TERKINI :

Wednesday, October 2, 2013

Harga rumah naik: Belum masa untuk bertindak lagi?


Pengumuman yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa minggu lalu bahawa BNM tidak akan melaksanakan ‘langkah-langkah menyejukkan’ pasaran atau ‘cooling measures’ bagi menangani spekulasi dalam harga rumah diterima dengan pelbagai reaksi. Tentunya kita dapat mengagak pihak mana yang suka dan yang mana pula yang terus sengsara.

Meskipun pun pihak BNM sedar wujud kegiatan spekulasi dalam sektor hartanah ini, menjadi tandatanya apakah akhirnya akan BNM lakukan juga langkah-langkah tersebut.

Berdepan dengan perangkaan belanjawaan Negara dalam beberapa hari lagi ini, Kerajaan Najib tidak lagi mahu melakukan ‘kesalahan’ yang pastinya akan mengundang cemuhan dan kritik yang tajam khasnya dari rakyat selaku pembeli.

K-POP : Masa rakyat tanya beriya-riya nafi...tapi hari ini semua pecah tembelang..!!

Hari tu beriya-iya nafi duit kerajaan... sampai bila rakyat akan terus ditipu?

http://i.imgur.com/sxe9WoI.png
Khairy Jamaluddin

Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.

Berapa lamakah Najib mampu bertahan?

Walaupun Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013 dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanda ditandingi juga pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja boleh tercampak daripadanya.

Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetahui parti dan kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.

Hilang senjata api: Rakyat mahu jawapan, bukan barangkalian

KUALA LUMPUR: Sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respons seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api menurut laporan audit negara.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara.

“Jelaslah definisi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya SAMM membidas kenyataan itu dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah’.

Sedangkan, katanya telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.

Nik Aziz: Audit dunia bolehlah lepas

NONEWalaupun lepas di dunia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan, pihak yang melakukan kesalahan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2012, tetap tidak dapat melepas 'penghakiman' di akhirat.

"Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya," kata mursyidul am PAS hari ini.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily, Nik Aziz (kanan) juga berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.

"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.

Ucapan sayonara dari import Kedah Alen Guc


Bola Kedah : Siapa yang buat keputusan pilih dan gugur pemain..?


Kenduri beracun: Pengantin baharu terkilan


Kenduri beracun: Pengantin baharu terkilan  
Tajul Urus menyampaikan sumbangan kepada Che Norma Khalid, 45, 
yang kehilangan anak bongsunya, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, 
akibat keracunan makanan.

YAN - Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru berkenaan.

Hasliyana Yusuf, 22, berkata, dia sedih dengan kejadian dan tidak menyangka majlis raja sehari bertukar menjadi tragedi hitam.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan.

“Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan.

“Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam.

N20 Sg Limau : PAS - Calon muda OK tapi Calon Recycle KO...!!!

oleh Anak Muda Guaq


Hangpa kenai dak lagi aku sapa.. nie dia ANAK MUDA GUAQ... jika hangpa nak tau.. dulu masa PRU13 aku tulis sikit pandangan ciri-ciri macamna nak angkat sapa jadi calon Guaq..... [BACA SINI]

Tujuan aku tulis pulak nie apabila dok dengaq kata ada nak penaik semula CALON RECYCLE... Orang dok habaq nie berdasarkan pemerhatian orang dok berkawan dan duduk dengan rakyat di bawah tak kira umno atau PAS... Jangan dok kira orang PAS saja suka akan calon kita tu..... kita kena kaji di setiap sudut... 

Nie mai PRK N20 Sg Limau aku dengaq nak penaik CALON RECYCLE...mesyuarat berbincang tanya pandangan dan pendapat pun tak dengaq bila tup tup ada keputusan.... jawab hangpa memang nak bagi macam tu laa DUN Sg Limau tu kat UMNO BN...untuk jadi 4-0...

Calon RECYCLE nie dikatakan yang dulu pernah bertanding PARLIMEN JERAI & DUN GUAR CHEMPEDAK... Jika 2 orang nie hangpa hangtaq nama pie ke pusat untuk PAS Pusat buat pilihan nampaknya kali ini pun kirim salam laa jika hangpa nak menang semula.

[BOCOQ LAGI] 4 kolej komuniti beli CCTV dengan harga berbeza

 
Kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 ekoran ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ), menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).

Menurut laporan audit yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semakan audit mendapati ketidakseragaman di empat kolej itu berlaku kerana BQ ada diperincikan di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Gerik manakala di Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kolej Komuniti Selandar, BQ dijumlahkan.

Laporan Audit : Bukti negara kita KAYA.. tapi sayang pemimpin tak amanah yang urusnya..!!

Laporan Ketua Audit Negara buktikan rasuah dari bawah ke atas
ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/528696_358491094259428_1503241232_n.jpg

Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas.

Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama.

Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi.

Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.

Obama tangguh nak datang ke Malaysia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menangguhkan lawatannya ke Malaysia berikutan krisis penutupan operasi pentadbiran di negara itu.

-Bernama

N20 SG.LIMAU : Calon-Calon nya..!!

Pemimpin berpengalaman dalam senarai di Sg Limau

NONEBukan mudah untuk Umno merobek Sungai Limau, kubu kuat PAS yang diperlahankannya sejak 18 tahun lalu - kesemuanya dimenangi bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Untuk tujuan itu, akar umbi Umno bahagian itu melihat perlunya calon berpengalaman - sekurang-kurangnya yang pernah menentang allahyarham Azizan (kiri) - untuk menggalas tugas berat itu.

Selaras dengan itu, Malaysiakini difahamkan, dua bekas calonnya antara tersenarai sebagai pilihan bahagian Jerai, iaitu Ketua Bahagian Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Naib Ketua Pemuda Basori Hassan.

Seorang lagi calon yang dikemukakan bahagian Naib Ketua bahagian Datuk Ikmal Ismail.

Mayat mangsa lemas dari Kedah di Sungai Krian dijumpai

DIJUMPAI: Mayat dijumpai di Sungai Krian pada awal pagi semalam dibawa ke Hospital Saratok untuk menjalani proses selanjutnya.

SARATOK: Mayat seorang lelaki dikhuatiri lemas ditemui pagi semalam berikutan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Krian sejak tiga hari lepas.

Mayat Mohd Munir, 24, yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Bumimas, Sibu dan berasal dari Pendang, Kedah dijumpai penduduk di kawasan perairan Kampung Kupang iaitu lebih kurang 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Saratok, Kho Boo Jang mayat mangsa ditemui penduduk kampung sekitar jam 7 pagi semalam.

Jangan tak tahu, negara ini Dr Mahathir yang punya

oleh - Aspan Alias

http://2.bp.blogspot.com/-wGoJbLfAk0M/ThL511yHYuI/AAAAAAAAAko/ulwJnWQZCR0/s640/Tun+Mahathir.jpg
Semalam saya menyebut perbezaan di antara pemimpin pelapis dan pelapik. Mungkin ramai yang masih belum tahu apa dia pelapis dan apa pula maknanya pelapik. Malahan ramai yang meminta saya mendefinasikan pelapis dan pelapik itu. Bolehlah saya tulis sedikit tentang ini sekali lagi, tetapi tidak perlu panjang kerana ia amat mudah difahami.

Dr Mahathir tidak pernah membina pemimpin pelapis dan itulah sebabnya selepas beliau bersara, negara diambil alih oleh pemimpin yang tidak kena pada tempatnya. Beliau hanya membina pemimpin pelapik untuk melapik kedudukan beliau supaya tidak terjejas buat selamanya.Beliau sendiri pernah menganggap yang pimpinan dalam Umno dan ahlinya sekali sebagai Red Indian sahaja. Beliau tidak peduli apa yang akan terjadi kepada parti beliau. Bagi beliau semua orang Umno mesti bersedia untuk menjadi pelapik untuk kepentingan beliau semata-mata.

Sebelum beliau menaiki hirarki parti yang tertinggi, beliau tidak mahu melihat Tengku Razaleigh berada di samping beliau kerana rasa takut dan gerun akan menjejaskan kedudukan beliau. Maka beliau mengambil Musa sebagai pemimpin pelapiknya. Beliau tidak pun berniat untuk menaikkan Musa selepas beliau kerana beliau hendak berkuasa lama. Musa hanya digunakan olehnya untuk menjadi pemimpin pelapik bagi mengelak daripada ancaman bayangan Tengku Razaleigh semasa itu. Maka berlagalah Musa dan TR dan Mahathir berasa gembira kerana musuh hakikinya bergaduh dan bertelagah.

Mukhriz kena henti budaya politik “dendam”, kata Mahfuz

Oleh Md Izwan

Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengecam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab susulan pendiriannya yang hanya mahu memberi bantuan kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan Mukhriz tidak layak menyandang jawatan Naib Presiden Umno kerana masih mengamalkan budaya politik yang tidak matang.

"Kenyataan Mukhriz membuktikan beliau tidak layak untuk menjadi naib presiden kerana masih membawa budaya politik zaman 1960-1970-an.

"Beliau kata hendak bawa perubahan, tapi diri sendiri tidak berubah," bidas Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahfuz juga mempersoalkan kedangkalan Mukhriz apabila mengatakan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang menindas pembangkang BN di negeri itu.

"Masa bila kerajaan Pulau Pinang menindas? Adakah pemberian RM40 ribu baru-baru ini oleh kerajaan Pulau Pinang kepada pemimpin BN itu menindas," katanya.

Saya tak bodoh, saya tak bodoh, CGPA saya 3.85 lagi, kata Ahmad Maslan

oleh - Shahbudin Husin

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/13864_514685528609206_695749928_n.jpgBarangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".

Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.

Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.

Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.

Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut tempat dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.

Ekonomi Amerika semakin parah..sehingga 700k kakitangan kerajaan cuti tanpa gaji

Isu belanjawan: K'jaan AS mula hentikan khidmat

US president Barack ObamaKerajaan Amerika Syarikat menghentikan sebahagian perkhidmatannya bermula hari ini ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republican, yang enggan meluluskan belanjawan untuk tahun depan.

Laporan agensi menyebut, wakil parti Republican meletakkan syarat agar usaha presiden Barack Obama untuk menambahbaik sektor kesihatan dilengahkan terlebih dahulu sebelum belanjawan itu diluluskan.

Tempoh untuk membuat rundingan tersebut berakhir pada tengah malam semalam tanpa sebarang persetujuan walau Obama menyatakan rayuannya.

Tindakan itu menyebabkan lebih 700,000 kakitangan kerajaan negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, tanpa jaminan pampasan.

Ekoran itu juga, taman negara dan muzium akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan tergendala.

Exco antara tetamu kenduri berlaku keracunan makan

Tajul Urus Mat Zain  
Tajul Urus Mat Zain
YAN - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain merupakan antara tetamu yang hadir pada kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas yang berlaku kes keracunan makanan menyebabkan empat kematian sehingga kini.
  
Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai berkata beliau hadir pada kenduri itu tetapi bernasib baik kerana hanya makan sedikit ayam masak merah itu dan terus mendapatkan rawatan di klinik selepas mengetahui kejadian itu.
  
"Saya memang tak suka makan ayam. Saya hanya ambil sedikit sahaja ayam masak merah tu. Saya pun risau dan bila saya periksa saya selamat dan tak ada simptom seperti cirit birit serta muntah-muntah," katanya yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melawat mangsa keracunan di Hospital Yan di sini hari ini.
   

Mohon bajet tambahan, tapi potong bantuan

KUALA LUMPUR: Pemotongan RM10 dari bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan memerlukan dibimbangi mempunyai unsur penyelewengan apabila pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak tahu-menahu mengenai pemotongan tersebut.

Malah, pemotongan itu juga dilihat tidak relevan ketika Dewan Rakyat meminta peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kementerian tersebut, namun dalam masa sama memotong jumlah bantuan yang diberikan sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin, berkata perkara tersebut perlu mendapat perhatian serius dari kementerian untuk menyiasat sejauhmana benar pemotongan itu benar-bemar berlaku.

"Ketika berbahas, saya bertanya kepada kementerian, apakah benar pemotongan itu berlaku dan dimaklumkan kementerian tidak tahu-menahu mengenainya. Soalnya, jika benar berlaku pemotongan, apa rasionalnya kita menuntut perbelanjaan tambahan sebanyak RM100 juta lagi?" soal beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella

SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Hadi mahu calon Pas setanding Azizan


hadi awang  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA NERANG - Pas dijangka meletakkan calon muda bersifat ketokohan pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mahu calon itu memilki sifat kepimpinan seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada Pas negeri dan Pusat yang tentukan.

“Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej Pas. Itu yang penting,” katanya selepas menziarahi pusara Azizan di Muassasah Darul Ulum, hari ini.

Nelayan, mangsa keempat meninggal keracunan


Nelayan, mangsa keempat meninggal keracunan  
Ahli keluarga mangsa yang menunggu di luar ICU HSAH semalam sebelum dimaklumkan mangsa meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.
SUNGAI PETANI - Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.

Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.

“Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...