TERKINI :

Wednesday, November 6, 2013

Akhirnya UMNO BN mengaku juga wujudnya pengundi hantu ini..!!

Pengundi hantu wujud pada PRK Dun Sungai Limau?

Shahidan Kassim  
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - BN mendakwa "pengundi hantu" wujud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim mendakwa, pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Dakwanya lagi, perpindahan beramai-ramai pengundi ke satu kawasan pengundian telah berlaku pada PRK Dun Sungai Limau tanpa dikesan terutama di kawasan Bukit Besar.

"Dulu pihak pembangkang sebut pengundi hantu. pihak BN tidak tahu pun apa pengundi hantu. Rupanya perangai orang ini kalau dia nak buat nakal kepada seseorang ini, selepas dia menyamun, dia akan kata kita yang menyamun.
 

Penyelewengan dan penipuan Ketua Wanita UMNO Baling cuba disembunyikan oleh Lembaga Disiplin UMNO

Jualan murah masa PRK bukan RASUAH.. Jadi sila SPR suruh BN pie jual sekarang di tempat lain sama..!!

Jualan murah Sungai Limau: Pembangkang kecam kenyataan SPR

PAS dan PKR menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkata jualan murah barangan asas seperti beras dan gula semasa tempoh berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak ada unsur rasuah.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak wajar memberi kenyataan sedemikian kerana SPR perlu bertindak seperti pengadil pilihan raya.

“SPR tidak wajar memberikan kenyataan sedemikian. Mereka perlu bertindak seperti pengadil dan menyatakan keinginan untuk menyiasat.

“Jika demokrasi berjalan dengan baik tanpa sebarang dana kerajaan digunakan, kami boleh menang sehingga majoriti 7,000 undi. Media rasmi kerajaan jika mereka bertindak lebih adil dan demokrasi sebenar subur, kemenangan lebih besar PAS juga boleh diraih,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Abdul Aziz semalam berkata jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen di Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.

Blog Boikot Barangan Cina DAP akan disaman Syarikat Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Sudahlah racist bodoh pula.. itulah perkataan yang sesuai buat Admin Blog Boikot Barangan Cina yang diujudkan oleh macai UMNO bagi menjalankan gerakan boikot produk berkaitan Cina..

Dalam keghairahan untuk wujudkan suasana benci DAP konon sampaikan desak dan ajak rakyat Melayu boikot barangan keluaran syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat pengeluar bihun terbesar negara produknya juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oelh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Sahadan.

Mahathir - dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara

Dr Mahathir sasar Gani Patail, dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara
November 06, 2013

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Umno kalah teruk, MCA menang besar di Sungai Limau

Umno kalah teruk, MCA menang besar di Sungai Limau, kata Kit Siang
November 06, 2013

Apakah benar Umno pihak yang paling kalah paling teruk manakala MCA adalah pihak yang menang paling besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau?

Jika pemimpin MCA boleh dipercayai, inilah realitinya, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.

Menurut Kit Siang, bakal Exco Kedah dari MCA, Dr. Leong Yong Kong telah memberitahu media Cina, BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu.

Ini adalah peningkatan sebanyak 732 undi Cina untuk BN berbanding pilihan raya umum lalu kerana MCA mendakwa BN mendapat tidak sampai 10 % undi daripada 1,600 pengundi Cina yang mengundi pada 5 Mei lalu.

Peguam Negara perlu di berkas segera

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan ini sebagai sangat serius.

Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat.

SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

Lagi pemimpin Pas bidas Karpal


Datuk Mahfuz Omar  
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Selepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan Karpal Singh, nada serupa disuarakan naib presiden Pas.

Menurut Datuk Mahfuz Omar nyata tidak bersetuju dengan pandangan pengerusi DAP itu yang mahu parti atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran mereka agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

Namun menurut Mahfuz, mana-mana pertubuhan atau parti yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan perlu diberikan ruang.

"Apa jenis parti, teras parti tersebut kalau tak ada pelanggaran dengan perlembagaan, dia dapat memahami dan mengikuti proses perlembagaan kita ini, maka ia perlu diberikan ruang.

"Inilah proses demokrasi.

PRK Sg Limau: Projek dijanji macam air sejuk

KUALA LUMPUR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau layak diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana walaupun ditabur dengan pelbagai habuan material dan janji projek bernilai lebih RM15 juta, 12, 069 daripada mereka masih memberikan undi untuk calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas keputusan PRK Sungai Limau menyifatkan mereka sebagai "pengundi kaya jiwa walaupun miskin harta" meskipun ditawar pelbagai habuan termasuk kambing dan anak ayam.

Ustaz Idris mengakui 'amat gerun' menunggu keputusan pilihan raya apabila waktu pembuangan undi tamat berdasarkan serangan kempen dan umpan BN pada PRK Dun Sungai Limau .

"Sehingga dalam hati saya mengatakan jika menang dengan majoriti satu undi pun tidak mengapa. Kerana PAS bukan melawan BN, tetapi melawan jentera kerajaan negeri dan pusat.

"Projek dijanji macam air sejuk. Menteri dan Exco keluar masuk kampung menaburkan janji sehingga rakyat lupa harga gula baru sahaja naik 34 sen dan minyak 20 sen. Paling kelakar ada Karnival Lelong Mesra Barang Rakyat setiap satu RM1.

Bahasa Melayu bagai melukut di tepi gantang


Dr. Kamarudin Musa

PELAN pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), dikatakan membawa dimensi baru dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah vernakular SJK Cina dan SJK Tamil.

Tambahan masa pembelajaran bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 300 minit bagi tahap satu SJKC, manakala pada tahap dua, tambahan masa daripada 180 minit kepada 270 minit, di anggap sebagai pelengkap kepada usaha untuk memperkasa bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Tindakan ini secara umumnya dapat di anggap sebagai usaha yang positif, bagi memastikan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sebagai bahasa Kebangsaan, sebagaimana diperuntukan dalam perkara 152 Perlembagaan negara.

Bagaimana pun, soal atau agenda pengukuhan serta pemertabatan bahasa Melayu ini hanya terpakai dalam konteks SJKC dan SJKT semata-mata, sewajarnya tambahan masa pengajaran bahasa Melayu juga seharusnya terpakai di sekolah-sekolah antarabangsa, memandangkan dalam kandungan PPPM, tidak menyentuh langsung soal kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Malaysia yang berada/belajar di sekolah-sekolah antarabangsa.

Zulhazmi4KP - Apa akan beliau lakukan dari segi tarbiyah pemuda jika dipilih menjadi Ketua Pemuda.

Zulhazmi4KP

"MERAKYATKAN PEMUDA, MEMUDAKAN RAKYAT"

Ada bertanya : Apa Zulhazmi akan buat dari segi tarbiyah pemuda jika dipilih menjadi Ketua Pemuda.

Jawapan :

Saya berpandangan bahawa tarbiyah dalaman tidak hanya wajar ditumpukan kepada Pemuda. Tarbiyah dalaman Pas hendaklah menyeluruh dari AJK PAS Pusat, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat & Dewan Himpunan Penyokong Pas. Tarbiyah dalaman adalah untuk mengukuhkan fikrah ahli dan pendokong parti. tetapi dalam masa yang sama PAS juga bertanggungjawab untuk mentarbiyah rakyat Malaysia tentang perjuangan PAS.

Apabila disebutkan PAS, maka tidak boleh lari daripada perjuangan PAS seperti termaktub di dalam Fasal 5 Perlembagaan Pas iaitu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Atas dasar ini tarbiyah Pas tidak boleh hanya dalam ruang lingkup dalaman sahaja tetapi lebih dari itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Antara Punca BN Kalah - dari pemimpin ATAS sampai ke JKKK semua dok pemohong rakyat


YAN 29 Okt - Ketirisan yang berlaku di Sungai Limau dilihat makin parah ekoran Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) memberikan lebih banyak bantuan kepada ahli keluarganya berbanding kepada masyarakat setempat.

Warga emas, Don Jasin, 93, berkata, beliau sudah letih untuk mengharapkan bantuan (JKK) dan kini cuma bergantung kepada bantuan daripada orang kampung untuk membantu beliau meneruskan kehidupan harian.

"JKK ini, mereka jahat. Dia cuma beri (bantuan) kepada adik-beradik dia sahaja. Pada saya dia tak mahu bagi. Pilih kasih.

Analisis, mengapa undi PAS merosot di Sungai Limau?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Antara soalan yang menarik dalam menganalisis keputusan PRK Sungai Limau ialah mengapa berlaku kemerosotan undi PAS serentak menyumbang kepada pengurangan majoriti berbanding PRU13. Pada PRU13 majoriti diperolehi oleh Ustaz Azizan Razak ialah sebanyak 2,774 sedangkan kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samat hanya memperolehi majoriti 1,084. Ia mengingatkan kita kepada majoriti yang diperolehi oleh Ustaz Azizan sewaktu mengalahkan Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah iaitu sebanyak 1,080 pada PRU 2004 - kurang hanya empat undi.

Sebab yang terang lagi bersuluh mengapa berlaku kemerosotan majoriti kali ini ialah kerana ini adalah pilihanraya kecil, bukan pilihanraya umum. Pelbagai kementerian Kerajaan Pusat, badan berkanun, GLC, pihak swasta yang pro BN bergabung kekuatan dengan kerajaan negeri dengan kekuatan logistic dan sumber dana yang berjuta-juta menghadapkan serangan kepada PAS sebagai sebuah parti politik! Analoginya macam Amerika Syarikat sebagai sebuah negara berperang dengan tentera Sulu. Layakkah? Demikianlah rakyat patut bertanya layakkah kerajaan Pusat dan Negeri (atas nama BN) berlawan dengan PAS sebuah parti politik pembangkang? Pihak yang mempersoalkan kemerosotan undi PAS sepatutnya merasa hairan, kerana logiknya PAS bukan setakat patut kalah tetapi hilang deposit.

Pengajaran daripada undi Cina di Sungai Limau

Antara kesan daripada pilihan raya kecil Sungai Limau Isnin lalu ialah ada undi masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) walaupun ia tidak cukup untuk BN menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli politik dan penganalisis juga ramai menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Cina menjauhi pilihan raya kecil itu, kemungkinan kerana ramai yang tidak pulang mengundi pada Isnin dan ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri atau persekutuan.

Untuk rekod, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat memperolehi 12, 069 undi manakala Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN mendapat 10, 985 undi. Terdapat 27,222 pengundi berdaftar tetapi hanyak 85.5% yang keluar mengundi.

Bagi BN, peningkatan sedikit dalam undi masyarakat Cina memberi petanda kepada parti seperti MCA dan Gerakan untuk kembali membuktikan semangat mereka selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Daftar pengundi masyarakat Cina di Sungai Limau berjumlah 1,836 tetapi hanya sedikit yang menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun BN memberikan RM2.25 juta peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di kawasan itu. Ahmad Sohaimi sendiri mengeluh kerana beliau hanya menerima kira-kira 600 undi daripada Cina.

Kenapa PAS mesti mengukuhkan Kerjasama Ulama & Profesional

Pengerusi Tetap Muktamar,
http://4.bp.blogspot.com/-_MsklQ0SK7k/Td7mT0C8lII/AAAAAAAAghM/JbamwJi50uo/s320/pas-crowd.jpg
Pas adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk mendapatkan kuasa pemeritahan. Itulah matlamat utama kenapa Pas menyertai pilihanraya. Jika Pas menyertai pilihanraya kerana suka-suka dan tidak meletakkan matlamat kemenangan yang jelas, lebih baik Pas menjadi NGO seperti Abim, Ikram atau mungkin menjadi seperti tabligh.

Apabila jelas cita-cita menyertai pilihanraya, Pas mesti memahami bagaimana kuasa pemerintahan yang diidam-idamkan itu berjalan dan apakah struktur yang menggerakkan sebuah kerajaan. Dari situlah, Pas mesti menyediakan dirinya agar mampu dan dilihat mampu untuk memikul amanah, iaitu menyediakan pemimpin-pemimpin parti bagi menghadapi cabaran mengurus sebuah kerajaan. Barisan kepemimpinan dan kompetensi sebuah parti itu sendiri akan mencerminkan sejauh mana parti itu bersedia memimpin sebuah Negara.

Kerajaan sebuah Negara bukan hanya mengurus bab agama sahaja, bukan fokus pada hukum jenayah sahaja. Mari kita lihat secara kasar apakah skop kerja sebuah kerajaan.

Sg Limau: Potensi PAS tawan semula Kedah PRU14

Pilihanraya kecil N.20 Sg Limau sudah melabuh tirainya. Kedua dua jentera parti bertanding 'all out' berkempen dalam usaha mencapai misi masing masing. PAS dengan motto Kekal Kemenangan dan BN dengan slogan Berani Berhijrah.

Kemuncaknya, PAS berjaya mengekalkan kemenangan walaupun dengan majoriti yang merosot, namun bagi percubaan pertama oleh seorang anak muda, bagi saya ia satu pencapaian yang sangat baik kerana jentera PAS bukan hanya berhadapan jentera BN, tetapi jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh kerajaan BN.

Kita pula jangan lupa, perlawanan padang yang tidak rata sebeginilah yang mencabul semangat demokrasi yang dilaung-laungkan oleh parti pemerintah. Setiap kali berhadapan pilihanraya umum dan kecil, pasti jentera kerajaan akan dikerah tanpa rela untuk memenangkan parti pemerintah sehingga jutaan kantung Negara dikikis. Jika pada PRK N.01 Kuala Besut sebanyak RM476juta dilaburkan (jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah PRK), PRK N.20 Sg Limau tidak kurangnya, apabila lebih kurang RM15juta dilaburkan dengan ‘gula-gula’ pilihanraya oleh jentera kerajaan samada melalui projek pembangunan dan pinjaman modal kepada usahawan tani melalui MARA, TEKUN, Agrobank dan sebagainya.

PAS bantah kenyataan Karpal Singh

KUALA LUMPUR: PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.

Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.

Apa yang boleh rakyat nak dibangga lagi dengan PETRONAS..???

Pemilik stesen Petronas tertekan

Pemilik stesen Petronas tertekan  
Pemilik stesen minyak Petronas mendakwa Petronas menetapkan 
pelbagai peraturan baru yang membebankan perniagaan mereka. 
(Gambar hiasan)

BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.

Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

Salahuddin tarik diri tanding Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.

Menyatakan hal itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, Salahuddin berkata beliau tidak mahu mengumumkannya namun telah menyerahkan keputusannya kepada jawatankuasa pemilihan parti.

Isteri Ust Azizan nasihat Azam - Jangan mudah lupa diri apabila berada di puncak, sentiasalah melihat mereka yang berada di bawah

Nasihat Faekah kepada Adun

Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah  
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah

ALOR SETAR - “Jangan mudah lupa diri apabila berada di puncak, sentiasalah melihat mereka yang berada di bawah agar kita tidak lupa keperitan orang lain,” itu antara nasihat isteri Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah kepada Adun Sungai Limau yang baharu, Mohd Azam Abdul Samat.

Faekah berkata, sebaik keputusan PRK Dun Sungai Limau diumumkan malam semalam, beliau bersyukur dengan kemenangan itu kerana masih memihak kepada Pas, walaupun meletakkan calon muda.

“Tahniah kepada Mohd Azam, saya harap beliau dapat menyambung apa yang dilaksanakan Azizan di Dun terbabit, termasuk menjaga hubungan ukhwah agar kekal terjalin.

“Kadang-kadang kemenangan itu suatu dugaan di mana cabarannya lebih besar untuk ditangani sebelum menjadi wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, sebagai ulama muda, diharap Mohd Azam mengekalkan ciri-ciri ustaz yang ada pada dirinya untuk terus menawan hati pengundi.

Dasar Petronas mula berubah..? Siapa yang ubah..?

Petronas didakwa ubah polisi?

Mohd Nizam Mahshar  
Mohd Nizam Mahshar

BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Politik 2 Beranak : Cakap mudah.. bila kena anak sendiri apa pun tak boleh..!!

senyum tengok politik 2 beranak nie...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...