TERKINI :

Saturday, November 9, 2013

Alhamdulillah.. Syok la penyokong BN lepas nie.. Satu lagi hadiah Najib untuk hangpa..!!!

BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN KEPADA PENGUNDI UMNO/BN PRU 13 LALU ... TARIF ELEKTRIK BAKAL NAIK TAHUN DEPAN!!!!



Berita ini sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU13 lalu.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua.

Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Semua mulai tidak betul di mata Mahathir


– Shahbudin Husin


http://www.themuslimtimes.org/wp-content/uploads/2012/07/mahathir-mohamad1-sept12.jpg
Sebagaimana yang diramalkan banyak pihak, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai Umno. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen Umno dan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon PAS dengan kekurangan 1084 undi.

Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.

"Ini jelas sejak PRU13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

"Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangan serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa yang diberi tidak akan menawan hati," demikian antara intipati tulisannya.

Cilakak DAP tak sambung lesen SUPERMARKET MELAYU ISLAM di Terengganu.

Sabasun, Contoh ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ Kerajaan Umno-BN


KUALA TERENGGANU  - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan usaha kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), kononnya kerajaan mahu memperkasakan ekonomi bumiputera.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemerkasa Ekonomi Bumiputera di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 14 September lalu mengumumkan lima strategi utama untuk memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Kata beliau antara yang digariskan Najib adalah, Mendaya modal insan Bumiputera, Memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, Memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera dan Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Sg Limau - Antara persembah M. Daud Kilau & K-pop

Budaya hendonisme... Berpolitik apa macam nie, kita tahu Sg Limau itu bumi tok guru dan bumi sekolah pondok namun kita bawa juga budaya hiburan untuk tatapan rakyat Sg Limau.

Alang-alang nak bawa M Daud Kilau kenapa tidak di bawa budaya K-Pop tu.. itu baru betul betul nak lagho... 

Mencari Ketua Pemuda PAS yang mampu menggegar dan membela kesinambungan warisan perjuangan.

Pasca selepas PRU13 amat penting untuk menyaksikan KEMANA arah Dewan Pemuda PAS Pusat didalam menghadapi cabaran UMNO dan lain-lain Parti yang sezaman. UMNO kini masih di Ketuai oleh Khairy Jamaluddin. Tentunya Calon KP PAS mestilah Berkebolehan Memimpin, Berani, Bijak, Berstrategi dan Mampu Membuat Perubahan jika tidak mahu ketinggalan dibandingkan dengan UMNO dalam mendekati golongan muda di Malaysia khususnya

Selaku rakan sejawat di pentas arena POLITIK MALAYSIA ini, perlantikan KP PAS yang baru amat penting jika ingin terus bersaing. PKR umpamanya memiliki ramai anak muda yang berkaliber selaku pemimpin dan begitu juga dengan DAP. Mereka tidak ketinggalan didalam melakar idea, pendekatan, hujah dan perlaksanaan. Nama-nama anak muda seperti Rafizi, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar, Chegu Bad dan Tony Phua bukanlah asing. Jadi, tidak hairanlah jika Parti mereka mudah didekati oleh golongan anak muda.

Siapa yang mengaku negara ini selamat di diami.....angkat tangan!

oleh Aspan Alias

http://3.bp.blogspot.com/-TNjOqn4HCvA/UIfjiilFxeI/AAAAAAAAKoo/u91hHwlDu7M/s400/6437135297_326bf0207c_z.jpg
Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu. Jika di ambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?

Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang di beri makan oleh ibunya.

Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti ini? Jika anak dalam pangkuan ibu pun boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui oleh masyarakat biasa di bawah ini?

Apakah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan manusia yang mendiami negara ini?

Peguam Negara diminta jelaskan kenapa tiada rayuan kes Ling Liong Sik

Oleh Looi Sue- Chern
November 09, 2013


Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan mengapa ia tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusi DAP Karpal Singh, seorang peguam veteran terkenal, berkata rayuan sepatutnya telah difailkan.

"Malangnya itu adalah hak Peguam Negara. Tetapi AG perlu memberi penjelasan. Perkara itu tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja.

"Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini.

Dr Ling,70, didakwa menipu kerajaan persekutuan apabila tidak mendedahkan kepada kabinet kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Bila tipu kerajaan haram tak rayu dah tapi bila kes liwat sampai kerajaan tolong rayu nya..!!

K'jaan tidak fail rayuan terhadap pembebasan Ling

NONEJabatan Peguam Negara mengesahkan ia tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes penipuan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ini disahkan oleh Timbalan Peguamcara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kiri) dalam mesej SMS kepada Malaysiakini.

Terdahulu, sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa sehingga lewat petang tadi, tiada sebarang arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut, walaupun hari ini merupakan hari terakhir tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Dengan keputusan untuk tidak merayu itu, kini tinggal Datuk Chan Kong Choy - juga bekas menteri pengangkutan dan bekas timbalan presiden MCA - yang akan dibicarakan atas tuduhan menipu kerajaan dalam projek PKFZ.

Apabila dalam PAS pun dah berkelaku seperti UMNO.. !!

Pemilihan PAS: 'Hentikan majlis hentam calon'
Abdul Rahim Sabri

Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

Pengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain. Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir?

Dr Dzulkefly Ahmad,
09 Nov 2013

Sekali lagi isu Petronas tidak membantu bahkan meminggirkan syarikat-syarikat Melayu terpapar di muka depan dada akhbar. Kali ini yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan pengusaha stesen minyak Petronas.

Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah  tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.

Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya 'aura' atau 'pengaruh' dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau 'ugutan' seperti yang dilaporkan di sini.

Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas 'bo layan' atau tak peduli campur-tangan 'orang politik'. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.

Adakah Penasihat PETRONAS sedang main wayang

MUSTAHIL PENASIHAT PETRONAS PUN NAK MAIN WAYANG

"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif. 

"Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya.
PETRONAS ADA AGENDA HAPUSKAN USAHAWAN BUMIPUTERA?

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu. 

Pengerusi Kluster Minyak dan Gas, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, polisi baharu itu meletakkan pelbagai halangan sehingga menyebabkan penggiat industri tempatan sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir. 

Membedah Demokrasi - Antara lawan dengan jentera parti dan kerajaan..!!

Membedah Demokrasi


Apabila PAS dan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, ada setengah pihak menganggap bahawa telah berlaku keadilan dalam pilihan raya. SPR telah menjalankan tugas dengan baik, oleh itu demokrasi telah pun berjalan dengan sempurna.

Pandangan itu, adalah pandangan yang terlalu salah. Parti PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sungai Limau bukan berhadapan dengan jentera Umno dan Barisan Nasional, tetapi berhadapan dengan kerajaan. Lebih daripada RM15 juta yang diketahui telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam pilihan raya Dun Sungai Limau.

Setiap pemimpin MKT Umno (Majlis Kerja Tertinggi) datang sebagai Menteri, bukan sebagai para petugas parti. Oleh itu mereka menggunakan wang rakyat semahu-mahunya untuk mendapatkan undi.

Manakala di sudut media pula, berlaku ketidak adilan yang begitu ketara. Beberapa kali calon Barisan Nasional wajahnya dan suaranya keluar dalam saluran television terutama TV3. Calon daripada PAS tidak langsung suaranya dan ucapannya keluar dalam saluran television. Setiap kali warta berita, separuh daripada siaran warta berita itu menyerang PAS dan pambangkang, dan mengangkat Umno dan Barisan Nasional dan kerajaan Barisan Nasional melalui media. Termasuk media yang dibiayai oleh rakyat sepenuhnya seperti RTM, radio yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya.

Allah in the Malay Bible? - Dr Zakir Naik



FULL EDITION

Alhamdulillah, tambang feri harga istimewa untuk rakyat Langkawi akan dihapuskan


Masya'Allah... 16 jasad ditemui sempurna, Jangan polemik isu kubur...

Oleh Hafidzul Hilmi dan Ahmad Ismail

Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.

Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan.

Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.

FotoWARIS melihat jenazah ahli keluarga mereka dibawa keluar.

“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid.

Persatuan Kerabat Kedah dibubar


Persatuan Kerabat Kedah dibubar  
Syed Idrus (kanan) bersama Noridan, menunjukkan logo kereta 
Persatuan Kerabat Kedah yang dibubarkan pada 26 September 
lalu dan tidak boleh digunakan lagi.

ALOR SETAR - Penggunaan logo kereta Persatuan Kerabat Kedah dibatalkan kepada semua ahli berikutan persatuan itu dibubarkan dan digantikan dengan persatuan baru.

Yang Dipertuanya, Syed Idrus Syed Baharom berkata, pembubaran itu berkuat kuasa pada 26 September lalu, manakala pendaftaran bagi persatuan baru akan berkuat kuasa pada 10 November ini dengan nama Persatuan Kerabat Diraja Kedah (2013).

Justeru, beliau berkata, logo kereta berkenaan tidak boleh digunakan lagi oleh bekas ahli persatuan dan akan digantikan dengan logo baharu.

“Setiap bekas ahli perlu mendaftar semula sebagai ahli dan mendapatkan logo baharu. Sesiapa yang menggunakan logo tersebut adalah salah di sisi undang-undang di bawah akta Pertubuhan 1966 (ROS),” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Nah ambik nak mencuri sangat... lunyai kena balon...!!!

Suspek pecah rumah parah dibelasah jiran
Suspek parah dibelasah jiran  
Suspek parah di kepala selepas bergelut dengan jiran mangsa.

KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.

Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.

Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik

muktamar pas SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan hubungan parti itu dengan PR.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad  adalah "aset"  yang berguna untuk  hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain.

Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional.

"Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mahathir perli anak dia dan BN bahawa jual gula RM1 pun tak laku di Sg Limau


Habuan wang gagal raih undi BN di Sungai Limau, kata Dr Mahathir

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK NOVEMBER 08, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa pemberian wang dan hadiah oleh Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi di sana.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemberian wang seumpama itu adalah satu pembaziran malah bukti penolakan pengundi terhadap budaya itu ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mungkin saya salah dan saya mengaku saya kerap salah tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan.

“Ini jelas dari PRU13. Yang tidak sokong, tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

“Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati,” katanya melalui kiriman blognya hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...