TERKINI :

Saturday, October 19, 2013

Adakah ini petanda Umno Johor tolak Mukhriz..?

Perjalanan Mukhriz masih jauh untuk di puncak UMNO..!

Tak rasmi: Zahid, Shafie kekal; Hisham hampiri kemenangan

10:34AM Okt 19 2013

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian.

Sehingga jam 10.00 malam ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 153.

Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 142 dan 84 undi.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 153

2. Datuk Seri Shafie Apdal -142

3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -84

4. Datuk Mukhriz Mahathir -69

5. Tan Sri Isa Samad -8

6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

Zahid, Shafie dan Hisham teratas.. Mukhriz mengjar di belakang..

Tak rasmi: Zahid, Shafie menang; Mukhriz kejar Hisham

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian.

Sehingga jam 7.30 petang ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 117.

Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 106 dan 65 undi.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 117

2. Datuk Seri Shafie Apdal -106

3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein -65

4. Datuk Mukhriz Mahathir -53

5. Tan Sri Isa Samad - 7

6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

[GEMPAR | VIDEO] Daging masih bergerak walaupun sudah di potong..!!


Isu K-Pop RM1.6juta sudah dilapor kepada SPRM....

NGO lapor SPRM isu RM1.6 juta K-Pop
Selangorku, 18 Okt 2013

http://www.malaysiandigest.com/images/ds-HBN.jpg
PUTRAJAYA: Jingga 13 membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek membabitkan kementerian itu ekoran yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata laporan berkenaan membabitkan isu pembiayaan RM1.6 juta untuk Konsert K-Pop Himpunan Jutaan Belia dan akaun Majlis Sukan Negara berjumlah RM20 juta bagi wang tajaan syarikat swasta.

Fariz berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini mengesahkan bahawa KBS terpaksa membayar kos pembiayaan artis K-Pop berjumlah RM1.6 juta kerana banyak penaja gagal menyalurkan bantuan.

Shabeery sebagai menteri bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert terbabit dibiayai penaja melalui akaun Majlis Sukan Negara (MSN) dan beliau turut bertindak memperlecehkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sebagai ‘culas’ dalam menyediakan laporan berkenaan.

[TERKINI] Keputusan Pemilihan Pemuda Pas Kedah

Keputusan Pemilihan Pemuda Pas Kedah

http://3.bp.blogspot.com/_duLR6x2wPdQ/SB-tfZeEnAI/AAAAAAAAANc/O5BCKGK5ZXw/s200/_DSC0198.JPG
Kp : Ust Nasir Zakaria (Pdg Terap)

http://2.bp.blogspot.com/_be2hi8BU7tg/S7kx0cFhDWI/AAAAAAAADAI/EdpVVNTFnJM/s400/ustazizzat.jpg
Tkp : Ust Izzat (Pokok Sena)

Idrus Ahmad
Naib : Ust Idrus (Jerai)

AJK
1.Ust Azam
2. Mohamad Ismail
3.Ust Salim Mahmood
4. Mohd Rahimin Abd Rahim

Sah, Umno alergik dengan undi popular

Jawatankuasa Pemilihan UMNO akhirnya membuat pusingan u-turn berhubung keputusan untuk menentukan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang tergantung sejak seminggu lalu berikutan jumlah undi yang diperolehi oleh dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar terikat dengan kedudukan 73-73 pada pemilihan 12 Oktober lalu.

Selepas keputusan seri itu, Jawatankuasa Pemilihan kemudiannnya memutuskan pengiraan berdasarkan jumlah undi popular akan dilakukan untuk menentukan pemenang sebenar. Bagaimanapun semalam, kaedah undi popular itu tidak jadi dikira tetapi pengundian semula tiga bahagian pula akan dilakukan.

Berikutan pendirian JK Pemilihan mahu mengira undi popular untuk menentukan pemenang itu, Khairy Jamaluddin yang baru menang sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan meraih 189 undi telah meluahkan rasa tidak setujunya dengan kaedah itu, sebaliknya mahukan pemenang ditentukan melalui undi daripada Pemuda Gelang Patah yang belum bermesyuarat.

KJ juga dilaporkan telah membawa isu itu kepada pengetahuan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk dipersetujui.

Ingat PAS Putrajaya aja yang kena mesyuarat semula, rupa-rupanya UMNO pun ada jugak...!!!

Diarah adakan semula mesyuarat pemilihan
Laporan Semasa Pemilihan UMNO 2013 TANJONG KARANG - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Bahagian Gombak serta Pergerakan Puteri dan Pemuda Bahagian Sepang diarah mengadakan semula mesyuarat pemilihan sayap masing-masing oleh Jawatankuasa Aduan Umno Selangor.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan menghantar laporan kepada Umno pusat berhubung aduan yang diterima berkaitan pemilihan kepimpinan sayap peringkat bahagian Sabtu lepas.
  
"Jawatankuasa aduan ini menerima 12 aduan dan selepas diteliti, empat aduan ini mempunyai bukti yang kukuh dan perbincangan selama dua hari telah diadakan sebelum dimajukan kepada Umno pusat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Dato' Hormat di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, aduan membabitkan sayap Wanita PJS adalah berkaitan pertukaran perwakilan sehingga menimbulkan pertikaian perbezaan dua undi untuk jawatan Ketua Wanita Umno bahagian itu.
    

Makmurnya undi BN, kini harga ikan pula dinaik 30% sebagai hadiah untuk rakyat semua...

Harga ikan naik 30 peratus

Harga ikan naik 30 peratus  
Peniaga ikan, Hamzah Mohd Ali sedang melayan pelanggan di Pasar Chabang Tiga.

KUALA TERENGGANU – Harga ikan di negeri ini naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa, sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu.

Peniaga ikan Pasar Chabang Tiga, Abdul Rahman Ali, 34, berkata, harga kebanyakan ikan naik disebabkan permintaan tinggi dan dipengaruhi kenaikan harga minyak.

“Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi.

“Tambahan pula, permintaan daripada pelanggan juga meningkat dan peniaga juga terpaksa naikkan harga,” katanya.

Abdul Rahman yang telah 20 tahun berniaga ikan di pasar itu berkata, kebanyakan peniaga ikan di situ menjual ikan dengan harga yang sama.

Penganalisis: Sukar bagi Mukhriz lakukan kejutan dalam pemilihan Umno

OLEH DIYANA IBRAHIM
October 19, 2013

Mukhriz diramalkan ayahnya Dr Mahathir berpeluang cuma 50% untuk memenangi jawatan naib presiden. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2013.
Mukhriz diramalkan ayahnya Dr Mahathir berpeluang cuma 50% untuk memenangi jawatan naib presiden. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2013.

Penganalisis politik menjangkakan tiada kejutan yang akan berlaku dalam perebutan jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini, sambil meramalkan agak sukar untuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir memenangi jawatan yang beliau tandingi.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Dr Jayum A Jawan berkata, berdasarkan pada pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri baru-baru ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan perwakilan.

"Kalau dulunya saya lihat Mukhriz punyai peluang yang amat cerah dan yakin mampu melakukan kejutan namun sekarang peluang menteri besar tersebut kelihatan samar akibat dari corak perubahan pola perwakilan.

“Populariti Mukhriz ini dilihat sebenarnya tidak begitu kuat dikalangan perwakilan akar umbi, di mana ketiga-tiga pemimpin teratas paling disebut-sebut oleh pengundi," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Menteri mana bakal tersungkur dengan pendedahan Ketua Audit Negara

PAK MENTERI MANA PULA YANG BAKAL TERSUNGKUR HASIL PENDEDAHAN LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA
oleh Mummy Rokiah
Dal Shabet di antar kumpulan yang dibayar RM1.6 juta konon dapat sponsor.

Bagaimana hendak menjawab pembelian 20 jam dinding berjenama dengan harga RM3,810 satu unit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM100 sahaja. Harganya melambong 38 kali ganda. Siapa yang kena kapak?

Bagaimana hendak menjawab pembelian scanner size A4 dengan harga RM14,670 seunit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM200 sahaja setiap satu?. Harganya melambong 38 kali ganda. Siap yang kena kapak?

Bagaimana hendak menjawab apabila Pegawai Kanan membuat 813 tuntutan berjumlah RM803,813 untuk lawatan sambil belajar selama 4 hari ke Geneva, Switzerland. Perjalanan yang sungguh mewah dengan pernerbangan kelas pertama, hotel bertaraf istana, wine & dine, belanja pakaian baju sejuk bulu beruang dan seluar dalam bulu kambing. Tidak masuk logik akal mewahnya pegawai ini berjoli sambil belajar di Geneva. 

Apa ilmu yang dibelajar selama 4 hari itu sukar difikir.

Pengalaman ajar KFA berhati-hati

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

http://2.bp.blogspot.com/_L2WXZwAZqFQ/RzG9I2vPn-I/AAAAAAAAABk/dcpGJ34GDVc/s320/Kedah+FA+Logo.pngPENGALAMAN beberapa musim lalu akibat terburu-buru di dalam membuat keputusan pemilihan pemain tempatan, import dan ketua jurulatih yang akhirnya gagal membuahkan kejayaan menyebabkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) lebih berhati-hati pada persiapan skuad 2014 lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Sekali lagi menafikan dakwaan penyokong bahawa mereka langsung tidak membuat persiapan, Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata, mereka serius di dalam mengenal pasti beberapa pemain untuk memantapkan pasukan hijau kuning.

Menurutnya memang penyokong berhak tahu persiapan KFA namun persatuan itu hanya mahu mendedahkan persiapan selepas semua berjaya dimuktamadkan dan mencapai persetujuan.

“Saya bimbang sekiranya apabila kita menghebahkan nama-nama pemain dan siapa ketua jurulatih tersebut namun pada akhirnya tidak berjaya, ia sudah tentu lebih mengecewakan penyokong dan juga rakyat negeri Kedah.

'Islam tak terancam, tapi mahkamah gambarkan begitu'

NONEWAWANCARA Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan kerajaan mengharamkan kalimah Allah untuk orang Kristian demi keselamatan atas alasan Islam sedang terancam, ditolak mentah-mentah oleh pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Islam di Malaysia tidak terancam. Sebaliknya makin berkembang sehingga sekarang 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam, (dan) media serta kerajaan turut melindungi Islam.

"Ia (keputusan mahkamah) karut jika kamu lihat kepada angka-angka.

"Apa yang kita bimbangkan? Apa ancamannya jika orang Islam terdedah kepada agama lain...? Ia (ancaman) tidak ada," tegas ahli akademik itu.

Abdul Aziz berkata, tiga hakim yang mendengar perkara itu telah mengherotkan makna dan niat dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

TAHNIAH BN - Bersedia untuk menikmati kenaikan tambang teksi pula..!!!

Cadangan tambang baharu dikemuka tahun depan

Syed Hamid Albar  
Syed Hamid Albar 

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu.

"Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini, hari ini.

Sg Limau : Penanda aras sebagai MB baru Kedah


Penanda aras sebagai MB baru  
Hsiao Leung (kanan) menyampaikan baju dan topi PKR kepada Pengerusi Ranting PKR Flat Gemilang, Hasbullah Hamid, semalam.
ALOR SETAR – Pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau merupakan peristiwa penting kepada Datuk Mukhriz Mahathir untuk menguji popularitinya sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Naib Pengerusi 2 PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, meskipun perkara itu menjadi perhatian umum, namun pihaknya akan terus membantu Pas untuk mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, selepas bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mempertahankan kerusi itu untuk lima penggal berturut-turut.

“PRK Dun Sungai Limau pada 4 November ini amat penting sebab Allahyarham Azizan telah berjaya mempertahankan kerusi itu pada PRU13 yang lalu. Pada masa sama, PRK ini juga penting sebab kita ada Menteri Besar yang baru.

“Bagaimanapun, saya percaya PRK ini juga penting untuk menguji populariti Mukhriz, sama ada rakyat masih menerima BN atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ranting baru PKR, di Flat Gemilang, di sini, semalam.

Hsiao Leung berkata, pihaknya akan memberi tumpuan khusus kepada pengundi kaum Cina di kawasan Sungai Limau.

Kelantan : Apabila LEBAI PUTIH pun dikatakan lapaq balak..!!!

Skandal Balak Kelantan


http://ayamteropong.files.wordpress.com/2011/04/balak-1.jpg?w=480Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas. 

Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat.Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti. Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.

Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah. Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.

Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan.

Khutbah Jumaat di Johor umpama minum ubat batuk


http://2.bp.blogspot.com/-TAg4fUSumRo/TcC1XF1zUnI/AAAAAAAAAHo/ic3hymtSwTE/s320/ubat%2Bbatuk.jpg
Pernah saya mendengar orang berkata “ kalau anda ada penyakit tak dapat tidur, sila pergi solat Jumaat”, Pada mulanya seperti kata-kata jenaka tetapi realitinya seakan-akan ada kebenaran. Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh pak-pak khatib di tempat saya (Johor) pada saya umpama meminum ubat batuk sebelum ke masjid untuk solat Jumaat, apabila pak khatib memulakan khutbah maka seorang demi seorang para jemaah akan longlai kepalanya dan hampir-hampir mencecah kepala lutut.

Saya mencadangkan pendekatan khutbah diubah kepada yang lebih kreatif dan menarikl:

1. Teks Khutbah direka dalam bentuk multimedia.

2. Setiap masjid perlu menggunakan sistem bunyi yang canggih.

3. Papan layar digital berteknologi tinggi yang besar di sekitar hadapan para jemaah.

4. Khatib menggunakan teknologi komputer dalam penyampaian berkhutbah.

“Cenderahati, makan-makan” amalan biasa Umno, kata pemimpin bahagian


OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN MD IZWAN
October 19, 2013

Perwakilan Umno mula mengundi di pusat pengundian di sebuah hotel di Petaling Jaya, pagi ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013.
Perwakilan Umno mula mengundi di pusat pengundian di sebuah hotel di Petaling Jaya, pagi ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Oktober, 2013.

Amalan politik wang adalah lumrah untuk tujuan berpolitik, lebih-lebih lagi menjelang tempoh pemilihan parti, kata pemimpin Umno di peringkat bahagian.

Ketikan dihubungi The Malaysian Insider, mereka bagaimanapun berkata politik wang yang dimaksudkan mereka adalah dalam bentuk "cenderahati" ataupun "bayaran makan-makan" memandangkan perkara itu adalah subjektif.

"Mana-mana parti ada politik wang. Cuma kadang-kala orang tersalah tafsir kata politik wang adalah wang yang diberi. Ia perlu bagi tujuan berkempen," kata sebuah sumber Umno bahagian dari Melaka kepada The Malaysian Insider.

Bersependapat dengan beliau, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menegaskan, ketika tempoh berkempen menjelang pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden Umno, calon yang berkempen sudah pasti membelanjakan wang yang banyak untuk jentera mereka.

"Tapi pada masa sama banyak pihak yang bergerak, jumpa orang dekat-dekat nak pemilihan ni. Dah tentu banyak pakai duit.

Kalimah ALLAH itu universal...

KALIMAH ALLAH ITU UNIVERSAL

Sebagai rakyat Malaysia saya langsung tidak menduga bahawa polimik penggunaan kalimah Allah boleh berpanjangan sehinggalah ‘diselesaikan’ melalui perundangan di mahkamah, apapun hari ini menjadi semakain kusut pula, saya mempunyai beberapa sebab dan cadangan penyelesaian,

Sebab Besar :

1. Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias TIDAK dijadikan sebagai rujukan utama di dalam semua sudut pengurusan.

2. Kebanyakkan pemimpin tidak menjadikan keanjalan Islam sebagai pendekatan dan keutamaan.

3. Kepentingan diri dan kepuakkan pemimpin yang berkuasa sangat mendasar mendahului prinsip keadilan untuk semua.

Siapa Naib Presiden Umno?


Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK
 Tarikh: October 18, 2013

SHAH ALAM - Esok menjadi penentu kepada siapa yang bakal menerajui tampuk pimpinan Umno bagi penggal 2013/2016 dalam Pemilihan Umno.

Jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi menjadi tumpuan apabila ramai tokoh politik tanah air membarisi senarai pencalonan.

Pemilihan jawatan Naib Presiden kali ini menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan tiga daripadanya adalah penyandang.

Tiga Naib Presiden pada penggal lalu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dua calon lain, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam sebelum ini pernah memegang jawatan itu sebelumnya.

Zairil: Petronas rugi RM1.1b untuk Prince Court

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: October 18, 2013

SHAH ALAM – Petronas rugi RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini selepas mensubsidikan sebuah hospital swasta mewah, dakwa Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut mendakwa Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara sedangkan ia merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar.

“Selain minyak dan gas, Petronas telah menceburi perniagaan dalam sektor hartanah serta penjagaan kesihatan melalui hospital mewah, Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...