TERKINI :

Saturday, October 5, 2013

Kenapa tidak difikirkan sebab apa pengundi lari daripada PAS walaupun hakikatnya meluat pada UMNO..!!

Mat Saman Kati

Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno.

Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa.

Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi.

Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain.

Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak.

Sg Limau : Kenapa PAS perlu tolak calon RECYCLE..??

https://sinopsisdramakorea.files.wordpress.com/2012/05/tangan-ajik-tergores-dan-mengeluarkan-darah.jpg

PARLIMEN JERAI merupakan satu kawasan jajahan politik yang pelik dimana tahap penyokong PAS & BN tidak dapat di baca... masih ada dekat 30% penyokong PAS & BN yang darah apabila di toreh kita belum tentu warna hijau atau biru....

Mak Ayah Sokong PAS.. anak sokong BN, adik sokong BN abang sokong PAS.. Isteri sokong PAS laki sokong BN... jadi berhati2lah kepada mereka yang hendak meletak calon... Jika sebelah pihak tak suka mereka boleh pengaruhi pasangan mereka....

Jadi untuk PAS ambik jalan selamat silalah letak calon 'BARU' dan bukannya 'RECYCLE'... kerana personality RECYCLE itu sudah ada orang mengetahui akan ketrampilan dan pergerakan serta kehidupannya berpolitik...

Jadi berhati-hatilah... buatlah pilihan yang bijak....

SAY NO TO 'CALON' RECYCLE....

Sungai Limau : Adakah ini yang dikatakan calon yang dibisikkan oleh Arwah ust Azizan...???

oleh Pengundi DUN Sg Limau

Semalam saya ada keluarkan satu artikal di Kedahlanie bab mantan YB DUN Sg Limau iaitu topic  "Hang jangan risau, jika aku takdak aku dah habaq dah sapa nak ganti aku jaga hangpa..!!".... 

dan apabila terbaca Malaysiakini pulak muncul pulak kisah ini.. "Anak didik Azizan disebut calon Sg Limau".... adakah ini calon yang arwah katakan itu...???

Kita nantikan sewaktu penamaan calon nanti..... saya pun arwah ustaz sekadar kata hang jangan risau saja.. tak habaq pun sapa... jadi kita sama-sama menantikanlah akan keputusan yang di keluarkan oleh pimpinan PAS nanti....


Naib presiden: Pilihan PM vs Dr M

Oleh Yusof Harun

SUKAR bagi Najib Razak meyakinkan umum dia berkecuali dalam pemilihan Umno Oktober ini, khususnya melibatkan jawatan naib-naib presiden. Di sebalik penafian pelbagai pihak, realitinya itulah yang berlaku.

Pun demikian, sepotong ayatnya dibuat di New York menjadi ibarat pelampung bagi tujuan menjarakkan dirinya dikait dengan mana-mana calon. Justeru sama ada calon naib itu sepupunya, rakan rapat dan faktor Sabah, Najib mahu memastikan hal ini benar-benar difahami yakni dia berkecuali. Najib memberikan gambaran perwakilan berhak menentukan siapa kesukaan mereka berasas faktor prestasi tanpa dipandu oleh restu daripada beliau.

Bukan saja sokongan Najib, dengan mengait mereka mendapat sokongan atau endorsement daripada Najib atau sesiapa sahaja, ia memberi mereka kelebihan. Dalam bahasa permainan golf ia disebut sebagai “handicap”.

Najib mungkin tidak terlibat secara langsung tetapi melalui tangan-tangan tersembunyi, ada pihak menjaja tentang keinginan Najib melihat status quo ataupun dikekalkan tiga naib presiden yang ada - Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal.

Kesimpulannya lebih kurang tiga lagi calon, Mukhriz Mahathir, Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam seperti dalam oven politik yang panas. Maknanya peluang mereka ‘masak’.

Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

ahmad zahid warn malaysiakini 041013Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

Suburkah demokrasi dalam UMNO?

Mohammad Agus Yusoff

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2013/06/rauf-suk-setiausaha-kerja-umno-ibu-pejabat-penerangan-pemilihan-perlembagaan-pindaan-terengganu.jpg
Suburkah demokrasi dalam UMNO? Soalan ini sukar dijawab, tetapi merujuk kepada kenyataan MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan, UMNO masih bertatih dalam melaksanakan demokrasinya. Ini kerana peraturan dalam pemilihan UMNO ketat sekali sehingga calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli UMNO. Beliau berkata, jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti?

Kaburnya demokrasi dalam UMNO boleh diperkukuhkan lagi dengan sekatan yang dikenakan ke atas ahlinya yang ingin bertanding. Semalam saya bercerita panjang dengan Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang anak muda yang berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, tetapi disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO, iaitu: “Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun.”

'Anwar dah setuju, Dr M bila lagi'


Badrul Hisham Shahrin  
Badrul Hisham Shahrin

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah bersetuju untuk duduk sepentas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membicarakan mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Bagaimanapun, menurut Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Dr Mahathir masih belum memberikan keputusannya walaupun surat jemputan telah dihantar ke pejabatnya 23 September lalu.

“SAMM bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA, dengan ini mengumumkan bahawa Anwar bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Nurul Izzah - SPRM tunggu apa lagi?


Nurul Izzah  
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR – "SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tunggu apa lagi?" demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tentang tindakan yang sepatutnya diambil berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan, awal minggu ini.

Laporan tersebut mendedahkan pelbagai ketirisan, kecuaian termasuk pencapaian kerajaan.

Menurut Nurul Izzah, SPRM tidak memerlukan laporan Audit untuk bertindak atau melakukan siasatan ke atas mana-mana kebocoran.

“SPRM sebenarnya tidak memerlukan laporan sedemikian. Ia sudah keluar di media jadi tunggu apa lagi?

“Saya tidak lihat sebab kenapa SPRM harus menunggu lagi. Mereka harus bertindak dengan cepat,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Kem Bantuan Guaman, di sini, hari ini.

Calon Sungai Limau: Antara muda dan popular


Muzaini Azizan  
Muzaini Azizan
ALOR SETAR - Pas mahupun Umno perlu meletakkan calon terbaik untuk menawan hati pengundi di Dun Sungai Limau bagi menyaingi kehebatan penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang berjaya menawan Dun itu sejak lima penggal lalu.

Meskipun Sungai Limau lebih sinonim dengan aura Pas berikutan kejayaan Azizan mempertahan kedudukan sejak 1995, namun Umno pasti akan membuat ‘sentuhan ajaib’ selepas ketiadaan Azizan.

Umno dan Pas kini giat menyaring calon-calon diyakini berpotensi serta berpengaruh di kawasan itu untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil (PRK), 4 November ini.

Antara calon disebut-sebut mewakili Pas ialah orang yang paling dekat dengan Azizan di Dun Sungai Limau. Setiausaha Pas kawasan Jerai, Muzaini Azizan yang juga Pegawai Khas bekas Menteri Besar itu sudah lama ‘menjaga’ kawasan itu dan sering mewakili Azizan bagi program-program setempat.

Muzaini mungkin menjadi calon pilihan kerana keakraban beliau dengan Azizan, malah ketokohan beliau menguruskan kawasan sejak ketiadaan Azizan termasuk ketika Azizan kerap keluar masuk hospital tidak perlu lagi dipertikaikan.

Jika BN Mahu Menang Di Sungai Limau, Menangkan Dulu Mukhriz Naib Presiden UMNO


SPR sudah pun menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu Pas dan UMNO, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihanraya nanti.

Pas memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui Allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihanraya umum lalu, kemenangan Pas diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu Pas mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihanraya umum lalu.

Bagi UMNO pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ianya dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.

Apabila PEMIMPIN UMNO & PAS di lastik dengan batu yang sama...!!


Siapa yang terasa pakat-pakat muhasabah laa noo...!!

Adakah MAHATHIR & ANWAR akan sepentas untuk Prog. Perdana Anti-TPPA..??

Pentas Perdana Anti-TPPA Pertemu Tun M dan Anwar 10 Oktober, 8.30 Malam di KSS Kg baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA, dengan ini mengumumkan bahawa DS Anwar Ibrahim bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada malam 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru.

Telah diusahakan satu pentas perdana mempertahan kedaulatan negara menolak perjanjian TPPA menjemput dua tokoh ternama untuk bersama sepentas. Dua tokoh ternama iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, diundang ekoran keduanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.

Justeru itu, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk DS Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar telah menyatakan kesediaan manakala Tun Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPPA masih belum memberikan jawapan positif.

Video : sidang akhbar terbaik dari zahid... gua tapik spring sama lu zahid !


Oleh: inderasipejuang

" Perggghh.... ini memang TERBAIK dari lu lah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH)... kalau ini macam punya cara rasanya lu SENANG-SENANG boleh MENANG itu Jawatan Naib Presiden Umno yang lu SANDANG sekarang... gua nampak lu cukup TEGAS... BERANI... BERTAMADUN dan yang PALING PENTING lu tidak Auw... Auw... Auw seperti Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sebelum lu... kah kah kah!

Cuma gua nak ingatkan kat lu kalau betul yang Malaysiakini (MK) tu SPIN lu punya kenyataan ada baik nya lu SAMAN aje MK... seperti Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) saman LIDAH BIAWAK UMNO iaitu UTUSEX MELOYA tu... lu cakap PUNG PANG PUNG PANG pun tak guna beb... BUKTIKAN mana satu yang keluar dari MULUT LONGKANG lu tu yang DIPUTR BELITKAN oleh MK... BUKTIKAN beb BUKTIKAN... kah kah kah !.

Anak didik Azizan turut disebut calon di Sg Limau

azam samad sungai limaudikemaskini Menjelang penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 23 Oktober ini, seorang lagi nama pemimpin PAS kawasan Jerai disebut-sebut turut tersenarai untuk dipertimbang dicalonkan bagi mewakili parti itu.

Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

"Beliau boleh mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi," kata sumber-sumber ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Mukhriz akui PRK cabaran besar untuknya


Oleh: Tarikh: October 4, 2013

IPOH - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Kedah pada 4 Nov ini merupakan cabaran besar kepadanya selaku menteri besar yang baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, jentera pilihan raya BN pasti akan berdepan tentangan sengit memandangkan Dun Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas.

Beliau berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUN Sungai Limau berada di bawah BN.

"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawa pembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Bazir... Bazirrrr....Bazirrrrrrrrr......


Satu pembaziran!'


Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: October 4, 2013

KEMARAHAN Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berhubung bayaran kemasukan artis Korea pada Perhimpunan Sejuta Belia, pada tahun lalu ternyata berasas.

Pernah mempertikaikan jumlah bayaran hampir RM2 juta hanya untuk persembahan tiga kumpulan K-Pop (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet), Zed akhirnya terpaksa 'menutup mata' setelah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu memaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka ke sini.

Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara 2012, kelmarin, yang mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta hanya untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop itu ternyata mengejutkan industri seni.

NGO bantu Pas pertahan Dun Sungai Limau

SHAH ALAM - Bagi mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau sebagai kubu kuat Pas, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai "anak angkat".

Menurut Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, badan itu akan turun padang memberi taklimat kepada pengundi di kawasan berkenaan bagi menangkis dakyah politik Umno-BN.

Juham katanya akan diwakili oleh 50 peguam daripada kawasan utara yang akan berada di Unit Pembuangan Undi Dun Sungai Limau.

"Peguam Juham juga akan memberikan penerangan kepada pengundi-pengundi mengenai isu undang-undang seperti hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menangkis dakyah Umno-BN kononnya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PR memerintah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...