TERKINI :

Friday, October 18, 2013

Pemilihan UMNO : Pakat dok komplain hang aku dah..!!

Tak etika lantik senator musim pemilihan Umno

Tidak semua ahli Umno membaca serta menitik beratkan apa yang termaktub dalam perlembagaan parti sendiri.

Ada di kalangan pemimpin yang merasakan menjadi penggerak parti jadi tetapi perlembagaan Umno sendiri seolah-olah sudah menjadi perkara kedua dalam perjuangan.

Menjelang pemilihan Umno, terdapat pemimpin bahagian yang dilantik sebagai senator.

Ini menjadi petunjuk bahawa tataetika ahli, seperti yang termaktub dalam perlembagaan dipermain-mainkan.

Di bawah, saya gariskan beberapa petikan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengenal bagaimana perlembagaan tersebut dilanggar oleh kepimpinan Umno sendiri:

Sg Limau : Ada Jambatan di bina menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Bunian..!!

Photo: Pemandangan menarik di Sungai Limau 


hasil buah tangan projek KERAJAAN UMNO BN yang memerintah KEDAH.... memandangkan penduduk Pulau Bunting seramai 30 ribu orang maka telah di bina satu Jambatan dianggarkan kos RM25juta untuk kesenangan penduduk di pulau berhubung dengan tanah besar...

Hebat UMNO BN buat projek...

i- http://www.gamuda.com.my/bridges_bunting.html
ii- http://izzuddinjanaton.blogspot.com/2010/04/pulau-bunting-kedah-darul-sejahtera.html
iii- http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing25.html
Pemandangan menarik di Sungai Limau

Lubuk hati beberapa spesis dari PAS, UMNO, PEKIDA dan lain-lain dalam isu Kalimah Allah

LUBUK HATI BEBERAPA SPESIS DALAM ISU KALIMAH ALLAH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Artikel ini adalah berbentuk andaian yang berupa imbasan apa yang sebenarnya terbuku dalam hati pelbagai pihak yang terlibat dalam Isu Kalimah Allah. Perlu diingat, Dr Tanaka Mustafa bukanlah kasyaf atau mendapat wahyu untuk mengetahui apa yang tersirat dalam hati pihak-pihak ini, tetapi hanyalah andaian yang semua orang boleh buat.

LUBUK HATI PEMIMPIN PAS GOLONGAN 1:

Golongan ini menyatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah tetapi tidak boleh salahguna. Jauh disudut hati mereka, mereka mahukan umat bukan Islam akan mendapat hidayah daripada Allah untuk menerima Islam. Mereka nampak, dengan ruang dialog antara agama boleh menjelaskan bahawa Allah adalah tuhan sekalian manusia, tuhan yang maha Esa. Mereka nampak peggunaan kalimah Allah boleh memangkin dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam. Mereka nampak isu ini adalah peluang, bukan ancaman.


LUBUK HATI PEMIMPIN PAS GOLONGAN 2:

Golongan ini pula lebih kepada bimbang kalimah Allah disalahguna oleh bukan Islam jika dibenarkan ditulis demikian dalam Bible. Mereka sangat faham mengenai salahguna kalimah Allah dalam Bible boleh mengelirukan umat Islam dan memberi tafsiran yang salah kepada kalimah Allah. Mereka nampak isu ini sebagai isu sensitif yang mesti dihentikan dan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible. mereka nampak isu ini sebagai ancaman, bukan peluang.


LUBUK HATI GOLONGAN UMNO/MACAI:

Lubuk hati golongan ini paling mudah dibaca, kerana rata-rata mereka adalah jahil. Mereka tidak ada kesedaran untuk memahami isu kalimah Allah dari sudut aqidah, dakwah dan syariah. Mereka hanya mahu mendapat keuntungan politik semata-mata daripada isu ini.

1) Mereka menggunakan sentimen agama untuk memancing sokongan umat Islam untuk menyokong tindakan mereka.

2) Mereka bodoh hujah. Hanya tahu mengambil hujah yang menguntungkan mereka daripada mufti, ngo dan sebagainya yang boleh membakar sentimen agama yang ditiup mereka.

Pensyarah: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja'

 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

“Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut,” kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”.

Mukhriz Kutip 20 Artis Untuk Kempen PRK Sungai Limau

Oleh Orang Ni



Nampak UMNO dah tiru pendekatan yang digunakan PAS sebelum PRU13..hahaha....


Entah berapa la upah setiap seorang artis yang dijemput Mukhriz ni..???

Sebelum ni puak UMNO Munafiqun bukan main mengutuk dan menghina artis-artis yang bersama Pakatan Rakyat,macam-macam cemuhan diberi kepada artis-artis yang naik pentas PR. Artis dipergunakan PAS,artis dah tak laku,artis hanya mahu upah saja... macam-macam puak UMNO kutuk...

Nah...!!! sekarang apa macam beb..??? Mukhriz terpaksa mengutip beberapa orang artis untuk berkempen bagi pihak UMNO Munafiqkun di Sungai Limau nanti.

Tidak Perlu Keluar Malaysia, Hanya Tinggalkan BN

http://3.bp.blogspot.com/-5nhHEt8BJVc/Tbvm7ARHvzI/AAAAAAAAK1Q/V1jH8F8HLrw/s400/Kubur+BN.jpg

Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukan nya sekarang. Biarkan UMNO dan BN merasai penangan sokongan majority dan undi popular. Mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri. Pemimpin UMNO masih angkuh dan membudak budakkan orang lain.

Di Malaysia Timur, BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan UMNO. Jika parti2 ini tinggalkan BN, bagaimana? Jeferey Kitingan dan lain2 tokoh Malaysia Timur hanya perlu berkerja keatas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan keatas bangsa Malaysia sendiri. 

Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.

Adakah ini dia calon PAS Sg. Limau..??

Ustaz Azam disebut sebagai calon PAS Sg Limau

http://2.bp.blogspot.com/-tYtzQorl-_Y/Uk96SWvX29I/AAAAAAAAHKY/02XSpkqopZ0/s400/AZAM.jpg
Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad (gambar), 37, disebut-sebut bakal dinamakan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung 4 November ini.

Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir adalah nama yang paling popular di kalangan lapan nama yang disenarai pendek oleh PAS untuk mewakilinya dalam PRK ini.

Azam yang merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah, satu institusi penting di bawah PAS merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
http://2.bp.blogspot.com/-qYk01LCW6No/Ul4AWZw68AI/AAAAAAAAHPA/UjpEcPL_xFM/s1600/IMG_0308.JPG

PAS Kedah sebelum ini menyenarai pendekkan lapan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan kepimpinan PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan.

Ini dia 4 nama senarai pilihan calon BN Sg Limau

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/09/N20.jpg
Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan empat nama untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata senarai itu telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya dimaklumkan beliau (Muhyiddin) akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya menantikan keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidiladha di Kuala Kangsar hari ini.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Pegawai Khas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Ikmal Ismail yang merupakan Naib Ketua Umno Jerai di mana Sungai Limau di bawah parlimen Jerai.

Manakala tiga nama lagi yang disebut ialah Dr Abu Hashim; Dr Suhaimi Lazim dan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, ketua bahagian sekarang.

Sumber Umno berkata, Mohd Suhaimi merupakan pilihan utama berdasarkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Antara yang tersirat disebalik pengundi Dun Sg. Limau - mesin tebu depa tak mau..!!

Aris Awang
BismillahirRahmanirRahim

http://3.bp.blogspot.com/-gHKO031dd7Q/Ukz08CmLDWI/AAAAAAAAnos/tlx9BoA-hQ8/s400/PRK+DUN+SG+LIMAU.jpg
Laporan 17 Oktober 2013 (jam 12.00 th - 2.00 ptg) :

Program kempen rumah-ke rumah secara low profile di N20 Sungai Limau

Dapat pegakuan secara berdepan seperti berikut:

a. 25 orang pengundi berjanji, insyaa Allah akan mengundi PAS,

b. 1 orang pengundi akan tengok dahulu siapa calon PAS,

c. 3 orang pengundi (termasuk seorang JKKK) akan tunjuk aksi sokong BN untuk dapat habuan yang besar (jika dapat setakat mesin tebu atau 2 tiga lori tanah merah depa kata akan sokong PAS dihari mengundi)

Kalimah Allah : Apa selepas ini..?????

14 OKTOBER

14 Oktober 2013 akan diingati oleh semua pihak kerana ia jatuh pada 9 Zulhijjah ketika para jemah haji berwukuf dan mereka yang di luar Arafah bersiap untuk menyambut Aidil Adha.

Pada hari yang sama Mahkamah Rayuan telah menetapkan penghakiman rayuan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa majalah Kristian Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

downloadPenghakiman ini mendapat perhatian antarabangsa kerana Malaysia menjadi negara unik yang mengharamkan perkataan ini digunakan oleh penganut Kristian. Saya dihujani soalan daripada pemberita tempatan dan luar negara meminta respons keputusan mahkamah Malaysia.

Hari wukuf itu saya sibuk melayan soalan dan telah update status saya perkembangan terkini isu kalimah Allah dalam media sosial saya.

Saya juga dimaklumkan respons awal kelompok ekstrim kanan mahu melebarkan keputusan ini ke Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian sana menggunakan Bible yang tertera dalamnya kalimah Allah sebagai terjemahan dari perkataan Elohim.

Sg Limau juga akan dibanjiri artis-artis... jangan mai yang dedah sana belah sini sudah..!!

 
mai jangan tak mai.. bawa mai noleefa ka, nora danish ka, 
ramlah ram ka... baru gempak sikit...

PRK Sg Limau: PAS pertaruh calon muda


PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini bagaimanapun menjelaskan, nama calon yang telah diputuskan oleh PAS Pusat itu hanya akan diumumkan pada 21 Oktober nanti.

Katanya, calon yang ditampilkan kali ini merupakan calon baru dan kali pertama bertanding pada piliharaya serta dikenali dan disenangi penduduk di kawasan Parliman Jerai khususnya Sungai Limau.

"Calon telah diputuskan oleh PAS Pusat dan kali ini kita akan meletakkan calon yang muda serta berkemampuan untuk menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN).

"Calon ini merupakan penduduk tempat, dikenali dan disenangi penduduk sekitar khususnya Dun Sungai Limau.

"Saya yakin dengan kemampuan yang beliau miliki, kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi tersebut," jelasnya.

Sik - Penduduk terpaksa melalui jalan rosak.. mana Adun & Ahli Parlimen nie..??


Penduduk terpaksa melalui jalan rosak  
Pengguna masih melalui jalan ini berikutan jalan alternatif yang turut rosak.

SIK - Meskipun laluan utama penduduk sekitar Kampung Semiar, di sini, rosak teruk didakwa berpunca daripada masalah pembetung, penduduk tetap menggunakan laluan tersebut kerana sudah tiada pilihan.

Jalan utama menghubung Alor Setar-Jeneri itu rosak dipercayai disebabkan masalah pembetung sejak beberapa bulan lalu.

Keadaan itu mengakibatkan air hujan bertakung sehingga tebing jalan tersebut semakin terhakis.

Pengguna, Hamidah Hassan, 48, dari Jeniang berkata, jalan tersebut telah pun ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, bagaimanapun, pengguna masih lagi menggunakan jalan itu berikutan jalan alternatif juga berada dalam keadaan tidak sempurna.

Pas Kedah korban 14 lembu


Pas Kedah korban 14 lembu  
Orang ramai membantu melapah daging lembu.

ALOR SETAR – Sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan sempena Program Ibadah Qurban Pas Kedah 2013.

Majlis anjuran Pas Kedah telah diadakan di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Bukit Besar, Sungai Limau, semalam.

Difahamkan, kerja menyembelih dan melapah lembu dilakukan oleh pimpinan Pas negeri, kawasan dan masyarakat setempat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...