TERKINI :

Tuesday, October 22, 2013

TG Nik Aziz : Maaflah Muhyiddin, Umno dan PAS jauh berbeza..!!



Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan. Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan. Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat. Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Sg Limau : Antara dia wajah yang ada pada "MUHYIDDIN"..!!!


Inilah dia wajah sebenar pimpinan UMNO BN, masa nak kutuk tak ingat dunia dah sampai mengatasi majlis fatwa dok hukum orangnya...

Tetapi bila mai Sg Limau, nak ambik hati orang disini maka lidah dah jadi lembut dah... dunia dunia...

Apabila blogger BN UMNO cuba fitnah calon PAS Sg Limau, tapi terserlah pula kebodohannya..!!!


http://mymedialab.blogspot.com/2013/10/prksglimau-calon-pas-kantoi-ijazah-amal.html
di jawab oleh Ust Nazmi Karim

Kenapa lah suka sangat sesetengah orang menimbulkan fitnah ye...

Sg Limau : Duit dah turun dah RM1.2 juta.... taboq jangan tak taboq...!!!

Peruntukan tambahan RM1.2 juta bangun prasarana di Yan
Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta untuk daerah Yan bagi pelaksanaan beberapa projek kecil seperti pemasangan lampu jalan, penurapan jalan dan pembinaan jambatan yang akan dilakukan serta-merta.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu yang turut meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dimohon oleh beberapa pihak sebelum ini termasuk pemimpin setempat.

"Projek-projek kecil itu harus diselesaikan dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program turun padang di Pekan Simpang Tiga, dekat Yan hari ini.

Tun M kutuk bumiputera pulak..!!!

Bumiputera tidak kualiti 
- Tun Dr Mahathir Mohamad

http://3.bp.blogspot.com/-9dWjZTxkRrg/UYMCBFuLiFI/AAAAAAAAiow/rDDNNl33Te0/s400/papan+tanda+saham+bumiputera+hilang.jpg
Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputera tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (Seri), Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputera tiada kualiti.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputera.

Kita tahu kerajaan dikuasai oleh Bumiputera yang tidak berkualiti, mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

Sungai Limau: Pakatan angkat suara anak muda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh calon anak muda Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang diumumkan bagi mewakili PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini.

“Kami yakin akan kemampuan anak muda ini untuk membawa inspirasi dan suara anak muda di dalam Dun Kedah kelak dan mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, DPPM yakin calon itu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai akan mampu membawa lagasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dahulu.

Depa Kata orang BN Sg Limau odar 'Suhaimi'' tapi pimpinan hantaq mai "Sohaimi"..!!

 
 SUHAIMI or SOHAIMI....???

Sampai bila dok nak kena tipu dengan BN, wahai Macai..??

SAMPAI BILA...??? DOK ULANG BENDA YANG SAMA PUN MASIH DOK PANGKAH SITU LAAA.. SEDAQ DIRI DITIPU OLEH BN TAHU DIRI DITIPU OLEH BN..TAPI TETAP DOK JADI MACAI SITU LAA....

BN OH BN MANDREM APA YANG HANGPA PAKAI NIE..???

Siapa Ulamak Yang Boleh Ganti Mat Sabu..???

SUBKY LATIFF TANYA SIAPA ULAMA BOLEH GANTI MOHD SABU?

Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu? Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.

Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.

Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini.

Kumpulan yang di ketuai Fathul Bari aka ILMU nasihatkan BN pusat supaya tak bertanding di Sg Limau


kena gula-gula apa Anwar bagi selepas Fathul Bari berjumpa dalam kapal terbang tempohari...

Patutlah susah nak turun harga kereta, kerajaan & menteri Malaysia dok meniaga bagi kat kroni depa

Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam

 
Semalam telah didedahkan bahawa kerajaan telah membayar rm8juta sebulan untuk membayar kos sewaan kenderaan rasmi kerajaan persekutuan.

Rujuk sini : http://bit.ly/H7g8KT

Menurut laporan berita tersebut ;

1. Sebulan kerajaan bayar 8juta kepada Spanco SDN BHD.

2. 8juta x 12bulan = 96juta setahun.

3. Bayar 96 juta setahun untuk sewa kereta, selanggara dan juga baik pulih.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan meletak jawatan sebab Kak Jat masih jadi Ketua Wanita

Hasnizam Adham
Follow · 21 hours ago via Mobile


Hari ini saya akan hantar surat secara rasmi.

Saya tidak mahu bersekongkol dengan Ketua Wanita Umno Malaysia

1)Sejak saya didaftarkan oleh orang dulu2 utk jadi ahli umno

2)Sejak saya telah lebih 10tahun jadi ketua pemuda umno cawangan

3)Sejak lebih 10tahun saya pimpin belia dicawangan saya

4)Dan pernah April 2008 saya dihalau oleh lebih 3000 hanya kerana saya bersuara yg tidak suka didengar oleh mereka di hotel singgah sana yg dihadiri oleh Tun Mahathir,Ds Khir Toyo,Datuk Mukhriz Mahathir,Dato Fuad Zarkasi

Tidak pernah saya jauh hati hingga mahu meninggalkan parti,waima pru13 pun saya 100% sokong dan undi umno walaupun ada kes2 individu yg mengguris hati saya sebagai ahli akar umbi

Tapi bila ketua wanita umno sedia ada masih bangga tidak sedar diri masih mahu berkuasa,saya tidak boleh terima lagi.

Sg Limau : Ust Azam - dari kacamata seorang sahabat..!!

:: USTAZ AZAM DARI KACAMATA SEORANG SAHABAT ::

Photo: :: USTAZ AZAM DARI KACAMATABSEORANG SAHABAT ::

Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah
bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur
bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika
terasa kurang di mana-mana.

Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat
subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan
Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun
2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah
dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan
seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu,
kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.

Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia
bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya,
yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...
"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"
"Ya mak cik, Azam ada mak cik"
" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai.
Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon
balik"
"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"
" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka
Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi
telefon"
"Ok mak cik, Assaamualaikum!"
"Waalaikumussalammmm!"

Sebeum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat
lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia
telepon balik.

Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan
yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.
Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka,
sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan
mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam
(PASTI) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan
guru dan pengelola PASTI seluruh Kedah. Sekolah-sekolah
PASTI berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya.
Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah
dana membantu guru-guru PASTI yang bergaji rendah. Majlis
Guru PASTI (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai
program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin
bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga
semakin hebat.

Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan
guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran.
Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang PASTI,
dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi
berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz
Azam dan warga PASTI. Sukar mencari orang yang memiliki
kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!

Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia
berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan
MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat
dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP
PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar
berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil
tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah
meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau
belakangnya.
"Azam tu budak baik tuuu..."
" Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."

Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya
kepada Ustaz Azam....
"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus
menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la
jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam
dia...orangnya baik sangat-sangat."

Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi
calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg
Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali
lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari buminya,
menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada
watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri
kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak
garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah
mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz
Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya
adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.

Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam
masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia
kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya,
sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal
dipimpin oleh Ustaz Azam....Calon PAS DUN Sg Limau. Semoga
dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk
ummah. Siiru 'ala barakatillah.

* ulisan oleh Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Ketua Penerangan PAS Kedah)
Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah
bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur
bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika
terasa kurang di mana-mana.

Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat
subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan
Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun
2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah
dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan
seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu,
kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.

Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia
bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya,
yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...

"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"
"Ya mak cik, Azam ada mak cik"
" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai.
Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon
balik"
"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"
" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka
Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi
telefon"
"Ok mak cik, Assaamualaikum!"
"Waalaikumussalammmm!"

Jimat RM30 bilion jika hapus seleweng seperti Jabatan Audit Negara dedahkan..!!


Anwar Ibrahim   
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - PR menganggarkan penjimatan antara RM20 bilion dan RM30 bilion setiap tahun jika pembaziran dan penyelewengan berdasarkan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dihentikan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wang negara boleh dijimatkan kalau kerajaan bertindak tegas terhadap kementerian terlibat dengan salah laku dan pembaziran.

"Antara contoh pembaziran besar dilaporkan adalah RM2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran untuk membayar pengawal tidak bersenjata di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian.

"Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan mengakibatkan perkara itu disia-siakan dan dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion dibazirkan," katanya.

'Jaga molek negeri kito', pesan Tok Guru


'Jaga molek negeri kito', pesan Tok Guru  
Nik Aziz (tengah) menerima cenderamata kenangan daripada orang ramai sambil diperhatikan Ahmad (kiri) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, semalam.
KOTA BHARU – “Kena jaga molek negeri kito, jangan ado daripada kito hok wak kuca (buat kacau), jangan, dosa besar, jaga molek suasana dan keadaan negeri hok kita pelihara ini,” ucap Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Majlis Himpunan Rakyat sempena ulang tahun ke-23 pemerintahan Pas di negeri ini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemerintahan berlandaskan Islam perlu dijaga bagi memastikan akidah dan kepercayaan umat Islam tidak terpesong daripada landasan sebenar agama suruhan ALLAH SWT.

Beliau yang kini menyerahkan tugas rasminya kepada Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu hanya mengalas tanggungjawab sebagai Adun Chempaka selain jawatan sebagai Mursyidul Am Pas.

Majlis himpunan rakyat itu diadakan untuk memberi penghormatan kepada veteran ulama negeri dan bersempena sambutan kelahiran kerajaan “Membangun Bersama Islam” dengan tema Jasa Dikenang, Amanah Disandang.

Dari hal keluarga calon PAS Sg Limau...

DARI HAL KELUARGA CALON PAS SG LIMAU
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Calon PAS yang bakal bertanding di DUN Sg Limau sudah diumum. Ustaz Azam Samad, seorang bekas guru Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah (SMAN) dipiliah PAS untuk mempertahankan kerusi tesebut.

2) Saya tiak kenali Ustaz Azam secara dekat. Tetapi kajian saya mengenai calon ini sepintas lalu, ia adalah sangat menakjubkan. iarlah rakan-rakan lain bercherita mengenai beliau, saya akan bercherita mengenai perkara lain.

3) Lihat gambar yang saya uploadkan ini. Ustaz Azam berlatar belakangkan pengantin Jepun, Shiozaki Yuki dan Kushimoto Hiroko. Apa kena-mengena pengantin Jepun itu dengn Ustaz Azam?

4) Pada tahun 2007 seingat saya, seorang penuntut doktor falsafah dari UKM, Kushimoto Hiroko telah memilih SMAN sebagai sekolah angkat untuk kajian falsafahnya yang bertajuk "The Spread of Islamic Teachings".

Punca Mahathir akan 'meletup' selepas Mukhriz kalah..!!


Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz. Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah.
Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.
Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.

Menteri 'karut'.. orang suruh jaga bagi turun harga barang bukan turunkan subsidi..!!!

Bersedialah, subsidi tertentu mungkin diturunkan

HASSAN-MALEK  
Hasan Malek
KOTA BHARU - Kerajaan berkemungkinan menurunkan subsidi tertentu dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

"Bersedialah menghadapi kemungkinan subsidi diturunkan. Saya tidak mahu nyatakan, biarlah PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkannya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 di sini hari ini.

Hasan berkata pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini akan tetap memberikan keutamaan kepada hak pengguna walaupun bakal memberikan kejutan tertentu.

"Kita akan lindungi pengguna dan mereka akan sentiasa kita lindungi. Pada bajet itu sama-sama kita tunggu, bermacam-macam pendekatan kita ambil.

"Bajet ini adalah bajet rakyat. Persatuan pengguna diambil pandangan. Kita pergi ke peringkat akar umbi dan buat dialog bajet dengan pengguna," katanya.

PRK: Ketua Pemuda Pas Jerai lawan Sohaimi


YAN -  Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, adalah calon parti itu untuk PIlihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, umum Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang di pekan Sungai Limau, di sini sebentar tadi.

Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru.

Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.

Biodata & petikan ucapan sulung Calon PAS Sg Limau : Ust Azam Samad



[Ehsan MyTV]

BIODATA CALON PILIHANRAYA KECIL N 20 SUNGAI LIMAU (PAS)

NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT
UMUR: 37 TAHUN
KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR
TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN.

STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK

PENDIDIKAN: -SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR.
- SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH.
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH.
- IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.
- PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA.
- DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI)

Ustaz Azam Samad calon PAS PRK Sg Limau

Ustaz Azam berucap pada Majlis Pengumuman Calon N20 Sungai Limau, malam ini.

JERAI: Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam ini di majlis pengumuman calon di sini.

Ustaz Azam yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam ketika memberikan ucapan sulung malam ini berkata, beliau akan memikul amanah yang diberikan ini sebaik mungkin.

Beliau menegaskan, azamnya untuk meneruskan agenda bekas Menteri Besar Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Beliau juga berharap seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Ustaz Azam turut menyeru agar semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...