengah keadaan orang Melayu kini seolah-olah menjadi semakin liberal, fahaman mereka semacam sekular.

"Polisi BN tidak mengembalikan kepada teras membangun jati diri orang Melayu dari segi akhlak, ekonomi bahkan politik pun orang Melayu kalau diharapkan kepada Umno makin lama akan jadi teruk," katanya kepada pemberita di Pusat Media, Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas motif sebenar beliau ingin memperkasakan Pas dalam mengukuhkan sokongan Melayu dan bukan Melayu menerusi pembangunan masyarakat dan sosio-ekonomi.

Persaingan hanya pertandingan persahabatan


muktamar pas

SHAH ALAM – Mohamad Sabu menyifatkan persaingan antara beliau dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi jawatan Timbalan Presiden Pas sebagai pertandingan persahabatan.

Mohamad amat mengalu-alukan saingan dari Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, kerana menganggap beliau sebagai rakan yang sama-sama membangunkan Pas.

“Tiada masalah (pertandingan satu lawan satu dengan Mohd Amar) sebab ini pertandingan persahabatan yang sihat.

“Kami sama-sama bagi ceramah yang membangunkan parti. Apa-apa pun serah pada perwakilan pada muktamar nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...