Suka operasi,
Kajang, Selangor.
SATU senario pelik tetapi benar yang berlaku di negara kita ialah penguatkuasaan undang-undang bermusim. Apabila berlaku sesuatu tragedi, akan muncullah mereka yang mendakwa daripada agensi berkaitan melakukan post mortem atau siasatan dan masing-masing mengeluarkan pendapat menunjukkan mereka 'buat kerja'.
Pada pendapat saya, penguatkuasaan bermusim adalah tidak sesuai kerana mereka yang selalu melanggar undang-undang tidak akan membuat kesalahan ketika penguatkuasaan bermusim dibuat.
Salah satu contoh ialah tragedi bas terbalik di Tanjung Gemuk, Endau yang mengorbankan nyawa pemandu bas baru-baru ini. Umum tahu setiap bas yang melakukan perjalanan melebihi 300 kilometer ke atas diwajibkan menyediakan dua pemandu sedangkan dalam kes diatas hanya seorang pemandu.
Pihak berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu sentiasa melakukan pemeriksaan mengejut sama ada di terminal atau sekatan jalan, bukannya operasi bermusim seperti sekarang untuk mencegah tragedi berulang.