Niknazmi

PADA 20 September lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai berita bahawa Kerajaan Umno-BN akan memperluaskan pengurangan subsidi kepada tepung dan gula.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada tarikh tersebut (http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130921/dn_07/Elak-percaya-khabar-angin-harga-gula-tepung-naik):

“Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas barangan terkawal seperti gula dan tepung.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan.”

Namun semalam 6 Oktober, Menteri yang sama Hasan Malek telah dilaporkan oleh New Straits Times sebagai berkata bahawa ada kemungkinan berlaku kenaikan harga gula dan tepung sebagai sebahagian daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan Umno-BN (http://www.nst.com.my/nation/general/prepare-for-price-hikes-1.370150).