TERKINI :

Tuesday, November 5, 2013

Majoriti PAS turun bukan sebab pilih BN

Azam: Majoriti turun bukan sebab pilih BN

Azam: Majoriti turun bukan sebab pilih BN  
Mohd Azam (tiga, kiri) menggaul kari daging yang dimasak secara gotong royong hari ini. - Foto Sinar Harian

YAN - Penurunan majoriti undi Pas pada PRK Dun Sungai Limau bukan kerana pengundi beralih kepada BN tetapi kekangan tertentu termasuk mereka tidak dapat keluar mengundi.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja.

“Saya masih belum membuat analisis mengenai penjumlahan undi, cumanya saya difahamkan undi BN hanya meningkat sebanyak 450.

“Ramai pengundi Pas yang tinggal di luar kawasan tidak sempat balik dan ada yang duduk dalam Dun Sungai Limau, tetapi bekerja di luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana bekerja,” katanya.

Beliau menyifatkan kekurangan undi Pas kerana ramai ahli tidak balik mengundi semalam.

Hangpa ingat dengan kami menang kami akan akui SPR bagus.. sorry la nak habaq !!!

Aris Awang
BismillahirRahamanirRahim

1 Muharram 1435/5 November 2013

Walaupun PAS menang PRK N.20 Sungai Limau, tidak bermakna saya mengakui bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telus dalam mengendalikan pilihanraya tersebut.

Sehubungan dengan kenyataan di atas, saya ARIS BIN AWANG Nombor Kad Pengenalan 630617025029 mengutuk dan membantah sekeras-keras tindakan SPR yang tidak langsung memperdulikan perlanggaran UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 5, AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 yang dilanggar secara berleluasa oleh parti BARISAN NASIONAL sepanjang kempen selama tidak kurang 14 hari di N.20 Sungai Limau dengan melakukan berbagai perkara yang secara jelas bercanggah seperti yang terkandung di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya yang dirangkai (link) di berikan [klik sini]

Saya juga menyatakan kutukkan dan bantahan sekeras-keras kepada semua Ketua Pengarah Jabatan yang telah sanggup dipergunakan, diperkuda serta diperbodohkan atau sanggup mengkudakan dan memperhambakan diri sendiri kepada pemimpin politik BARISAN NASIONAL sepanjang tempoh kempen, sedangkan sepatutnya sebagai sebuah agensi kerajaan mestilah berkecuali dalam memupuk amalan demokrasi yang sihat di negara yang kita cintai ini tetapi amat malangnya dilakukan tanpa rasa segan dan silu dihadapan pegawai-pegawai muda yang akan mewarisi pentadbiran negara ke arah yang lebih telus dan demokratik, sebaliknya dihidang dengan perlakuan Ketua Pengarah Jabatan yang amat tidak senonoh berbanding semasa pemerintahan Al-Marhum Tunku Abd Rahman semasa di awal kemerdekaan yang lebih berintegriti iaitu telus, demokratik, amanah, tidak memihak dan berdisplin dalam menjaga amanah rakyat.

Tudia.!!! program jual GULA SERINGGIT BN di Sg Limau bukan rasuah kata SPR

SPR: Jualan murah gula, beras di Sungai Limau tiada unsur rasuah
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) menyifatkan jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata tiada undang-undang pilihan raya yang berkaitan jualan murah dan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mesti diperoleh bagi mengadakan jualan tersebut.

“Tiada dalam undang-undang pilihan raya pasal jualan ini. Saya ingat perkara ini di bawah KPDNKK bagi memohon kebenaran mengadakan jualan murah atau jualan amal.

“Apa yang saya tahu ia tidak melanggar peraturan. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Kalau dibuat jualan kepada orang ramai, tidak menjadi masalah tetapi jika dipanggil pengundi membeli dengan harga murah kemudian menggesa pengundi untuk mengundi calon tertentu, itu tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

BN pada Ahad lalu mengadakan karnival jualan murah di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dengan satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran sebanyak RM13.

Abdul Aziz berkata, sesebuah pilihan raya akan dikira sebagai rasuah apabila pengundi diminta untuk mengundi calon tertentu dan pengundi tersebut pula menunjukkan bukti mereka mengundi calon tersebut.

Yang menang dan yang kalah di Sungai Limau

Oleh Zulkifli Sulong

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/SUNGAI_LIMAU_BY-ELECTION_041113_mohd_azam_wins_TMINAJJUA_20_(540x360)_540_360_100.jpg
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah orang yang paling gembira ekoran kemenangan PAS di Sungai Limau manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula adalah pihak paling terasa kesan kegagalan Barisan Nasional mengalahkan PAS semalam.

Sementara itu, badan penyelidik bebas Ilham Centre antara pihak yang sangat gembira dengan kemenangan ini ekoran jangkaan mereka menjelang pemilihan adalah tepat manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pula meleset apabila jangkaan beliau BN akan menang tersasar.

Berikut adalah pihak yang menang dan kalah dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Harga gula dunia turun, mengapa Malaysia mahal?

KUALA LUMPUR: Tidak wajar sekiranya kerajaan tidak mampu menanggung subsidi gula, kerana trend dunia menunjukkan penurunan harga, kata Penyelidik Institut Rakyat (IR), Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

“Trend harga gula menurun ketika ini. Jadi tidak wajar kerajaan tidak boleh menampung subsidi,” katanya.

Azrul berkata, kadar harga gula yang diimport dari sesebuah negara adalah berdasarkan harga pasaran sesuatu kontrak ditandatangani.

Jelasnya, kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan semasa rakyat dan kebarangkalian kenaikan harga secara teliti.

Laman web Futures pada September 2013 melaporkan peningkatan pengeluaran gula di Brazil, India dan Thailand, dalam masa yang sama permintaan gula rendah di pasaran dunia menyebabkan harganya rendah.

Sg Limau: Mengapa majoriti PAS merosot?


Analisis|Nazri Abdullah, 05 Nov 2013

Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam berturut-turut.

Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.

Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".

Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Harga Gula RM2.85 di sebabkan ketentuan Allah atau kebodohan kerajaan BN buat keputusan..!!

Subsidi gula, diabetes dan ketentuan Allah
Danial Razali

Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada ustaz-ustaz daripada Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula).

Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mendapat respon cepat daripada iLMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara.

Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu.

Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta

Wartawan Malaysiakini
4:17PM Nov 5 2013

ANALISIS Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Apabila Agus berbicara pasai Bolasepak Malaysia

Mutu bola sepak, di mana salahnya?
Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.nst.com.my/w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.391357.1383492139!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/ximage.jpg.pagespeed.ic.NEQGsiZGJ1.jpg
SEHARI dua ini hati saya mudah tersentuh. Sebab itulah saya tidak membuat sebarang analisis politik, sebaliknya banyak menulis tentang keluarga dan kehidupan rakyat.

Dua minggu lepas tiga anak saya meninggalkan saya untuk menyambung pengajian masing-masing. Selepas itu saya demam.

Semakin demam jadinya saya melihat kepada Bajet 2014 yang tidak ada pengumuman yang boleh dibanggakan.

Dalam bajet itu, saya mengharapkan dua perkara besar akan diumumkan. Pertama, mengatasi masalah kos perumahan rakyat. Kedua, pengumuman peruntukan untuk pembesaran lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Harapan saya tidak kesampaian. Yang sampai ialah pengumuman kenaikan harga gula dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Saya tidak membantah kenaikan itu jika ia adalah untuk merawat ekonomi negara. Yang saya 'hairan' ialah apabila dinyatakan kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan penyakit diabetes rakyat dan pengenalan GST 2015 adalah untuk kos barang yang lebih murah. Aduh!

Bertuah Zahid Hamidi nak mengku kata ada "PENYELUDUPAN SENJATA API DI SEMPADAN"

Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kepesatan ekonomi negara dan kekerapan pergerakan keluar masuk penduduk di sempadan Malaysia-Thailand banyak menyumbang kepada kegiatan penyeludupan terutama senjata api.

Kegiatan itu dikesan kembali bermaharajalela di kawasan sempadan dan kini menjadi topik perbualan masyarakat apabila kes bunuh menggunakan senjata api mencatat peningkatan.

Sempadan Malaysia-Thailand berkeluasan 640 kilometer itu terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat manakala selebihnya merupakan sempadan perairan yang menjadi sarang kepada beberapa aktiviti penyeludupan yang didalangi kongsi gelap kedua-dua negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini.

Beliau berkata hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.

Adakah benar BN masuk PRK Sg Limau untuk KALAH..??

Kekalahan yang tidak mengecewakan Najib 
- Shahbudin Husin
November 04, 2013

Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abdul Samad yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU13 iaitu 2,774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.

Dengan longgokan projek dan janji pembangunan yang banyak ditaburkan oleh Muhyiddin Yassin sepanjang kempen, selain janji MB Kedah Mukhriz Mahathir untuk menjadikan Sungai Limau sebagai DUN angkatnya serta janji-janji lainnya, kemenangan PAS ini diira sudah memadai walaupun Mahfuz Omar menyalahkan kemerosotan majoriti itu disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja yang menyebabkan pengundi luar tidak balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Kemenangan PAS ini juga memberi isyarat bahawa Mahfuz bakal memberi cabaran yang sengit kepada Mukhriz dalam pilihan raya umum akan datang ini.

PRK Sungai Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Sungai Limau pada saat-saat terkahir untuk berkempen pada 3 November, seorang aktivis kanan PAS dari Alor Star menyifatkannya sebagai satu “kelegaan”.

“Ramai penduduk di Sungai Limau berlatarkan pendidikan agama,” kata aktivis itu merujuk kepada komuniti guru, pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan pendidikan Islam atau digelar “pondok” di kawasan itu.

“Mereka masih ingat bagaimana Mahathir merendah-rendahkan PAS dan konsep negara Islam kami,” kata aktivis itu merujuk kepada “perang panjang” bekas Perdana Menteri itu dengan PAS sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

PAS dan agenda negara Islam menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir terutama selepas parti Islam itu berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dan menang banyak kerusi di Kedah dalam pilihan raya umum 1999.

Jadi ia umpama “hari pembalasan” apabila Dr Mahathir turun untuk membantu memancing undi bagi Barisan Nasional (BN) daripada orang yang pernah beliau “perangi” satu ketika dahulu.

Kami tewaskan dua kerajaan, kata pemimpin PAS


PRK Sungai Limau medan ujian kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.PAS menyifatkan kemenangan mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat manis kerana mereka berjaya menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang mereka.

"Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini, kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan selepas calon PAS diumumkan menang di Dulang Kecil malam tadi.

Calon PAS Mohd Azam Abdul Samad menewaskan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 malam tadi.

Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.

Mereka diarahkan berkumpul di situ sebaik sahaja berita PAS menang tersebar, manakala mereka yang mempunyai pas masuk pergi ke pusat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR_.

PRK Sg Limau : Keputusan penuh mengikut daerah mengundi

pakat-pakat lihatlah nooo..
mana berkurang mana bertambah
selepas tu pakat buat kerja balik...

Senarai pemain Bolasepak Kedah yang masuk dan keluar sessi 2014

:: INFO PASUKAN HIJAUKUNING PRA-MUSIM 2014 ::


Menurut pengurusan pasukan hijaukuning, David Mitchell dari Australia adalah calon jurulatih utama buat masa ini dan proses mengikat beliau sebagai jurulatih Kedah adalah di peringkat akhir dan hanya menunggu pengesahan dan penerimaan tawaran dari beliau. Beliau juga diberi mandat dan dipertanggungjawabkan untuk mencari 3 pemain import termasuk 1 kuota import pemain Asian. Difahamkan oleh David, pemain import ketika ini mempunyai 5 orang calon dan pemilihan pemain akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Pemain baru yang telah menyatakan persetujuan lisan/MoU untuk bersama Kedah tertakluk kepada pengesahan akhir kontrak bersama Kedah FA:

1. Azizan Baba - Sarawak FA
2. Mohd Ridwan Ma'on - Felda United
3. Sumardi Hanjalan - Sabah FA
4. Mohd Fauzi Saari - Felda United
5. Mohd Helmi Eliza (GK) - Felda United
6. Mohd Syafizan Hashim - Felda United
7. Azmizi Azmi - Felda United
8. Mohd Rizal Ghazali - Perlis FA
9. Romdhizat Jamian - Perlis FA
10. Henry Lew Han Hung - Piala Presiden Kedah

Sg Limau : Sinar jugak terbaik, Utusan, Berita & Kosmo laporan macam taik..!!



Kemenangan hari pertama tahun Hijrah – TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Limau semalam sebagai “kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H”.

Dalam entri terbaru di laman facebook beliau, Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.

“Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di Dun Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).

“Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata telah menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.

“Kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya Allah,” ujarnya.

Syukur... Alhamdulillah - Azam

Mohd Azam Abd Samat


1. Alhamdulillah , Allah anugerahkan kemenangan PRK Dun Sg Limau di tahun baru hijrah ini. Semoga kemenangan ini membuka lembaran baru di Dun Sg limau dalam mengisi kemenangan dan meneruskan usaha ulama terdahulu yang pernah bertapak di Sg Limau seperti almarhum TG Hj Othman alyunusi, TG Hj Yahya Joned, Ustaz Azhari Razak dan almarhum Tan Sri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak.

2. Kemenangan ini adalah kemenangan kepada seluruh pejuang Islam, pejuang keadilan dan kebenaran serta pembela hak rakyat.

3. Terima kasih kepada seluruh kepimpinan PAS dan pakatan rakyat, pengundi DUN Sg Limau, jentera parti semua peringkat dari seluruh negara yang membantu mengekal dan memenangkan PAS dalam PRK ini. Termasuklah jentera ulamak, pemuda dan muslimat semua nya yang menjalankan tugasan masing2 dengan jayanya.

Lihatlah wajah-wajah pimpinan UMNO BN sewaktu menerima keputusan PRK N20 Sg Limau

Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]
Like This Page · 7 hours ago


Lihatlah betapa murung, muram dan moyotnya air muka Mukriz Mahathir apabila dia mendapat berita calon UMNO/BN kecundang di tangan calon PAS YB Ustaz Azam Samad dengan majoriti melebehi 1,000.

Slogan Berani Berhijrah tidak laku dan termakan oleh penduduk dan pengundi DUN Sg Limau.

Bantuan khas dari ayahandanya Tun Dr Mahathir langsung tidak memberi kesan dan impak.

Menyamar dengan pakai kopiah dan sebagai nelayan tidak juga jalan.

Janji nak jadikan DUN Sg Limau sebagai DUN anak angkat juga rakyat tak mau percaya.

PRK Sg Limau ada sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.

Polis tahan suspek tumbuk Wanita Umno

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim 
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim

YAN - Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi ini, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.
  
Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.
  
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.
  
"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
   

SPR puas hati perjalanan PRK Sg Limau

SPR
YAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses PRK Dun Sungai Limau, kecuali pelanggaran arahan untuk tidak berkempen pada hari mengundi.
  
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, untuk itu, SPR akan mengadakan penerangan bagi memastikan parti-parti politik tidak mengadakan kempen pada saat-saat terakhir di masa depan.

"Berkempen 'last minute' (saat-saat terakhir) di sepanjang jalan semasa hari mengundi tidak dibenarkan dalam undang-undang tetapi budaya itu tetap berjalan dan kebanyakannya melibatkan orang luar," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Dun Sungai Limau di sini hari ini.
   

Mukhriz & BN gagal tawan Sg Limau walaupun guna segala jentera kerajaan

BN terima kekalahan dengan hati terbuka

Datuk Mukhriz Mahathir  
Datuk Mukhriz Mahathir

YAN - Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menerima kekalahan BN pada PRK Dun Sungai Limau secara positif dan terbuka dengan melihat kejayaan BN mengurangkan majoriti berbanding PRU13 lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, perkara itu menunjukkan sokongan pengundi di Dun Sungai Limau kepada BN semakin meningkat.

"Walaupun kita gagal memenangkan kerusi ini, ia tidak memberi kesan yang mana BN kekal memegang enam kerusi dan saya masih Menteri Besar.

"Daripada angka-angka yang kita dapat, ia menunjukkan kubu kuat Pas menunjukkan kekurangan undi berbanding pilihan raya lalu dan ia merupakan satu petanda baik," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN, di sini, hari ini.

Ucapan sulung Ust Azam selepas menjadi YB Sg Limau

Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Azam

Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Azam  
Penyokong Pas membanjiri perkarangan SMA Yan seawal 
jam 7 malam untuk menunggu keputusan PRK Dun Sungai Limau.

YAN - Lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Mohd Azam mendapat kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 12, 069, manakala Ahmad Sohaimi mendapat 10, 985 dengan majoriti 1, 084 undi.

Dengan keputusan itu, menjadikan Mohd Azam sebagai Adun Sungai Limau menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Kesian Menteri BN nie.. bila bercakap tanpa membuat analisa maka keluarlah kenyataan bangang


Jasni Ibrahim

Bercakap tanpa membuat analisa maka keluarlah kenyataan yang tak berapa cerdik.

Majoriti berkurang di sebabkan jumlah dan peratus mengundi merosot dibandingkan dgn PRU dahulu. Lainlah jika peratus yang keluar mengundi meningkat atau sama barulah boleh dikatakan ada angin perubahan atau rakyat kembali kpd BN.

BN berbelanja besar tapi undi cuma meningkat 465. Inikah yang dikatakan rakyat kembali sokong BN???





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...