TERKINI :

Friday, November 1, 2013

Mantan MP Pendang dedahkan rahsia umum sana juta umum sini juta di Sg Limau


Mana janji BN turunkan harga kereta?


KUALA LUMPUR: PAS Sarawak melihat Bajet 2014 masih jauh daripada menepati janji PRU13 yang lalu. Antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto tersebut ialah menurunkan harga kereta secara berperingkat.

Namun, Bagi Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee janji penurunan harga kereta langsung tidak disebut dalam pembentangan bajet baru-baru ini.

“Dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu, kerajaan BN tidak menyentuh langsung tentang penurunan harga kereta dan motorsikal. Harapan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana hampa kerana semasa PRU13 lalu, BN berjanji hendak menurunkan harga kenderaan.” Katanya.

Kegagalan kerajaan BN melaksanakan salah satu janjinya itu tidak mencerminkan tema bajet 2014 “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi Dan Melaksana Janji”.

Pengawal 'makan tuan', KDN digesa bertindak

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan yang kakitangannya terlibat secara dengan jenayah termasuk samun.

"Kejadian semalam apabila sebuah kedai emas di di pusat membeli belah KL Festival, Setapak disamun pengawal keselamatan yang menjaganya, menambah lagi koleksi pengawal keselamatan yang ‘memakan tuannya’," tegas ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.

riduan mohd norSebelum ini, katanya seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di USJ Sentral 2, Subang Jaya sebelum melarikan wang tunai RM450,000.

"DPPM melihat kes ini amat serius dan perlu diambil tindakan segera.

"Syarikat terbabit perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut dan menjelaskan bagaimana kakitangannya boleh terlibat melakukan jenayah.

"Jika perlu, syarikat tersebut boleh ditamatkan perkhidmatan, digantung lesen, disaman, dan lain-lain tindakan tegas sebagai peringatan kepada mereka," kata Dr Riduan dalam satu kenyataan.

FAM buat sidang media 'cincai' untuk Pahang & Kelantan


apa ke buruk sgt standard FAM nih.. ini penghinaan namanye..

Budaya hormat dan tolak ansur bukan lagi identiti rakyat Malaysia

OLEH LEE SHI-IAN

Kira-kira 40 tahun lalu, terdapat ruang persefahaman yang besar di antara pelbagai kaum di Malaysia, namun tidak seperti hari ini, di mana isu kecil boleh membawa kepada perubahan dalam komuniti, kata penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar (gambar).

Beliau, yang juga merupakan Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), berkata sikap tolak ansur dan saling hormat-menghormati telah semakin hilang di kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Katanya, nilai budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia puluhan tahun dahulu hanya tinggal kenangan.

“Amat menyedihkan melihat keadaan hari ini. Mereka tidak membantu tetapi hanya pandai berkata-kata yang mengundang provokasi,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri Forum Kelestarian dan Keamanan Islam-Buddha Antarabangsa hari ini.

Mengambil contoh isu pengubahsuaian Kuil Sri Sundaraja Perumal yang berusia 130 tahun di Klang, Chandra berkata isu itu tidak patut dipertikaikan kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan penganut agama mempunyai kebebasan mempertahankan rumah ibadat mereka.

BN akan kena penyakit ketagih setiap kali PRK


BN 'ketagih' umum projek setiap kali PRK


Harakahdaily, 01 Nov 2013

JERAI: PAS mendakwa BN "ketagih pengumuman" setiap kali berdepan pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN akan hilang punca jika tidak berbuat demikian kerana bagi mereka, itulah talian hayat untuk memancing undi.

"Kita lihat pengumuman itu jadi satu projek tradisi setiap kali kempen pilihan raya.

"Ibarat kalau tak buat pengumuman janji manis itu seperti tak kena air ketum," katanya pada sidang media di markaz induk PAS di Sungai Limau di sini hari ini.

Sehingga kini sejumlah RM15.15 juta nilai pengumuman projek yang dibuat BN setakat hari ke sepuluh kempen hari ini.

Ianya termasuk pengumuman bantuan kepada sekolah, program bantuan Azam Tani Mara, peruntukan kepada masjid, bantuan baiki rumah, pemberian cermin mata serta tukun tiruan.

Selain itu, bantuan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, sabun mandi dan minyak masak juga diberikan.

Bagaimanapun kata Mahfuz ianya hanya bersifat pengumuman janji manis, seperti apa yang berlaku ketika kempen BN di PRK Kuala Besut sebelum ini.

Rasuah: Yang menangkap pun perlu ditangkap

- Aspan Alias
November 01, 2013

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/05/gari-12.jpgSemalam berlaku lagi peristiwa iaitu pengawal sebuah kedai emas merompak kedai emas yang dijaganya itu. Minggu lalu seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar. Semua orang tidak boleh dipercayai kerana ramai yang ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Nampaknya di mana-mana sekarang ini tidak boleh dipercayai lagi. Di negara ini sesiapa boleh membunuh dan mencuri wang dan harta sesiapa. Berlakunya peristiwa ini menunjukkan yang di negara ini, semua orang mesti berwaspada termasuk terhadap orang yang diamanahkan menjaga kita.

Peristiwa semalam amat menakutkan. Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya dijaganya itu. Siapalah yang perlu dipertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu?

TANDA PUTERA sudah turun di Sg Limau tapi sayang tayangan dibuat dalam kawasan sekolah..!!

NAJ BERKEMPEN TAK KESAH
YANG KESAHNYA PREMIS SEKOLAH

"Ketua Gangster" pun didapati turun di Sg Limau

 
http://4.bp.blogspot.com/-w73oR6NyeLo/UjLM3o-EXlI/AAAAAAAAF2c/biKEday3A0g/s640/06.JPGhttp://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/KLGangster2_Watakpalingjahat/pix_gal1


Dok kata dah 'geng' topi merah kompom turun aih jika ANWAR turun.. takut apa tak tau..??

  
nie jadual ANWAR hari nie.. boleh la buat panduan....

Isu TG Hadi Tabur benih padi... Siapa yang BODOH.. HADI atau HANGPA si macai BN..???

Sg Limau: Isu Hadi Tabur Benih Padi.. Siapa yang Bahalol?

Majlis hari ini dibuat mengikut tradisi orang dahulu, dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat, dan kemudian menjamu pulut kelapa parut serta ikan masin, sebelum turun ke bendang.

Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan masyarakat agar sentiasa berdoa kepada Allah di samping usaha dan ikhtiar yang dibuat supaya padi yang ditanam menjadi dengan baik. 

Berita Penuh SINI

Ada jugak machai umno yang bodoh.. 
Kebetulan aku tengah buat research tentang penanaman padi aku nak jawab untuk mencerdikan macai umno yang sedia bodoh nie.. 

Gaji masih rendah, macam mana mahu laksana GST?


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Azmin berkata, pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia masih belum bersedia untuk laksanakan cukai itu kerana lebih 40 peratus rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

"Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar semata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

Jentera Umno menyerupai PAS untuk tarik pengundi


KUALA LUMPUR: Politik wang dan mi segera menjadi modal utama BN di samping menyerupai ahli PAS ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah khususnya di kawasan pengundi tegar PAS.

Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

"Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Ahmad Maslan Janjikan Kompleks Imigeresen Di Sungai Limau

dari blog sahabat



Itulah antara janji-janji tak masuk akal yang keluar dari mulut besar menteri umno ketika berceramah bersama calon BN dun Sungai Limau Ahmad Sohaimi Lazim di depan kira-kira 30 orang pengundi dun Sungai Limau malam tadi. Selain pembinaan komplek imigeresen, Ahmad Maslan juga menjanjikan sebuah pejabat pos untuk kemudahan penduduk Sungai Limau mengepos kad-kad raya.. Kahkahkah..


Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau

Subky Latif,

Jika tidak kerana Pilihan Raya Kecil Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa  Brig. Dato Jamil Khir adalah anak seorang ahli  PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..

Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.

Atas rasa kesyukuran, maka calon PAS Mohd Azam Abd. Samat bersama PJ Mahfuz mengadakan kunjungan hormat kepada pengundi veteran itu bagi meraikannya dan supaya dia tidak terasa dipinggirkan PAS disebabkan anaknya jadi orang besar Umno dan menteri.

Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat menduduk anak hingga ke Universiti Azhar,  Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu.

Bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. Syabas!

Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka  dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain.

Umno punya pasal dah tak salah walaupun pelajar...


GST: Kenyataan saya diputar belit, kata Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menafikan laporan bahawa kenyataan beliau berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak konsisten.

Menurut Anwar, isu ini timbul berikutan kenyataan beliau cuba diputarbelitkan oleh sebuah agensi berita.

"Kenyataan saya cuba dipusingkan seolah-olah pertama kali saya sokong GST.

"Pada prinsip, saya tidak mengatakan saya bantah GST, yang saya tegaskan ialah dari sudut sistem perlaksaannya iaitu, GST itu lebih telus dan efisien," katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Jelas Anwar lagi, ketika beliau mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Daim Zainudin, GST tetap tidak dilaksanakan.

"Kenapa saya sebut tahun1993 kerana Tun Daim dia dah kata GST akan dilaksanakan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...