TERKINI :

Monday, October 28, 2013

Akhirnya Mahathir mulai menyerang, apakah Najib bakal tersungkur?

- Shahbudin Husin

OCTOBER 28, 2013

Sebagaimana yang diduga banyak pihak bahawa kekalahan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden Umno pasti akan menyebabkan rasa tidak senang bapanya, akhirnya menjadi kenyataan juga.

Hari ini bekas Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa politik wang masih wujud dalam Umno sehingga menyebabkan mereka yang tidak layak berjaya menang dalam pemilihan baru-baru ini.

Walaupun tanpa menyebut siapa yang tidak layak tetapi mengamalkan politik wang itu, tetapi kenyataan Mahathir itu jelas menggambarkan kekecewaan terhadap kekalahan anaknya itu.

Sebelum pemilihan dan sepanjang kempen, Mukhriz dilihat calon paling popular untuk memenangi salah satu jawatan Naib Presiden Umno.

Ke mana beliau pergi, sambutan yang diberikan cukup hangat. Dengan kemenangan tipis dalam PRU 13 serta kejayaan merampas kembali Kedah daripada PAS dan terlihat adanya keperluan terhadap pemimpin muda untuk meniup angin segar dalam Umno, Mukhriz dilihat antara pemimpin yang memenuhi kriteria itu.

Malangnya, populariti yang diterimanya tidak diterjemahkan dalam bentuk undi. Mukhriz hanya berjaya mendapat tempat ke-empat dengan 91 undi di belakang Hishammuddin Hussein yang mendapat 100 undi.

Mahathir katakan politik wang dalam umno masih wujud

Politik wang masih wujud dalam Umno, kata Dr Mahathir

OCTOBER 28, 2013 LATEST UPDATE: OCTOBER 28, 2013 05:17 PM

Politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno baru-baru ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang diberi,” katanya di Putrajaya pagi ini.

"Saya pernah menang, kalah dan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya. Keadaan yang paling tidak menyeronokkan bagi pengundi di kawasan saya, apabila saya diisytihar menang tanpa bertanding kerana tiada wang untuk beli nasi lemak dan rokok.”

Katanya, jika ada pertandingan maka calon sanggup berbelanja besar untuk mendapat sokongan.

Hadi: Senjata tak cukup tangani jenayah

KUALA LUMPUR - Kerajaan memerlukan aspek pembangunan modal insan untuk menangani masalah keselamatan negara yang semakin meningkat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata penggunaan senjata bukan kaedah utama untuk mengatasi masalah keselamatan di Malaysia.

Menurutnya, kelemahan pembangunan modal insan yang tidak tepat dan sesuai akan meningkatkan kes jenayah seperti tembak pegawai bank dan sebagainya.

MUKHRIZ lantik Adun MCA Gurun demi ambik hati orang cina Sg.Limau w.pun MCA pusat tak setuju..


Baguih punya PM merangkap MENTERI... kira nak ngelat sidang parlimen jaa..!


Parlimen sedang bahas belanjawan....

Baik punya PM merangkap Menteri Kewangan dok kira nak cabut pie luaq negara...

Tunggu dengaq la apa orang nak hujah... Nie dak mau ngelat jaaa....

Keluarga Azizan tuntut Muhyiddin minta maaf

Anak kepada almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta maaf atas ucapannya yang mengaitkan bekas menteri besar itu sewaktu mempertahankan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi gula.

Kenyataan itu dibuat anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie Azizan, 32 tahun pada sidang media di pusat operasi PAS pagi tadi.

"Saya mewakili kedua-dua bonda saya, adik-beradik saya serta sanak saudara Ustaz Azizan begitu terguris hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen pada 26 Oktober 2013, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.

"Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

Najib ajak rakyat jimat cermat, tapi mai tang dia boros nak mampus..!!

 
RM6000 sehari + RM800 sehari 'sahaja'.

Pemimpin yg tak pernah rasa kesusahan rakyat....

masa naik dulu pun senang menggantikan Allayarham Tun Razak....

dia mana pernah rasa susah cam bapak dia...

menapak ke sekolah berbatu-batu jalan kaki...

Tak apalah, Jamil kata saya tak betul - Mahfuz

JERAI: Datuk Mahfuz Omar tidak mahu memanjangkan isu mendoakan PAS menang di Sungai Limau oleh bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir kerana beliau cukup mengenali siapa Baharom  Ramli, 77.

Mahfuz ketika diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media hari ini, berkata beliau tidak mahu mengheret perbalahan di kalangan ahli keluarga Jamil.

"Tak apalah, biarlah. Saya tak mahulah mengheret perbalahan keluarga mereka," katanya ringkas.

Menurut Mahfuz, sewaktu lawatan beliau tempoh hari Jamil Khir tiada di rumah.

"Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu," katanya di Markas Induk PAS PRK N20 Sungai Limau.

Tegas Mahfuz, beliau amat mengenali Baharom yang telah lama bergiat dalam PAS malah dia mengaku telah membayar yuran ahli pada bulan lima lepas.

Bil elektrik rumah PM RM250 sejam?


Anthony Loke  
Anthony Loke

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

PAS salahkan pereka grafik dan mohon maaf pada pihak terbabit


PAS salahkan grafik ubahsuai gambar calon





12:33PM Okt 28 2013 PAS hari ini menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelumv  ini.

Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, pihaknya tidak ada niat untuk "mengada-adakan sesuatu yang tidak ada" dan akan menyiasat perkara itu dengan pereka grafik yang mereka risalah itu.

"Saya akan siasat dan kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini," katanya yang bertindak sebagai pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS Kedah akui itu gambar edit dan berjanji akan siasat bagaimana boleh berlaku..


Pas Kedah mengaku gambar kempen palsu


OLEH: Tarikh: October 28, 2013

YAN - Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

[DEDAH] Nama saja Pen Kanan Sekolah tapi nak beza mana satu pembangkang pun tak reti..!!

Macam mana la penolong kanan ni boleh diangkat jawatannya sekarang ya?

Pembangkang tu difinasinya kalau negeri PR .. BN adalah pembangkang... itu pon susah nak HADAM macai lemVuno nih..

Malu la oi...

Hapus IPP lebih jimat berbanding kurang subsidi gula

 

KETUA Menteri (dua dari kanan), Soon Lip Chee (paling kiri) dan Chong Eng (paling kanan) Sabtu lepas bersama-sama peserta Kursus Induksi Briged Wanita Pulau Pinang Peringkat Daerah SPS dekat Jawi bagi mempromosi 'Pelekan Merah Jambu', iaitu kempen kesedaran pencegahan barah payu dara yang diraikan di peringkat dunia pada bulan Oktober tiap-tiap tahun.
Hapus IPP lebih jimat berbanding kurang subsidi gula – Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, subsidi Kerajaan Pusat untuk semua stesen janakuasa bebas (IPP) yang dianggarkan RM8 bilion setahun sepatutnya dihapuskan terlebih dahulu, berbanding mengurangkan subsidi gula sebagaimana dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Guan Eng semasa mengulas mengenai Bajet 2014 berkata, langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanya akan terus menguntungkan kroni, selain, meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat terbanyak.

“Mereka (IPP) janakuasa bebas dan jual kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad). Dia (IPP) telah dapat subsidi, subsidinya sangat banyak (dipercayai) berpuluh-puluh bilion ringgit.

“Kenapa Kerajaan Pusat tidak mansuhkan subsidi untuk IPP, kenapa kurangkan subsidi gula.

Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa


Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah.

Sejarah telah membuktikan hanya bilis bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan. Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakannya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman.

Rupa-rupanya tiada peruntukkan undang undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pengundi bermaruan harus tolak BN – Mohd Sabu

Salmiyah Harun, 28 Okt 2013

JERAI: Penduduk N20 Sungai Limau khususnya di UPU Sedaka harus menjadi pengundi bermaruah dengan menolak BN dalam pilihan raya pada 4 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pengundi Sedaka yang kebanyakannya adalah pesawah atau petani sering dikaitkan dengan taraf hidup yang rendah.

Namun, katanya kerajaan BN seolah-olah tidak mahu melihat para petani ini setaraf dengan petani-petani di luar negara.

"Kalau kita pergi ke luar negara seperti Belanda sebut sahaja kerja sebagai petani, merekalah orang paling kaya.

"Di Malaysia sebut sahaja orang buat bendang dikenali taraf hidup yang rendah. Kalau dahulu bila tahu orang yang datang meminang anak kita orang bendang cepat-cepat cakap anak kami tak pandai masak. Kalau cikgu yang datang terus kata bagai pinang dibelah dua," ujarnya ketika berkempen di UPU Sedaka malam tadi.

Memo oleh calon PAS berkaitan Nasib Petani Padi Di Sg Limau & Seluruh Malaysia amnya.

BismillahirRahmanirRahim


JADIKAN PRK N.20 SUNGAI LIMAU : PLATFORM MENYERLAH KEBIJAKSAAN DAN KEMULIAAN KITA MEMBELA MASA DEPAN KITA DAN ANAK CUCU KITA SERTA RAKAN TANI PADI SELURUH MALAYSIA

Berikan undi anda kepada Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, sebagai bukti sokongan anda terhadap tuntutan bersama kita golongan petani padi yang hanya diberikan beberapa insentif sejak berzaman tanpa penambahbaikan yang sepatutnya berbanding terutama sektor korporat. Perhatian kononnya terlalu prihatin dengan nasib kita petani pula hanya sekadar meraih sokongan undi oleh Menteri dan pimpinan BN setiap kali menjelang pilihanraya kecil dengan umpan yang cukup murah.

Mukhriz berbohong kata PAS tak pernag ziarah bapa Jamil Khir sebelum ini..!!!

Hari Undi : Cuti tarak.. masuk lewat boleh...


PRK: Penjawat awam dibenar masuk lewat

OLEH: Tarikh: October 27, 2013

YAN - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata penjawat awam negeri itu yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau 4 November depan, dibenarkan masuk lewat bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya, mereka diberikan pelepasan khas bagi membolehkan mereka mengundi sebelum memulakan tugas.

Pihak swasta di negeri ini juga disarankan supaya mengikut langkah kerajaan negeri bagi memastikan petugas mereka dapat keluar mengundi, katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan bersama jentera Puteri Umno di sini hari ini.

"(Para penjawat awam Kedah) Tidak perlu bimbang diambil tindakan kerana memang tanggungjawab kita sebagai pengundi. Ini adalah cara terbaik," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...