TERKINI :

Thursday, November 7, 2013

Di belakang tabir pencalonan Ustaz Azam YB Sg Limau yang baru...

DI BELAKANG TABIR PENCALONAN USTAZ AZAM
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Pertama sekali, tahniah dan takziah kepada Ustaz Azam kerana memenangi PRK N20 Sungai Limau dan menggalas amanah mewakili rakyat Sungai Limau dalam Dewan Undangan Negeri.

2) Kemenangan Ustaz Azam bukan lah kemenangan yang mudah sekalipun Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS kerana hanya 4 pusat mengundi sahaja yang dimenangi oleh PAS sejak dahulu lagi, sedangkan 13 pusat mengundi lain kebanyakannya PAS selalu kalah. Tambahan pula asakan kebendaan menerjah Sg Limau seolah-olah serangan Amerika ke atas Afghanistan dengan Tomahawk, Apache dan Armada-armada laut.

3) Ustaz Azam adalah calon yang terbaik hasil syura dan ketaatan kepada arahan pimpinan mencorakkan kemenangan kepaa PAS mengekalkan penguasaan di DUN tersebut.

4) Al-Kisah, sebelum pencalonan, Ustaz Azam adalah antara nama bakal-bakal calon daripada PAS, termasuk Ustaz Muaz, Ustaz Nasir (Che Pi), Ustaz Musoddak, Mozaini dan beberapa lagi.

Selangor sah ambil alih 4 konsesi air

Abdul Khalid Ibrahim 
Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Benar, pengurusan Syabas telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambil alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.

"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baharu saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Al-Fatihah : Bapa Lan Pet Pet meninggal dunia


Sg Limau: BN kalah, Shahidan jangan berbelit

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung kekalahan BN di Sungai Limau kelmarin.

Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang mendakwa wujudnya pengundi hantu khususnya di Bukit Besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau lalu yang menyaksikan PAS terus kekal menguasai Dun itu.

"Dulu (bila PAS bangkit soal pengundi hantu), dia kata mana ada pengundi hantu. Sekarang bila dia kalah, dia kata ada (pengundi hantu).

"Saya mintak dia tak payah spin la," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada media di lobi parlimen hari ini.

Shahidan semalam mendakwa mengesan pengundi tidak dikenali di Bukit Besar yang rata-ratanya pengaji pondok agama di kawasan itu.

Malah beliau turut menyifatkan pembangkang seperti "penyamun, yang kemudian menuduh orang lain sebagai penyamun", seperti dalam cerita P Ramlee.

Cabaran dari FBI untuk suami isteri yang bekerja dan anak di hantar kepada penjaga..


Ustaz Mohd Azam Abd Samat sewaktu menziarahi pusara Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak


Sempat meluangkan masa menziarahi pusara Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak

SPR: Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan wujudnya pengundi hantu di PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dakwaan kononnya wujud pengundi haru itu hanyalah 'salah tanggapan' semata-mata.

“Pada SPR tiada istilah pengundi hantu.

“… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR,” katanya ketika di hubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Eishhh dok kaji apanya.. naik aja tambang bas ekspress & sekolah tu.. orang BN kaya-kaya semua..!!

SPAD masih kaji tetap kadar tambang baru

SPAD 

GUA MUSANG - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih dalam kajian bagi menetapkan kadar baharu tambang bas ekspres dan sekolah yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata pihaknya memerlukan sedikit masa lagi bagi menetapkan perkara berkenaan kerana tidak mahu keputusan yang dibuat kelak, mencetuskan rasa tidak puas hati kedua-dua pihak.

Katanya, bebanan tanggungan kos pihak pengusaha syarikat bas berikutan kenaikan bahan bakar perlu diambil kira sambil mengimbangkan dengan kemampuan penumpang untuk menikmati perkhidmatan yang selesa.

"Perkara itu sedang kita teliti dengan lebih mendalam supaya hasilnya nanti dapat memberi kepuasan kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Empat Bas Baru Konsortium E-Mutiara Berhad di Hentian Gua Musang, Tanah Puteh, di sini, hari ini.

Sungai Limau: PAS tolak dakwaan MCA pengundi Cina tidak undi PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
November 07, 2013

Pengundi Cina tidak lari meninggalkan PAS, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2013.
PAS menolak dakwaan MCA Kedah kononnya pengundi Cina lari meninggalkan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pengundi Cina kekal sebagaimana pilihan raya umum lalu manakala sebahagian daripada mereka tidak keluar mengundi.

"Jika benar dakwaan MCA itu bermakna undi Melayu untuk Umno turun mendadak. Apakah Umno bersetuju," kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, sebahagian kecil pengundi Cina yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu mengambil jalan selamat kali ini selepas dikelilingi oleh tukang kempen BN khasnya MCA sepanjang kempen.

"Sebahagian mereka memang tidak keluar mengundi kerana menjaga kepentingan mereka dengan BN. Mereka takut jika BN tahu mereka mengundi PAS, mereka akan susah," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider hari ini.

RM490,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif


Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Adakah Peguam Negara bertanggungjawab atas kehilangan Batu Puteh?

EKSKLUSIF Pada tahun 2008, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar bertitah kepada Dewan Undangan Negeri Johor: "Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu."

Lima tahun kemudian, seorang bekas pegawai tinggi polis menerajui usaha supaya kerajaan mengheret mereka yang didakwa bertanggungjawab atas kehilangan pulau itu.

Individu berkenaan adalah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim - seorang bekas pegawai polis yang kerjayanya berjalinan dengan politik selepas ditugaskan menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Fathul Bari dahulu Ketentuan Allah.. hari ini Jamil Khir pulak kata kebetulan jual gula RM1 di Sg Limau




Dalam PAS sekarang sudah ada 'TIKUS'... hapuskan segera..!!!

Hapuskan tikus dalam PAS (7/11/13)

http://3.bp.blogspot.com/_IrmufSyCOBw/Sm_Z5PBh5KI/AAAAAAAABKM/7etumuVZYWE/s400/pumpkin.bmp
Pertandingan PRK DUN Sg Limau sudah selesai. Alhamdulillah sebagaimana dijangka kemenangan dengan izin Allah swt berpihak pada PAS. Lantas kini tumpuan diberikan semula kepada pemilihan parti dalam Muktamar PAS ke 59 tak lama lagi.

Sekali lagi saya tergamam apabila membaca satu artikel dalam Malaysiakini yang mengulas darihal pemilihan dalam PAS itu, apabila menyebut:

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.

“MAKLUMAT YANG BOCOR KEPADA MEDIA!!!!”

Sekali lagi terbukti ada tikus dikalangan orang-orang PAS yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia parti, apabila tanpa adab dan pertanggungjawaban dengan mudah boleh membocorkan rahsia parti kepada media.

Perkara ini serius, ia diakui sudah lama berlaku. Sebelum ini ada blogger yang boleh melaporkan darihal apa yang berlaku dalam mesyuarat AJK Pusat, seolah beliau berada dalam mesyuarat itu.

Forum Pra-Muktamar PAS [Video]


Masa depan perjuangan Pakatan Rakyat

- Amin Ahmad
November 07, 2013

http://en.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/04/813.jpg
November memulakan tirainya dengan penuh peristiwa. Umat Islam menyambut Tahun Baru sempena 1 Muharam, mengikut kalendar Hijrah. Penganut agama Hindu pula menyambut Deepavali. Umumnya, hijrah bermaksud perubahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Pesta Cahaya pula meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman.

Dalam tradisi besar dunia, kita sentiasa dapat membaca mesej penting tentang keperluan hijrah, bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa, bukan sebaliknya. Lebih baik di sini bukan sahaja dalam ukuran kekayaan wang, tetapi lebih penting lagi ialah nilai murni seperti keadilan, persaudaraan dan keamanan.

Inilah yang mesti sentiasa diingatkan, agar penglibatan pimpinan dan ahli dalam parti sentiasa cuba bergerak dengan idea dan nilai pendorong yang benar, di samping meramaikan lagi kelompok di luar parti agar dapat bersama menghayatinya. Tanpanya, Keadilan secara khususnya, tidak akan berbeza dengan parti lain.

Gani Patail, Najib bakal kepanasan tidak lama lagi?

- Shahbudin Husin
November 06, 2013

http://1.bp.blogspot.com/-mGyWRxrTNSo/UTn5x-BcQWI/AAAAAAABcGU/vKv5ZS2LX9o/s320/gani-najib-mahathir-300x200.gif
Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara Gani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.

Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Gani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.

Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Gani Patail tetapi kepada Najib Razak juga.

Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan Mahathir itu, selain isu salah laku Gani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan turut berkaitan ialah kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Jangan lupa isu subsidi harga padi

Ahmad Lutfi Othman,

Ketika membuat tinjauan singkat ke Sungai Limau, sembilan hari sebelum hari mengundi, bertemu rakan-rakan lama wartawan, teman-teman yang dekat dengan Almarhum Ustaz Azizan Abd Razak dan pimpinan parti yang bertanggungjawab langsung dengan kempen, saya yakin kubu kuat PAS itu sukar ditembusi.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana seandainya PAS kalah Sungai Limau selepas melalui kepiluan yang menyayat hati selepas gagal mempertahankan kerajaan negeri dalam PRU13.

Secara tradisinya, kedudukan Dun ini (dulunya Sala) adalah pada ranking kedua terkuat, selepas Tokai (dulunya Bukit Raya), walaupun keputusan pilihan raya umum Mei lalu menunjukkan kerusi Anak Bukit dan Pengkalan Kundor mencatatkan majoriti kemenangan lebih tinggi buat calon PAS; Amirudin Hamzah dan Phahrolrazi Mohd Zawawi. Dun Bukit Pinang (dulunya Langgar Limbong) juga dalam senarai kerusi selamat, lama sebelum masyarakat Tionghua mendekati PAS.

Semasa berehat di Markas PAS Jerai, saya cuba berkongsi kekhuatiran sambil mengambarkan situasi paling sulit. Tidak mudah berdepan pilihan raya kecil, apatah lagi jentera kempen BN yang diketuai Mukhriz Mahathir, yang baru kalah dalam pemilihan naib presiden Umno, pastinya bersedia melakukan apa sahaja untuk mencipta kejutan.

‘Impian Malaysia’ solusi perbezaan cita-cita PAS, DAP

– Zainulfaqar Yaacob

PAS akan terus komited menyertai pilihan raya secara demokratik kerana parti masa depan itu mahu bersama rakyat Malaysia menumbangkan kezaliman Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Komitmen PAS itu mendekati unsur demokrasi yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim pergi 'hujah lawan hujah' dengan pemerintah yang zalim.

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Ia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 258]

DAP juga menentang kezaliman Umno kerana itu tindakan yang demokratik.

Justeru, peranan PAS dan DAP dalam kerangka demokrasi tanah air wajar saling dihormati.

Ghani Patail, Najib bakal kepanasan tidak lama lagi?

- Shahbudin Husin

November 06, 2013

Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.

Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.

Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Ghani Patail tetapi kepada Najib Razak juga.

Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan turut berkaitan ialah kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Idea Karpal Singh nie dulu Mahathir pun pernah suarakan tapi gagal..!!

MAHATHIR GAGAL HARAMKAN NAMA ISLAM DI DALAM PAS, SIAPA KARPAL SINGH?

BENARKAH Karpal Singh mahu agar semua parti tidak boleh gunakan nama berdasarkan kaum atau ugama? Dan, adakah maksud Karpal Singh itu ditujukan kepada rakan sekutu DAP dan PKR iaitu PAS? Dan, tepatkah Ketua Penerangan PAS Pusat, Us Tuan Ibrahim Tuan Man menyanggah kenyataan Karpal?

Aku berpendapat kenyataan Karpal itu lebih ditujukan kepada Umno, MCA dan MIC. Umno mengaku sebuah parti Melayu, begitu juga MCA parti kaum cina dan MIC bagi kaum India. PAS mustahil boleh disangkutkan dengan apa yang disebut oleh Karpal Singh kerana PAS telah buktikan bahawa parti itu mempunyai Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari berbagai kaum dan agama. PAS juga pernah meletakkan kaum India berugama Hindu sebagai calon yang meminjam kerusi PAS untuk bertanding di Johor.

Jadi, PAS tiada masalah dan tiada kaitan dengan kenyataan Karpal Singh. Tetapi, sanggahan yang dibuat oleh Us Tuan Ibrahim Tuan Man itu amat tepat sekali biarpun Karpal 'mungkin' tidak merujuk kepada PAS di dalam kenyataannya. Ini adalah kerana apa yang disuarakan oleh Us Tuan Ibrahim itu hanya sebagai amaran atau ingatan kepada mana-mana pihak agar memahami dasar PAS sebelum mahu mengeluarkan kenyataan atau kritikan pada PAS. 

Bayi mangsa kes kereta dilarikan di Dungun kini stabil

November 06, 2013

Bayi lelaki iaitu mangsa seorang remaja yang melarikan sebuah kereta di Dungun semalam kini dilaporkan stabil selepas koma dua hari.

Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu koma selepas tercampak keluar daripada kereta Nissan Grand Livina yang dilarikan remaja itu terlibat dalam kemalangan.

Menurut bapanya Abdul Pirhat Karim, 34, anak sulungnya itu telah sedar dan menunjukkan tanda positif serta boleh bernafas tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan petang tadi.

Katanya anaknya juga sudah boleh dipindahkan ke wad rawatan kanak-kanak selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

"Alhamdulillah anak sudah beransur pulih dia juga sudah mula menunjukkan tanda positif dan memberi tindak balas, boleh menangis dan mengeluarkan suara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pas menang bukan faktor Azizan 100%


SHAH ALAM - BN yang berjaya mengurangkan majoriti undi Pas bagi PRK Dun Sungai Limau membuktikan pengaruh bekas Adunnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bukan kayu ukur kemenangan Pas.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, apa yang dilakukan BN dalam misi merampas Dun Sungai Limau boleh dibanggakan kerana berjaya menembusi kubu kuat Pas itu.

“Ia adalah perkembangan yang baik kepada BN walaupun kalah, tapi kita sudah berjaya kurangkan majoriti undi.

"Kalau kerana pengaruh Allahyarham Ustaz Azizan, tidak juga kerana ia merupakan kawasan kubu kuat Pas yang sudah ada penyokong tegarnya ekoran Pas sudah lama bertapak di sana,” katanya.

Kata beliau, adalah tidak relevan jika hanya mengambil kira kemenangan Pas kerana pengaruh Allahyarham Ustaz Azizan.

“Sedikit sebanyak mungkin ada, tapi kalau berjaya kurangkan 50 peratus majoriti undi, itu bermakna bukan hanya sebab pengaruh Ustaz Azizan.

Jasa Arwah Azizan yang akan terus di kenang selepas menyelesaikan masalah tertunggak 40 tahun

Lega tiada lagi kandang khinzir

Lega tiada lagi kandang khinzir  
Pusat penyembelihan khinzir kini dijadikan tempat meletak kenderaan dan gerai di Pasar Kampung Berjaya.

ALOR STAR - Tanggal 2009 merupakan tahun rahmat bagi penduduk Kampung Telok Yan selepas pusat penyembelihan khinzir yang beroperasi kira-kira 40 tahun akhirnya dipindahkan ke Bedong, Sungai Petani.
Isu pusat penyembelihan khinzir ini pernah menggemparkan media apabila ada pihak yang cuba membantah pusat penyembelihan itu dari dipindahkan ke tempat lain, malah pihak berkuasa terpaksa campur tangan supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.
Kini selepas empat tahun peristiwa itu berlalu, penduduk Kampung Yan kini dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa mendengar lagi bunyi khinzir pada waktu subuh.
Penduduk, Mat Rotin Md Husin, 74, berkata, semasa pusat penyembelihan khinzir beroperasi di situ penduduk terpaksa berhadapan dengan bunyi bising hingga mengganggu jemaah melakukan solat di surau berdekatan.

Atasilah segera Golongan Kutu rayau yang tidur di kaki lima Bandaraya Alor Setar

Tak kisah kaki lima jadi 'rumah'

Kutu rayau ini (kiri) dilihat pernah merayau-rayau di sekitar bandaraya ini.  
Kutu rayau ini (kiri) dilihat pernah merayau-rayau di sekitar bandaraya ini.

ALOR SETAR - Meskipun terpaksa menjadikan kawasan kaki lima sebagai kediaman mereka, bagaimanapun sesetengah golongan kutu rayau, gelandangan dan pengemis seakan-akan tidak kisah.
 
Tinjauan di sekitar bandaraya Alor Setar mendapati, kebanyakan golongan itu turut menggunakan bangku taman dan tidak ketinggalan gazebo sebagai tempat tinggal mereka.
 
Walaupun, kewujudan golongan ini dilihat kian berkurangan di lokasi tumpuan orang ramai seperti bank dan perhentian bas, namun kehadiran mereka dikhuatiri sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat setempatnya.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...