TERKINI :

Thursday, October 31, 2013

Penang ikut Kerajaan Malaysia ganti kereta rasmi tapi bukan Honda, ianya Camry..!!

RAKAMAN GAMBAR DAN CERITA YANG BAKAL DIPUTAR OLEH MEDIA ARUS PERDANA.

[Gempar] Malaysia nak joint berperang dengan negara China Komunis... bolehlah pula...???


BERITA YANG PERKASA DAN PEMUDA UMNO BUAT-BUAT TAK NAMPAK ..... EKSESAIS PERTAHANAN KL-BEIJING 2014!!!

Rupa-rupanya negara kita Malaysia yang di pimpin oleh UMNO/BN yang cukup benci dan menyampah dengan komunis sudah mengadakan hubungan rasmi pertahanan dengan negara China Komunis sejak tahun 2005 lagi.

Tahun depan akan diadakan Eksesais Pertahanan Kl-Beijing 2014 yang melibatkan perkhidmatan tentera darat, laut dan udara kedua belah negara.

Sebelum ini sudah ada hubungan dagang dan politik .. kini hubungan pertahanan pula sampai nak buat satu eksesais.

Kalau dah buat eksesais bermakna perhubungan cukup intim,rapat, mesra dan saling caya mempercayai antara satu sama lain sebab bab pertahanan cukup sensistif.

Jadi PERKASA, Pemuda UMNO, JATI, dan NGO-NGO berjiwa UMNO pekat yang sering buat laporan polis dimerata Balai Polis, rakyat nak tanya .. apa kalian nak buat?

Tidak kenal yang mana hujung dan pangkalnya, masih nak pegang kuasa

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-dWkn8485TDc/T3e_ZGzTZ3I/AAAAAAAAGOw/IfoZ0xh3xMM/s320/2012-03-31_145954.jpg&sa=X&ei=l1A7ULzUDIHJrAelyYHoCw&ved=0CAQQ8wc&usg=AFQjCNEdwbnepOSNH0B60lm9DuXqmnG4bw
UMNO adalah parti tua. Penyakitnya pun penyakit tua. Ramai ahli-ahli UMNO cuba mencari pemimpin-pemimpin muda untuk meremajakan parti itu tetapi penyakit yang sering menghinggapi orang tua juga di hinggapi pemimpin muda dalam parti itu. UMNO adalah parti yang tidak mengikut arus perubahan zaman dan parti itu adalah sebuah parti kekampungan yang tidak mampu berubah dalam semua hal walaupun niatnya hendak berubah itu nyata dan jelas.

UMNO tidak tahu apa yang hendak di ubahnya. UMNO tidak tahu lagi apa yang baik yang perlu di lakukannya dan lebih sedih lagi mereka tidak tahu pun mana yang baik dan yang buruk. Mereka menyangka yang apa yang Najib lakukan hari ini adalah pembaharuan tetapi sebenarnya tindakan Najib itu sebenarnya tidak menunjukkan yang UMNO sudah mula untuk berubah.

UMNO mentadbir kerajaan seperti mentadbir persatuan bola takraw dan mengambil keputusan tanpa bersandar kepada dasar-dasar tetap yang telah di gubal. Apabila di rasakan ada satu pihak atau kumpulan marah dan tidak berpuas hati semasa itu kumpulan itu akan di berikan hadiah dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Selalunya akan di berikannya wang sogokan di atas berbagai-bagai nama.

Rasuah politik bukan isu lagi dalam kempen Sg Limau

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

PRK Dun Sg. Limau
Saya tidak sempat berada lama di kawasan pilihan raya kecil Sungai Limau, Sabtu lalu. Pergerakan fizikal yang terganggu sejak di KLIA, dan memaksa menapak begitu jauh ke pesawat, turut menghalang usaha menyelami situasi kempen dari dekat.

Walaupun sekadar kunjungan singkat tetapi kehijauan bendang yang memukau seolah-olah menghantar mesej bahawa Parti Islam tetap di hati majoriti pengundi. Difahamkan sawah sekitar Yan mengeluarkan antara produk terbaik di negeri Jelapang Padi itu.

Seperti lazimnya, berbanding meneropong mood pengundi, perhatian saya lebih tertumpu sejauh mana kempen dapat berjalan secara adil, demokratik dan beradab.

Seterusnya bagaimana media membuat laporan terhadap proses pilihan raya; mungkinkah meneruskan tradisi lapuk, yakni langsung tidak memberi ruang buat saingan BN?

Dan lebih mendesak, apakah penggunaan jentera kerajaan, kemudahan awam dan wang rakyat terus diperkakaskan untuk menarik sokongan kepada BN, selain rasuah politik yang berleluasa?

Setiap hari 60 orang bankrap di negara ini

Setiap hari 60 orang bankrap di negara ini, kata Menteri
October 31, 2013

Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31%, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya, kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak
26.49%, 25 hingga 34 tahun 20.09% serta 55 tahun dan ke atas 11.77%.

"Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.

Katanya, sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28% sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

[Bongkar] Macai Fitnah dari puak BN untuk kempen PRK Sg Limau di kesan...


BN kempen guna SEKOLAH boleh, bila PAS mohon tak boleh... kenapa..??

Sg Limau: Pemuda PAS serah memo kepada Agong


JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Penyerahan memorandum itu dibuat ketuanya Mohd Nasir Zakaria di Wisma Darul Aman petang ini.

Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.

Media BN gambarkan Anwar sokong GST... nah ini jawapannya..!!



Oooo dulu Anwar suka GST.. yaa memang dia kata GST tu bagus tapi sebelum laksanakannya kita kena selesaikan dulu masalah rakyat iaitu..

- 50% rakyat Msia yg bekerja mampu membayar cukai individu
- pendapatan purata isirumah nasional lebih RM4,000/bulan
 
tapi ini tak adalah di sebut dalam surat habaq dan berita BN UMNO... itulah kerja nak spin jee... macai pun anggok....

Kg HAKKA : Sebulan lepas depa ucap TQ kat Najib, mai bulan nie terus mai roboh rumah depa...


SEBELUM

SELEPAS

Harga Minyak ambik Thailand jadi contoh tapi mai harga gula awat tak ambik pula..??

Kenapalah kerajaan BN jadi terlebih cerdik bila berurus niaga… 
– Shahbudin Husin

Isu pemansuhan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 Jumaat lalu, terus mendedahkan kelemahan dan pelbagai kepincangan kerajaan dalam menjaga amanah serta mengurus wang rakyat. Sebagaimana yang diunjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen bahawa pasaran gula di Malaysia mencecah RM4 bilion setahun dan dengan pemansuhan subsidinya, keuntungan yang boleh diraih oleh tauke gula Malaysia iaitu Syed Mokhtar Albukhary bakal meningkat antara 20 hingga 25% atau RM1 bilion.

Dengan ini, selain pemansuhan subsidi gula itu terus membebankan kehidupan rakyat yang setiap hari menggunakan bahan itu dalam makanan dan minuman, dalam masa yang sama peningkatan laba tetap tertumpah kepada kroni.

Siapakah yang dibela dan menjadi keutamaan kerajaan sebenarnya?

Harga gula yang kini meningkat kepada RM2.84 sekilo (tetapi perlu dibayar RM2.85) ini juga rupa-rupanya lebih mahal daripada harganya di Thailand yang cuma RM2.10, setelah sama-sama tiada subsidi. Kalau dalam isu harga minyak, pemimpin kita amat bangga bahawa harga minyak di Malaysia lebih rendah daripada di Thailand meskipun Negara Gajah Putih itu bukan pengeluar minyak, tetapi dalam isu harga gula, Malaysia lebih mahal rupa-rupanya.

Pencacai dok buat cerita Anwar U-turn bab GST, mai baca penjelasan ini..!!

Pendirian Parti Keadilan Rakyat & Pakatan Rakyat mengenai Cukai GST:


- GST sistem percukaian regresif
- GST membebankan rakyat, khusus yg miskin, muda, bujang, dan berpendapatan sederhana
- dari laksana GST, lebih penting fokus atasi ketirisan, kebolosan akibat rasuah

DSAI dan YB Azmin tak setuju GST dilaksana.

Kenyataan diputarbelit media, terutama tajuk berita. Bila baca isi kandungan, jelas pimpinan tidak bersetuju GST dilaksana.

Pimpinan cuma setuju secara dasar GST punyai elemen pungutan yang lebih efisyen. Namun keadaan sekarang tidak sesuai kerana ia satu bentuk kezaliman terhadap rakyat.

Keadaan yang membolehkan GST dilaksana, spt yg dibincang pimpinan:
- 50% rakyat Msia yg bekerja mampu membayar cukai individu
- pendapatan purata isirumah nasional lebih RM4,000/bulan

Oleh itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dgn pelaksanaan GST

RM13juta lebih antara senarai BANTUAN BN YANG TURUN DARI LANGIT yang dapat di kesan di Sg Limau

http://1.bp.blogspot.com/-cS2AUD14KwU/UnIQcDKIR4I/AAAAAAAAS08/bH22nBlutco/s1600/2013-10-30_210555.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-j9pEe9PG2lE/UnIQcO2B9_I/AAAAAAAAS04/UDlzdZk9v0E/s1600/2013-10-30_210532.jpg 

Disenaraikan di sini bantuan yang BN telah umumkan di Sg Limau iaitu :
  1. peruntukan kepada Madrasah Mazahirul Ulum (RM400,000), 
  2. peruntukan kepada Sekolah Menengah Agama Nahdzah (RM3 Juta), 
  3. peruntukan kepada 12 sekolah lain (RM 1.2 Juta), 
  4. Insentif Program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700), 
  5. bantuan zakat Agrobank (RM19,700), 
  6. pinjaman TEKUN (RM30,000), 
  7. peruntukan Masjid Simpang Empat (RM 300,000), 
  8. sumbangan kepada badan persatuan guru-guru KAFA dan 33 masjid lain (RM 118,000),
  9. bantuan baiki rumah (RM1 Juta), 
  10. pemberian cermin mata (RM 1.18 Juta), 
  11. peruntukan kepada jeti perikanan (RM 500,000), 
  12. peruntukan untuk tukun tiruan (RM 2.5 Juta) 
  13. peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM 2 Juta).
BN juga turut memberikan sumbangan dalam bentuk
  1. anak pokok, baja, anak ayam, 
  2. buku agama, surah Yassin, 
  3. set pembesar suara, 
  4. microwave untuk ibu tunggal
  5. minyak masak Saji dan sabun mandi keluaran Felda.
Apabila dikira kesemua ini ia berjumlah RM 13.07 Juta. Bayangkan betapa besarnya kos perbelanjaan peruntukan kerajaan yang digunakan oleh BN. Ini belum lagi dicampur dengan kos lain seperti terbitan bahan kempen, sewaan tempat dan penganjuran program. Harus diingat wang yang digunakan ini bukanlah wang parti tetapi ia adalah wang rakyat yang diuruskan oleh kerajaan.

Kata SUSU TAMAT TEMPOH tu untuk kegunaan jentera, nie makcik Sg Limau mai ngadu juga nie...apa hal.!!

Serah balik susu tamat tempoh kepada BN

JERAI: PAS meminta ke semua penduduk yang menerima bantuan susu pekat yang telah tamat tempoh perlu menyerahkannya kembali di bilik gerakan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau turut menasihati agar mereka yang menerima bantuan susu pekat dari BN perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan.

"Saya meminta kepada BN agar membuat pengumuman kepada mereka yang menerima susu pekat tersebut mengembalikan kembali susu tersebut dan digantikan dengan yang baru.

"Kalau mereka tak mahu membuat apa-apa pengumuman, saya meminta kepada penduduk yang mendapat susu tersebut agar menyerahkannya di bilik gerakan BN dengan segera.

"Dalam pada itu kepada sesiapa yang mendapat bantuan dari BN perlu memastikan tarikh-tarikh luput agar tidak berlaku keracunan ketika menggunakannya," jelasnya.


Sebelum itu, Aishah Abd Rani dari Sungai Dedap yang tampil membuat aduan apabila turut menerima bantuan dari BN yang mengandungi susu pekat yang telah tamat tempoh.

PAS target minimun majoriti sebanyak 500 undi menang di Sg Limau

JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Anwar Ibrahim di Sg Limau | 01.11.2013


teknik Holiday planing year 2014 selepas Bujet Najib tempohari..

Holiday planing year 2014.

http://jommelancong.com/wp-content/themes/androida/timthumb.php?src=http://jommelancong.com/wp-content/uploads/2010/03/welcome.jpg&h=300&w=350&zc=1 

isteri : abang..tak lama lgi nak masuk tahun 2014.abang tak rancang nak gi jalan mana2 ka bawak syg dgn anak2..?

suami : syg cakap nak g mana, abang akan tunaikan..

isteri : waa..bestny ni yg saya syg sgt dekat abang ni..apa kata kita gi pula.ehm..pulau Langkawi ya nak shoping..dekat bukit kita ke cameron boleh beli buah-an & sayur2 lepas tu ke kuala lumpur nak borong barang masa sale dekat Sogo.

suami : itu saja?untuk anak2 macam mana pulak syg?

isteri : apa kata kita bawak mereka ke Legoland dan Genting Higland boleh kan.?

suami : menarik tu..boleh.

isteri :agak2 cukup tak planing yg kita buat ni untuk setahun?

Sg Limau : Apabila CALON UMNO BN sudah mula berkopiah putih

Calon BN pun berkopiah putih

JERAI: Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yangjuga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.

Mungkin juga kempen harmoni yang dilancarkan PAS dan BN di Sungai Limau membuahkan hasil apabila pemimpin kedua-dua parti cuba mengetepikan perbezaan melalui perlambangan.

Lucu, JKK siasat JKK....!!!


http://law.shu.edu/images/geneva/geneva_header_14.jpg
 MUNGKIN ada yang mula panas punggung. Boleh jadi juga ada yang meracau dan menjerit dalam tidur, macam kena polong kerana diganggu mimpi ngeri.

Atau, ada yang jumpa bomoh minta air jampi. Apa pun jangan sampai terjun dari bangunan tinggi untuk membunuh diri.

Semua gara-gara satu jawatankuasa khas (JKK) telah ditubuh bagi meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sendiri akan mempengerusikannya dengan anggota terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

Seperti yang dilaporkan jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku dan penyelewengan seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Ambrin Buang.

Sebenarnya dalam sesetengah kes, si penyangak boleh dikesan dengan mudah. Tidak payah tunggu lama-lama untuk mencekupnya. Kalau hendak tangkap hari ini pun boleh, esok terus sumbatkan dalam lokap. Tidak perlu pun menubuhkan jawatankuasa khas.

Sementelahan pula kita memang sudah terlalu banyak jawatankuasa khas!

Sg Limau: Adakah ‘Kekal’ atau ‘Berani Hijrah’?

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.20 Sungai Limau kini sudah pun memasuki ke fasa terakhir kempen yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian pada Isnin, 4 November 2013.

Pengundi DUN Sungai Limau ini berjumlah seramai 27,222 orang dengan komposisi mengikut kaum iaitu 93 peratus ialah pengundi Melayu, 6.7 peratus pengundi Cina, 0.6 peratus pengundi India dan selebihnya kaum-kaum lain. DUN Sungai Limau ini terletak di bawah Parlimen Jerai yang telah berjaya ditawan oleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu melalui calonnya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom manakala dua lagi DUN iaitu Guar Chempedak dan Gurun juga dikuasai BN.

Kerusi DUN Sungai Limau ini boleh dikategorikan sebagai kubu kuat PAS kerana penyandangnya sebelum ini, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah berjaya mempertahankan kerusi tersebut semenjak tahun 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama DUN Sala. Melihatkan majoriti yang dimenangi setiap kali pilihanraya tersebut, ia ada turun naiknya bermula pada PRU 1995 dengan majoriti hanya 196 undi, PRU 1999 dengan majoriti meningkat kepada 2621 undi, PRU 2004 dengan majoriti menurun kepada 1080 undi, PRU 2008 dengan majoriti 3212 undi dan yang terkini PRU 2013 dengan majoriti 2774 undi.

Zulhazmi Shariff mahu tarik balik sokongan muda

Beliau sudahpun mensasarkan untuk menarik beberapa NGO dan pemimpin mahasiswa untuk menyertai PAS.
 
PETALING JAYA:  Calon jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat Zulhazmi Shariff mempunyai satu azam yang jelas iaitu mendapatkan kembali sokongan muda kepada PAS dan mengaktifkan ahli pemuda PAS dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang bertugas sebagai seorang peguam dan ahli jawatan kuasa Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata sekiranya beliau memenangi pertandingan  empat penjuru tersebut beliau akan berusaha menarik balik sokongan golongan muda.

“Dalam pilihan raya umum ke 13, kami mendapati ada pengundi muda tidak mengundi PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Zulhazmi.

Golongan yang disasarkan beliau ialah golongan mahasiswa dan pemimpin muda dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sg Limau : Felda kelapa sawit dan Felda getah dah ada, kenapa tidak boleh buat Felda padi..??

Jangan abaikan nasib petani

 Jangan abaikan nasib petani  
Abdul Hadi (enam, kanan) dan calon Pas, Mohd Azam (dua, kiri) bersama pimpinan Pas menabur benih padi di sawah dekat Pulau Tembun, Kabu 10, Yan, semalam.

YAN - Pas menegur kerajaan Pusat supaya tidak mengabaikan nasib petani, khususnya di Kedah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mencadangkan kerajaan dapat meneruskan dan meningkatkan pemberian subsidi padi kepada golongan petani, terutama di kawasan Dun Sungai Limau.

“Subsidi ini bukan bermakna menjadi bebanan kepada kerajaan secara menyeluruh, bahkan akan mendatangkan pulangan kepada kerajaan pada akhirnya.      

"Kita mahu kerajaan berpandangan jauh dan bukan berpandangan untuk dua hingga lima hari, seperti pemberian RM500 untuk seminggu.

Subsidi gula: Kerajaan carilah alasan lain


Riduan Mohd Nor  
Riduan Mohd Nor

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pemuda Pas, Dr Riduan Mohd Nor hari ini menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari alasan lain berkenaan rasional kenaikan harga gula.

Menurut Riduan, pelbagai alasan diberikan oleh kerajaan berkenaan isu harga gula ini, ada antaranya seolah-olah tidak rasional, antaranya adalah kerana pengurangan subsidi gula menyebabkan berlaku kenaikan harganya.

“Pelbagai alasan diberikan untuk merasionalkan kenaikan harga gula. Ada juga kenyataan kurang bijak dengan menyatakan kenaikan harga gula adalah bagi mengurangkan penyakit diabetes.

“……soalnya, di mana kajian menyatakan menaikkan harga gula dengan secara automatik boleh menyebabkan berlaku penurunan dalam penyakit diabetes,” katanya memetik kenyataan media Pemuda Pas hari ini.

Kasihanilah kami yang guna diesel

KUALA LUMPUR: Dakwaaan kerajaan bahawa kenaikan harga minyak dan diesel September lalu tidak menjejaskan golongan miskin menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap bebanan golongan ini.

Menurut Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang), masih ramai penduduk kaum Iban dan kaum-kaum lain di pedalaman menggunakan diesel untuk menjana elektrik kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

"Kerajaan kata kenaikan harga minyak tidak menjejaskan golongan miskin. Adakah kerajaan sedar bahawa banyak lagi orang Iban dan penduduk di luar bandar masih menggunakan generator kerana mereka belum mendapat bekalan elektrik. Generator tersebut mengguna diesel.

"Jadi apakah yang telah dirancang oleh kerajaan untuk membantu golongan tersebut memandangkan mereka berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan berat," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin : Kewangan negara lelah bawah Umno


Azmin Ali  
Azmin Ali

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan pengurusan wang oleh Umno menyebabkan negara mengalami lelah kewangan.

Menurutnya, perkara itu berlaku ekoran tidak mempunyai 'fiscal space' untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya tidak mempunyai 'politic will' bagi memerangi rasuah serta ketirisan.

Beliau berkata, kedudukan kewangan negara 'membengkak' disebabkan disiplin fiskal yang diamalkan kerajaan lemah.

"Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak.

"Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36 peratus daripada KDNK , meningkat kepada 53 peratus dariapada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka akan meningkat kepada 54.7 peratus kepada KDNK 2014.

"Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara," katanya lagi dalam perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Blogger UMNO, PADIJANTAN Diarah Bayar RM130,000 Kerana Memfitnah

oleh Greenboc

Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.

Bubuh arak dalam masakan


Bubuh arak dalam masakan  
Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

Pas edar risalah baru calon


Pas edar risalah baru calon  
Risalah calon Pas yang baru

Pas edar risalah baru calon
Risalah Lama

YAN - Risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat yang menimbulkan kekecohan beberapa hari lalu kerana mengandungi sekeping gambar 'superimpose' telah digantikan.

Risalah baru yang memuatkan gambar calon bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak diedarkan kepada media selepas siang media harian di markas besar Pas di Sungai Limau, hari ini.

Isnin lalu, Sinar Harian mendedahkan, risalah Pas yang memaparkan gambar kempen calonnya, Mohd Azam Abd Samat bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah yang telah diubah suai menerusi teknik ‘photoshop’.

Peniaga raih keuntungan sempena PRK

http://3.bp.blogspot.com/-grfKlIqEOk8/UPd4oBWv4RI/AAAAAAAAACk/kAc9j28UadI/s1600/17012013222.jpg
JERAI 30 Okt. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kini menjadi seolah-olah lubuk wang kepada peniaga terutama pengusaha makanan apabila memperoleh keuntungan berlipat kali ganda sempena pilihan raya kecil yang berlangsung.

Pemilik kedai makan, Mahseri Othman, 59, berkata, dia dan isteri, Tuminah Saidi, 53, bersama pekerja tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung ke kedainya berhampiran Taman Mahsuri di sini.

Ujarnya, kedai makan yang diusahakan sejak lima tahun lalu menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti nasi berlauk, laksa dan makanan ringan.

"Sewaktu penamaan calon tempoh hari ada pengunjung yang terpaksa makan sambil berdiri dan di luar kawasan kedai disebabkan tidak cukup kerusi, sebelum ini tidak pernah berlaku keadaan sebegini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...