TERKINI :

Tuesday, October 1, 2013

Konsert K-POP : Pembohongan Kerajaan Malaysia terbongkar dari Laporan Audit Negara

 

Akhirnya KEBENARAN mengatasi KEBATILAN
 

[PENTING] Untuk semua GURU - Sila abaikan arahan update no. akaun dalam laman web penyata gaji anda.


Kes Keracunan makanan di majlis kenduri berpunca dari bakteria "SALMONELLA"

Berita Rtm Kedah


KES KERACUNAN MAKANAN BERPUNCA DARIPADA BAKTERIA "SALMONELLA"

SUNGAI PETANI, 1 Okt: Kejadian kes keracunan yang menyebabkan tiga orang maut dan berpuluh lagi mengalami cirit birit dan muntah selepas menjamah hidangan pada majlis perkahwinan di Tanjung Dawai, Merbok, berpunca daripada ayam masak merah yang telah dijangkiti bakteria "Salmonella".

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat selepas melawat mangsa yang terlibat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, petang tadi.

Kalaulah Mukhriz kalah naib presiden Umno...


Mukhriz Mahathir  
Mukhriz Mahathir
PENYERTAAN Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. 
Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.
Namun di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan Umno menjelang pemilihan 19 Oktober depan terlihat semakin mengukuh terhadapnya. 
Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan BN menawan semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.
Ini menjadikan, meskipun tarikh pemilihan ada kira-kira tiga minggu lagi tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.

“Saya nak jadi PM lagi sekali,” kata Dr Mahathir

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Kajian Merdeka Center yang menunjukkan populariti Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi pemimpin Umno pada masa ini mengejutkan mantan Perdana Menteri itu.

Pemimpin yang paling lama menerajui negara itu mengucapkan terima kasih kepada badan kajian itu sambil berseloroh mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

"Saya nak jadi PM lagi sekalilah. Terima kasih beritahu hasil kajian itu. Saya tak baca," katanya kepada pemberita di Subang Jaya hari ini.

Apabila diberitahu kajian itu dijalankan oleh Merdeka Center, sambil berseloroh beliau berkata: "Saya yang memberi dana kepada mereka."

The Malaysian Insider hari ini melaporkan kajian Merdeka Center mendapati populariti Dr Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%).

Dulu Azizan menang di Sg Limau kerana personaliti, bukan parti - Tun M

Dr M: Kini peluang BN menang DUN Sg Limau

NONEBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).

Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.

"Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaru syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di Langkawi malam tadi.

Aduhai kementerian nak promosi fb & twitter pun perabih duit sampai RM320K...

Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter dipersoal

Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

NONEPerbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook.

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Likes' yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.

Tabik untuk Ahmad Maslan

Mohd Sayuti Omar,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan atas jawaban dan penjelasan dalam perbahasan rang perbekalan tambahan 2013 bagi Kementerian Kewangan di parlimen hari ini. Saya tertarik dengan cara Ahmad menjawab begitu teratur, lendik dan kemas serta autantik sekali. Semua pertanyaan yang dibangkitkan, serta pencelahan diberi respon yang baik.
Ahmad Maslan

Sikap timbalan menteri atau ahli parlimen sebeginilah yang perlu dicontohi. Berkualiti, telus dan terbuka serta tidak mempersendakan setiap persoalan yang ditimbulkan di dewan. Dalam jawabannya Ahmad tidak menyindir atau menggunakan floornya untuk mengkritik pihak pembangkang seperti mana sering berlaku kepada menteri atau timbalan menteri ketika menjawab pertanyaan sebelum ini.

Cara Ahmad menjawab dan memberi penjelasan diterima dengan senang hati oleh ahli parlimen. Ini terbukti bila mana tidak ada gangguan atau pun sorakan ketika beliau memberi jawaban. Semuanya serius dan memberi tumpuan kepada penjelasannya. Bermakna ahli dewan menerima tanpa takwil.

Paling menariknya penjelasan Ahmad detail, jelas beliau membuat homework yang mendalam. Tidak ada sebarang pertanyaan yang tidak boleh dijawab kecualikan permintaan dari ahli parlimen yang mengemukakan soalan spontan yang memerlukan jawaban bertulis atau pun notis.

Anak Kedah mati lemas di Sibu Serawak disebabkan keadaan jalan yang merbahaya terus ke sungai


Sapa pon baru sampai tempat ni waktu malam, xda lampu jalan, xda halangan jalan, mungkin akan senasib dgn Munir Yusuf... dah banyak nyawa terkorban..Mana pemimpin negeri? ahli parlimen sini? ahli DUN? Nak tunggu mak bapak family sendiri kena baru nak amik tindakan??? Jawab la kamu di akhirat kelak.


رَّبَّنَا عَلَيۡكَ تَوَكَّلۡنَا وَإِلَيۡكَ أَنَبۡنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Nie cerita pasal kejadian yg menimpa sahabat kita Munir Yusuf.....
cerita dari kawan yang sama2 terlibat dgn dia....

Presiden PAS ziarah kuburan Almarhum Ustaz Azizan



POKOK SENA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu.

Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan.
Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan.

Laporan Audit : KASTAM & POLIS didedahkan ada kepincangan.

Laporan audit: Polis hilang senjata api, gari
 
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Dr MAZA : PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/s720x720/1379561_10151979259287990_1911208491_n.jpg

..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..

BN dan PAS siap sedia hadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau

BN dan PAS siap sedia hadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau
KUALA LUMPUR: Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, namun dua parti yang bakal bersaing kini sudah siap sedia untuk berdepan antara satu sama lain.

Jentera kempen UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, kini menunggu arahan seterusnya untuk memastikan kemenangan calon masing-masing.

Di pihak BN Kedah, perbincangan tentang kriteria calon yang bakal dipilih sudahpun dibuat dalam satu mesyuarat membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan individu yang akan dicadangkan mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.

Khyril Muhymeen jadi buruan


Khyril Muhymeen  
Khyril Muhymeen
PENGGEMPUR berbisa Kedah, Khyril Muhymeen Zambri kembali dalam radar sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.

Spekulasi bertiup kencang di laman sosial mengatakan khidmat Khyril amat diperlukan selepas beberapa pemain utama pasukan berkenaan bakal 'angkat kaki' musim depan.

Difahamkan, Khyril masih menyayangi pasukan Kenari dan enggan terburu-buru membuat keputusan. Namun, pada masa sama masih mempertimbangkan tawaran menyarung pasukan itu jika kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

412,245 peminjam PTPTN tidak buat bayaran balik


ptptn
KUALA LUMPUR - Seramai 412,245 peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos lepas, kata Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Beliau berkata daripada jumlah itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250).
  
Katanya jumlah keseluruhan peminjam PTPTN ialah 1.24 juta orang.
  
Perkara itu dinyatakan beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Lim dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN sehingga 16 September lepas.

PRK N20 Sg Limau : BN Kedah akan cadang 3 nama

Mukhriz Tun Dr Mahathir 
Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dun Sungai Limau.
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, individu yang akan dicadangkan mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.
"Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan PRK Sungai Limau di sini, malam tadi.  
PRK kawasan DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.

400 Melayu Islam Penang di 'tipu' oleh DAP - Utusan Meloya

400 MASYARAKAT MELAYU/ISLAM PULAU PINANG MENERIMA BANTUAN PERMULAAN KE IPT DARI KERAJAAN NEGERI DAP/PR PULAU PINANG!!!

Bayi tiga bulan perlu RM45,000


Bayi tiga bulan perlu RM45,000  
Keadaan Aira sebelum ditempatkan di bahagian unit rawatan rapi pediatrik.

ALOR SETAR - “Hati sebak apabila mendengar kata-kata doktor bahawa anak bongsu saya hanya boleh hidup sehingga usia enam bulan sekiranya masih tidak menjalani pembedahan,” demikian luah Noor Shelawati Rashid, 31.

Shelawati berkata, mereka sekeluarga pilu apabila mengenangkan nasib dialami bayi berusia kira-kira tiga bulan miliknya, Ku Aira Lidiya Syazana Ku Shahrul yang menghidap penyakit jantung berlubang dan masalah injap.

“Masa dia lahir, kami tidak tahu Aira mengalami masalah kerana dia kelihatan normal. Namun, sejak awal kelahirannya lagi, dia memang selalu menangis.

“Malah, keadaan nafasnya sering turun naik menggusarkan hati kami. Lantas, kami suami isteri membawa Aira ke sebuah klinik pakar kanak-kanak di Lorong Merpati, dekat sini, hinggalah dirinya dikesan mengalami masalah kesihatan,” katanya.

YAN - Keracunan: Tetamu sebelah petang ramai terkena


Keracunan: Pengunjung sebelah petang ramai terkena  
Zulkifli (kanan) menceritakan keadaan bapanya selepas mengalami muntah-muntah.

SUNGAI PETANI – Mangsa terbaru keracunan makanan, Ibrahim Mohamad, 62, disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Jenazah yang dituntut keluarga akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu sebaik sahaja selesai bedah siasat di HSAH.

 Anak mangsa, Zulkifli, 31, berkata, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu.

“Pagi itu (Ahad), ayah dah mengalami cirit-birit serta beberapa kali masuk ke tandas, bagaimanapun keadaannya masih baik serta boleh bercakap seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSAH hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...