TERKINI :

Thursday, October 3, 2013

Kerajaan PENIPU & Zalim macam nie pun masih ada orang sanggup sokong

KERAJAAN PENIPU DAN ZALIM MESTI DITUMBANGKAN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan penipuan yang serius dan kezaliman yang dahsyat yang dilakukan oleh rejim BN yang memerintah Negara.

2) Sebelumnya, Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan ketirisan yang melampau dalam pengurusan keewangan Negara, tidak diambil peduli oleh pemerintah.

3) Pendedahan dan kritikan pihak pembangkang dijawab dengan jawapan bohong dan tipu demi menyelamatkan hayat politik mereka dalam menghadapi PRU13.

4) Sekarang laporan itu mendedah lagi betapa rakus nya mereka menghabiskan wang Negara, jutaan ringgit lesap tanpa apa-apa faedah untuk rakyat. Paling jahanam, mereka memeras duit poket rakyat untuk menampung semula keewangan Negara yang telah mereka bazirkan.

Laporan Audit: Bukti janji ubah hanya omong kosong


oleh Shahbudin Husin


SETIAP tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah warisan daripada nenek moyang mereka.

Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini juga beberapa cerita pelik mengenai perbelanjaan wang negara yang dilakukan oleh kementerian dan agensi kerajaan terdedah lagi. Walaupun ia disiarkan secara meluas dan diperkatakan oleh rakyat, pimpinan kerajaan nampaknya tidak terasa apa-apa dan langsung tidak berasa malu dengannya.

Melayu Umno mana baca audit tu...

Hambali Akram,


Ketika ini, antara isu yang paling hangat di media massa khusus media atas talian ialah berkenaan laporan audit negara. Tidak perlulah saya perincikan segala butiran ketirisan dan salah guna amanah wang rakyat. Saya percaya ramai yang membahaskannya dengan panjang lebar bermula di parlimen, ceramah, wacana, forum dan sebagainya.

Namun, suka saya mengingatkan anda semua bahawa orang Melayu khususnya penyokong Umno tidak ambil kisah sangat tentang laporan audit tersebut. Bagi mereka selagi dapat cukup makan, ada tempat tinggal, setiap bulan dapat gaji dan sekali-sekala dapat BR1M – itu sudah memadai.

Zulhazmi4KP : K-POP - Antara duit rakyat dan amanah rakyat kepada KBS

RM1.6 juta untuk k-pop.

Photo: RM1.6 juta untuk k-pop.

Laporan Audit Negara melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah membayar RM1.6 juta duit pembayar cukai kepada 3 kumpulan k-pop untuk membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Saya ingin komen sedikit berkaitan perbelanjaan RM1.6 juta ini atas beberapa isu :-

a) Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed menjelaskan bahawa pembayaran persembahan kumpulan k-pop tidak menggunakan wang kementerian tetapi ditaja oleh pihak swasta.

Apabila laporan audit mendedahkan bahawa pembiayaan RM1.6 juta untuk persembahan kumpulan k-pop telah dibuat oleh KBS sendiri, maka jelas menunjukkan bahawa Ketua Setiausaha KBS telah menipu, mengelirukan dan membuat penyelewengan fakta. Justeru tindakan yang munasabah harus diambil terhadap Ketua Setiausaha KBS ini.

b) Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin dalam kenyataan beliau pula menjelaskan bahawa sememangnya pembayaran untuk persembahan k-pop adalah drpd penajaan swasta tetapi akhirnya terpaksa ditanggung oleh KBS kerana pihak swasta menarik diri.

kenyataan Menteri ini sekali lagi dengan jelas membuktikan kpd rakyat Malaysia betapa lemahnya pentadbiran dan pengurusan Kerajaan apabila dengan mudah ditipu oleh pihak swasta. bagaimana KBS boleh menerima bulat-bulat dan dengan mudah percaya terdapat penajaan drpd swasta utk persembahan k-pop. Jika ada tawaran drpd swasta utk menaja, semestinya proses tawaran mesti hadir dalam bentuk hitam putih bukan hanya dengan lisan. Jika ada hitam putih tawaran penajaan tetapi pihak yg menawarkan penajaan tidak memenuhi tawaran, tidakkah wajar kementerian membuat tuntutan bayaran?

Jelas akhirnya yang ditipu dan dipermainkan serta dibodohkan ialah rakyat Malaysia yang membayar cukai yang memberikan duit kpd kerajaan untuk kerajaan sewenang-wenang berbelanja. Pertama ditipu bahawa persembahan k-pop ditaja & tidak menggunakan wang rakyat. Apabila terbongkar penipuan, KBS mengalih tanggungjawab utk terus menipu bahawa ada penajaan tetapi tidak diterima. Pusing kiri pusing kanan, rakyat ditipu.

Perkara berkaitan KBS ini bukan perkara baru.... ia berlaku sudah lama malah lebih teruk berlaku semasa penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang mana sehingga hari ini kita tidak tahu apa untung rugi penganjuran SUKOM98... yang tinggal hanya perkampungan Komanwel.. Stadium Kompleks Sukan Negara yang saban tahun perlukan penyelenggaraan yang memakan duit rakyat.... Rakyat diminta berjimat.. subsidi dikurangkan tetapi kerajaan tidak langsung bertanggungjawab!!

ZULHAZMI4KP
3/10/2013Laporan Audit Negara melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah membayar RM1.6 juta duit pembayar cukai kepada 3 kumpulan k-pop untuk membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Saya ingin komen sedikit berkaitan perbelanjaan RM1.6 juta ini atas beberapa isu :-

a) Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed menjelaskan bahawa pembayaran persembahan kumpulan k-pop tidak menggunakan wang kementerian tetapi ditaja oleh pihak swasta.

Apabila laporan audit mendedahkan bahawa pembiayaan RM1.6 juta untuk persembahan kumpulan k-pop telah dibuat oleh KBS sendiri, maka jelas menunjukkan bahawa Ketua Setiausaha KBS telah menipu, mengelirukan dan membuat penyelewengan fakta. Justeru tindakan yang munasabah harus diambil terhadap Ketua Setiausaha KBS ini.

Allahyarham Azizan dan alam pendidikan


Dr Ismail Ibrahim  
Dr Ismail Ibrahim bekas Ketua Pengarah Ikim

AZIZAN telah meninggal pada 26 September 2013 setelah berjuang melawan penyakitnya selama beberapa bulan dalam dua hospital, Pulau Pinang dan Alor Setar.

Saya melawatnya ketika dia berada di hospital Pulau Pinang, tetapi hanya dapat melihatnya melalui cermin dari luar bileknya, kerana dia hanya baru dua tiga hari masuk hospital, tidak sedar dan amat kritikal.

Pada petang hari itulah kedua-dua belah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Saya pergi melihatnya semula di Hospital Pulau Pinang (HPP). Dia telah sedar, dan hanya mampu tersenyum melihat saya, tanpa berkata sesuatu.

Kali ketiga, saya pergi melawatnya di Hospital Alor Setar.

Dia mampu tersenyum melihat saya, namun saya tidak mendengar suaranya, dan saya juga tidak mampu menahan kesedihan, lalu segera meminta izin dan meninggalkannya.

Kepada MENTERI yang nak bohong penyokong BN silakan.. tapi tolongkan jangan kami penyokong PR..!!


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s720x720/1385465_719276928085723_306856624_n.jpg
TOLONGLAH WAHAI MENTERI BN..
JIKA NAK PERBODOHKAN PENYOKONG ANDA SILAKAN
KAMI TAK KESAH KERANA PENYOKONG ANDA MEMANG MACAM TU

TAPI KEPADA KAMI RAKYAT YANG MENCARI MAKLUMAT DAN BERMAKLUMAT
MAKA ABDA SILAP BERCAKAP MERAPU SEPERTI ITU

 


Dewan Pemuds Pas ada strateginya tersendiri

Mohd Sayuti Omar,

Nasarudin Hassan
Semalam telah berlangsung satu forum yang diberi tajuk Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia yang diadakan di dewan perhimpunan China Selangor di Kuala Lumpur. Forum itu menampilkan ahli panel terdiri dari dua naib presiden Pas, Husam Musa, Salahudin Ayub dan bekas ahli parlimen Kuala Selangor dan Adun Batu Buruk, Terengganu Syed Azman Syed Ahmad Nawai.

Suasana forum berkenaan tidak begitu kondusif, ruangnya terlalu sempit boleh memuatkan kira-kira 120 orang tetapi yang hadir sekitar 180 orang. Kalau ia dimanipulasikan sebagai forum puak moden ia akan diketawakan kerana kehadirannya rendah.

Saya hanya jenguk seketika kemudian turun minum di gerai mamak sambil berbual-bual dengan pengarang edisi Bahasa Melayu Malaysiakini, sdr Fathi Aris Omar. Banyak yang kami bualkan termasuk perihal muktamar Pas dan juga perhimpunan agung Umno.

N20 Sungai Limau : SPR - 23hb Oct penamaan calon, 4hb Nov mengundi

SPR: P'raya kecil DUN Sg Limau 4 Nov

azlan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah akan diadakan pada 4 November.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober - yang memberi peluang kepada calon untuk berkempen selama 12 hari termasuk pada hari penamaan.

Abdul Aziz mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, SPR membuat pertimbangan agar pilihan raya itu diadakan sebelum peperiksaan SPM, pada 6 November, kerana banyak pusat pengundian dan dewan dimiliki sekolah.

"Kita tidak mahu ganggu susunan meja sekolah," katanya lagi yang menambah, anggota Umno memerlukan masa selepas mengadakan pemilihan parti pada 17 Oktober.

SPR juga mempertimbangkan keperluan penganut agama yang menyambut Deepavali pada 2 November dan Awal Muharram pada 5 November.

Keperluan PAS untuk mengadakan muktamar pada 17 November juga diambil kira, katanya lagi.

Ketika ditanya, Abdul Aziz menafikan bahawa SPR mengambil kira tarikh untuk perdana menteri membentangkan Belanjawan 2013 di parlimen.

Pilihan raya kecil kali ini tidak melibatkan pemilihan awal kerana tiada pengundi polis atau tentera didaftarkan di situ.

Pengundi pos bagi petugas media dan warga Malaysia di luar negara untuk kawasan tersebut boleh mula mendaftar hari ini.

Pegawai daerah Abdul Rashid Othman dilantik sebagai pegawai pengurus pilihan raya, dan borang pencalonan akan mula dijual pada 10 Oktober.

Penyandang kerusi tersebut, bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu akibat masalah kesihatan.

[PERHTIAN] Ahli Parlimen PR kecewakan harapan rakyat sebab ponteng sidang dewan

Kehadiran Anda di Parlimen Adalah Amanah Yang Tidak Patut Diseleweng

http://2.bp.blogspot.com/-V8Q9PZLGJyA/UdLGoSq2lII/AAAAAAAAZzw/TPsxy_ohubo/s550/parlimen-malaysia+anwar-copy.jpg
HALLO..KETUA DARJAH.. TOLONG TENGOK KENAPA ANAK MURID KELAS KAU PONTENG
Akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 dilulus oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut hanya dibantah oleh 66 ahli parlimen manakala yang menyokongnya pula seramai 115 ahli parlimen.

Solidariti Anak Muda Malaysia negeri Melaka (SAMM Melaka) tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan bukan hanya kerana undang-undang 'drakonian' ini diwujudkan semula setelah dimansuhkan tahun lalu, tetapi juga kerana segelintir wakil rakyat dari Pakatan Rakyat didapati tidak hadir ke Parlimen.

Atas nama memperjuangkan nasib rakyat, di manakah anda ketika satu perbahasan yang penting berlangsung di Parlimen? Pengundian 'belah bahagi' khususnya yang melibatkan peruntukkan undang-undang negara wajib diambil bahagian oleh semua ahli parlimen yang diundi rakyat. Apatah lagi undang-undang tersebut boleh penjarakan rakyat tanpa perbicaraan selama 2 tahun, sepertimana ISA suatu ketika dulu.

Hilang Senjata Api: Rakyat Perlukan Jawapan, Bukan Barangkalian

http://www.beritadewan.com/wp-content/uploads/2013/08/senpi.jpg
Sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respon seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api menurut laporan audit negara.

Kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara. Jelaslah definasi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan Khalid Abu Bakar dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah? Sedangkan telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.

Promosi diri: 'Saya kurang selesa', kata Nasrudin


Nasrudin Hassan  
Nasrudin Hassan Tantawi

KUALA LUMPUR - Garis panduan terbaru yang diperkenalkan Pas dalam muktamar tahunannya November ini di mana calon bertanding boleh mempromosi diri, dianggap "baru dan ganjil" oleh Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Nasrudin mengakui, beliau kurang selesa dengan pendekatan tersebut sebaliknya lebih memilih untuk bersikap 'low profile'.

"Ia agak baru dan ganjil. Selama ini kita, walaupun saya sebut tadi berlumba-lumba untuk mencari kebaikan, saya tak tahu orang lain, tetapi pada diri saya, belum sampai lagi tergamak untuk mempromosi diri sendiri.

"Setakat menyatakan kesediaan, sudah cukup. Maka perwakilan nilai lah melalui 'track record' kita... prestasi kita. Bagi saya, saya kurang selesa," ujar beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh.

Petronas sumbang RM732bilion kepada kerajaan



Petronas  

KUALA LUMPUR - Jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 hingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah RM732 bilion.

Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, dividen terkumpul adalah sebanyak RM278 bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport (RM20 bilion).
 
"Petronas memang telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
 
Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak negara itu dari tahun 1974 hingga kini.  - Bernama

Bolasepak Kedah - Antara pemain Kedah yang dilepaskan dan dipinjamkan kepada team lain

Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - 

Persiapan pasukan rancak dilakukan oleh pihak pengurusan. Antara tindakan awal adalah dengan memutuskan beberapa isu berkenaan pasukan hijaukuning.

Menurut penolong pengurus pasukan Kedah, Amirul Nizam Mahdzir, buat masa ini pihak pengurusan telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Tenaga import jurulatih, Antonio Sisic dan penyerang import, Alen Guc tidak disambung khidmat mereka untuk musim hadapan.

2. Pemain tempatan yang tidak di sambung khidmat/dipinjamkan dan dilepaskan adalah:

Menjelang pemilihan PAS, Hadi redakan “pertempuran” ulama dan profesional

OLEH MD IZWAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) masuk campur bagi meredakan jurang antara ulama dan profesional menjelang pemilihan PAS pada muktamar ke-59 November ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Presiden PAS itu hanya berjaya menyelesaikan 50 hingga 60 peratus sahaja ketegangan dalam Liqa' Fikri (pertemuan pemikiran) Sabtu lalu dengan menasihati perwakilan yang akan bertanding supaya menjauhkan sebarang kempen yang boleh menjejaskan perpaduan parti Islam itu.

"Semasa mesyuarat minggu lepas itu, Presiden menasihati pemimpin dan mereka yang bertanding supaya tiada unsur luaran mengganggu gugat parti dalam pemilihan kali ini,” katanya selepas menghadiri pertemuan tersebut.

"Unsur luaran tersebut seperti isu Syiah bukan Syiah, isu perbezaan ulama dan profesional, ini antara isu luaran yang mungkin akan menjejaskan parti," katanya.

PR sedia beri kerjasama selesai isu ketirisan

Lim Guan Eng 
Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - PR tawar kerjasama dengan kerajaan untuk membentuk sebuah majlis bagi membantu menyelesai masalah ketirisan dalam jabatan kerajaan yang didakwa berlaku sejak sekian lama.
  
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, majlis itu akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Hadi mahu calon Pas setanding Azizan


hadi awang 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA NERANG - Pas dijangka meletakkan calon muda bersifat ketokohan pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mahu calon itu memilki sifat kepimpinan seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada Pas negeri dan Pusat yang tentukan.

“Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej Pas. Itu yang penting,” katanya selepas menziarahi pusara Azizan di Muassasah Darul Ulum, hari ini.

Gurun - Gas beracun : 27 murid, seorang guru masuk hospital


Tajul Urus Mat Zain 
Tajul Urus Mat Zain

ALOR SETAR - Seramai 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Yan kerana terhidu gas beracun hari ini.

Kejadian kira-kira 6 petang itu dipercayai berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur pekerja sebuah ladang berhampiran sekolah itu.
  
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah bagi sesi petang.
   

Di mana pemimpin muda Pas?


Di mana pemimpin muda Pas?
KUALA LUMPUR - "Di mana muka pemimpin muda Pas," soal Pengarah Free Public Forum Malaysia (FPFM), Sheikh Omar Ali ketika mempengerusikan sesi soal jawab dalam sesi dialog Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menjelaskan Pas tidak ketandusan calon pelapis tetapi belum masa pemimpin muda tersebut muncul di persada politik tanah air.

"Saya yakin banyak (pemimpin muda) tetapi masa mereka hendak muncul itu belum tiba lagi," katanya.

Sheikh Omar menyoal sedemikian oleh kerana mendakwa Pas kelihatan 'lesu' dalam menampilkan pemimpin muda dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Keracunan: Ibu tak salahkan keluarga pengantin

SUNGAI PETANI - Ibu seorang daripada empat mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini tidak menyalahkan keluarga yang mengadakan kenduri kahwin itu dan reda dengan kematian anaknya.
  
Lijah Mahmud, 70, ibu Allahyarham Wan Razali Wan Yaacob, 56, berkata, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan dia menerimanya sebagai takdir ALLAH.
  
Katanya anaknya yang menetap di Kampung Banggol Belau, Merbok meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kira-kira jam 7.15 malam semalam akibat kegagalan organ dalaman.
  
"Arwah adalah nelayan yang baik dan dia selalu hantar ikan ke rumah makcik di Tanjung Dawai," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq Kampung Merbok dekat sini hari ini.
  
Lijah berkata, dia tidak menghadiri majlis perkahwinan itu Sabtu lepas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...