TERKINI :

Sunday, September 29, 2013

PRU 14: Nasib UMNO Bergantung Kepada PAS

Oleh Khalid Samad

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR...”

Saya kemudianya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang. PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’. Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “PAS for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.

DAP tidak mahu jadi klon MCA, Gerakan

PETALING JAYA: DAP bercita-cita untuk menjadi sebuah parti bagi seluruh rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi klon MCA, Gerakan apatah lagi Umno BN, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013, Guan Eng berkata, kemerosotan Umno BN dalam PRU13 lalu adalah petanda jelas bahawa politik berasaskan kaum tidak ada masa depan di Malaysia.

"Kami ingin bersuara bagi pihak semua kaum termasuk Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.

"Kita telah membuktikan di Pulau Pinang dan Selangor bahawa Pakatan Rakyat boleh memelihara orang Cina lebih baik daripada MCA, menjaga orang Melayu lebih baik daripada UMNO, membantu orang India lebih baik daripada MIC," katanya.

Amboi PERKASA bila pulak PAS hantaq wakil beri penghormatan kepada Chin Peng...??

Tidak jadi komunis kalau setakat kaji sejarah PKM
oleh Zulkifli Yahaya


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam 'pemimpin' PAS yang hadir ke Bangkok, Thailand untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menyifatkan tindakan ini hanya untuk memenangi undi Cina.

Begitulah Perkasa yang hidupnya atas isu rasis, gemar benar membuat prasangka buruk terhadap sesiapa sahaja, terhadap apa jua isu yang terlintas di hadapan mata; asal dapat sedikit untung politik. Akhir zaman ini, 'isu rasis' pun boleh jadi modal untuk cari makan.

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Ia berlaku di tengah-tengah usaha kerajaan Malaysia menyekat pintu sempadan dari dimasuki abu Chin Peng.

ISA tetap ISA hanya berubah dari segi nama sahaja..!!

PKR dakwa Zahid tipu mengenai pindaan PCA

PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) baru-baru ini kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta kejam lain yang dimansuhkan sebelum ini.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa akta yang dipinda itu "tidak mempunyai tahanan tanpa bicara" tidak benar sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri.

"Adakah Menteri Dalam Negeri tidak membaca rang itu? Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?" kata Ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.

'Mukhriz jadi MB pendendam'




MP Seputah Teresa Kok berata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menunjukkan tanda-tanda seorang menteri besar yang pendendam dan ingin menghukum golongan Cina kerana tidak mengundi BN.

Kok dalam kenyataan medianya hari ini menyebut, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan bahawa beliau tidak akan melayani permintaan dari sekolah Cina di Kedah.

"Mukhriz perlu menerima bahawa pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai.

"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.

Tanda Putera rugi RM3.77j

10:19AM Sep 29 2013

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Muktamar PAS & Jangkaan Rakyat - Dr Mujahid Yusof Rawa

Dr Mujahid Yusof Rawa
http://drmujahid.com/wp-content/uploads/2013/09/muk.jpg
Sebuah parti politik semestinya mempunyai cita-cita untuk memerintah negara dengan membawa dasar partinya ke dalam kerangka kerajaan dan menjadikan pemerintahannya berkesan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.

Bukan itu sahaja, bahkan parti politik perlu mempunyai aspirasinya untuk menyuntik nilai kebebasan dan prinsip moral yang tinggi bagi mencapai erti kemanusiaan dan harga diri.
Dasar pemerintahan dan falsafah kemanusiaan perjuangan parti mesti disampaikan kepada orang ramai melalui kepimpinan yang mampu memberi pencerahan dalam laras bahasa difahami orang awam.

Rasional kepartian

Dalam kejelasan itu, parti politik juga terpaksa melalui rasional organisasi kepartian yang melibatkan dinamika bagaimana ahli dan kepimpinan menanggap cita-cita tersebut di mana aspek ideologi menjadi titik perdebatan ahli dan kepimpinan membentuk evolusi parti tertentu dalam proses aktiviti politiknya.

PAS sebagai parti politik yang berpaksikan ideologi politik Islam kini melalui proses dinamika antara desakan menuju cita-cita kepemerintahannya dan desakan ahlinya yang khuatir kepada hilangnya jati diri ideologinya.

Kamu yang rasuah...kami yang tanggung??

oleh King Jason

Kamu bila lebuhraya..guna wang rakyat..patut kami dapat free..rupanya kami kena bayar tol!! Perjanjian tol..kami tak tahu apa apa..kamu kata kerajaan berjimat dengan menswastakan lebuhraya..sudahnya...hutang negara makin bertambah!!!

Kamu bina KLIA2, KLIA 1 tu nak buat apa? Tukun? LCCT tu pula nak buat apa? Bakal jadi macam Subang airport ka? Kamu bina projek membazir dengan kos segala mahal..KAMI LAGI YANG TANGGUNG!!! Siapa kata projek ni tak wujud RASUAH KRONY??

Ramalan Ekonomi dari Penjahil Ekonomi - 5 Tahun akan datang, adakah Malaysia Akan BANGRAP..??

oleh Saiful Nang

RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI 
(Sempena desas desus minyak nak naik lagi)

Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.

Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk

Jika Mukhriz menjadi naib presiden, ia tidak membawa perbezaan

oleh - Aspan Alias

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-Mukhriz-Mahathir-UMNO.jpg

Kerajaan dan pimpinan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan terburuk dalam sejarah kewujudan negara ini. Tiada lagi kita mendengar orang atau kumpulan bersetuju dengan segala apa yang dilakukan kerajaan sekarang. Suasana ini wujud mesti bersebab. Sebab itu yang belum difahami oleh pimpinan kerajaan sejak hampir dua dekad dahulu. Tahap keyakinan terendah ini bukannya wujud dalam sekelip mata tetapi setelah ia menyemarak sejak dua dekad dahulu secara beransur-ansur.

Ibarat sebuah kereta, jika ia diselenggara dengan baik, kereta itu akan bertahan lama untuk dipandu. Tetapi jika tidak diselenggara dengan baik dan konsisten kereta itu tidak akan bertahan lama dan akhirnya kita tidak akan ada lagi keyakinan kereta itu boleh dipandu dengan selamat.

Ibadah korban Amal Malaysia di Republik Sudan Selatan

KUALA LUMPUR: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan meneruskan program ibadah korban di kawasan-kawasan kritikal dengan memilih Juba, Republik Sudan Selatan (RSS) sebagai lokasi projek untuk tahun ini.

Menurut Presidennya, Husin Ismail, RSS dipilih Amal Malaysia sebagai lokasi program korban kerana keadaan dan keperluan bantuan lebih kritikal dan memerlukan bantuan segera.

RSS mencapai kemerdekaan daripada Sudan hasil referendum inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2011.

“Umat Islam membentuk 17 peratus komposisi penduduk di RSS, Kristian 15 peratus manakala selebihnya penganut animisme,” jelas Husin.

Hasil perbincangan Amal Malaysia dengan pemimpin Islam RSS, Dr Gassim Barnaba, misi Yayasan Amal akan berada di negara bekas wilayah selatan Sudan itu dari 13 hingga 19 Oktober.

Alor Setar - Masih ramai lagi rakyat kita jadi 'pengotor'

Longkang jadi 'mangsa'

Longkang jadi 'mangsa'  
Keadaan sebahagian parit yang dipenuhi rumput

ALOR SETAR - Sikap segelintir masyarakat yang mengabaikan kebersihan alam sekitar dengan melakukan pembuangan sampah  sesuka hati mengakibatkan saliran parit di hadapan premis perniagaan berhampiran Taman Intan, dekat sini tersumbat.

Tinjauan mendapati, sistem perparitan berkenaan dipenuhi sampah sarap seperti rumput, plastik dan tin minuman sehingga mengakibatkan airnya bertakung dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Orang awam, Ramlah Said, 63, berkata, sebahagian sistem perparitan berkenaan dipenuhi pelbagai sisa.

“Keadaan parit yang tersumbat dengan sampah sejak sekian lama berkenaan pastinya akan mengundang bau busuk dan kurang menyenangkan.

“Bayangkan, jika ada kedai makanan berhampirannya. Maka, pengunjung tidak akan berselera untuk makan mahupun minum di situ,” katanya.

Kuarters Guru Terbiar tak ada Guru Duduk Tapi Yang Mai Duduk Geng Buat Maksiat..!!

Kuarters guru sarang maksiat

Kuarters guru sarang maksiatKuarters guru sarang maksiat 
Keadaan kuarters terbiar sejak lebih lima tahun lalu.

SUNGAI PETANI - Keadaan 10 blok kuarters guru lima tingkat di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir membimbangkan penduduk berdekatan memandangkan ia telah dijadikan tempat lepak bagi golongan remaja melakukan perbuatan tidak berfaedah.

Penduduk, Yaakob Bakar, 58, berkata, kuarters yang mampu menempatkan kira-kira 100 keluarga dilihat tidak berpenghuni sejak lebih lima tahun walaupun dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan perabot, tempat letak kereta dan sebuah surau.

Beliau yang juga Bendahari Badan Kebajikan Islam Taman Semarak (Bakitas) berkata, keadaan menjadi semakin teruk apabila ia dipenuhi semak sementara perkakasan besi dan serpihan kayu perabot diambil orang disebabkan tiada sesiapa yang menjaga kuarters berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...