TERKINI :

Friday, September 27, 2013

Mashitah yang celupar.. Sinar Harian yang terpaksa memohon maaf..!!

Oleh Omakkau
 

Kerana keceluparan dan kebiadapan Mashitah Ibrahim, akhbar Sinar Harian terpaksa mohon maaf kepada TGNA dan Mat Sabu kerana diri mereka difitnah!!!!

Akhbar Sinar Harian dengan berjiwa besar akui akan kesilapannya menerbitkan suatu artikel bertajuk " SKANDAL SEKS, KRISIS POLITIK PAKATAN" mengaitkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS,  dalam kolum " LANGIT TERBUKA" tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang disiarkan oleh akhbar berkenaan pada 2hb Mac 2012

Akhbar Sinar Harian melahirkan rasa kesal atas penyiaran jijik, jahat fitnah itu dan memohon maaf kepada Dato' Seri Presiden PAS TGHA dan Timbalannya Tuan Hj Mohamad Sabu.

Ayuh Najib, Beranilah Sahut Cabaran Ku Li Untuk Isytihar Harta!

oleh Shahbudin Husin,

Hanya berselang beberapa jam setelah Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan cabaran kepada Najib agar semua yang bergelar pemimpin, termasuk dirinya supaya berani mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum sebagai langkah menangani rasuah dan mengembalikan kepercayaan umum, terdedah pula berita mengenai anak seorang menteri yang berjawatan pegawai khas didapati telah membeli sebuah banglo mewah bernilai lebih RM7 juta.

Ia sekaligus menjadikan cabaran Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja terlihat sangat relevan tetapi merupakan sesuatu yang tidak seharusnya dielakkan oleh Najib jia benar beliau mahu melihat UMNO dan para pemimpinnya dipulihkan imejnya dan seterusnya diyakini rakyat untuk suatu tempoh yang lebih lama lagi.

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard semalam mendedahkan maklumat beserta gambar tentang anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang bernama Nedim didapati telah membeli sebuah banglo mewah di Glenmarie, Shah Alam dengan harga lebih RM7 juta yang diragui keupayaan memiliki hartanah itu memandangkan usianya yang masih.

Malaysia antara negara tertinggi amal rasuah, menurut kajian

OLEH JENNIFER GOMEZ

Dalam dok kata pakar tu pun boleh dok tempat tertinggi amal rasuah
Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.

Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat

oleh Khalid Samad

Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.


Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.

Malam nie rakyat Malaysia kena penyakit meroyan SEKUPANG


PRK Sg Limau: Mesyuarat SPR dalam tempoh 10 hari


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/62602_448844885203379_935630904_n.jpg
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu termaktub dalam undang-undang, yang menetapkan bahawa mesyuarat mengenainya tidak boleh diadakan lebih dari tempoh 10 hari selepas kekosongan itu dimaklumkan.

Katanya beliau menjangka notis itu mungkin akan diserahkan kepada SPR hari ini, esok atau hari Ahad memandangkan pejabat-pejabat kerajaan di Kedah dibuka pada hujung minggu.

Mengapa Mukhriz tidak pilih ketua pemuda?

Subky Latif, 27 Sep 2013

Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Nnaib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergeerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?

Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.

Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.

Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?

Bersemadilah pemimpin kami!


Oleh: MUHAMAD MAT YAKIM
Tarikh: September 27, 2013

PAGI 6 Mei 2013 - sehari selepas PRU13 - saya hubungi Helmi Khalid, setiausaha akhbar Ustaz Azizan.

Helmi, kawan rapat saya sejak sekolah. Apabila kawan sendiri hilang pekerjaan dengan tumbangnya Kerajaan PR Kedah pada pilihan raya itu, sudah tentu saya perlu bantu jika dia memerlukan. Paling tidak bertanya khabar. Niat saya mahu pelawa Helmi kembali jadi wartawan. Itu pun kalau dia mahu.

Belum pun lama kami berhelo. Helmi tiba-tiba beritahu dia terpaksa letak telefon.

"Sorry Mat, aku kena letak dulu. Ustaz dah sampai," katanya.

"Hang di mana ni? Bunyi kalut semacam ja...", "Aku di KMC, Ustaz sakit kaki, penyakit dia tu lah," jawab Helmi.

Mendengar kata-katanya, rasa risau menyerbu minda saya.

Ustaz sakit! Ini penyakit kencing manis bukan main-main!

Sehari selepas pilihan raya baru dia pergi hospital. Maknanya sudah beberapa hari dia sakit sedangkan diabetiknya serius. Tidak seharusnya dia bertangguh jumpa doktor.

Dan terfikir pula saya, cabaran terhebat yang dihadapinya ketika itu bukan daripada parti lawan tetapi dalam parti sendiri. Kasihan Ustaz Azizan!

Saya teringat cerita seorang rakan bahawa Ustaz beritahunya, dia bukan tidak mahu lepas jawatan. Tetapi sesiapa juga, apa lagi sebagai pemimpin, jika apa yang ada dalam tangan mahu direntap, sudah tentu kena bertahan.

Bahasa Silap tulis ‘Tahniah’ kepada keluarga Azizan, Astro Awani mohon maaf

Permohonan maaf Astro Awani dalam laman webnya.

Susulan kesilapan ejaan ucapan takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, stesen televisyen Astro Awani terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka.

Astro Awani dilaporkan membuat kesilapan itu pada info laporan berita itu petang semalam hingga menyebabkan kekeliruan.

Dalam beritanya petang semalam, info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan."

Ekoran itu, gambar mengenai berita itu menjadi hangat dalam media sosial khasnya Facebook.

Insiden yang tak patut terjadi masa pengkebumian Allahyarham Ust Azizan

Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu. Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.

Harkahdaily melaporkan:
Ribuan rakyat hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan. - Hrkh.
Alhamdulillah, aku berkesempatan antara ribuan yang hadir bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ust Azizan, dan mendoakan semoga dia ditempatkan bersama orang yang soleh.

Masa nak mula sembahyang jenazah di Muasasah tu aku teringat kawan-kawan terutama sekali dalam PAS yang belasah Ust Azizan sebelum ni. Bukan kata kawan-kawan, aku sendiri pun pernah belasah Ust Azizan dalam blog aku ni.

“Cengih” Azizan Razak digeruni kawan dan lawan





BELASUNGKAWA: Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang pernah memimpin negeri jelapang padi itu selama sepenggal dari 2008 hingga 2013.

Azizan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 69 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Penulis dan seorang lagi wartawan The Malaysian Insider, Md Izwan pernah diberikan peluang untuk menemuramah Azizan secara eksklusif pada Mac lalu untuk mendengar sendiri rancangan Pesuruhjaya PAS Kedah itu untuk berhadapan dengan lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rahsia Mat Sabu melawat IRAN suatu ketika dahulu terbongkar...

Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Ooo masa nak "beromen" tak takut mak marah.. bila kena tangkap hang kalut la pulak..!!!

'Bang...saya takut mak marah'

'Bang...saya takut mak marah' 
Pasangan berkenaan diambil keterangan oleh penguat kuasa Jaij

BATU PAHAT - “Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.

Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.

Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.

MB Kelantan di pusara Ust Azizan malam tadi

 
MB Kelantan, YAB Dato' Ahmad Yakob turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ust Azizan Razak malam tadi. Al-Fatihah!

35 tahun dalam PAS, ini kempen paling teruk, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu luah kebimbangan fenomena cara kempen PAS terkini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013.
Mohamad Sabu luah kebimbangan fenomena cara kempen PAS terkini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2013."Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.

"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.

Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

Ust Asri pun komen kes bab bini Mat Yo dengan Pak Cik Guard..!!


KUIN - Adakah PANGGILAN KUALA akan muncul semula...???

Keputusan membawa balik semua pelajar dari Kampus K.Ketil dibuat apabila berlaku peralihan kuasa pentadbiran negeri Kedah dari PAS kepada BN. Alasan yang diberikan oleh MB ialah kampus itu terlalu mahal. Kerajaan negeri Kedah tidak mampu menanggung hutang. 

Jika proses perpindahan masuk ke K.Ketil disusuli dengan demonstrasi, kejadian yang sama berlaku semasa pindah keluar dari K.Ketil. Cuma orang yang terlibat berbeza. Tetapi semuanya kerana kepentingan masing-masing. Biarlah ia menjadi sejarah yang tidak dicatat di mana-mana.

Namun keadaan tidak kembali kepada suasana asal. Jika dulu ada beberapa cawangan KUIN iaitu di Sungai Petani dan Star Gate, sekarang cuma tinggal kampus di Mergong sahaja. 

Sesiapa yang melawat kampus Mergong akan perasan bahawa keadaan luar biasa sesaknya. Ada pihak yang sangat gembira dengan suasana begini. Peniaga gerai makanan di sekeliling kampus tak menang tangan melayan pelanggan. Tuan punya rumah di beberapa taman perumahan berdekatan menikmati permintaan rumah sewa yang meningkat. Golongan ini mendapat faedah dari pindah balik ke Mergong.

Lynas - menteri kata selamat macam kilang kicap... apa kata pie buka kilang nie belakang rumah hang..!!

Timbalan menteri: Lynas selamat macam kilang kicap

NONEKonfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen pembangkang, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.

Abu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.

Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jerita antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.

Isteri Mat Yo mohon maaf kepada rakyat Malaysia... tapi pakcik tu apa cerita..???


Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Anak menteri boleh beli rumah nilai RM7juta... Macamana la harta bapak menteri tu pulak yee..??

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya
 
Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tun M: Azizan pemimpin berjiwa rakyat


 

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Katanya, kesungguhan Azizan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat amat dikagumi dan arwah juga seorang pemimpin yang disenangi ramai.

“Arwah seorang pemimpin politik yang tidak keterlaluan dalam semua segi, sanggup berbaik sesama pemimpin tanpa mengira parti politik, malah cuba sedaya upaya tunaikan permintaan rakyat,” katanya, ketika ditemui di tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum.

Mahathir berkata, hubungan beliau dengan arwah juga sangat rapat walaupun dari parti politik berbeza.

“Hubungan kami baik, walaupun dari parti lain, kita tak ambil kira. Sahabat tetap sahabat, politik lain. Arwah juga dikagumi kerana seorang pemimpin yang berpegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tidak pernah seleweng ketika mentadbir Kedah,” katanya.

PRK Sungai Limau : Pas gesa perkukuh parti hadapi pilihan raya kecil


Tuan Ibrahim Tuan Man  
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.

"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.

"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.

"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini.

Catatan Penghormatan untuk Ustaz Azizan Abdul Razak

Mohd Zuhdi Marzuki

Catatan Penghormatan Ustaz Azizan Abdul Razak

http://w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.272191.1367743720!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg Ustaz Azizan Abdul Razak adalah sebuah nama besar dalam gerakan Islam di Malaysia, malah turut dikenali di kalangan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Seorang yang hidup secara sederhana, suka bergurau tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Sifat-sifat yang ada pada beliau, menjadikan setiap mesyuarat yang beliau hadiri menjadi hidup dan begitu bermakna. 

Dalam mana-mana mesyuarat yang beliau hadiri, beliau antara yang kerap memberi pandangan dan komentar. Pernah ketika aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, aku bertanya kepada Setiausaha Politik beliau, Saudara Muhammad Sanusi Md Nor, "Apa khabar Ustaz Azizan?". Kata Sanusi: "Kalau dia banyak cakap dalam mesyuarat tu, tandanya dia sihat".


Ketegasan beliau ini di bawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS. Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia. 

Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta`jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud. Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia?, dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO.

Azizan lambang pemimpin penuh toleransi


Azizan

KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.

Kronologi kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak


Kronologi kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak ;

11.10 pg - Disahkan oleh isterinya Puan Sri Faekah secara telefon
11.30 pg - Ketibaan MB Kedah
(Sejak malam tadi orang ramai mula membanjiri Wad ICU HSB hingga saat kematiannya)
11.45 pg - jenazah dibawa ke Unit Forensik utk dimandikan. Antara yg hadir Dato Mustafa Ali, Bekas Exco PR, Abd Ghani Ahmad, Exco Kerajaan, Dr Ku Abd Rahman, Aminudin Omar & Badrul Hisyam, ADUN PR Bukit Selambau dan bekas Setpol MB, Sanusi Md Nor. Saya & Dato Muatafa Ali dibenarkan masuk ketika jenazah dimandikan.
01.00 tgh - tahlil
01.15 tgh - jenazah dibawa menaiki van dgn diiringi trafik & kereta peronda polis.
01.30 - jenazah tiba di Masjid di Markaz PAS Pokok Sen dan disambut oleh org ramai dan Unit Amal.
02.00 ptg - ketibaan DS Md Isa B Sabu, Bekas MB Perlis dan Azlan Man, MB Perlis.
02.15 ptg - ketibaan YB Azmin Ali, Mohd Sabu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...