TERKINI :

Saturday, October 26, 2013

Bajet mungkir janji, ramai menyesal mengundi BN

Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihanraya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6 peratus berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.

Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Najib jadi penjual ubat sex laa pulak....!


TAK TAU NAK KATA APA DAH AIHHH
SAMPAI JADI PENJUAL UBAT SEX DAH AIHH...

Sembang aih hang TPM oi.. Syiar Islam penting, nu timb menteri hang tak bagi korban kawasan sekolah apa cerita?


PAS ganti UMNO atau PAS ganti kelaku UMNO...???

Nasihat Untuk PAS - Lakukanlah semua salahlaku sebagaimana Umno jika mahu memenangi hati rakyat dan pengundi-pengundi ….’

Imbas kembali - PAS Perak sewaktu meraikan kemasukan golongan Professional ke dalam PAS

Ketika pra PRU 13 yang lalu, pelbagai lapisan peringkat masyarakat telah menyertai PAS kerana minat mereka dalam agama. PAS dilihat sebagai parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar dan menjamin kesejahteraan ummah.

 Walaupun dalam keadaan PAS dituduh sebagai parti songsang, parti ajaran sesat, parti pemecah belah masyarakat, di samping kempen negatif oleh media rasmi kerajaan, berduyun-duyun masyarakat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Amat mengkagumkan apabila berbondong-bondong bekas-bekas Pegawai Tinggi Kerajaan mengistiharkan diri mereka menyertai parti PAS.

 Mereka adalah didorong atas kesedaran kuat mahu menegakan keadilan dan menumbangkan Umno. Fenomena ini menjadikan PAS begitu digeruni dan dicemburui oleh rakan dan lawannya. Kemasukan beberapa orang yang dianggap professional ini telah merobah perspektif masyarakat terhadap PAS yang sebelum ini dilihat hanya sebagai parti Lebai Kampung, tetapi kini lebih diyakini mampu akan dapat mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak.

Bagaimanakah GST lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada


Jika dilihat secara kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%)

Tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

Untuk lebih faham, SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan pada setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tapi kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82!

Dan yg bestnya, sebahagian cukai ini ditanggung rakyat!

Kesimpulannya, kerajaan dapat pendapatan lebih daripada GST kerana menampung difisit fiskal yg makin membarah, manakala rakyat teramai terpaksa menanggung beban hutang yg dibuat oleh kerajaan akibat boros dan tiris dalam berbelanja.

Nama ALLAH kalut nak pertahan, bila menteri hina syariat ALLAH semua diam !!!


ayo ayo ayo... mana pejuang..pejuang...
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/kalimah-allah-nazir-tmi-100913_540_346_100.jpg 
http://www.mole.my/sites/default/files/images/IMG_7004_0.storyimage.JPG

Mana dia makcik dan pakcik nie yang bersemangat pertahankan kalimah ALLAH tempohari... nie menteri nie dah menghina kerja buat kita di negara islam malaysia yang tercinta.. takan hangpa diam sunyi sepi kot...

NAMA ALLAH KALUT NAK PERTAHAN... SYARIAT & SURUHAN ALLAH HANGPA BUAT TAK PEDULI JAAA....

Mukhriz ikhlas ke lawat pekan sehari - Mahfuz

JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas.

"Mukhriz mempersoalkan saya dan calon PAS apabila memuat naik gambar ziarah Pak Ngah Baharom itu di dalam FB.

"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.

PRK Sungai Limau: Macai UMNO Kantoi Memfitnah Calon PAS

oleh Greenboc


Isteri Azizan nafi dakwaan blog

ALOR SETAR - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat diakui mempunyai pertalian saudara bau-bau bacang dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah ketika dihubungi, semalam.

Faekah berkata, hubungan kekeluargaan antara Azizan dan Mohd Azam adalah pada sebelah moyang yang merupakan sepupu.

“Sepupu Azizan yang juga anak kepada Tok Ndak Nab (Zainab) di Sungai Limau mengesahkan hubungan itu. Tok Ndak Nab dan bekas Adun Sungai Limau, Ahmad Awang adalah dua beradik, di mana Ahmad adalah bapa saudara Azizan,” katanya.

Menurutnya, pertalian itu wujud di sebelah keluarga lelaki moyang Azizan dengan moyang Mohd Azam.

TPM biadap kaitkan Ust Azizan dengan kenaikan harga gula..!!!



Apa yang dok sangkut paut dengan orang dah mati nie... ambik la contoh yang tak mengguris hati dan perasaan keluarga dan penyokong beliau...

kami yang dalam PAS pun tak sebut bab sebab musabab nie...

TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula
Ahmad Fadli KC

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

Zaman tokey cina pegang GULA naik ciput ja.. mai KRONI MELAYU pegang dah naik 5X dah..!!

Zaman cina Robert Kuok pegang kilang gula TAK PERNAH SEKALI PUN gula naik harga.

Tetapi semenjak CRONY PERASUAH ambil aleh dah 5 kali gula naik harga.

Robert kuok pegang gov bg subsidi.. syed mokhtar pegang tarik subsidi.. ini bermakna gov tlg cina

Malangnya setiap kali election BN jugak kasi undi . Itu kincin punya worang!!

GST sebenarnya lebih 6%...


Saudara-saudari sekalian, GST bukan SAHAJA/HANYA 6% yang kamu bayar dekat kaunter membayar supermarket, kedai makanan atau restoran seperti KFC, McDonald's atau mana-mana tempat serta premis membeli-belah. Walapun kerajaan mewar-warkan semua barangan asas tidak termasuk GST, tetapi masih banyak GST TERSIRAT yang belum kita tahu lagi. Sila baca artikel di bawah.

Greece GST 21%, Iceland GST 18% pun bankrupt teruk. Kemudian banyak PERKARA "TERSIRAT" awak belum nampak lagi. Contohnya, jikalau awak beli beras dekat shopping centre atau barang-barang apa jua dekat shopping centre, mereka punya packaging/kos bungkusan, kos promosi seperti alat-alat, persediaan dan perkakas promosi, logistik (komponen-komponen lori kereta dan kos foreman/mekanik), kos pengangkutan lain, kos publisiti media massa, kos-kos iklan lain, kos-kos lain-lain masih ada GST tau walaupun beras, gula atau garam itu serta sayur dan biskut lain-lain barang asas tidak ada GST.

Isu K-Pop: Shabbery Cheek guna RTM raih simpati


Jingga 13 Malaysia menyambut baik langkah yang diambil oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,mantan Menteri Belia dan Sukan untuk bersedia disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) berkaitan pembiayaan RM1.6juta konsert K-Pop sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 yang telah menimbulkan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan wang rakyat digunakan untuk membiayai konsert tersebut.

Jingga_13Sewaktu beliau menjawat Menteri Belia dan Sukan , Datuk Ahamad Shabery Cheek begitu mempertahankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kos konsert tidak menggunakan wang rakyat sebaliknya dibiayai oleh sumbangan penaja dan syarikat koperat.Malah dilaporkan lebih daripada RM20juta berjaya dikumpulkan melalu akaun Majlis Sukan Negara.

Kini ternyata beliau telah dilihat berbohong apabila pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang disahkan oleh Khairy Jamaludin ,Menteri Belia dan Sukan sekarang bahawa Kementerian Belia dan Sukan terpaksa membiayai konsert K-Pop.

Inti pati Bajet 2014....

bajet 2014
KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

Pas minta SPRM siasat politik wang di Sg Limau


Pas minta SPRM siasat politik wang  
Mahfuz (dua, kiri) bersama calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (tiga, kiri) bergambar bersama beberapa pimpinan Pas, semalam.
YAN - Pas Kedah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kemungkinan taktik politik wang digunakan BN dalam PRK Dun Sungai Limau.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, berdasarkan pengalaman, BN sering menggunakan pendekatan seumpama itu untuk memberi tekanan kepada pengundi.

“Mereka (BN) menjanjikan pemberian dalam bentuk tunai kalau mengundi mereka. Misalnya beri wang pendahuluan RM200 hingga RM300 seorang dan kalau berjaya buktikan mengundi mereka, maka wang terbabit akan ditambah separuh lagi.

Nat Bukit Besar dah banyak berubah


Nat Bukit Besar dah banyak berubah  
Pak Long Saidin ditemani cucunya ketika ditemui di Nat Bukit Besar semalam.
YAN - Nat Bukit Besar sudah banyak berubah berbanding ketika dimulakan dahulu kira-kira 15 tahun lalu.

Peniaga ikan kering, Saidin Saad berkata, pada masa itu, kawasan berkenaan hanya dipenuhi tanah merah dan tidak ramai yang berniaga kerana keadaannya kuang selesa.

Beliau berkata, melalui muafakat penduduk setempat, mereka meminta kerajaan membina nat itu untuk membolehkan orang tempat berniaga dan menjual hasil atau produk tempatan.

Apabila dibina jalan raya merentangi kawasan sawah padi, keadaan menjadi lebih elok dan makin ramai yang datang berniaga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...