TERKINI :

Sunday, October 27, 2013

Sg Limau : Biaq gambar berbicara...


Jenayah dah macam filem koboi

Syed Abdullah Syed Osman ,

Nampaknya rakyat Malaysia mesti menghadapi dugaan dan terpaksa mengharungi semuanya itu jika ingin teruskan hidup. Mahu tidak mahu kena nekad menempuhnya.

Apabila kita keluar sahaja dari, rumah bermakna kita akan menghadapi berbagai risiko yang membahayakan diri.

Pertama apabila kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walaupun kita membawa kereta dengan cermat tetapi disebabkan pemandu lain yang tidak berkhemah dan tidak bertanggungjawab itu terbabas atau melanggar kereta kita – kita turut menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu apabila berlaku sesuatu kemalangan pun ada juga jenis manusia yang mengambil kesempatan yang mencuri barang berharga mangsa termasuk beg duit yang mangsa bawa bersama. Itu belum lagi adanya sindiket sengaja melanggar keenderaan dan apabila kita keluar dari kereta kita dirompak pula.

Kedua, kita berhadapan dengan risiko rompakan dan ragut barangan walaupun kita berhati-hati tetapi jenayah ini tetap berlaku. Peragut yang kejam itu akan meragut hingga tergamak menendang atau mencederakan mangsa walaupun mereka telah dapat apa yang mereka idamkan.

BN Kedah macam tak sedar sudah jadi k'jaan

Hazayani Zakaria, 27 Okt 2013

JERAI: Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan bertindak 'dalam keadaan sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka memerintah negeri.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, BN tidak perlu menunggu kemenangan mereka di Sungai Limau untuk membuat pembangunan kerana BN sudah berkuasa sebagai kerajaan.

"Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut.

"Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau.

Kempen politik harmoni dicemari SMS fitnah

JERAI: Kempen politik harmoni yang dicapai oleh PAS dan BN di Sungai Limau nampaknya mula dicemari pihak tidak bertangggungjawab dengan memfitnah Pengarah PRK PAS N20 Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz,tengah malam tadi sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah yang menggunakan nombor telefon bimbitnya telah tersebar meluas termasuk di laman sosial.

SMS yang tertera "Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah".

Celakalah siapa yang ubah plan surau di Komplek Aman Central..

Pelan asal surau diubah?

Pelan asal surau diubah?  
Gambaran surau yang akan dibina di Kompleks Beli Belah Aman Central.
ALOR SETAR - Pelan asal dan reka bentuk surau di Kompleks Beli Belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah yang diroboh, didakwa diubah dengan meletakkan kedudukan surau di tingkat tiga kompleks itu.

Ura-ura mengatakan selepas kerajaan Pas kecundang dalam PRU13 lalu, pihak tertentu telah mengubah pelan asal yang dipersetujui pada Januari 2012 itu.

Sumber berkata, mengikut pelan asal, surau yang boleh diakses dari luar kompleks itu diubah ke tingkat tiga bagi memberi laluan kepada premis komersil.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menegaskan, pada mulanya kedudukan surau di tingkat tiga, namun selepas perbincangan dan atas permintaan Azizan, pemaju bersetuju membina di tingkat bawah untuk kemudahan jemaah.

Ceramah malam ini di Sg Limau

 

Mahfuz: PM perlu tegur Muhyiddin agar beradab

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih beradab apabila mengaitkan individu yang telah meninggal dunia.

Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula.
Mahfuz berkata Najib perlu menggesa timbalannya itu bercakap dengan rasa hormat terhadap bekas menteri besar Kedah itu.

"Saya minta PM supaya nasihatkan TPM (supaya) patuh kepada tatasusila.

"Saya cukup kecewa kerana TPM secara khusus merujuk kepada Ustaz Azizan dalam isu ni," katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Sungai Limau pagi ini.

Fitnah Macai BN : kerja dok pelaga MAHFUZ dengan Phahrolrazi pulak...!!

rasanya nak lawan hujah bab pembangunan di Sg Limau dah tak mampu, tabuq macam-macam dari pusat pun dah tak lut tengok nya.. lanie mai kempen pelaga pimpinan PAS pulak... 

nasib meroyan hangpa la UMNO BN oi... apa yang pasti semua dok bersatu nak perjatuhkan BN UMNO di Sg Limau nie....

Ada puak menidih otak bila baca tajuk harakah hari ini...!!

Photo: Semoga hasrat Ayahanda Baharom di makbulkan ALLAH ... Amin 
ini dinamakan politik vs politik
mana buat percaturan terbaik dan ada touching pada lawan
maka terimalah nasibnya....

Kes pendakwaan Ling Liong Sik nie macam kes main pondok-pondok ja..!!

Pembebasan Dr Ling rencat usaha tangani rasuah, kata pengkritik
OLEH V. ANBALAGAN, 
PENOLONG PENGARANG BERITA

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/LingLiongSik_10252013_tminazirsufari_006_540_360_100.jpg
Usaha Putrajaya meletakkan kepentingan untuk memerangi rasuah hanya sandiwara melihat kepada pertuduhan bekas menteri kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dituduh dan kemudian dibebaskan, kata bekas peguam negara dan peguam veteran.

Tan Sri Abu Talib Othman dan Karpal Singh berpendapat Dr Ling tidak patut didakwa terlebih dahulu dan perbicaraan selama empat tahun dilihat hanya sandiwara Putrajaya menunjukkan komitmennya serius menangkap pemimpin atasan.

Mereka mempersoalkan mengapa kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak direkodkan sebelum Dr Ling dituduh menipu Kabinet dalam urusan pembelian tanah di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2010.

Pack Bungkusan terbaru untuk Gula akan dikeluarkan oleh pakar sex Malaysia aka Najib Razak

dah dok kalut sangat kencing manis maka setiap bungkus gula sekarang ini akan diletakan gambar seperti ini.. amacam OK kaa...!!

Jangan sampai terlupa sedekah Al Fatihah untuk roh arwah Azizan

- Shahbudin Husin

Berbanding banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, PRK DUN Sungai Limau ini agak pelik dan sedikit luar biasa. Dalam pilihan raya ini, nama Allahyarham Azizan Razak, bekas ADUN kawasan itu selama lima penggal dan juga bekas Menteri Menteri Besar Kedah, begitu dijadikan sandaran untuk mendapatkan undi.

Jika hanya PAS berbuat demikian, tidaklah terasa pelik dan luar biasa kerana Azizan memang pemimpin parti itu, tetapi Umno dan BN juga cuba 'tumpang sekaki' mahu menggunakan nama bekas MB Kedah itu.

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh MB Kedah, Mukhriz Mahathir bahawa beliau bersama calon BN, Ahmad Suhaimi Lazim telah mengunjungi balu Allahyarham untuk memohon restu sebelum namanya diumumkan kepada orang ramai pada 21 Oktober lalu. Tidak diragui bahawa barangkali ini pertama kali dalam sejarah Umno dan BN, mereka memohon restu daripada keluarga pemimpin parti yang bakal dilawan dan dianggap musuhnya dalam pilihan raya.

Meskipun kunjungan itu tiada gambar yang disebarluaskan tetapi Mukhriz mendedahkannya sebagai membidas tindakan PAS membawa calonnya mengunjungi ayah Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ketua Umno Jerai yang memang ahli PAS kawasan itu dan kemudian dilihat sama-sama berdoa agar kemenangan pada 4 Oktober ini memihak kepada PAS.

Antara buah tangan MUKHRIZ dan Kerajaan BN Kedah sepanjang memerintah 7 bulan..!!!


  1. MEMANSUHKAN SKIM KAFALAH -yang mana sebelum ini telah diperkenalkan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri PR yang lalu
  2. MEMBATALKAN PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ SAINS DI LANGKAWI - Yang mana telah diluluskan dan dirasmikan oleh YAB MB Tan Sri Azizan Razak di Pulau Tuba Langkawi.
  3. MENUTUP KAMPUS INDUK KUIN DI KUALA KETIL - Yang mana telah dibina dan dirasmikan oleh YANG MULIA TUANKU DI PERTUAN AGUNG untuk memberi keselesaan pembelajaran dan mengangkat mrtabat pendidikan bagi rakyat Kedah ammnya.
  4. BAKAL MEMBANGUNKAN SEMULA PROJEK ZIPPY - projek ini akan memindahkan sebahagian rakyat Sg Limau serta sekolah dan beberapa prasarana seperti masjid & dewan orang ramai serta pelupusan tanah sawah gred A yang mana akan ditukarkan  kepada industri petroleum.
  5. HIBURAN TERBUKA SEMAKIN BANYAK - dizaman pemerintahan yang lalu hiburan terbuka tidak dibenarkan namun sekarang is sudah disuburkan semula.
  6. CADANGAN LITAR LUMBA - dalam ertikata mudah.. LITAR LUMBA boleh bina MAAHAD TAHFIZ dibatalkan...mana yang menjadi keutamaan untuk pembangunan insan untuk sepanjang zaman.

Ziarah ayah Jamil Khir, Sepatutnya UMNO pergi dulu.

harakah azam visit jamil khir father 25101321 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
 
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan kesal apabila PAS dilihatnya  cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu di Kampung Sedaka, semalam.

Akhirnya soal keikhlasan dijadikan modal oleh Mukhriz untuk menghadapi isu yang saya lihat boleh menambahkan sokongan kepada calon PAS ini. Satu alasan dan kenyataan yang membukti UMNO sudah kehabisan modal dalam berkempen

Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.
 
"Jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN .
 

Fitnah BN : Menjawab SMS yang dikatakan dari Mahfuz menghina calon BN...

Menjawab SMS yang dikatakan dari Mahfuz menghina calon BN... Apabila di mesage kepada no yang tertera beliau menafikannya...


Puak UMNO BN nie tak ada kerja dah kaa.. Asyik nak fitnah jee memanjang..

Alangkah Bagusnya Jika LUNAS berada dalam DUN Sg Limau..!!

Rayu bantuan disalurkan

Rayu bantuan disalurkan Rayu bantuan disalurkan
Penduduk kampung yang tidak berpuas hati kerana tidak menerima bantuan.

LUNAS - Lebih 150 penduduk dari 25 keluarga yang tinggal di Kampung Belakang Taman Kancil, di sini, merayu bantuan disalurkan kepada mereka setelah berdepan masalah banjir empat hari lalu.

Menurut penduduk, mereka memohon sebarang bantuan kerana rumah mereka ditenggelami air sedalam hampir dua meter.

Selain barangan elektrik, perabot dan dokumen penting, penduduk juga berhadapan kerugian apabila kenderaan mereka rosak kerana dimasuki air.

Seorang pekerja swasta, Mazlipa Md Isa berkata, hujan lebat sejak jam 2 petang mengakibatkan kebanyakan longkang dipenuhi air.

Menurutnya, kira-kira jam 8.30 malam air sungai melimpah dan mula menenggelamkan kampung itu.

“Setengah jam selepas itu, TNB mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di kampung ini dan mengakibatkan keadaan menjadi semakin cemas.

"Paras air naik mendadak mencecah sehingga 1.5 meter. Ketika itu kebanyakan kereta dan motosikal penduduk sudah ditenggelami air," katanya.

Keputusan PRK Dun Sg Limau seawal 10 malam

ALOR SETAR - Keputusan PRK Dun Sungai Limau dijangka diketahui paling awal pukul 10 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

"Jika kedua-dua parti yang bertanding mematuhi arahan, datang awal ke pusat penjumlahan undi di Dewan Al-Hakim Sekolah Menengah Agama Yan dan tidak menimbulkan kekecohan, tiada masalah keputusan diumumkan awal," katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh Radio Nasional FM di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata kertas undi juga telah siap dicetak. Beliau menganggarkan peratusan keluar mengundi kali ini meningkat melebihi jumlah ketika pilihan raya umum lepas yang merekodkan 89.4 peratus.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...