TERKINI :

Saturday, September 28, 2013

SPRM belanja RM1 juta semasa PRU, tapi tujuh kes sahaja disiasat?

OLEH MD IZWAN
September 28, 2013

http://www.kaingaran.com/wp-content/uploads/2012/12/SPRM-SPR-Politik-660x330.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas DAP kerana mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi hanya tujuh kes disiasat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, serta mendesak untuk tampil telus membuat penjelasan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching (gambar) dalam satu kenyataan mempertikaikan keupayaan SPRM berbanding dengan kumpulan bebas Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang tidak mendapat sebarang peruntukan tetapi dapat mengesan banyak salahguna kuasa yang berlaku semasa PRU berjalan.

"Ia sangat mengejutkan selepas berbelanja RM1 juta bagi perbelanjaan saraan belanja hidup ke atas pegawainya semasa PRU13, SPRM hanya menemui tujuh kes sahaja yang berkemungkinan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Dimensi fikrah Almarhum Ustaz Azizan

Detik 26 September 2013 kita kehilangan Almarhum (Tan Sri) Ustaz Azizan Abd Razak. Itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah, yang mana setiap insan pasti akan mengadap Ilahi. Kematian Almarhum sememang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira 'kiblat' politik.

Yang pasti. Almarhun adalah antara tokoh politik PAS yang telah mengabdikan diri dengan perjuangan menegakkan kebenaran. Almarhum telah menelusuri wasilah perjuangan yang didampari dengan pelbagai suka-duka, hambatan mehnah dan tribulasi sehingga akhirnya dianugerahkan penghormatan.

Sejarah Terukir

Tahun 2008 sejarah terukir bagaimana Almarhum diangkat mengetuai sebuah kerajaan yang didokongi oleh parti yang Almarhum perjuangan iaitu PAS bagi kerajaan negeri Kedah ekoran kemenangan PAS pada pilihanraya ke-12. Walaupun terukir dalam tempoh lima tahun sahaja, namun ianya memberi pemahaman yang makro terhadap pemikiran dan sumbangan yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh Almarhum. Pilihanraya 2013, menyaksikan Kedah kembali kepada BN.

Cakap la nak penaik BIL LETRIK.. nie dok habaq "perkenal BIL Baru" laa pulak..!!

TNB perkenal bil baharu mulai 1 Oktober

TNB

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.

Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.

Majikan Pak Guard tetap teruskan tindakan mahkamah walaupun Isteri Mat Yo nak mintak maaf..!!!

TIADA MAAF BAGI MU KATA MAJIKAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG KENA MAKI HAMUN OLEH ISTERI MAT YO ... TETAP TERUSKAN TINDAKAN MAHKAMAH!!!!



AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

Pemuda PAS ikrar pertahan Dun Sg Limau

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat berikrar akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau bagi menghargai jerit perih perjuangan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang juga bekas Adun kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dun itu.

“ Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihan raya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Husam : Tak salah jika nak lantik Timb. Presiden dari kalangan artis...

Husam: Utamakan parti terlebih dulu

Husam Musa  
Husam Musa
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggesa ahli Pas supaya mengutamakan parti daripada memperjuangkan individu tertentu.

Bercakap di dalam Dialog Perdana di sini, bekas Exco Kerajaan Kelantan  itu mahu ahli Pas termasuk pimpinan menekankan soal akhlak.

“Misalnya kalau saya kalah jadi timbalan presiden, tidak mati lagi rasanya,  jadi jangan  runsing sangat sampai tidak dapat tidur, mungkin ada yang  tidak boleh tidur memikir masa depan Pas, bukan masa depan orang, sekali kita silap 20 hingga 100 tahun lagi kesannya,” katanya.

Markaz Syiah : Mana Kerajaan Negeri Kedah.. Gombak dah diserbu.. Pendang bila lagi..???


nie markas syiah kat Pendang bila lagi.. siap masuk RTM1 lagi tuu
takkan tak tahu lagi kot.. selepas tu ketua dia siap buat laporan POLIS
kata TOK MUFTI KEDAH hina mereka.. mana penguatkuasanya...


Dr Siti Hasmah - Azizan pernah jumpa Dr M


http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/677/470x275x4da5cfeaa189a8ccd509974fb33e3459.jpg.pagespeed.ic.zGg_GcF0QV.jpg

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pernah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa minggu menjawat jawatan itu.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, ketika itu Azizan mengunjungi Mahathir bagi mendapatkan pendapatnya berhubung pembangunan Kedah seawal pengambil alihan pentadbiranya selepas Pas memenangi PRU12, 2008 lalu.

Pertemuan itu diadakan di rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan.

Siti Hasmah berkata, ketika pertemuan itu beliau turut bersama kerana ketika itu bukanlah satu kunjungan rasmi tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat sebagai kenalan lama.

“Saya masih ingat dia tanya Mahathir, bagaimana hendak majukan Kedah ketika itu”, katanya.

Siti Hasmah berkata, Mahathir dalam nada bergurau menjawab, “kalau bagi tau formula menawan hati rakyat Kedah, bagaimana nanti nak menangkan BN semula”.

Ustaz Azizan, perjuanganmu kami teruskan

Hambali Akram,

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/09/Al-Fatihah-Tan-Sri-Azizan-Abdul-Razak-Meninggal-Dunia.jpg 

Berita kepergian Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi diterima dengan penuh redha. Takziah kepada keluarga beliau dan semoga tabah menghadapi ketentuan ilahi ini.

Sebagai penyokong dan ahli PAS tentunya berita ini menyedihkan, apatah lagi mengenangkan sumbangan bakti allahyarham yang begitu banyak kepada agama dan parti. Namun, perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan oleh pejuang-pejuang yang lain. Pemimpin datang dan pergi – tentunya gerak kerja yang telah dimulakan oleh Tan Sri Azizan akan kami teruskan dan mantapkan lagi.

Kita ditipu oleh Yahudi tentang daging kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. 

'Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak kuat'

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Selepas dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Perhubungan PAS Kedah agak curiga dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Dato' Dr. Isa Ismail (Speaker DUN ketika itu) ditugaskan untuk membuat kajiselidik secara professional berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri serta isu-isu semasa yang berbangkit di Kedah.

Secara terus terang, kajian tersebut dibuat antaranya sebab terdapat dakwaan kononnya gaya pentadbiran Ustaz Azizan tidak disenangi rakyat. Antara yang banyak membuat kritikan adalah segelintir ahli PAS sendiri.

Namun hasil kajiselidik tersebut agak menyenangkan kerana lebih 55 peratus rakyat Kedah ketika itu masih menaruh kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan. Apa yang mengejutkan dalam pembentangan yang dibuat oleh Dr. Isa ialah, sokongan dan kepercayaan terhadap Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar adalah lebih tinggi dari kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Dakwaan kononnya Ustaz Azizan ditolak atau lebih keterlaluan lagi, 'jadi liability' terhadap Pakatan adalah tidak benar dan dinafikan oleh rakyat jelata.

Azizan individu ke-11 bersemadi di Muasassah


Azizan individu ke-11 bersemadi di Muasassah  
Azizan disemadikan berhadapan pusara Allahyarham Fadzil Noor (kubur kanan).

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak merupakan individu ke-11 yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, dekat sini.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, tanah perkuburan itu dikhaskan sebagai kubur bagi pemimpin Pas Kedah yang banyak berjasa khususnya dalam membangunkan Muasassah Darul Ulum itu sendiri.

Menurutnya, sebagai Pengerusi Muasassah, Azizan sangat menitikberatkan pembangunan Muasassah sebagai pusat pengajianIslam.

“Sememangnya tanah perkuburan di Muasassah dikhaskan sebagai kubur tokoh-tokoh pimpinan Pas dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dalam usaha mengasaskan institusi pengajian itu.

Syabas buat UTM...anda selangkah ke hadapan berbanding Universiti lain didalam negara...

UTM dah memulakan langkah kanan, UM bler lg ye...MPP universiti lain tak nak ambil iktibar ke atas kesedaran UTM..bermesyuarat gedebak gedebuk tp cmtu jgk..syabas buat UTM...anda selangkah ke hadapan berbanding Universiti2 lain.....hrp2 lepas ni semua akan ikut jejak langkah UTM...

Biarlah keghairahan mengejar ranking turut disertai keghairahan membina akhlak mahasiswa yg baik dengan kempen sebegini...dripada kempen sepetang,semalam,sesembang entah pebenda motifnya.

lbh baik adakan kempen sebegini...masuk jew gate KL,PJ..nmpak billboard cmni..ssejuk mata memandang..

"hidup beragama teras kejayaan"

UTM dah memulakan langkah kanan, UM bler lg ye...MPPUM x nak ambil iktibar ke atas kesedaran UTM..bermesyuarat gedebak gedebuk tp cmtu jgk..syabas buat UTM...anda selangkah ke hadapan berbanding UM..hrp2 lepas ni UM ikut jejak langkah UTM...biarlah keghairahan mengejar ranking turut disertai keghairahan membina akhlak mahasiswa yg baik dengan kempen sebegini...dripada kempen sepetang,semalam,sesembang entah pebenda motifnya.lbh baik adakan kempen sebegini...masuk jew
 gate KL,PJ..nmpak billboard cmni..ssejuk mata memandang..

Fadzil, Azizan banyak persamaan....


Azizan 
 Dari kiri: Fadzil dan Azizan.

ALOR SETAR - Allahyarham bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak mempunyai banyak persamaan walaupun pendekatan mereka berbeza.

Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail berkata, selain menerajui Pas Kedah pada era masing-masing, kedua-dua pemimpin itu banyak menyumbang kepada pembangunan parti.

“Mereka adalah golongan ulama dalam parti, selain mempunyai latar belakang dalam dunia pendidikan. Mereka adalah pendidik di mana Allahyarham Fadzil bekas pensyarah di UTM, manakala Azizan di UKM,” katanya.

Abd Isa yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Pasu berkata, kedua-duanya juga melanjutkan pengajian di Mesir namun hanya Azizan menyambung pengajian di United Kingdom selepas itu.

Pas: Muka baru penganti Azizan?


tuan-ibrahim-tuan-man  
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat


SHAH ALAM - Pas tidak menolak kemungkinan akan menampilkan muka baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun  Sungai Limau berikutan penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia  jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman, pagi semalam.

Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Badan Perhubungan Pas Kedah sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat.

“Insya-ALLAH kerusi tersebut masih kekal milik Pas... kita mungkin akan menampilkan wajah baru bagi mempertahankan kerusi itu.

Trajedi nak kena "SEMBELIH" di kedai tayar kereta

SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!! 
Maaf, tu je bahasa paling sesuai utk post kali ni.

Hujung Julai 2013 sblm raya puasa aku tukar tayar baru depan belakang jenama **LKEN di kedai ni. Kedai yang agak popular berhampiran kg padang balang KL. Nasibku kurang baik, 21 Sept 2013 aku kesan ada menggelembung bahagian tepi pada tayar depan. Tak terlintaspun nak claim ganti rugi sbb biasa la mgkn ‘terluka’ masa naik bucu jalan yang tinggi mana tahu. Klu kembung bahagian tengah tu mgkn aku beriya la juga nak cuba try test claim ganti rugi.

22/09/2013 Ahad aku p kedai yang sama utk tukar satu tayar baru. Sengaja aku cuba nego mana tahu dapat ganti rugi. Pekerja2 kedai kelihatan simpati dan cuba yakinkan org kanan bos bahawa aku mcm teraniaya. Aku lihat org kanan bos fikir skjp..seolah2 nak cari salah dan alasan kukuh utk tidak bertoleransi. Agakan aku jika masa tu klu kelihatan sport rim ada crack, barangkali dia akan cakap ha! itu lah puncanya. Jika ada kesan calar tergesel pada sport rim..ha! itu la puncanya tp dia tak jumpa cela pada sport rim. Last2 dia cakap maaf..kami tak cover klu bengkak bahagian tepi. Aku dah agak tp tak pa tak pa tak pa..memang stanby skit duit utk tukar satu tayar baru. Aku cuba tepuk bahu dia “bos, less skit blh? Sy baru tukar 4 4 tayar baru tak sampai 2 bulan maa..”. Dia cakap tak boleh, ni bukan salah dia. Aku pujuk lagi last2 dapat la less RM5..Jadi laa.., lepas pampers anak sulung utk 1 hari. Ok lah ok lah tukar baru k.

TAHNIAH.. Rokok naik harga lagi...

 
King Jason


Ni dia senarai baru harga rokok.. dah macam harga dinner plate kfc dah gua tengok..

Nak beli rokok or nak simpan duit tu?

P/s : jangan tengok kat situ..tengok kat sisi " kantung negara yang dah kering " ADAKAH NEGARA KITA HABIS WANG?

[Video] Ust Sharil Long Vs Ust Kazim : Perbezaan antara 2 perjuangan


:: dari KuliahTV ::

Senang-senang kerajaan mahukan RM14 bilion lagi

BERCAKAP di San Francisco pada 24 September  lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Razak mahu rasuah menjadi sebahagian daripada sejarah silam Malaysia dan bukannya amalan masa depan.

Tidak ada salahnya idea seperti itu.  Sebaliknya ia adalah satu idea baik, bernas dan pasti menyelamatkan banyak wang awam dari disambar para buaya lapar yang semakin banyak berkeliaran dalam komuniti kontrak pembinaan, perkhidmatan dan perolehan membabitkan wang awam.

Begitupun, sejarah menunjukkan idea seperti itu cukup bersifat retorik, jarang diimplementasikan sepenuhnya (dibaca sekadar batuk ditangga) dan sudah menjadi modal piawaian Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa dekad lagi

Hal seperti ini menimbulkan  tanggapan umum betapa selagi amalan rasuah berterusan maka selagi itulah ia boleh dipergunakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN peringkat tertinggi untuk mempamerkan betapa serius dan ikhlasnya kerajaan mahu memerangi rasuah.

Azizan meninggal dunia di sisi keluarga

ROSLINDA HASHIM, 
Foto: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

Azizan meninggal dunia di sisi keluarga
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 11.05 pagi, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB, Dr Noor Zaini Morad berkata, Azizan, 69, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah selain kegagalan beberapa organ dalaman yang pelbagai.

“Azizan didapati mula kritikal sejak pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung. Rawatan agresif diberikan termasuk antibiotik terbaik.

"Jangkitan kuman itu mungkin berpunca daripada keadaannya yang lemah. Jangkitan mudah dijangkiti pesakit diabetis, selain komplikasi buah pinggang dan rawatan dialisis,” katanya pada sidang media di HSB hari ini.

Pusara Ustaz Azizan Terus Di Ziarahi

POKOK SENA - Selepas dikebumikan petang kelmarin, pusara Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, terus diziarahi orang ramai termasuk ahli keluarga terdekat.
Tinjauan Sinar Harian petang semalam, mendapati beberapa ahli keluarga yang datang dari luar Kedah menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, dekat sini.
Antara ahli keluarga Ustaz Azizan yang hadir adiknya, Azizah Abdul Razak, 67; adik bongsu, Che Aini Abdul Razak, 62; bapa saudara, Ahmad Shamsuddin, 87; sepupu, Pishal Ahmad, 61, dan adik ipar Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Manan Alwi, 61.
Ahmad berkata, dia dan keluarga sempat menziarahi Ustaz Azizan sebanyak dua kali semasa Allahyarham dirawat di Hospital Pulau Pinang.“Kami sekeluarga selalu berhubung, bertanya khabar walaupun masing-masing tinggal berjauhan.

Alor Setar - Baca Quran rahsia panjang umur


Baca Quran rahsia panjang umur  
Husain boleh membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata

ALOR SETAR - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.

Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung  Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.

Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri,  Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...