Ahli akar umbi tolak jawatankuasa interim Kedah  
Sebahagian ahli akar umbi DAP Kedah menunjukkan 
bantahan terhadap pembubaran jawatankuasa negeri pada 
sidang media hari ini.

ALOR SETAR - Kira-kira 30 ahli akar umbi DAP meminta penjelasan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengenai pembubaran jawatankuasa negeri dan digantikan dengan jawatankuasa interim.

Bendahari DAP Kedah, Law Teng Hooi berkata, mereka menolak penubuhan jawatankuasa interim kerana pengurusan asal masih sah mengikut perlembagaan parti.

Beliau berkata, jawatan penyandang organisasi asal DAP Kedah diambilalih begitu sahaja oleh jawatankuasa interim dan sehingga kini ahli akar umbi belum menerima sebarang penjelasan mengenainya.