TERKINI :

Monday, October 7, 2013

Kenapa Zahid Hamidi terlalu emosional?

oleh - Shahbudin Husin

 
Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.

Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.

KDN kata '3 LINE' haram mai ZAHID sebaliknya pula...

Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri

Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke (pic) menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

[KOMPOM] Pinjaman TEKUN hanya untuk ahli UMNO sahaja..!!!

CEO: Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno

OLEH DIYANA IBRAHIM
October 07, 2013


Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

Kenapa aku?


1-Kenapa aku diuji?

Surat Al-Ankabut: 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-Kenapa aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan?

Surah Al-Baqarah ayat 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Bohong berlapis pemimpin BN

oleh Zulkifli Yahaya

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api. Laporan tersebut turut menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Hilang dan seleweng mempunyai dua maksud yang berbeza. Tidak semestinya kehilangan aset tersebut kerana berlaku penyelewengan. Namun polis adalah pihak yang memegang amanah menjaga keselamatan negara,  jika berlaku kehilangan yang begitu besar sehingga mencecah nilai RM1.33 juta bermakna mereka sudah melakukan penyelewengan dalam menjaga amanah.  Lalai juga adalah satu bentuk penyelewengan amanah.  Mengapa Menteri Dalam Negeri beriya-iya hendak membohongi rakyat dengan mengatakan tiada penyelewengan?

Lagi fakta menarik dalam laporan Ketua Audit Negara ialah Kementerian Belia dan Sukan telah membazirkan wang rakyat kerana membayar K-Pop pada sambutan Hari Belia Negara sejumlah RM1.6 juta. K-Pop adalah kumpulan penyanyi wanita muda dari Korea yang terkenal dengan persembahan separa bogel.

Pesan Zahid pada 'kawan-kawan Tiga Line'


Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut “menjalankan apa yang patut”.

Menteri Dalam Negeri itu membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.

Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pendang - 14 kedai musnah dijilat api


Anuar Majid menunjukkan emas yang terbakar selepas kedainya turut dijilat api di Bangunan Seroja, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG 6 Okt. - Seramai 14 peniaga di Bangunan Seroja di sini terpaksa berputih mata selepas premis perniagaan masing-masing yang dibina lebih 10 tahun lalu musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Antara yang musnah dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu adalah kedai makanan sejuk beku, pakaian, kedai buku, buah-buahan dan kedai runcit, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd. Izham Abd. Rahim berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.25 pagi.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran melibatkan sebuah jentera bomba dengan kekuatan seramai tujuh anggota dan dibantu anggota bomba sukarela melibatkan 13 jentera.

"Terdapat kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tekanan air rendah, selain tiada pintu belakang namun api berjaya dikawal pada pukul 3.07 pagi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya di sini hari ini.

Azizan dalam kenangan.. Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Kasih Sayang Merentasi Sempadan: Hanya Jauhari Mengenal Manikam

1. Kasih Sayang Merentasi Sempadan

Rabu, 14 Ogos 2013, Ustaz Azizan (UA) melakukan perjalanan pertamanya sejak di masukkan ke wad di Hospital Besar Pulau Pinang, juga yang terakhir sewaktu hayatnya. Ambulan bergerak perlahan, lembut penuh santun membawa seorang insan berjasa melintasi jambatan sekitar jam 10.30 pagi. Tiga buah kereta mengekori di belakang. Aku , Muhammad Rafi'iy (anak), Helmi Khalid dan Mazlan dalam sebuah kereta diekori Muzaini, Bukhari dan Muhammad  Izzatul Islam (anak), dan Pajero dipandu Abg Ghani di belakang mereka.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah sekitar jam 12:00 tengahari, terus dibawa ke wad ICU di tingkat 3. Pengarah hospital, Dato' Dr Juwita menyambut di lobi, mengiringi UA dan kami ke kamar terakhir yang disinggahi.

"Kita di mana ni?" UA bertanya dengan gerakan bibir tanpa suara. " Kita dah sampai tanah tumpah darah Ustaz. Kita dah sampai Alor Setar. Ini Hospital Sultanah Bahiyah. Kita dah masuk Kedah semula setelah cukup-cukup 100 hari di Penang." "Alhamdulillah!" Katanya lalu tersenyum, rasanya dia gembira kerana berjaya pulang ke negeri yang dicintainya.

PRK Sg Limau: Pas jangan terlalu yakin


Nik Aziz  
- Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
SHAH ALAM - Pemimpin Pas diingatkan tidak terlalu yakin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sunga Limau, 4 November depan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak di dalam parti dan PR perlu berwaspada menghadapi  PRK akan datang.

Beliau juga berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRK kedua selepas PRU13 itu.

"Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti Pas tidak memandang ringan cabaran Umno-BN di dalam PRK Dun Sungai Limau nanti.

"Sekalipun Pas menerusi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang agak besar, namun di dalam PRK, pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

Azizan tak mahu saya menang.............


Azizan tak mahu saya menang, kata Abd Isa  
Abd Isa (kiri) bersama Azizan (dua, kanan) pada majlis sambutan Tahun Baru Cina lalu.

ALOR SETAR - Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail antara rakan yang rapat dengan bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, mungkin kerana faktor usia yang tidak jauh beza, kedua-duanya agak terbuka apabila berbual.

Walaupun ada ketika Azizan agak skeptikal, Abd Isa tidak pernah terguris.

Namun kenangan terakhir amat menyentuh perasaannya kerana Azizan seolah melahirkan kekesalan tidak mahu kehilangan rakan-rakan rapat yang sentiasa menyokong beliau dalam parti.

“Azizan pernah berkata kepada saya, “Aku tak mahu hang menang PRU, nanti kena pi Parlimen”,” imbasnya.

Mukhriz jumpa TPM esok, anak tempatan antara calon


Datuk Mukhriz Dr Mahathir  
Datuk Mukhriz Dr Mahathir

KUALA TERENGGANU - Anak tempatan antara yang bakal menjadi pilihan untuk diletak sebagai calon BN pada PRK Dun Sungai Limau pada 4 November.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun pihaknya masih menilai beberapa calon yang sesuai bagi mewakili BN di kawasan itu.
  
Menteri Besar Kedah itu akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan persiapan PRK esok.
  
"Esok saya akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri untuk bincang mengenai persiapan PRK, termasuk calon yang akan diletak di kawasan itu, saya ingat orang tempatan dan seboleh-bolehnya yang mendekati serta disenangi rakyat, itu antara beberapa kriteria yang akan diperhalusi, boleh kita banggakan.
   

Yuran taska di Kedah bakal melambung



Oleh: SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
 Tarikh: October 6, 2013

SUNGAI PETANI - Yuran taska atau pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini dijangka meningkat sehingga maksimum 80 peratus bagi menampung pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM900 yang disarankan kerajaan.

Pengerusi Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Kedah, Ku Rahmah Ku Bahari berkata, kenaikan itu boleh mencapai 30 hingga 60 peratus dalam masa terdekat memandangkan pelaksanaan gaji minimum perlu dilakukan Januari 2014.

Menurutnya, kebanyakan pekerja taska kini hanya menerima gaji sekitar RM500 dan ketetapan sebanyak RM900 menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus perlu dilakukan.

“Sekiranya gaji pekerja perlu dinaikkan sehingga 80 peratus, ini bermakna yuran kanak-kanak juga harus seimbang,” katanya ketika memberi penjelasan dalam pertemuan antara ahli persatuan dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...