TERKINI :

Sunday, November 3, 2013

Blogger BN dok fitnah ahli PAS pulak kata kantoi PASANG PATUNG KAKI.. hangpa tunggu la saman dia..!!

Pokok FREE pon BN bagi kat rakyat Sg.Limau....



Anak muda Sungai Limau tolak politik umpan

– Syahir Sulaiman
November 03, 2013

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri – pepatah Melayu.

Sungai Limau mempunyai keunikan demografi dan sosioekonomi yang tersendiri. Dari jauh, tersergam indah Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter menjadi puncak tertinggi di utara Semenanjung.

Bongkahan tinggi yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini sejak berabad menjadi panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini malah sering dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Sebahagian besar lanskapnya dilatari jelapang padi yang menghijau seluas mata dan berjajaran dengan laut Selat Melaka yang membiru. Cuaca panas di sebelah pagi dan hujan di sebelah petang bukan sahaja sesuai dengan aktiviti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil masyarakat di sini, malah dapat menyamankan suhu kempen bersempena pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Pekan kecil ini berada di dalam daerah Yan dan terletak di pertengahan dua bandar yang menjadi nukleus pentadbiran dan perniagaan di negeri Kedah, iaitu Alor Star dan Kulim/Sungai Petani. Walaupun begitu, rentak aktiviti ekonomi dan kehidupan di ‘pekan singgahan’ ini dilihat seperti tidak terkesan dengan limpahan kerancakan aktiviti ekonomi di antara kedua-dua bandar tersebut.

KANTOI Sg Limau : Pak Cik yang nangis dalam TV ngaku ahli PAS tu sebenaqnya UMNO....!!

Zaman sekarang zaman internate nak habaq hangpa... jenih nak maklumat pakai tekan atas tapak tangan jaa.. dulu jika keluaq berita pakai dok caya berita tu laa... tapi skrg keluaq berita ka MONGGOLIA on the spot boleh tanya org sana betoi ka tak betoi satu berita tuuu...

macam berita ahli PAS masuk UMNO nie... bab nie dulu-dulu ok lah tapi skrg sudah susah dah orang semakin pantas mencari maklumat.... tengok Pak Long nie kan dah kantoi orang kampung boleh kenai dia sapa...

Last nak busuk nama BN jugak.... nasih mu la BN oi...


Live UstAzhar Idrus dr Sg Limau

Sg Limau : Aduhai TPM lancar Pasar Tani jamu ikan kering ja kaa.. kata prog. BN makan hebat-hebat..!!

 
nie program belum mula lagi..jgn kata tak dapat sambutan pulak.. 

 
nie dok bagi pokok FREE kat rakyat..ambik jangan tak ambik...

Menggunakan perkhidmatan katering tetapi yang dijamu hanya ikan rebus dan ikan kering. Itulah hidangan untuk rakyat yang hadir pada majlis pelancaran Pasar Tani yang dirasmikan TPM di Sungai Limau pagi tadi.

Rakyat tiada masalah untuk makan hidangan seperti itu, tetapi tentulah menjadi persoalan, khidmat katering menyediakan hidangan seringkas itu. Sedangkan kita sedia maklumi, biaya program seperti itu besar sekali lazimnya. Mungkinkah kerana sasarannya golongan petani yang serba serbi makan hariannya ala kadar. Maka dilayan cukuplah seperti itu. Walhal, pengendali mungkin meraih untung atas angin dari program tersebut.

Live UstAzhar Idrus dr Sg Limau

Sg Limau : Akhirnya Mukhriz memohon gas Oksigen dari papa

Akhirnya papa pun di panggil untuk memberikan oksigen kecemasan di Sg Limau. Walaupun sebelum ini macam-macam dilaungkan.. sahabat baik.. rakan menerima nasihat... rakan bersembang.. namun bila tiba bab politik hang hang aku aku....

Jika benar Ust Azizan rakan sehidup semati jadi tak payahlah datang joint anak-anak dan orang-orang BN berkempen di Sg Limau nie... biarkanlah mereka uruskan sendiri game nie...

Tapi nak buat camna inilah dinamalan politik....


Sg Limau : Live Kuliah Ust Azhar Idrus dari Masjid Simpang 4 Sedaka

Malam ni jgn lupa..program bermula selepas solat Maghrib...
bukan Isyak.. juga secara LIVE dari :


Ribut petir dijangka petang esok di Sg Limau


Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau esok.

Bagaimanapun, ribut petir diramalkan pada sebelah petang, kata jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, lebih 90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas.

Beliau berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

- Bernama

Drama ahli PAS masuk Umno dibongkar

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Gambar buat juak Umno berasap kepala


Selama ini siang malam 1 hari 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti dan jemu para juak-juak UMNO termasuklah para pemimpinnya sekali tuduh dan fitnah kononnya PAS jadi kuda tunggangan DAP.

Nah!! rakaman gambar di atas siapa yang payungkan siapa????

Bukankah seorang penyokong DAP dengan menggunakan payung berlambangkan DAP sedang memayung calon PAS PRK DUN N20 Sg Limau, Ustaz Azam Samad?

Balik dan keluar mengundi, jangan percaya SMS palsu


JERAI: PAS menyeru para pengundi di Dun Sungai Limau agar tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang sedang disebar kononnya tidak perlu keluar mengundi esok kerana calon PAS sudah menang.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, para pengundi diminta tidak mengendahkan sms itu dan perlu keluar beramai-ramai mengundi esok.

"Saya merayu dan menyeru, agar semua pengundi keluar mengundi esok. Ketepikan dakyah sms yang disebarkan itu," katanya pada sidang media PAS di Markaz Induk hari ini.

Beliau mengulas sms yang sedang tersebar yang meminta pengundi agar tidak keluar mengundi kononnya kerana calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sudah menang.

Sungai Limau tidak sehangat di stadium Shah Alam

Mohd Sayuti Omar,

TINJAU SG LIMAU                                                                               
Banjaran gunung Jerai yang tenang dan santai.
Memasuki ke Sungai Limau dari simpang Gurun menerusi Guar Chempedak kita akan dihadangi dek satu pemandangan indah gunung Jerai (yang setinggi 968 meter daripada paras laut) yang terlentang tenang di keliling lautan sawah menghijau di sekitarannya. Setiap sudut pemandangan di banjarannya akan menarik perhatian dan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak bagi kita si anak kampung.

Anak bandar dan golongan bangsawan tidak akan terusik apa-apa melihat panorama semula jadi itu melainkan ia mungkin mencemuhkan.

Apa lagi serentak dengan ketibaan saya itu senja sudah mula menyongsong melabuhkan diri mahu memberi laluan kepada malam. Ini menambahkan lagi keadaan menjadi damai dan mengugah perasaan. Ia membawa satu pentafsiran yang cukup mengesankan jiwa kehambaan saya.

Edisi Kantoi Sg Limau : Ahli PAS dakwa ditipu untuk serah borang umno




BN guna premis awam, pemuda PAS lapor polis



JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dan juga calon BN Dr Sohaimi Lazim kerana didakwa melanggar peraturan pilihan raya.

Kedua dua mereka didakwa telah dan akan menggunakan Sek Men Keb Dulang sebagai tempat berkempen dalam program Berani Hijrah yang dijadual diadakan semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, tindakan berceramah, meletakkan lambang parti dan bertemu penyokong BN dalam kawasan sekolah tersebut adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7), yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya.

"Saya dengan ini mahu pihak polis mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang acara kempen yang salah ini," katanya.

Isu patung kaki: Provokasi melampau


MUHAMMAD SANUSI  
MUHAMMAD SANUSI

SHAH ALAM – Pas menganggap tindakan pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’ sebagai provokasi melampau.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana melibatkan sensitiviti keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Razak.

“Tindakan mereka merupakan satu penghinaan kepada Allahyarham. Bukan saja ahli keluarga Allahyarham yang tersinggung, malah penyokong Allahyarham juga terguris dengan perbuatan mereka.

“Kita tidak mahu menuduh sesiapa. Namun, pihak yang melakukannya perlu segera tampil meminta maaf,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

BN hendak bagi rakyat Sg Limau kena kencing manis sebab lelong gula RM1

 

Mahathir dalam perjalanan ke Kedah, nak mai Sg Limau kaa..????

Oksigen terkakhir untuk anak rasanya nie..??

Isu kalimah Allah juga diguna di Sg Limau - Semenanjung Tak Boleh, Sabah Serawak Boleh..!!



JERAI: Isu kalimah Allah nampaknya turut digunakan pihak tertentu dalam meraih undi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau ini.

Biarpun tidak terdengar ianya dimainkan secara jelas di mana-mana ceramah setakat ini, namun versi kain rentangnya dilihat bertebaran dipasang di simpang-simpang jalan di sini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati kain rentang itu turut terdapat di simpang tiga Sungai Daun dan satu lagi di simpang tiga Sungai Limau Luar.

Pada kain rentang yang dikesan dipasang sejak beberapa hari lalu itu tertera gambar Perdana Menteri, dengan tulisan "...Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja".

Selain itu tertulis juga di bahagian bawahnya, "terkandung dalam resolusi 10 perkara kabinet Malaysia".

Sg Limau : Biar gambar berbicara tentang sambutan penduduk kepada menteri..!!

http://2.bp.blogspot.com/_wCke-h9Ybxg/TRyjgMjikuI/AAAAAAAAAWs/dbJCwjAnK5M/s1600/senyum.jpg

Bahang pilihan raya kian terasa

Photo: FLASHMOB anak muda. Ustaz Azam pilihan mereka.
YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.

Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.

Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali.

Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.

Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.  

Kaki Ustaz : 'Siapa yang kurang ajaq tu?'


'Siapa yang kurang ajaq tu?'  
Kelihatan patung yang tidak berkaki digantung ditepi jalan Sungai Limau 
sempena kempen Pilihanraya Kecil N20 Dun Sungai Limau, Kedah.

KURANG ajaq, atau sebutlah apa sahaja... biadab, terhina, terkutuk, melampau - semuanya paling untuk menceritakan hal satu perbuatan keji dalam kempen PRK Dun Sungai Limau ini.

Ya, mungkin ramai sudah tahu perbuatan terkutuk itu ialah meletakkan di tempat-tempat awam patung bahagian pinggang ke bawah dengan sebelah kaki terpotong (kudung) dengan tulisan 'KAKI USTAZ'.

Amat mudah untuk difahami bahawa sindiran itu dikaitkan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, seorang tokoh pemimpin yang amat disanjungi oleh kawan dan lawan yang meninggal dunia pada 26 September lalu, antara lain bersabit komplikasi diabetes yang sebelum itu menjadi sebab kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Salam perjuangan Dari Kak Faekah....isteri arwah Ust Azizan...

Patung kaki: Perbuatan tidak berakhlak


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar

YAN - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.


"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.

Tenang Di Sungai Limau






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...