TERKINI :

Friday, October 25, 2013

Betul ke GST tu 6% ?



Kah kah kah..!!!

Pengusaha dan pembuat produk akan membeli bahan mentah dgn kenaikan 6% harga yg dikenakan oleh cukai GST dan akan menjual produk mereka dgn kadar kanaikan harga sekitar 6-8% daripada harga biasa..

Bila masuk dalam pasaran cukai GST akan dikenakan pula kepada para pembeli dgn cukai 6%. Maka jumlah kenaikan sebenarnya barang yg sampai kepada pengguna adalah 12-14%.

Tax on top of tax = double taxation

Inilah yg berlaku di seluruh dunia.. Pemimpin dan Syarikat Kapitalis akan mengaut kekayaan demi kekayaan dgn menindas umat manusia seluruh dunia dengan Cukai2 berganda....

Sykt Keselamatan mana yang ambik pekerja IC PALSU & bagi lesen senjata api.. sila dedahkan..!!

Dedah syarikat keselamatan pengawal bunuh pegawai bank
Harakahdaily, 25 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, kelmarin.

“Tidak wajar untuk KDN dengan sekadar mengisytiharkan bahawa syarikat tersebut telah digantung lesen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, banyak persoalan yang timbul daripada prosedur menggaji pengawai keselamatan itu.

Antaranya, kata beliau bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mendedahkan nama syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di USJ Subang, Rabu lalu.

Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor

Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu.

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.

Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok.

Jalan raya di Sg Limau dah jadi kolam ikan...!!

Pemuda PAS buat aduan jalan uzur dan rosak

JERAI: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) membuat aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri berhubung jalan raya di beberapa mukim yang uzur dan tidak selamat.

Ketua DPPNK Nasir Zakaria mewakili calon PAS, Azam Samad menyerahkan surat aduan tersebut di pejabat JKR semalam mewakili calon PAS Sungai Limau, Azam Samad.

Menurut beliau, jalan negeri dan persekutuan Mukim Dulang, Mukim Sala Besar dan Mukim Sungai Daun, Yan Kedah rosak dan tidak rata sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.

Keadaan jalan, katanya semakin buruk akibat hujan yang sering melanda Kedah.

"Berdasarkan pemantauan saya dan aduan dari pengguna jalan raya yang melalui mukim-mukim tersebut, didapati banyak infrastruktur perhubungan ini telah rosak, berlopak, pecah dan tidak rata.

Industri komputer kena tempias GST, kata Pikom

OLEH MD IZWAN

http://earnic.com/wp-content/uploads/2011/09/gst-tax-in-malaysia-2010.jpg
Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom) tidak menolak pengguna komputer di Malaysia akan menerima kesan daripada pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam Bajet 2014 petang tadi.

Pikom dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pengguna akan menerima impak kerana sebelum ini tiada sebarang cukai dikenakan ke atas industri komputer.

"GST sudah pasti akan memberi impak kerana sebelum ini tiada cukai ke atas produk dan komponen ICT.

"Pengenalan 6% itu pastinya akan memberi impak kepada pengguna kerana kos berkaitan dalam industri," kata kenyataan itu.

Pengenalan GST tidak berguna jika ketirisan tidak ditangani


DAP mendakwa pengumuman Putrajaya memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini tidak akan menjana pendapatan negara sekiranya ketirisan masih berlaku.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) berkata, pengenalan GST hanya sia-sia dan tidak bermanfaat tanpa disiplin kewangan yang teguh diambil kerajaan.

"Tanpa perbelanjaan berdisiplin oleh kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ia tidak akan menjimatkan atau dapat disimpan.

"Lebih buruk lagi, wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang salah," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar: Belanjawan hukum rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Sg Limau - Edisi BN Kantoi : Gambar salam dengan pimpinan UMNO dikatakan masuk parti tersebut.

 
Edisi Kantoi : Seorang Pemuda Yang Bernama Hassan Terkejut Besar Apabila Gambarnya Bersalaman Dengan Pemimpin UMNO Di Dun Sg.Limau, Tiba2.. Keesokan Harinya... Ahkbar Tajaan UMNO/BN Kata Beliau Dan 86 Orang Yang Lain Keluar PAS, Masuk UMNO Padahal Itu Majlis Lain....

BN Kedah nie asyik dok Kaji.. Kaji... Kaji... yang pasti Tanpa Hasil...

ASYIK KAJI, KAJI, KAJI… TANPA HASIL
oleh Zulkifli Yahaya


Sungai Limau - Kerajaan BN Kedah hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji dalam Makmal Transformasi sebelum diputuskan baik untuk dilaksanakan.

“Nampaknya sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dari makmal tersebut setakat ini.

“Persoalan yang lebih asas daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan ‘Makmal Transformasi’ ini? Siapa panel penyelidiknya?” demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam sidang media yang diadakan sempena PRK Sungai Limau.

Rakyat, katanya, ingin tahu dalam beberapa kes kononnya kerajaan menangguhkan projek kononnya kerana mahu melakukan kajian tetapi nampaknya projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin dibatalkan terus. Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunong Inas, Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dan sebagainya.

Lebih banyak 'rompakan' jika laksana GST


Lebih banyak 'rompakan' jika laksana GST 
 Antara peserta himpunan Bantah GST memegang sepanduk di hadapan jalan utama menuju ke Parlimen selepas solat Jumaat tadi. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Lebih banyak dana awam akan dirompak dan diseleweng oleh kerajaan BN jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, pelaksanaan GST akan menyumbang kepada kenaikan pendapatan negara sekali gus akan menggalakkan berlakunya ketirisan dan pemborosan oleh kementerian dan jabatan kerajaan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.

"Tidak wajar kerajaan mengenakan GST dalam bajet tahun depan kerana ia bukan sahaja menaikkan pendapatan negara bahkan menggalakkan ketirisan dan pemborosan.

"... lagi besar pendapatan lagi, lebih banyak penyelewengan dan rompak dana negara akan berlaku," katanya ketika berucap dalam Himpunan Bantah GST di Jalan Parlimen, di sini, hari ini.

Bonus setengah bulan atau gaji minimum RM500


bajet 2014

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. - Bernama

Kerajaan BN enggan teruskan legasi Ustaz Azizan untuk bina Maahad Tahfiz Sains di Langkawi


JERAI: PAS Kedah kesal terhadap Kerajaan BN Negeri Kedah yang enggan meneruskan program bermanfaat yang dicadang dan dilaksanakan Kerajaan PAS sebelum ini.

Ketua Pembangkang Dun Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, keputusan kerajaan BN di bawah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sangat tidak wajar dan mengabaikan kepentingan pendidikan anak-anak Kedah.

"Kemudahan yang PAS cuba sediakan pada zaman pemerintahan kita diabaikan dan kerajaan membiarkan pelajar belajar dalam keadaan tidak selesa di kampus sementara di Kulim.

"Kita dapat maklumat daripada pihak pengurusan Maahad Tahfiz di Kulim, pengambilan sudah kali kedua dengan pelajar seramai seratus orang tapi pengambilan ketiga tidak dapat dilakukan kerana tidak cukup tempat.

Selamat datang GST.. cukai untuk orang kaya orang miskin semua pukul rata..!!!

GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu.

Syukur Alhamdulillah... Najib habaq Esok harga Gula NAIK...!!!

Harga gula naik mulai esok

JIKA HARGA LAMA 2.50 BILA BUANG SUBSIDI 34SEN JADI
TAMBAH LA DENGAN HARGA YG DOK ADASKRG NIE...

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

- Bernama

Skim Kafalah 'dikafankan' kerajaan BN

Salmiyah Harun, 25 Okt 2013

JERAI: Skim Kafalah yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah penggal lalu kini sudah menjadi 'kafanlah' apabila tidak lagi diteruskan kerajaan BN negeri.

Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Sungai Limau Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mampu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima skim itu.

"Dulu Kafalah, kini jadi 'kafanlah' bungkus kain putih kemudian kebumikan. Skim itu, kita bagi semua rakyat negeri ini tidak kira agama," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS PRK Sungai Limau di Batu 15.

Beliau turut mempersoalkan, mengapa kerajaan BN hari ini tidak mampu meneruskan skim itu sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal lalu berjaya mengagihkan skim bantuan itu kepada mereka yang memerlukan.

Kafalah adalah skim bantuan kewangan sebanyak RM500 untuk keluarga si mati yang miskin, ia merupakan usaha kerajaan PAS Kedah yang telah dilaksanakan ketika PAS di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada penggal lalu.

Mukhriz dah gelabah bila orang tau BAPAK JAMIL KHIR sokong PAS..!!


Mukhriz kesal ayah Jamil Khir jadi modal PAS

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal apabila PAS dilihat cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu di Kampung Sedaka, semalam.

Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.

Apa beza HUDUD BARAT & HUDUD BRUNEI di mata UMNO..!!!






Jamil Khir buruk siku, bagi bantuan guna duit KERAJAAN PUSAT lepas tu suruh orang undi BN..


  
 


Ha ha ha dok kata beri tak ikhlas...  yang dok beri tu semuanya duit kerajaan pusat tetapi bila dah beri suruh pangkah BN... menteri agama apa macam nie menyalahgunakan wang rakyat demi politik sendiri... duit bantuan kerajaan beri tu bukannya duit poket BN jadi dok kalut sokong BN buat apa... apa punya turrrr da menteri nie....


Ahmad Fadli KC & Sumisha Naidu

Felda menerusi Yayasan Felda mengagihkan bantuan mencecah sekurang-kurangnya RM1.12 juta kepada sebahagian penduduk di Sungai Limau.

Bantuan itu diagihkan kepada 200 buah rumah dengan RM5,000 untuk setiap isi rumah, serta pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma yang bernilai RM180 setiap satu kepada 700 orang.

Bila Menteri bercakap nak tunjuk baik akhirnya taik penuh di kaki..!!

 

Sebut kata murah.. tapi jabatan kerajaan dok beli mahal gila... ini berdasarkan Laporan Audit Negara... jadi ini sudah terbukti ada penyelewengan... tapi orang yang seleweng tu tak kena apa tindakan... 

 

Misteri Kad Pengenalan Palsu Penjenayah Tembak Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai Bank Kini Terdedah.

 
Sejak tersebarnya cakap2 bahawa kad pengenalan penjenayah tersebut adalah palsu, pelbagai perkara bermain di minda aku.

Macam2.

Kita sekarang akan kembali ke zaman 2009. Jom naik mesin masa sekejap.

Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!
"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.
Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.
"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.

Siapa Jadi lawyer kerajaan sampai orang tipu kerajaan pun boleh bebas nie....


Tangkap... Bising bising....sebok mcm bersalah
Masa musim pru macam kerajaan bagus...
Masuk mahkamah lawan kalah dengan penyamun
Loyar mana yg wakil kerajaan nie...
Peguam negara reti buat kerja kaa?

SG LIMAU : FELDA pun mai taboq di sini... meriah sungguh aihh...


TU DIA. ... SG LIMAU YG TAK ADA FELDA PUN DEPA MAI TABOQ
1.2 JUTA UNTUK LONGKANG DAH UMUM
2 JUTA UNTUK JALAN RAYA DAH UMUM
LANIE... 1 JUTA PULA MAI DARI FELDA....
TABOQ JANGAN TAK TABOQ
JANGAN LEPAS PRK NANTI
SEMUA JANJI MANISMU SAJA...

Jawapan menteri berkenaan "PROJEK TEBATAN BANJIR" di Kuala Kedah & Pendang

Kemenangan Khairul Azwan sebagai Naib Ketua Pemuda hanyalah ‘menang betina’

- Shahbudin Husin

October 24, 2013

Sebagaimana yang diduga, Ketua Pemuda Perak, Khairul Azwan Harun akhirnya diumumkan memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia menewaskan Jamawi Jaafar setelah dua bahagian yang mengadakan pemilihan semulanya hari ini iaitu Gelang Patah dan Sabak Bernam memberikan undinya kepada pegawai khas Menteri Besar Perak itu.

Dengan kedudukan undi sekarang Khairul Azwan mendapat 75 berbanding Jamawi kekal 73 undi, setelah kedudukan seri 73-73 berlarutan lebih seminggu, pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bachok pada Jumaat ini sudah tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

Bahkan tidak mustahil, undi daripada Pemuda Bachok juga tertumpah kepada Khairul Azwan yang baru kalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian Pasir Salak kerana tiada gunanya mereka mengambil risiko cuba-cuba menunjuk berani dengan memberikan undi kepada Jamawi.

Dengan kemenangan Khairul Azwan yang lebih popular dengan panggilan Azwanbro, bermakna Khairy Jamaluddin telah berjaya memastikan calon pujaan kalbunya itu menjadi orang nombor duanya dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Ini sekaligus menjadikan beliau menyamai kedudukan Najib yang turut berjaya memastikan calon pilihannya iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin memenangi jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

PAS sedia angkut pengundi jika banjir – Mahfuz

Muhammad Faizal, 24 Okt 2013

JERAI: PAS akan menyediakan kelengkapan bagi membawa pengundi jika banjir berlaku sewaktu hari pengundian PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sunga Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut akan dibincang bagi memastikan tindakan segera dapat diambil apabila berlaku banjir.

"Kita akan membincangkan tindakan yang perlu diambil jika berlakunya bencana alam seperti banjir, ini amat penting apabila kita melihat keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Apa yang pasti kita akan menyedia bot kecil bagi tujuan mengangkut pengundi-pengundi yang tidak dapat keluar akibat banjir.

"Kita telah lihat apa yang berlaku pada PRK Tenang, Johor sebelum ini dan langkah segera perlu kita rencanakan bagi memastikan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah," kata beliau ketika ditemui di Markas Induk PRK Sungai Limau.

Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita


tembak pegawai Ambank  
Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat. - Foto Sinar Harian oleh NUR FARHANA ABDUL MANAN 

KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Waduh.. YB mana.. Pej. Zakat mana.. nie orang nak bantuan nie..??

Tolong kami sekeluarga

Tolong kami sekeluarga  
Aishah terpaksa menjaga Mohd Hazim yang menghadapi penyakit kepala besar.
KUALA NERANG -Sepasang suami isteri dari Kampung Seberang, dekat sini, merayu kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan rumah bagi memudahkan kehidupan mereka.

Aishah Hasan, 28, dan suaminya, Mohd Solihin Seman, 29, terpaksa tinggal di rumah usang peninggalan keluarganya yang sering dimasuki air ketika hujan lebat dan kayunya pula semakin reput.

Menurut Aishah, mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah itu, kerana mereka hanyalah  bekerja sebagai penoreh getah sahaja.

“Setiap kali saya dan suami pergi menoreh, kami terpaksa meninggal anak sulung, Mohd Hazim yang menghadapi masalah sakit sawan dan masalah kepala besar.

"Selain dari itu, penglihatan anak juga tidak jelas dan tidak boleh bercakap. Ini membimbangkan kami ketika meninggalkannya seorang diri,” katanya yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Jalan MADA berlopak nak adu kat sapa... ???

Jalan berlopak jadi perangkap

Jalan berlopak jadi perangkap  
Pemandu terpaksa berhati-hati setiap kali melalui Jalan Mada di Kampung Hutan Pulai kerana terdapat banyak lubang yang berbahayakan kepada pengguna jalan.
HUTAN KAMPUNG - Pengguna Jalan Mada di sepanjang Kampung Hutan Pulai dekat sini, merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membaiki jalan itu yang dikatakan semakin teruk.

Pengguna mendakwa terdapat banyak lubang di sepanjang jalan dan menimbulkan bahaya.

Penunggang motosikal, Samad Ismail, 47, berkata, keadaan Jalan Mada sepanjang tali air itu kini semakin rosak dan berlubang.

Katanya, keadaan bertambah serius apabila musim hujan.

“Pernah berlaku seorang penunggang motosikal terpaksa dibawa ke hospital selepas parah kerana terjatuh dalam lubang yang dipenuhi air.

“Beberapa hari kemudian berlaku lagi kejadian seumpama itu kerana paras air yang menutup lubang itu menjadi jerat kepada penunggang motosikal. Selain jalan yang berlubang, jalan itu juga kini dikatakan tidak sama rata kerana tanah di situ dikatakan semakin mendap,” katanya.

Sg Limau: PAS Kedah rayu sumbangan

ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah merayu penyokong dan pendukung di seluruh negara khususnya para dermawan dan korporat untuk membantu memenuhi keperluan gerak kerja sepanjang PRK N.20 Sungai Limau menerusi sumbangan dana.

“Inilah peluang dan masa paling afdal meletakkan sumbangan derma kita. Mungkin kita tidak punya kesempatan masa dan tenaga untuk turut serta di medan jihad PRK Sungai Limau. Tetapi sumbangan dana wang ringgit itulah jihad kita pada masa ini.

“Tempoh ini sangat terhad dan penentu menang kalah. Jadi sumbangan yang diberikan sangat membantu usaha jentera kita mempertahankan maruah dan suara Islam untuk mengekalkan kemenangan kita di Dun Sungai Limau,” Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, kesempatan ini tidak akan berulang lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...