TERKINI :

Monday, September 30, 2013

Kerajaan Malaysia bebankan POLIS dengan kerja yang tak sepatutnya...!!

YAN - Tiga maut keracunan makan kenduri


Tiga maut keracunan makan kenduri 
 Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.

Tiga maut keracunan makan kenduri

Tiga maut keracunan makan kenduri  
Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH. -FOTO SINAR HARIAN Oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
 
YAN - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

PEMILIHAN UMNO: ANTARA WANG POLITIK DAN POLITIK WANG

oleh Mohammad Agus Yusoff

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?

Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Awat la sengal sangat menteri sorang nie...?

Aduhai menteri oi....
Itu semua duit dari rakyat..
.yg nak terima kasih dengan hangpa buat apa


Pakatan harus menang undi wanita untuk tawan Putrajaya


OLEH EILEEN NG


Walaupun berjaya memenangi undi anak muda, DAP mengakui Pakatan Rakyat (PR) masih gagal untuk memenangi undi wanita dan ini boleh mengagalkan impian mereka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengakui, Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) lebih berjaya menawan golongan berkenaan.

“Walaupun PR berjaya menawan imiginasi orang muda dengan melibatkan mereka dengan kebebasan, hak asasi, pengetahuan, kemahiran dan tanggungjawab, PR gagal menarik perhatian wanita.

“Tanpa sokongan wanita, PR tidak boleh berharap untuk menang,” katanya dalam ucapan sebelum pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP hari ini.

Timbalan Presiden PAS : Hanya seorang calon ulama kali ini?

Analisis Isu

Menjelang Muktamar PAS ke-59, belajar daripada kekalahan mereka pada muktamar ke-57 lalu, ulama PAS kali ini lebih bersedia untuk memastikan calon mereka mendapat kedudukan lebih baik.

Untuk itu, usaha sedang dibuat bagi memastikan calon mereka akan berhadapan satu lawan satu dengan calon bukan ulama khasnya untuk kerusi timbalan presiden.

Inilah pandangan blogger yang juga penganalisis politik Melayu, Mohd Sayuti Omar.

Fakta hampir keseluruhan tokoh utama kepimpinan PAS kini dikuasai bukan ulama, kecuali presiden, tidak disenangi ulama kerana parti itu sendiri mengamalkan konsep kepimpinan ulama.

Dalam muktamar ke-57 lalu, semua calon ulama tewas untuk jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga kerusi naib presiden.

Mohamad Sabu mendapat 420 undi mengalahkan dua calon ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).

Sementara Idris Ahmad yang mewakili ulama juga tewas di kerusi naib presiden. Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar (ketiga-tiganya bukan ulama) pula menang kerusi naib presiden.

Pembangunan ICT agenda transformasi Kedah


KULIM - Kerajaan Kedah menetapkan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai satu daripada agenda Transformasi Kerajaan Negeri Kedah, berikutan kedudukan negeri itu yang berada di tangga ketiga terbawah dalam aspek kadar penembusan jalur lebar.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Kedah hanya mencapai 53.7 peratus berbanding 67.1 peratus di peringkat nasional.

Katanya, Makmal Transformasi Teknolgi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kedah yang bermula sejak awal September lepas telah banyak membincangkan secara terperinci berkaitan status semasa, isu–isu dan cabaran serta mekanisme pelaksanaan bagi pembangunan ICT di Kedah.

"Input–input yang diberikan amat berguna bagi perancangan peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negeri Kedah di samping mentransformasikan Negeri Kedah menjadi negeri maju berpendapatan tinggi. Ia juga turut mengambil kira inisiatif-inisiatif di bawah (Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi) NKEA - Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi.

ROS juga perlu siasat pemilihan Umno

SEBERANG JAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.

Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.

Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya.

"Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).

Pas yakin mampu pertahan Dun Sungai Limau


Muhamad Yusof Husin  
Muhamad Yusof Husin

ALOR SETAR - Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, Dun Sungai Limau adalah kubu kuat Pas selepas Allahyarham Azizan berjaya mengekalkannya selama lima penggal berturut-turut.

“Ini maruah kita. Lima penggal Pas mengekalkan kuasa di bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Pas akan menggerakkan jentera agar supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu.

Senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP 2013


cec dap

PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.
  
Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.
  
20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...