TERKINI :

Wednesday, October 23, 2013

Macai BN fitnah Calon PAS : Azam Samad hanya "Pewaris Palsu Azizan"



Macai tak kesah fakta tu palsu ke betol ke..
yg penting hati mau puas boleh karang cherita fitnah sensasi...

bawak bertaubat la banyak2....

Politik harmoni warnai proses penamaan calon siang tadi


Photo
Photo: Walaupun sarapan bersama ( bertembung) lawan tetap lawan prinsip berbeza

YAN - Suasana harmoni jelas tergambar pada proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau hari ini khususnya dengan kehadiran pemimpin tertinggi daripada parti politik yang bertanding.

Kesemua mereka hadir bagi mengiringi dan memberi sokongan kepada calon masing-masing disertai ribuan penyokong yang mula berkumpul di sekitar Dewan Dato' Madi di sini, seawal 6 pagi.

Ust Asri suruh selaraskan semua amalan keagamaan lain juga bukan hanya korban...!!

Bekas mufti: Jangan lihat ibadah korban sahaja


Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook.

Mohd Azam Abd Samat Faktor Pemersatu...

BismillahirRahmanirRahim

Biduk datang dengan ganas membelah kelembutan kiambang nan hijau dalam deburan kocakan air sungai, akibatnya kiambang berserakkan ke kiri dan ke kanan tebing ada sebahagian tebing telah runtuh akibat kocakkan kuat itu serta air tercemar dik tumpahan minyak tanpa dipedulikan dan kini biduk itu telah hilang dari pandangan...

Alhamdulillah. Muncul seorang pencinta kelestarian alam dengan penuh AZAM, membelai, menguis dan menyisir kiambang agar kembali menyatukan dan menghijau seluruh permukaan sungai, membaiki semula tebing yang runtuh dengan ditanami semula rerumputan.

Tanpa lengah ia terus mencari kembali petugas sungai yang lama tidak dipedulikan untuk kembali bertugas menghijaukan sungai dan tebingnya serta membuang sisa tumpahan minyak. InsyaAllah sungai kembali normal, ikan-ikan kecil mula berenang dengan lincah, burung berkicauan, rerumputan semakin menghijau, kiambang kembali bertaut.

Sungai Limau; Bukan sekadar pertarungan maruah

Hambali Akram,

Selesai sudah proses pencalonan DUN Sungai Limau, Kedah. Pertembungan dua musuh tradisi dalam politik Malaysia iaitu PAS dan Umno berterusan. Ada kalanya PAS menang dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya sudah diketahui kawasan ini telah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1995 iaitu dalam Pilihan Raya Umum ke-9 dengan majoriti yang kecil iaitu 196 sahaja. Namun sejak itu PAS terus mengukuhkan cengkamannya hingga kini.

Keputusan pilihan raya kecil kali ini tidak membawa apa-apa perubahan kedudukan dalam kerajaan Kedah, tidak seperti yang berlaku di Besut tidak lama dulu. Sesiapa pun yang menang, Umno-BN tetap memerintah Kedah.

Umno-BN tentunya mahukan kemenangan. Hal ini kerana bagi Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, kemenangan di Sungai Limau setidak-tidaknya meredakan sedikit kekecewaannya kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden Umno.

BN Menang Rakyat Senang?.. Kepala Hotak Hang!!!

Benarlah bagai dikata.. adalah mudah untuk memperbodohkan penyokong yang sememangnya bodoh.. contohnya adalah gambar di atas.

Antara sepanduk yang dibawa oleh penyokong UMNO/BN semasa penamaan calon bagi PRK Sungai Limau tadi, beberapa sepanduk terpapar dengan ayat 'BN Menang, Rakyat senang'..

Bodohnya mereka ialah mereka masih tidak sedar semenjak dari selepas PRU13 lalu, setelah BN berjaya mengekalkan kuasanya lebih banyak agenda yang menyusahkan rakyat telah dilaksanakan gara-gara kegagalan Najib mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Bermula dengan kenaikkan beberapa barangan asas hinggalah kepada kenaikkan harga petrol kini ekonomi rakyat akan terbeban lagi dengan GST pula..

Pengawal Keselamatan tembak Pegawai Bank untuk merompak

Pegawai bank mati ditembak di kepala

Pegawai bank mati ditembak di kepala
SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

BN taboq duit di Sg Limau, Semalam RM1.2juta hari ini RM2juta esok pula.....!!!!

ini duit yang turun semalam... RM1.2juta...

Mai hari nie pulak turun lagi RM2juta... mewah.. mewah..
nak kena tunggu YB mati baru nak merasa peruntukan untuk rakyat

RM1.2juta + RM2juta = RM3.2juta....
[SEMUA MAIN JUTA-JUTA]
mai taboq lagi jika ada..selepas tu mailah kita pakat berdoa semoga
ada lagi YB mati... he he he...

Sg.Limau : Penyokong PR ucap Tahniah & TQ pada BN semasa penamaan calon tadi..!!

Sg Limau : Muhyiddin akui UMNO juga parti ajaran sesat..!!

Tan Sri Muhyiddin, janganlah buka pekung parti sendiri.

Umno dan Pas ada persamaan, itu bermakna kedua-duanya ajaran sesat la kan?

 

Betulke dah sama Din? Kalau gitu semua pakat2 pangkah PAS laaa......

Sg Limau : Lokasi Ceramah Malam Ini...!!

[VIDEO] Ucapan PJ Kedah & Calon PAS Sg Limau selepas penamaan calon




Sg Limau : Macai BN dok jaja "Calon Pas sungai limau syiah!"


"Calon Pas sungai limau syiah!"

Eh? Kenapa cakap mcm tu?

"Ye la...dia kata dia belajar kat syria. Syria tu kan negara syiah? Dah la tu - dia x bgtau U mana dia belajar kat syria tu".

Adoyai. Kebodohan macai x abis2.

Tuan2, calon Pas PRK sungai limau tu...

• dapat ijazah dari AL AZHAR MESIR.
• mengikuti pengajian TALAQQI di syria

Korg faham ke dak TALAQQI ni apamenda? Talaqqi ni bukannya subjek pelajaran woi. Talaqqi ni METHOD PEMBELAJARAN DIRECT BERGURU DGN ULAMAK. Talaqqi mana perlu masuk U, mana perlu ijazah! Adeiiiii...

Mahkamah arah Polis & Kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada ahli PAS iaitu Pengerusi ANAK

Mahkamah perintah polis, kerajaan Malaysia bayar Pengerusi Anak RM370,000

October 23, 2013
Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.


Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. 

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000).

Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu.

Sg Limau : Selepas fitnah Calon PAS Syiah tak makan, kini puak BN buat pula cerita Azam musuh Azizan..!!

 

Sg Limau : Suasana di tempat penamaan calon BN

 
 
 

Sg Limau : Suasana di tempat penamaan calon PAS


Photo: Berdoa mencari keredhaan Ilahi.takbir!
 
 

PKR, DAP akan pastikan PAS kekal di Sg Limau

JERAI: PKR dan DAP berikrar memberi komitmen sepenuhnya bagi membantu PAS untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata selaku rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR akan turut sama berkempen dan berikrar untuk memenangkan calon PAS.

"Kita dari PKR akan turut sama berkampung mulai hari ini sehingga hari pengundian nanti bagi usaha untuk berkempen bersama-sama PAS agar kerusi ini terus kekal di tangan parti itu.

"PKR yang akan diketuai Datuk Johari Abdul akan melaksanakan tugas mereka selari dengan apa yang dikehendaki oleh PAS dan kita turut meletakkan beberapa individu yang mempunyai kepakaran agar serangan kita terhadap Barisan Nasional (BN) berjalan dengan lancar," jelas beliau.

PAS guna slogan 'kekal' untuk PRK Sg Limau




JERAI: PAS akan menggunakan slogan 'Kekal' sebagai tema kempen menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, 'Kekal' membawa misi yang cukup jelas dalam memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dapat diteruskan.

Jelasnya lagi, 'Kekal' juga turut membawa mesej bahawa PAS yakin dapat membawa kemenangan selama lima penggal sebelum ini dapat dipertahankan.

"PAS dan Pakatan Rakyat menyertai PRK ini dengan misi yang cukup jelas, hanya sepatah perkataan untuk pengundi di Dun Sungai Limau dan seluruh petugas dapat melaksanaka tanggungjawab dengan lebih bersemangat.

[VIDEO] PRK Dun Sg. Limau: Azam janji teruskan legasi Azizan


Banjir kilat landa Alor Setar


Banjir kilat landa Alor Setar 
 Shariffudin (kanan) dan rakannya menunjukkan kawasan Taman Kiara yang dinaiki air.

ALOR SETAR - Hujan lebat lebih sejam di sekitar Bandaraya Alor Setar menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air mencecah 0.5 meter, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Difahamkan, hujan lebat sejak jam 3 petang kelmarin menyebabkan Taman Kiara dan Jalan Datuk Kumbar turut dilanda banjir kilat sehingga mengakibatkan laluan tenggelam.

Naib Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Taman Kiara, Shariffudin Zaini Awang, 36, berkata, sebanyak 500 keluarga yang tinggal di dua fasa taman perumahan berkenaan terjejas dan mengalami kesulitan berikutan kediaman mereka dinaiki air.

“Taman perumahan berkenaan dipercayai mengalami banjir kilat di atas beberapa faktor termasuklah sistem tali air sepanjang dua kilometer (km) yang tidak diselenggarakan dengan baik dan paras kediaman rendah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...