TERKINI :

Saturday, November 2, 2013

Wang Kerajaan Macam DUIT Mak Bapak Kau di tabur PRK Sg Limau


Isu "Kaki Ustaz" - siapa la yang berani sangat pie gantung dekat khemah BN..??

"Kaki Ustaz" BN Dah Buat Laporan Polis, PAS Bila Nak Buat Laporan..

Nampaknya BN terkesan dengan tuduhan-tuduhan orang ramai yang mengatakan patung itu dibuat oleh penyokong-penyokong BN dengan tujuan memprovokasikan suasana PRK di Sungai Limau.
Sana sini cakap-cakap orang mengatakan BN yang terlibat dalam insiden tersebut. 
Patut PAS yang buat lapuran polis tapi puak yang terkenal degan kempen jijik pulak yang buat lapuran polis.. Itulah bila termasuk perangkap sendri...
Patung kaki: BN buat laporan polis

BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
   
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
   
Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.

Sg Limau: Kempen Anwar, DAP bantu PAS gusarkan Utusan Malaysia

Penarik Beca's photo.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui pengarangnya Zulkiflee Bakar gusar dengan tindakan PAS menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP untuk berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam.

Zulkiflee menyifatkan tindakan tersebut sebagai peluru akhir PAS untuk meraih sokongan pengundi bagi PRK Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November.

Melalui siri kempen itu, Anwar dikatakan menjelajah beberapa kawasan di Sungai Limau untuk bertemu penduduk dan berceramah manakala pemimpin DAP mengedarkan risalah kepada penduduk Cina.

Laa pakai jubah lebai lawa dah.. rupa-rupanya politik depa sangkut kat pagaq masjid..

Fadzil Noor Bin Sahani

NAH KULIAH UNTUK HALWA TELINGA UMNO

Mukhriz arah MAIK ambil tindakan terhadap khatib Jumaat dari luar yg berkhutbah berbaur politik...

1. Dok kata dari dulu lg...pemimpin UMNO pisah politik dgn agama...nak masuk masjid sangkut politik di pagar..

2. Ambik tindakan dkt ustaz Kazim sama no..psl ceramah dia mlm tu, dijdikan kempen UMNO tiap2 mlm di bilik gerakan puteri...

3. Suruh pemimpin UMNO belajar berkhutbah...kami nak dengaq...

Boleh...???
Tindakan kerana benarkan khatib luar baca khutbah berbaur politik, kata Mukhriz
November 02, 2013

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengambil tindakan terhadap khatib beberapa masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang membenarkan khatib dari luar menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik.

Mukhriz berkata arahan itu bertujuan menjaga keharmonian perpaduan umat Islam di negeri ini.

Kempen Sg Limau Versi DAP...!!




Anwar ingatkan Melayu, Umno punca kemiskinan mereka

anwar ibrahim speaks in dulang besar at sg limau by-electionSG LIMAU Di setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.

"Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.

"GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya.

"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi, yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.

Video | PRK Sg Limau : Anwar Ibrahim: Masa Depan Kita Yang Tentukan


Media sosial menjadikan manusia semakin hilang kemanusiaannya

- Shahbudin Husin
November 02, 2013

Tragedi pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak dengan kejam oleh seorang pengawal keselamatan dengan tujuan merompak bank tersebut memang meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluargnya, terutama suami dan anak-anaknya yang masih kecil tetapi kesedihan mereka tambah berganda lagi apabila didapati gambarnya yang terbaring tanpa nyawa dalam keadaan menyayat hati turut tersebar di media-media sosial tidak lama selepas itu.

Berleluasanya penyebaran gambar itu sehingga memaksa suaminya memohon jasa baik orang ramai agar memadam semua gambar itu dan tidak lagi berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan yang lain dengan gesaan agar kesedihan yang sedang mereka tanggung dapat difahami.

Penyebaran gambar itu menimbulkan persoalan bahawa sementara kita bersedih dan mengutuk kejadian yang sangat kejam itu, namun ada manusia lain yang gembira menjadi wartawan tanpa tauliah dengan menyebarluaskan berita serta gambar mengenai kejadian itu.

Jika hanya gambar perompak yang bersenjata itu saja yang yang dihebahkan, niatnya mungkin dapat difahami tetapi apakah sebenarnya faedah dengan turut menyebarkan gambar pegawai yang ditembak dalam keadaan menyayat hati itu?

Mukhriz ugut pengundi Sg Limau!!!!!!!!


Dun angkat: Mukhriz ugut pengundi Sg Limau?


JERAI: Kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menjadikan Dun Sungai Limau sebagai Dun angkat Menteri Besar jika BN menang disifatkan kenyataan mengugut pengundi di sini.

Pengarah Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz tidak wajar berlagak untuk menjadi menteri besar Sungai Limau sahaja sebaliknya perlu menjadi menteri besar kepada seluruh negeri Kedah. "Atau apakah Mukhriz cuba mengugut rakyat, jika BN kalah maka penduduk Sungai Limau akan dianaktirikan," soal Mahfuz. Beliau berkata demikian pada sidang media di Markaz Induk PAS, PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Petugas BN ceroi sebab kena tazkirah dengan Petugas PAS...


Bumi Tok Guru Pondok & Murid Maahad Tahfiz didatangi Raja Gelek


bumi Sg Limau yg penoh keberkatan tok guru pondok dan murid maahad tahfiz..
telah dibawa masukk dengan budaya gelek 360'..... syok la hgpa....

"Jangan potong kepala orang..", pesan orang yang kepala dia kena potong di Sg Limau

MUHAMAD MAT YAKIM

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.2951.1369828415!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

SAYA percaya ramai yang tahu akan kontroversi membabitkan saya minggu ini. Kepala saya - dalam gambar - telah dipotong dan digantikan dengan kepala Ustaz Azam, calon Pas Sungai Limau. Mujur kepala ustaz!

Ramai juga yang bertanya, apa saya rasa selepas dua tiga malam nama disebut dalam berita TV, jawabnya, biasa sahaja!

Tidaklah saya berasa teruja sampai tak henti-henti menyanyi lagu Tegar, Dulu dan Sekarang hanya kerana gambar saya jadi bahan super-impose dan diguna dalam kempen pilihan raya itu. Ia tidak membawa apa-apa perubahan kepada diri saya, kebaikan yang ketara ataupun memudaratkan. Tetapi sebagai hamba ALLAH yang seboleh mungkin cuba mahu menghargai setiap anugerah tuhannya, saya tidaklah mahu berprasangka dengan takdir ini.

Kerana itu, saya meyakini mungkin ada hikmah yang saya masih saya tidak nampak di sebalik kontroversi yang tercetus. Tidak saya meminta, tidak mampu juga untuk saya menolak.

Seorang pemimpin Pas ketika berborak dengan saya tengah malam kelmarin, barang kali sengaja mahu menguji dengan mengatakan bahawa saya sudah jadi orang popular. Saya katakan kepadanya, populariti segera ini - jika boleh dianggap demikian - setakat ini tidak membawa apa-apa faedah bagi diri saya.

Perhitungan 48 jam terakhir BN di Sungai Limau..

Zulkifli Yahaya, 02 Nov 2013

PRK Dun Sg. Limau
Selepas 10 hari berlalu PRK Sungai Limau berlangsung, nampaknya ia tidak banyak berbeza dengan PRK di tempat lain – iaitu parti dari Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Pusat. Andainya pengundi di Sungai Limau semuanya terdiri dari golongan tidak berparti lalu membuat keputusan berdasarkan kempen antara kedua pihak tersebut semata-mata maka calon PAS bukan setakat kalah tetapi hilang deposit.

Mana tidaknya PAS berkempen dengan kudrat parti semata-mata tetapi BN berkempen dengan kekuatan sebahagian besar kementerian yang terdapat di Putrajaya, duit dan habuan yang banyak untuk 'merasuah' pengundi serta kempen menggunakan semua saluran media utama dalam negara.

Di mata dunia luar, mereka merasa aneh melihat amalan demokrasi yang berat sebelah lagi hodoh itu. Namun perkara yang lebih aneh dari itu ialah, dalam keadaan BN mempunyai kelebihan kekuatan umpama langit dengan bumi, parti tua itu terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan PAS bahkan belum tentu mereka akan menang nanti.

BN memasuki PRK Sungai Limau dalam keadaan tempang dan parut luka memenuhi badan. Maklumlah baru lepas berkelahi dalam pemilihan Umno. Belum sempat mencari formula perdamaian, terpaksa pula membuat pemilihan calon. Ditakdirkan calon BN yang terpilih tidak mengikut kehendak majoriti ahli Umno akar umbi.

Sebelum nie Muhyiddin hina Ust Azizan, kini siapa pula yang buat patung kaki kudung ?



SG LIMAU : Gempar ceramah Anwar diserbu oleh penyokong BN

ini berdasarkan banner yg org PAS naikkan tu...
jadi dah penyokong pas sg limau tolak..
maka yg mai berduyun duyun tu kompom geng BN

Nah ambik BN buat himpunan.. Ustaz ada Artis ada Makan ada Motor free ada tak pie lagi tak tau laa..


Perghhhhh... nie himpunan terbaik nie
siap all in one....

KONSERT ADA
USTAZ ADA
ARTIS ADA
MAKAN FREE ADA
CABUTAN BERTUAH...
siap motor, iphone, ipad pabala lagi...

nie yg pie nie kira macam2 ada laa dlm
pie himpunan tu nanti...

Nak makan free ka nak cabutan bertuah
 dan layan konsert dan kuliah ustaz

Bapa sokong PAS, anak sokong parti penyamun..!!!

Ayah Ahmad Shabery pun orang PAS

Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah.

PETALING JAYA: Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS.
Dalam tulisannya yang berjudul “Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau” dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, “ Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga  PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi  orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya”.

Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Subky menulis, iika tidak kerana PRK Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Jamil Khir adalah anak seorang ahli  PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..

[VIDEO] Apa yang nak di bangga dengan 1Malaysia


Pas dakwa BN guna ‘projek air liur’


PRK Dun Sg. Limau

YAN - Pas Kedah mendakwa kerajaan BN hanya bermain dengan ‘projek air liur’ sepanjang tempoh kempen PRK Dun Sungai Limau berlangsung.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil pemerhatian yang dijalankan, pihaknya mendapati BN terus menjadi penagih kepada projek pengumuman pada setiap kali berlakunya pilihan raya.

Beliau berkata, bahkan perkara seperti juga itu sudah menjadi budaya harian BN yang tidak boleh ditinggalkan.

“Pada setiap kali pilihan raya, maka salah satu projek mereka ialah projek pengumuman. Ini yang telah pun dapat dilihat dengan bermula dari pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan sebagainya. Sehingga lahirlah perkataan ‘you help me, I help you’.

Kayuhan Kempen PRK N20 Sg Limau bersama Ust Azam

 
 

Isteri derita barah otak, alangkah bertuahnya jika beliau berada di Sg Limau

Isteri derita barah otak tahap 4

Isteri derita barah otak tahap 4  
Nazatul (dua, kiri) melihat keadaan Norzilawati sambil diperhatikan suaminya, Abdullah (kanan).

BALING - Seorang isteri kini menderita barah otak tahap empat yang baru sahaja dikesan sejak empat bulan lalu.

Norzilawati Abdullah, 32, dari Kampung Sera kini bukan sahaja berhadapan masalah penglihatan, malah turut memberikan kesan kepada pemikirannya.

Ibu kepada dua anak itu hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, Abdullah Hussin, 30 dan ibunya, Halimah Md Nor, 63.

Abdullah berkata, isterinya itu mula menunjukkan tanda sakit selepas hari raya puasa sebelum bertindak untuk melakukan pemeriksaan di hospital.

Menurutnya, dia terkejut setelah mendapati isterinya mengalami barah otak tahap empat sehinggalah memberikan kesan kepada penglihatannya.

Ceramah Anwar di Sg Limau tak ada orang pun.. kata macai..!!!

Ribuan hadiri mendengar ceramah DS Anwar Ibrahim di Dulang Besar Sungai Limau, Yan. Kedah malam ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...