TERKINI :

Sunday, October 6, 2013

Malaysia antara negara paling mahal jual kereta?


Satu kajiselidik di laman web pengeluar kereta terkemuka mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membayar sehingga dua kali apa yang pengguna Amerika bayar untuk kereta yang sama di Amerika.

Malah, di kalangan rakan-rakan mereka di Asean, terutamanya Thailand, harga kereta di Malaysia adalah tinggi.

Pinjaman kereta di negara ini boleh dibuat sehingga sembilan tahun. Satu tempoh yang membolehkan memiliki kereta dengan lebih murah, tetapi dalam masa sama ia juga membawa kepada hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Laporan yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank Research

pinjaman kenderaan menyumbang sehingga 18 peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

Ketika menlancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' April lalu, pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Tanda Putera : dibawa free ke felda....


Selepas gagal di panggung, Tanda Putera masuk Felda secara percuma


OLEH EILEEN NG OCTOBER 06, 2013

Selepas gagal mendapat sambutan di panggung wayang, filem kontroversi Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma di semua 317 tanah rancangan Felda, lapor akhbar Inggeris, The New Straits Times hari ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yang sedang berkempen untuk jawatan Naib Presiden Umno berkata, ia sebahagian dari projek panggung wayang terbuka Felda.

"Masyarakat Felda patut pergi menonton filem yang juga menyentuh pembangunan Felda yang dimulakan oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein sendiri.

"Kita yakin mereka akan mengambil kesempatan untuk menonton sendiri filem ini dan mendapat maklumat sebenar sebelum membuat sebarang andaian mengenai jalan ceritanya," katanya sebagaimana yang dipetik akhbar itu ketika berucap di majlis pelancarannya di Padang Awam Felda Palong 12 di Jempol, Negeri Sembilan, Jumaat lepas.

Isa juga berkata, pihaknya juga sedia menayangkan filem itu di kampung-kampung tradisi jika ada permintaan ke atasnya.

Pengurusan belanja kerajaan makin lemah


Laporan Audit

SHAH ALAM - Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara  yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal. 

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan.

"Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maka Putrajaya akan berpindah ke Sungai Limau

oleh Zulkifli Yahaya

Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tetap akan diadakan mengikut peruntukan perlembagaan. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Para pemilih berdaftar yang namanya tersenarai dalam daftar pemilih, sekalipun mereka orang Myanmar yang diberi kerakyatan layak untuk mengundi memilih Adun Sungai Limau yang baru menggantikan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang meninggal 26 September lalu.

Pada PRU13, Ustaz Azizan mengalahkan sepupunya dari BN, Mohd Fadhilah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.  Dalam ranking keputusan pilihanraya yang disertai calon PAS di Kedah, Sungai Limau berada di kedudukan kedua selepas Tokai. Jika pada PRU13 lalu PAS kalah di Sungai Limau, maka di atas kertas PAS juga tidak berupaya menghantar tujuh lagi wakilnya ke Dun. Ustaz Azizan dan PAS telah mempertahankan Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut. Sewaktu PAS Kedah mencapai keputusan tercorot, Sungai Limau (dahulunya Sala) dan Tokai (dahulunya Bukit Raya) masih mampu dipertahankan oleh Ustaz Azizan dan Almarhum Dato' Fadzil Noor.

Majlis Syura pastikan PAS tidak tergelincir




Ustaz Sallehen menyampaikan cenderahati kepada bekas 
Ketua Dewan Muslimat PAS Ampang, Hasnah Abd Ghani.


AMPANG: Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, PAS sudah cukup menjadi parti yang kuat apabila ada Majlis Syura Ulamak.

Justeru kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan dalam PAS akan tertakluk di bawah keputusan Majlis Syura yang melihat jalan yang betul bagi memastikan PAS tidak tergelincir daripada asas perjuangan Islam.

Katanya, jika tergelincir maka ada Majlis Syura Ulamak yang akan memperbetulkan sebab itu apabila ada suara-suara yang mengatakan PAS tergelincir sebenarnya individu atau golongan tersebut.

"Di sinilah yang kita hendak memaknakan dengan kepimpinan ulama, cukup syarat ada sokongan boleh jadi pimpinan sama ada Presiden, Timbalan Presiden. Tidak timbul soal perpecahan sama ada ulama atau profesional," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ampang, pagi tadi.

Laporan Audit Negara tidak berguna tanpa tindakan

OLEH DIYANA IBRAHiM

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/528696_358491094259428_1503241232_n.jpg
Laporan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran kerajaan ke atas wang rakyat tidak akan mempunyai sebarang makna sekiranya tiada tindakan diambil kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pendedahan tersebut jelas menunjukkan terdapat penyelewangan dan ketidak telusan dalam sistem urus tadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyatakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelidik dan mengkaji Laporan Audit Negara 2012.

"Bagaimanapun agak melucukan apabila kajian sebegini hanyalah pendedahan tanpa tindakan. Saya pasti rakyat Malaysia tidak akan menerima taktik kerajaan yang cuba melengah-lengahkan dan memutar belitkan kenyataan dan akhirnya ia seperti pendedahan yang dibuat tahun-tahun lepas dan mati begitu saja,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Aziz pula campur tangan redakan ulama dan bukan ulama dalam PAS


Selepas Presiden, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) pula bersuara untuk menghentikan kerengganan dalam PAS antara ulama dan profesional dalam PAS.

Ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan, Nik Aziz berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW, lapor media rasmi parti itu, Harakahdaily.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan," kata Nik Aziz.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masuk campur bagi meredakan jurang antara ulama dan profesional menjelang pemilihan PAS pada muktamar ke-59 November ini.

Taat Allah syarat utama lantik pemimpin - Presiden




PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam.

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.

Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Syabas Ketua Audit Negara, tapi...

TOK PERAK

SETIAP kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, semua kening terangkat, ramai yang mengetap gigi, malah ada yang marah bersemangat hingga tumbuk-tumbuk meja atau hantuk kepala pada dinding. Ramai juga yang ketawa sinis!

Pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Ambrin Buang memang mencetuskan bahang ke seluruh negara, sebab ada sahaja mana-mana kementerian, jabatan, dan agensi dilaporkan melakukan ketirisan, kebocoran dan pembaziran melampau.

Meneliti apa yang dibongkar – setiap tahun – dalam laporan tebal itu, nampak sangat sesetengah pegawai awam tidak tahu mentadbir dengan baik. Nampak sangat tidak amanah, tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi tidak berapa pandai.

Setiap kali laporan keluar, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang terseleweng dan diseleweng, bukan seringgit atau dua ringgit, tetapi berjuta-juta-juta RM. Malah, sesetengah yang terseleweng itu macam tidak masuk akal.

Sementara mengucap terima kasih kepada Ambrin atas kesungguhan mengaudit dan membuat pendedahan, kita juga tertanya-tanya adakah tindakan dikenakan ke atas pegawai atau ketua jabatan yang terlibat dalam penyelewengan dan ketirisan? Tidak guna mengesan, sekiranya tidak ada hukuman kepada yang melakukan kesalahan.

Tahaluf siyasi: PAS tidak pernah rugi

PAGOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu tidak pernah merugikan PAS, malah dalam banyak segi ia menguntungkan.

"PAS pernah beri kerusi pada Datuk Onn Jaafar untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 3.0 di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi Kundang Ulu Ledang, dekat sini, semalam

Tegasnya lagi, PAS pernah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP sehingga berjaya mengembalikan Kelantan ke pangkuan PAS.

Kemudian pada tahun 1999, PAS bekerjasama pula dengan PKR dan hasilnya berjaya menang di Terengganu pula serta menguatkan pengaruh di Kedah.

‘Saya mahu kekal sebagai pendakwah dan tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik'


Syeikh Ahmad Faisol Omar 
 Syeikh Ahmad Faisol Omar

ALOR SETAR – “Saya mahu kekal sebagai pendakwah bebas dan tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Ahmad Faisol Omar.

Beliau lebih selesa dengan kerjaya sekarang yang menjadi darah dagingnya dan keluarga sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan memilih untuk terus kekal sebagai pendakwah dalam melaksanakan khidmat kepada masyarakat

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana parti politik. Saya adalah neutral.

"Saya tidak berminat dengan mana-mana parti dan lebih selesa sebagai pendakwah bebas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah

Aslani M, 05 Okt 2013

MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.

“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...